Mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dapat mengekalkan kesihatan anda. Jus epal adalah salah satu jus yang sangat popular kerana khasiatnya yang tinggi. Epal juga mempunyai kualiti penghidratan yang maksimum apabila ia diproses menjadi jus.
Jus epal boleh mengekalkan banyak nutrien utama epal. Ini termasuklah vitamin C, pelbagai jenis vitamin B, magnesium, zat besi, kalsium, mangan dan tembaga. Di antara kandungan nutrien ini, kalium adalah yang paling tinggi jumlahnya di dalam jus epal. Satu hidangan jus epal boleh memberi anda 7% daripada pengambilan kalium harian yang diperlukan. Jika anda sedang mencari jus epal terbaik, teruskan membaca artikel ini. Kami senaraikan 10 jus epal terbaik di Malaysia 2025 untuk rujukan anda.
Bagaimanakan Jus Epal Dihasilkan?
Jus epal dihasilkan menggunakan epal yang dipetik segar dari ladang. Ia akan melalui beberapa proses sebelum jus dapat dihasilkan. Gula akan ditambah ke dalam jus sebagai salah satu bahan pengawet semula jadi. Ini dapat mengekalkan kualitinya dalam tempoh masa yang lama.
Apakah Kelebihan Minum Jus Epal?
Minum jus epal mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan. Ini termasuklah dapat meningkatkan kesihatan jantung, meningkatkan imuniti, membantu melegakan sembelit, mencegah penuaan kulit pramatang, mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan meningkatkan metabolisme badan anda.
10 Jus Epal Terbaik di Malaysia 2025
1. Marigold Peel Fresh Apple Juice

Marigold Peel Fresh Apple Juice mempunyai rasa yang menyegarkan dan unik. Pasti akan membuatkan anda berasa lebih bertenaga! Jus epal ini kaya dengan vitamin C dan pelbagai jenis mineral seperti mangan dan zat besi.
Bahan-bahan: Polidextrose, Jus Epal Pekat, Fruktosa, Sukrosa, Perisa yang Dibenarkan, Kalsium Laktat, Natrium Sitrat, Vitamin C, Pengawet yang Dibenarkan (E202), Kalsium Klorida, Gula yang Boleh Dimakan, Penstabil yang Dibenarkan, Asid Malik, Pewarna yang Dibenarkan.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz Tersedia: 250 ml, 1 liter dan 2 liter
Harga: RM 10.80 (2 liter pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Sunquick Fruit Drink (Apple)

Sunquick Fruit Drink (Epal) diperbuat daripada buah epal asli yang mengandungi vitamin C dan tiada pewarna, pemanis dan perasa tiruan. Hidangan sedia untuk diminum ini adalah berdasarkan kebaikan alam semula jadi. Pek kecil yang mudah digunakan bermakna anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Bahan-bahan: Gula 6.9%, Jus Oren Pekat 0.9%, (Setara dengan jus Oren 5.0%), Penstabil (INS 412, INS 440, INS 466), Antioksidan (INS 300, INS 330), Pengawet Ditambah (INS 200, INS 211, INS 220), Warna Tiruan Ditambah (INS 160a(i), INS 160e), Perisa Asli Ditambah.
Negara Pengeluar: Denmark
Saiz Tersedia: 125 ml x 5 pek
Harga: RM 3.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Aroma Apple Juice

Siapa yang tidak suka segelas jus segar? Jus epal adalah lebih menarik daripada buah-buahan sebenar dan mereka cenderung untuk menarik orang dari setiap peringkat umur. Dengan warna yang menyerlah, rasa masam manis dan manfaat kesihatan yang menakjubkan, jus buah-buahan adalah sumber nutrien yang terbaik.
Bahan-bahan: Air dan Pekatan Jus Epal
Negara Pengeluar: Turki
Saiz Tersedia: 200 ml dan 1 liter
Harga: RM 6.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Marigold 100% Apple Juice

