7 Kafe Terbaik di Mahkota Cheras 2025

Kafe sering menjadi pilihan pengunjung kerana suasananya yang selesa dan nyaman. Anda boleh menemui pelbagai jenis orang yang melepak di kafe termasuklah penggemar kopi, pelajar, pekerja yang bekerja ‘remotely’, pasangan dan mereka yang ingin mempunyai ‘me time’ untuk melepaskan diri daripada kesibukan. 

Mahkota Cheras adalah sebuah perbandaran di Cheras, Selangor yang mempunyai sejumlah besar kafe yang menyajikan pelbagai makanan dan minuman yang lazat. Setiap kafe menyajikan makanan dan minuman istimewa mereka. Jadi, anda boleh berkunjung ke sini untuk merasainya. Berikut adalah 7 kafe terbaik di Mahkota Cheras yang kami dapati berbaloi untuk anda kunjungi.

Mengapakah Kafe Sesuai Dijadikan Tempat Janji Temu Kali Pertama?

Jika anda tidak tahu di mana hendak membawa pasangan anda pada janji temu kali pertama, anda boleh berkunjung ke kafe. Kafe mempunyai persekitaran kasual dan tenang. Secara tidak langsung, ia dapat menenangkan anda daripada gementar. Selain itu, janji temu di kafe juga tidak menggunakan wang yang banyak. Hal ini kerana menu yang ditawarkan adalah berpatutan. Oleh sebab itu, ia sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad.

Apakah Makanan Ruji Yang Boleh Anda Temui Di Mahkota Cheras?

Mahkota Cheras mempunyai beberapa kafe yang menawarkan makanan pada harga yang berpatutan. Antara makanan ruji yang boleh anda temui semasa berada di Mahkota Cheras adalah pasta, burger, roti bakar, kek, sandwic dan pelbagai jenis kopi aromatik. Semuanya boleh dinikmati dan dikongsi bersama orang tersayang.

7 Kafe Terbaik di Mahkota Cheras 2024

1. Taste Gallery

Taste Gallery
Kredit Gambar: Taste Gallery
Taste Gallery
Kredit Gambar: Taste Gallery

Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai hidangan di kafe Taste Gallery yang terletak di Mahkota Cheras. Di sini, anda boleh mendapati pelbagai pilihan menu pada harga yang berpatutan termasuklah Grilled Chicken Chop, Black Pepper Beef Burger, Cheese Baked Rice dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, jika anda ingin mengakhiri hidangan anda dengan manisan, anda boleh mencuba Berry Banana Split atau Mango Mochi. Selain itu, kafe ini juga mempunyai persekitaran yang menyenangkan sekali gus menjadikannya tempat yang ideal untuk berehat sambil menikmati makanan yang enak bersama keluarga, pasangan dan rakan-rakan.

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 12:00 tengah malam (Ahad – Khamis)
11:00 pagi – 1:00 pagi (Jumaat – Sabtu)

Alamat: 22, Jalan Temenggung 19/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/tastegallery.western.asiafoods/ 

2. CMW Roastery

CMW Roastery
Kredit Gambar: CMW Roastery
CMW Roastery
Kredit Gambar: CMW Roastery

Ceriakan hari minggu anda dengan hidangan lazat dari CMW Roastery. Kafe ini mempunyai suasana yang tenang dan nyaman, membolehkan anda berbual dan bersantai bersama rakan anda dengan selesa. Kafe ini merupakan salah satu tempat terbaik untuk dikunjungi ketika sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Hal ini kerana mereka menyajikan pelbagai hidangan lazat seperti H.E.L.T Sandwich, Housemade Pasta-Tsuyu dan Beef Hayashi Rice. Kafe ini mula beroperasi seawal 8:00 pagi.

