10 Kafe Terbaik di Putrajaya 2025

Putrajaya atau Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan bandar terancang Malaysia yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan kehakiman negara. Idea penubuhan Putrajaya berasal daripada perdana menteri keempat dan ketujuh Malaysia iaitu Tun. Dr. Mahathir Mohamad. Putrajaya mula berkembang pada Ogos 1995 dan menjadi wilayah persekutuan ketiga Malaysia pada 1 Februari 2001.

Putrajaya adalah komponen MSC Malaysia (kawasan ekonomi) yang merangkumi Lembah Klang. Putrajaya merupakan tempat terbaik untuk peniaga-peniaga kecil berkembang untuk merealisasikan impian mereka. Di Putrajaya, terdapat pelbagai kafe yang boleh anda kunjungi untuk bersantai sambil menikmati hidangan lazat. Berikut adalah 10 kafe terbaik di Putrajaya.

Putrajaya dikenali sebagai apa?

Putrajaya terdiri daripada tasik buatan yang besar serta mempunyai banyak taman, tanah lembap dan taman botani. Dengan itu, Putrajaya dikenali sebagai “bandar taman” di atas tanah bekas ladang kelapa sawit dan getah.

Kenapa dinamakan Putrajaya?

Nama Putrajaya berasal daripada perkataan ” Putra”  yang diambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan “jaya” yang bermaksud “kecemerlangan” atau “berjaya”. 

10 Kafe Terbaik di Putrajaya 2023

1. Umai Cafe

Umai Cafe
Kredit gambar: Umai Cafe
Umai Cafe
Kredit gambar: Umai Cafe
Umai Cafe
Kredit gambar: Umai Cafe

Umai Cafe merupakan tempat yang terbaik untuk menikmati hidangan Melayu yang lazat dan asli. Kafe ini menawarkan pelbagai masakan tempatan seperti Daging Masak Hitam, Cucur Udang, Sotong Tepung dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan 2 ruangan makan iaitu ruang tertutup dan ruang terbuka. Kafe ini beroperasi seawal 9.00 pagi menjadikannya tempat sarapan yang sempurna. 

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 10.30 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Bangunan Anjung Alaf BARU, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

2. Indus Putrajaya by BoraOmbak

Indus Putrajaya by BoraOmbak
Kredit gambar: Indus Putrajaya by BoraOmbak
Indus Putrajaya by BoraOmbak
Kredit gambar: Indus Putrajaya by BoraOmbak
Indus Putrajaya by BoraOmbak
Kredit gambar: Indus Putrajaya by BoraOmbak

Indus Putrajaya by BoraOmbak terletak di tepi tasik di bangunan Marina Putrajaya. Kafe ini membolehkan anda menikmati pemandangan tasik yang tenang dan santai sambil menikmati hidangan anda. Apa yang menariknya di sini, anda boleh menikmati bufet sarapan serendah RM10.60 seorang (dewasa dan kanak-kanak 4 tahun ke atas). Namun, ia hanya ditawarkan pada hari Ahad pertama setiap bulan. 

Waktu Operasi: 
11.00 pagi – 11.00 malam (Selasa – Ahad)
11.00 pagi – 12.00 pagi (Jumaat – Sabtu)
Ditutup pada hari Isnin

Alamat: Indus Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

3. Kafe Putra Klasik 

Putra Klasik Kafe
Kredit gambar: Foursquare
Putra Klasik Kafe
Kredit gambar: Food Advisor

Kafe Putra Klasik terletak di dalam Kelab Tasik Putrajaya (juga dikenali sebagai Putrajaya Lake Club). Kafe ini menyajikan lebih 50 hidangan yang terdiri daripada masakan antarabangsa dan tempatan sekali gus membolehkan anda memilih pelbagai jenis makanan berdasarkan cita rasa anda. Kafe ini terkenal dengan hidangan seperti Cucur Udang, Mi Goreng dan Rojak Buah. 

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Tasik Putrajaya, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

4. Karyabhara The Hipster Cafe

Karyabhara The Hipster Cafe
Kredit gambar: Karyabhara The Hipster Cafe
Karyabhara The Hipster Cafe
Kredit gambar: Karyabhara The Hipster Cafe
Karyabhara The Hipster Cafe
Kredit gambar: Karyabhara The Hipster Cafe

Karyabhara The Hipster Cafe mempunyai reka bentuk hiasan yang eksklusif dan bergaya. Kafe ini menyajikan pelbagai masakan tempatan dan barat seperti Mi Rebus, Nasi Lemak, Lontong, Stik Salmon dan kek pelbagai perisa. Kafe ini terkenal dengan juadah tradisional Johor seperti Laksa, Soto dan banyak lagi. Anda juga boleh menempah ruangan di kafe ini untuk sebarang anjuran majlis. 

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 9.30 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: LG-05, Menara Shaftsbury Putrajaya, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000, Putrajaya

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

5. Ekues The Cabin Cafe

Ekues The Cabin Cafe
Kredit gambar: Ekues The Cabin Cafe
Ekues The Cabin Cafe
Kredit gambar: Ekues The Cabin Cafe
Ekues The Cabin Cafe
Kredit gambar: Ekues The Cabin Cafe

Ekues The Cabin Cafe merupakan tempat yang sempurna untuk anda bersantai dan menikmati udara segar. Kafe ini terletak di Jalan Kandang Kuda Taman Ekuestrian, Putrajaya. Kafe ini bukan sahaja menyajikan hidangan pastri Perancis yang lazat, malah mereka turut menawarkan perkhidmatan tunggangan kuda. 