Marigold 100% Apple Juice diperbuat daripada epal segar yang kaya dengan khasiat semula jadi. Marigold hanya menggunakan buah-buahan segar yang telah masak, tanpa gula tambahan, dan tanpa pengawet atau pewarna tiruan. Minuman ini kaya dengan Vitamin C.
Bahan-bahan: Air, Pekat Jus Epal, Vitamin C
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz Tersedia: 1 liter
Harga: RM 4.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Dimes 100% Apple Juice

Epal ialah buah yang mempunyai banyak manfaat dan disukai kerana rasa manis semula jadi. DİMES menggunakan epal yang segar dari ladang. Anda boleh minum Dimes 100% Apple Juice Premium yang diperbuat daripada epal yang ditanam dengan yakin. Ia dipetik mengikut musim dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan semasa proses menuainya.
Bahan-bahan: Air dan Pekat Jus Epal.
Negara Pengeluar: Turki
Saiz Tersedia: 100 ml, 250 ml dan 1 Liter
Harga: RM9.50 (1 liter)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Lakewood Organic Pure Apple Juice

Lakewood Organic Pure Apple Juice ialah jus epal organik tulen yang ditekan sejuk dan tidak diperoleh daripada pekatan. Ia membantu memulihkan elektrolit badan yang penting dan menyokong sistem penghadaman. Jus ini juga membantu mengekalkan paras kolesterol normal dan menyokong sistem imun anda.
Bahan-bahan: Jus segar dan Puree daripada Epal Organik
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz Tersedia: 946 ml
Harga: RM 21.53
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. F&N Seasons Apple Juice

Jus Epal F&N SEASONS diperbuat daripada buah asli. Ia tidak mengandungi sebarang pengawet tambahan atau pewarna tiruan. Hidangan lazat ini sesuai dinikmati pada hari yang panas. Anda juga boleh menikmati minuman ini secara sejuk dengan meletakkannya di dalam peti sejuk.
Bahan-bahan: Jus Epal daripada Pekat, Vitamin C dan Asid Malik.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz Tersedia: 250 ml x 6 pek
Harga: RM 5.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Minute Maid Refresh Can-apple

Minute Maid telah membuat jus selama lebih daripada 60 tahun dan mempunyai warisan pemakanan, inovasi dan kualiti. Minute Maid Refresh Apple ialah minuman penghilang dahaga dengan rasa buah epal. Ia tidak mengandungi bahan pengawet dan juga terdapat dalam jenis perisa lain.
Bahan-bahan: Air, Sukrosa, Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Jus Epal Daripada Pekat (5%), Asid Sitrik, Perisa, Natrium Sitrat, Asid Askorbik dan Warna Karamel.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz Tersedia: 300 ml x 12 tin
Harga: RM 19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Tropicana Twister Apple Juice

Tropicana Twister diperbuat daripada jus sebenar dan ia menyegarkan. Dijamin akan mengukir senyuman di wajah anda! Tropicana Twister Apple Fruit Drink menawarkan minuman sepanjang hari, serta bekalan Vitamin C untuk seharian yang memenatkan.
Bahan-bahan: Air, Gula, Pekat Jus Epal, Asid Sitrik, Perisa, Penstabil, Vitamin C, Kalium Sorbat, Natrium Sitrat, Pewarna.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz Tersedia: 355 ml dan 1.5 liter
Harga: RM 5.89 (1.5 liter)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Pran Apple Fruit Drink

PRAN kini merupakan salah satu jenama makanan dan minuman yang paling dikagumi dalam kalangan berjuta-juta rakyat Bangladesh dan 134 negara lain di dunia .Produk PRAN sentiasa dieksport. Minuman buah epal PRAN adalah minuman bukan berkarbonat yang diproses. Ia terdiri daripada perisa buah, vitamin dan mineral.
Bahan-bahan: Air, Pulpa Epal ( 20%), Gula, Penstabil: Pektin (E440) Asid: Asid Sitrik (E330), Asid Askorbik (E300), Garam. Pengawet: Natrium Benzoat (E211) & Natrium Metabisulfit (E223), Mengandungi Warna Makanan yang dibenarkan (Beta-karotena: E160a) dan Perisa Tiruan Ditambah (Epal).
Negara Pengeluar: Bangladesh
Saiz Tersedia: 250 ml dan 1 liter
Harga: RM 0.87 (250 ml pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.