Jus delima biasanya dibuat daripada buah delima. Ia diketahui digunakan dalam masakan sebagai jus segar dan sebagai sirap pekat. Tahukah anda bahawa jus delima adalaj jus yang paling menyihatkan jantung? Ini kerana terdapat kajian kecil yang menunjukkan jus itu meningkatkan aliran darah dan mengekalkan arteri daripada menjadi kaku dan tebal.
Selain itu, jus ini juga boleh melambatkan pertumbuhan plak dan pembentukan kolesterol dalam arteri. Jus delima dikatakan boleh membantu banyak penyakit. Sebahagian daripada penyakit tersebut adalah daripada kanser, alzheimer, sehinggalah kepada penyakit jantung.Sungguh menarik Dengan begitu banyak manfaatnya, anda boleh mula menambah jus ini ke dalam pemakanan anda. Untuk mengetahui jus delima yang terbaik di Malaysia, teruskan membaca artikel ini.
Di manakah saya boleh mendapatkan jus delima?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan jus delima di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan jus delima, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, jus delima seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih jus delima?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli jus delima ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis jus delima yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Jus Delima Terbaik di Malaysia 2025
1. Mahnaz Food Jalah Pomegranate Juice

Jus Delima Jalah diperbuat daripada 100% jus delima. Nilai dan kualitinya adalah salah satu daripada jus delima yang tiada tandingannya di pasaran. Jus delima Jalah dipenuhi dengan antioksidan dan yang paling penting, sarat dengan perisa! Datang dan minumlah jus delima Jalah hari ini!
Bahan-bahan: 100% Jus Delima
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 200 ml, 1 L
Harga: RM 6.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Lamar Pomegranate Juice

Jus delima asli ini diperbuat daripada buah delima yang berkualiti! Tanpa gula tambahan, jus delima Lamar pasti akan mencuri perhatian selera anda! Anda akan dapat menikmati sepenuhnya daripada setiap tegukan jus delima yang ada. Datang dan nikmatilah Jus Delima Lamar hari ini!
Bahan-bahan: Jus Delima
Negara Pengeluar: Mesir
Saiz: 1 L
Harga: RM 12.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Meysu Pomegranate Juice

Segelas jus delima segar pada waktu pagi adalah yang anda perlukan untuk berasa segar. Rasa yang lazat dan manis ini akan membuatkan pagi anda lebih ceria dan menggembirakan. Apa kata anda datang dan nikmati jus delima Meysu ini hari ini!
Bahan-bahan: Air, pekat jus delima, gula, sirap fruktosa-glukosa, perasa delima asli
Negara Pengeluar: Turki
Saiz: 1 L
Harga: RM 6.50 (Shopee) | RM 6.80 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. JecyJucy Pomegranate Juice

Teman yang sempurna untuk rehat makan tengah hari anda, jus delima JecyJucy sememangnya mudah dibawa ke mana-mana sahaja! Perisanya akan membantu anda berasa segar dan mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk sepanjang hari! Datang dan nikmati jus delima JecyJucy hari ini!
Bahan-bahan: 100% Jus Delima
Negara Pengeluar: Korea Selatan
Saiz: 1 Peket, 6 Peket
Harga: RM 5.80 (1 Peket), RM 34.80 (6 Peket) (Shopee) | RM 4.88 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Gulsan Pomegranate Juice

Minuman Delima Gulsan adalah daripada tumbuhan segar dengan tambahan jus delima, ramuan yang dicipta dari alam semula jadi untuk menyembuhkan dan mencergaskan badan anda. Datang dan nikmati setiap teguk Jus Delima Gulsan hari ini!
Bahan-bahan: Jus Delima
Negara Pengeluar: Turki
Saiz: 280 ml
Harga: RM 3.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Dimes Feel More Premium Pomegranate Juice

Dimes menghasilkan jus delima 100% diperah. Dilemma merah ini dipetik mengikut musim dan akan diperah dengan teliti serta dibotolkan dalam bentuk yang paling semula jadi tanpa menggunakan proses kepekatan. Dimes berbangga dengan moto mereka ‘‘The Fresh Side of Life” supaya anda dapat berehat daripada kesibukan anda sambil menikmati jus ini.
Bahan-bahan: 100% Jus Delima
Negara Pengeluar: Turki
Saiz: 250 ml
Harga: RM 4.50 (Shopee) | RM 14.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Fars Concentrated Pomegranate Juice

Jus Delima Pekat Fars rasanya lebih lazat apabila ia telah disejukkan. Rasanya pasti akan membuatkan anda berasa segar dan bersedia untuk menangani tugasan seharian anda! Jom rasa segar dengan seteguk Jus Delima Pekat Fars hari ini!
Bahan-bahan: 100% Jus Delima
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 375 ml
Harga: RM 17.00 (Shopee) | RM 21.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Country Farm Organic Pomegranate Juice

Jus delima yang baru diperah daripada buah delima matang yang ditanam secara organik, menggunakan hanya mutiara buah biji merah yang mengandungi kandungan polifenol yang tinggi tanpa kulit dan biji benihnya. Country Farm menggunakan teknik menekan khas untuk mengekalkan aroma tersendiri dan semua kebaikan semula jadi buah delima organik. Jus delima dikatakan membantu menyokong kesihatan kardiovaskular.
Bahan-bahan: Jus Delima
Negara Pengeluar: Jerman
Saiz: 330 ml
Harga: RM 33.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Sunich Pomegranate Juice

Jus delima Sunich penuh dengan nutrien dan vitamin yang pastinya akan membuatkan anda bersyukur! Untuk Produk Sunich, pemeliharaan kualiti adalah matlamat utama mereka dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penggunanya adalah satu perkara yang mereka titikberatkan! Selain itu, jus ini juga berkualiti dan berkhasiat.
Bahan-bahan: 100% Jus Delima
Negara Pengeluar: Iran
Saiz: 1 L
Harga: RM 10.00 (Shopee) | RM 12.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Malee Pomegranate Juice

Kulit dan usus anda akan berterima kasih jika anda mula mengambil jus delima pada usia muda. Dikemas dengan semua nutrien dan vitamin yang betul, jus delima Malee akan menjadikannya salah satu minuman terbaik untuk kesihatan anda! Cubalah hari ini! Anda pasti menyukainya!
Bahan-bahan: 55% Jus Delima, 30% Jus Anggur, 15% Jus Epal Daripada Jus Pekat
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 1 L
Harga: RM 8.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.