Hallyu atau Korean Wave (Gelombang Korea) adalah istilah yang diberikan untuk menyebarkan budaya pop Korea (K-Pop dan drama) secara global di peringkat antarabangsa. Kesannya, Hallyu telah memicu banyak orang di negara yang terlanda dengan demam ini untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan Korea. Tidak dinafikan pengaruh Korea di Malaysia pada hari ini semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja. Kita dapat lihat pengaruh Korea dari aspek muzik, drama, filem, fesyen dan makanan.
Drama Korea atau lebih dikenali sebagai K-Drama tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira umur. Jalan ceritanya yang sering menarik perhatian merupakan antara penyebab peminat tidak pernah bosan untuk menonton siri drama Korea setiap kali ia ditayangkan. Kepada yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dalam dunia K-Drama ataupun yang sedang mencari drama yang boleh ditonton pada hujung minggu, berikut merupakan 8 K-Drama Terbaik sepanjang masa!
Bagaimana Hendak Memastikan K- Drama Yang Anda Tonton Tidak Membosankan?
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum terjun ke dunia drama Korea. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelakon siri, penilaian dan akhir sekali, nilai estetika visual merupakan aspek yang perlu anda perhatikan sebelum anda mula menonton drama.
- Pelakon
Sesetengah mungkin menganggap mempunyai pelakon yang tampan dan cantik dalam sesebuah drama sudah cukup untuk menjamin jalan cerita yang bagus. Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati dalam memilih drama, jangan hanya berdasarkan penampilannya kerana anda mungkin akan membuang masa anda dengan menonton drama yang tidak berbaloi.
- Penilaian
Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah rating drama tersebut. Jika drama tersebut telah tular di media sosial, anda tidak perlu risau kerana ia pasti mempunyai rating yang tinggi.
- Nilai Estetika Visual
Seterusnya, sebaiknya anda menonton drama yang mempunyai nilai estetika visual yang baik. Contohnya, penempatan sudut tangkapan kamera yang menarik, latar belakang, prop dan sebagainya.
8 K-Drama Terbaik untuk Ditonton 2023
1. Twenty-Five Twenty-One
Diarahkan oleh: Jung Ji Hyun
Dibintangi : Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myung, Kim Hye Eun, Choi Tae Jun, Choi Myung Bin, Seo Jae Hee, Bang Eun Jong, Yoon Joo Man, Choi Min Young.
Tarikh Tayangan: 12 Februari 2022
Genre: Percintaan
Sinopsis: Drama ini berkisarkan kisah seorang atlet pedang yang terpaksa menunda cita-citanya ekoran krisis ekonomi yang dihadapi Korea Selatan. Disebalik itu, terdapat seorang pemuda yang cuba memperbaiki kehidupannya yang berubah 360 darjah semenjak krisis tersebut berlaku. Mereka bertemu pada usia 22 dan 18 tahun, dan perasaan cinta mula berputik pada usia 25 dan 21 tahun.
2. A Business Proposal
Diarahkan oleh: Park Sun Ho
Dibintangi: Ahn Hyo Seop, Kim Se Jeong, Seol In Ha, Kim Min Kyu, Choi Byung Chan, Song Won Seok, Woo Hee, Seo Hye Won, Lee Deok Hwa, Kim Hyun Sook, Hwang Bo Ra, Yoon Sang Jeong.
Tarikh Tayangan: 28 Februari 2022
Genre: Romantik, Komedi
Sinopsis: Sebuah drama Korea yang diadaptasi daripada webtoon (The Office Blind Date). Drama ini berkisarkan tentang seorang pekerja pejabat (Shin Ha-Ri) yang pergi ke ‘blind date’ untuk menggantikan rakannya. Namun situasi mula berubah apabila Ha-Ri menyedari pasangan ‘blind datenya’ ialah CEO di syarikatnya. Shin Ha-Ri terpaksa menyembunyikan identitinya.
3. Juvenile Justice
Diarahkan oleh: Hong Jong-Chan
Dibintangi: Kim Hye-soo, Kim Moo-yeol, Lee Sung-min
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2022
Genre: Jenayah, Siasatan, Bilik Mahkamah
Sinopsis: Sim Eun-Seok (Kim Hye-Soo) ialah seorang hakim elit dengan personaliti yang dingin. Sim Eun-Seok ditugaskan ke mahkamah juvana tempatan. Di sana, dia telah melanggar adat dan mentadbir mengikut caranya tersendiri untuk menghukum pesalah.