Waktu Operasi: 
11.00 pagi – 7.00 petang (Rabu)
9.00 pagi – 7.00 petang (Khamis, Sabtu, Ahad)
9.00 pagi – 12.30 tengah hari, 2.30 petang – 7.00 petang (Jumaat)
Ditutup pada hari Isnin dan Selasa

Alamat: Ekues Cabin Cafe, Jalan Kandang Kuda Taman Ekuestrian Wilayah Persekutuan Putrajaya, Presint 5, 62000, Putrajaya

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

6. The Coffee Department

The Coffee Department
Kredit gambar: The Coffee Department
The Coffee Department
Kredit gambar: The Coffee Department
The Coffee Department
Kredit gambar: The Coffee Department

Melihat namanya sahaja pasti anda sudah mengetahui menu apa yang terlaris di kafe ini. Kopi yang disajikan di sini boleh dikatakan antara yang terbaik di Putrajaya. The Coffee Department terletak di dalam Institut Kanser Negara (atau National Cancer Institute) di Presint 7, Putrajaya. Kafe ini juga menawarkan pastri yang lazat seperti ‘Cream Cheese Cinnamon Rolls’, ‘Chicken Curry Doughnuts’ dan kek Arabica.  

Waktu Operasi: 
7.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Ditutup pada hari Sabtu dan Ahad

Alamat: Jalan Presint 7, Presint 7, 62250, Putrajaya

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

7. Richiamo Coffee Putrajaya

Richiamo Coffee Putrajaya
Kredit gambar: Richiamo Coffee Putrajaya
Richiamo Coffee Putrajaya
Kredit gambar: Richiamo Coffee Putrajaya
Richiamo Coffee Putrajaya
Kredit gambar: Richiamo Coffee Putrajaya

Richiamo Coffee Putrajaya merupakan salah satu kafe terkenal di Putrajaya ekoran reka bentuk dalamannya yang moden dan estetik. Kafe ini mempunyai variasi pastri yang berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Antara hidangan pastri yang ditawarkan ialah Kek Batik, Makaroni, Karipap dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, mereka juga terkenal dengan kopi ‘ice blended’. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke sini.  

Waktu Operasi: 9.30 pagi – 10.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Lot 18, Nadi 15, Presint Diplomatik, 62050, Putrajaya

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

8. Kafe Jalur Beringin

Jalur Beringin Cafe
Kredit gambar: Jalur Beringin Cafe
Jalur Beringin Cafe
Kredit gambar: Jalur Beringin Cafe
Jalur Beringin Cafe
Kredit gambar: Jalur Beringin Cafe

Jalur Beringin merupakan kafe yang sesuai untuk anda kunjungi sekiranya anda ingin belajar, bekerja dan bersantai bersama rakan mahupun keluarga. Hal ini kerana suasananya yang tenang dan santai jauh daripada kesibukan bandar. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis minuman dan hidangan pada harga yang berpatutan. Kafe ini juga menyajikan hidangan tempatan seperti Nasi Goreng, Tom Yam, Sandwic dan banyak lagi.

Waktu Operasi: 
8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)
8.00 pagi – 3.00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: Lot BG-R15 Suasana PJH, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

9. Lake Cabin at Pit-Stop @ Anjung Floria

Lake Cabin at Pit Stop @ Anjung Floria
Kredit gambar: Lake Cabin at Pit-Stop @ Anjung Floria
Lake Cabin at Pit Stop @ Anjung Floria
Kredit gambar: Lake Cabin at Pit-Stop @ Anjung Floria
Lake Cabin at Pit Stop @ Anjung Floria
Kredit gambar: Lake Cabin at Pit-Stop @ Anjung Floria

Lake Kabin di Pit-Stop @ Anjung Floria bukan sekadar kedai kopi biasa, malah ia juga menyediakan perkhidmatan menyewa atau membeli basikal. Lokasi Lake Kabin di Pit-Stop @ Anjung Floria ini sememangnya sangat cantik kerana ia terletak berhadapan dengan tasik. Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan yang berasaskan masakan barat. Ia juga sering menjadi lokasi bergambar untuk Instagram.

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

10. Bencoolen Coffee Putrajaya

Bencoolen Coffee Putrajaya
Kredit gambar: Bencoolen Coffee Putrajaya
Bencoolen Coffee Putrajaya
Kredit gambar: Bencoolen Coffee Putrajaya
Bencoolen Coffee Putrajaya
Kredit gambar: Bencoolen Coffee Putrajaya

Bencoolen Coffee Putrajaya terkenal dengan kopinya yang diperbuat daripada biji kopi berkualiti tinggi yang diimport khas dari Bengkulu, Indonesia. Kafe ini menawarkan pelbagai menu masakan seperti laksa, pasta, makanan laut dan juga kek. Kafe ini sering dipenuhi pelanggan. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.

Waktu Operasi: 
9.00 pagi – 8.00 malam (Isnin – Ahad)
Ditutup pada hari Sabtu

Alamat: WP, Unit BG-R4, Blok B Suasana PJH, Lot 2C5, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close