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 7:00 malam (Ahad – Khamis)
8:00 pagi – 9:00 malam (Jumaat – Sabtu)

Alamat: 12 A, Jalan Temenggung 29/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/cmwroastery/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Warung Baba Kafe

Warung Baba Kafe
Kredit Gambar: Warung Baba Kafe
Warung Baba Kafe
Kredit Gambar: Warung Baba Kafe

Warung Baba kafe merupakan sebuah kafe bersaiz sederhana yang terletak di Mahkota Cheras. Kafe ini menghidangkan makanan dan minuman yang lazat untuk anda cuba. Antara hidangan yang perlu anda rasai ketika berkunjung di kafe ini adalah Nasi Kak Wok, Nasi Kerabu dan Roti Tiltab. Selain itu, kafe ini mengenakan dekorasi kekampungan dengan pemilihan perabot dan hiasan yang klasik. Suasana kafe ini memberikan vibe tenang dan aman sehingga membuatkan anda terasa seperti berada di kampung.

Waktu Operasi:
10:30 pagi – 6:30 petang (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin 

Alamat: Jalan Putera 6/1, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/BaBaCafebmc/ 

4. Empty Cup Cheras

Empty Cup Cheras
Kredit Gambar: Empty Cup Cheras
Empty Cup Cheras
Kredit Gambar: Empty Cup Cheras

Empty Cup Cheras cafe menawarkan pelbagai pencuci mulut yang lazat untuk pengalaman makan yang lebih memuaskan. Ia terletak di tingkat satu bangunan komersial di Mahkota Cheras. Kafe ini menampilkan ciri moden dengan gaya hiasan desa bagi menonjolkan suasana yang tenang. Jika anda berkunjung ke kafe ini, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati Signature Mocha Latte dan kek Tiramisu.

Waktu Operasi: 8:00 pagi  – 7:00 malam (Setiap Hari)

Alamat: 2-1, Jalan Temenggung 29/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Kajang, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/EmptyCupCheras 

5. Toast & Co

Toast Co
Kredit Gambar: Toast & Co
Toast Co
Kredit Gambar: Toast & Co

Toast & Co terkenal dengan hidangan seperti Creamy Cajun Shrimp Toast ekoran teksturnya yang rangup dan berkrim. Hidangan ini dijual pada harga yang berpatutan. Kafe ini menyajikan pelbagai variasi ‘croffle’ untuk dipilih berdasarkan cita rasa anda. Antara menu popularnya adalah Pure Soyya, Iced Latte dan Matcha Latte. Bukan itu sahaja, kafe ini juga mempunyai ruang makan yang luas sekali gus membolehkan anda menjamu selera dengan selesa.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 8:00 malam (Setiap Hari)

Alamat: 9-G, Jalan Temenggung 27/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/toastnco.my 

6. Orkid Cafe

Orkid Cafe
Kredit Gambar: Orkid Cafe
Orkid Cafe
Kredit Gambar: Orkid Cafe

Jika anda inginkan sedikit masa untuk berehat dari hari bekerja yang panjang, singgah dan berehatlah di Orkid Cafe. Ia mempunyai persekitaran yang tenang dan santai yang boleh membuatkan anda berasa selesa. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan ‘brunch’ di sini seperti Breakfast Bowls serta pelbagai jenis kek dan sandwic yang enak. Pastri-pastri di sini juga dibakar segar pada setiap hari dan ia sesuai dinikmati dengan secawan kopi.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 7:00 malam (Setiap Hari)

Alamat: 23, Jalan Mahkota, Jalan Residence 1 Bandar Mahkota Cheras, Mahkota, 43200 Cheras, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/orkid.cafe/ 

7. Haima Hainanese & Western Cafe

Haima Hainanese Western Cafe
Kredit Gambar: Haima Hainanese & Western Cafe
Haima Hainanese Western Cafe
Kredit Gambar: Haima Hainanese & Western Cafe

Haima Hainanese & Western Cafe merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan minimalis. Antara menu yang terkenal di kafe ini adalah Nasi Lemak, Nasi Goreng Gaya Hong Kong dan Grill Pork Chop. Selain itu, ia juga menyajikan pelbagai hidangan gaya Kopitiam dalam persekitaran yang nyaman bagi memberikan keselesaan kepada semua pelanggan.

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
8:00 pagi – 4:00 petang (Ahad)
Tutup pada hari Rabu

Alamat: 19-G, Jalan Temenggung 19/9, Seksyen 9 Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Haima-Hainanese-Western-Cafe


Dapatkan baucar Lazada percuma anda sekarang【Di Sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close