4. The Sound of Magic
Diarahkan oleh: Kim Sung Yoon
Dibintangi: Ji Chang-Wook, Choi Sung-Eun, Hwang In-Youp, Ji Hae Won, Nam Da Reum, Kim Hye Eun, Yoo Jae Myung, Hong Seo Hui, Park Ha Na, Ryu Kyung Soo, Jeo Han Chul
Tarikh Tayangan: 6 Mei 2022
Genre: Fantasi, Muzikal, Isu Sosial, Remaja
Sinopsis: Drama ini diadaptasi daripada webtoon dengan tajuk yang sama, mengisahkan seorang gadis bernama Yoon Ah Yi (Choi Sung Eun) yang kehilangan impiannya di tengah kepayahan hidup, dan Na Il Deung (Hwang In Yeop), seorang lelaki yang tertekan untuk mencapai impiannya. Kedua-duanya bertemu dengan seorang ahli silap mata misteri bernama Rieul (Ji Chang Wook).
5. Vincenzo
Diarahkan oleh: Kim Hee-won
Dibintangi: Song Joong Ki, Jeon Yeo Bin, Ok Taecyeon, Kwak Dong Yeon, Kim Sung Cheol, Kim Yoon Hye, Hwang Chan Sung, Kim Yeo Jin, Yoo Jae Myung, Choi Young Joon , Jo Han Chul, Yang Kyung Won
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2021
Genre: Mafia, Isu Sosial, Komedi
Sinopsis: Pada usia lapan tahun, Park Joo-Hyung (Song Joong-ki) telah pergi ke Itali selepas menjadi anak angkat keluarga Itali. Dia kemudiannya menyertai mafia, di mana dia menjadi anak angkat kepada Don Fabio iaitu pengerusi keluarga mafia Cassano. Park Joo-Hyung telah dinamakan semula sebagai Vincenzo Cassano dan menjadi seorang peguam Itali, consigliere untuk mafia, dan orang kanan Don Fabio. Selepas Fabio meninggal dunia, Paolo yang merupakan anak kandung Fabio serta ketua baru Keluarga Cassano cuba untuk membunuh Vincenzo.
6. All of Us are Dead
Diarahkan oleh: Lee JQ dan Kim Nam-Su
Dibintangi: Park Ji-hu, Yoon Chan-young, Cho Yi-Hyun, Lomon, Yoo In-soo, Lee Yoo-mi,
Kim Byung-chul , Lee Kyu-hyung, dan Jeon Bae-soo
Tarikh Tayangan: 28 Januari 2022
Genre: Seram;Zombie Apocalypse
Sinopsis: Membawa genre thriller, plot cerita dalam drama ini bermula apabila seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar mengalami gejala aneh. Virus misteri itu mula merebak dan semakin tidak terkawal dalam kalangan pelajar. Virus ini juga telah tersebar di seluruh bandar sehingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa mengisytiharkan bandar tersebut dalam keadaan darurat.
7. Squid Game
Diarahkan oleh: Lee Jung-Jae
Dibintangi: Lee Jung-Jae, Park Hae-soo, Wi Ha-Joon, Jung Ho-Yeon, Lee Yoo Mi, Lee Byung Hun, O Young Su, Anupam Tripathi, Kim Joo Ryeong, Heo Sung Tae, Lee Ji Ha
Tarikh Tayangan: 17 September 2021
Genre: Fiksyen aksi, Thriller, Survival
Sinopsis: Terdapat 456 orang yang kesemuanya berdepan dengan masalah kewangan yang meruncing dalam hidup. Mereka ditawarkan untuk bermain dalam sebuah pertandingan misteri yang terdiri daripada permainan kanak-kanak namun berbahaya. Mereka perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk bersaing dan merebut hadiah ₩45.6 bilion. Hadiah tersebut hanya akan dimenangi oleh seorang pemenang sahaja.
8. Tomorrow
Diarahkan oleh: Kim Tae-Yoon, Sung Chi-
Dibintangi: Lee Rowoon, Lee Soo Hyuk, Kim Hee Sun, Yoon Ji On, Kang Seung Yoon, Kim Chae Eun, Kim Hae Sook, Kim Si Eun, N
Tarikh Tayangan : 1 April 2022
Genre: Fantasi, Bunuh Diri
Sinopsis: Jika anda mengemari drama legenda seperti Goblin, anda patut menonton drama ini. The Reapers of Tomorrow adalah drama yang berkisarkan pasukan pengurusan krisis yang mempunyai misi untuk menyelamatkan individu yang ingin mati. Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Rowoon dari SF9 daripada The King’s Affection, Kim Hee-sun daripada Alice, dan Lee Soo-hyuk daripada Doom at Your Service.
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.