6 Kafe Terbaik di Sepang 2025

Mengikut sejarah awal, nama Sepang diambil sempena nama pokok yang terdapat di daerah tersebut iaitu pokok Sepang. Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasan-kawasan daerah kecil Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-kawasan ini kemudiannya digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975. 

Semasa awal penubuhannya, pusat pentadbiran daerah Sepang terletak di Pekan Sepang.  Walaupun Sepang merupakan daerah yang kecil, anda masih boleh mendapati pelbagai pilihan makanan yang terdiri daripada masakan tempatan dan juga masakan antarabangsa. Berikut adalah 6 kafe terbaik di Sepang. 

Bagaimanakah Mencari Kafe Yang Terbaik di Sepang?

Memandangkan hanya sebilangan kecil kafe di Sepang yang mendapat ulasan positif, anda mungkin mengalami kesukaran untuk mencari kafe yang sesuai di kawasan tersebut. Terdapat beberapa aspek yang boleh anda pertimbangkan sebelum memilih kafe antaranya menu, suasana dan ulasan. 

  1. Menu

Setiap kafe menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang berbeza, jadi, anda disarankan untuk membuat semakan secara dalam talian dahulu sebelum datang ke kafe. Hal ini boleh membantu anda mendapatkan beberapa maklumat mengenai makanan dan minuman yang ditawarkan.

  1. Suasana 

Setiap orang mempunyai pilihan dan cita rasa suasana yang berbeza, jadi anda perlulah memilih kafe berdasarkan pilihan dan cita rasa anda agar anda berpuas hati dengan pengalaman yang diberikan.

  1. Ulasan

Ulasan atau maklum balas daripada pelanggan terdahulu boleh membantu anda untuk mengecilkan pilihan semasa mencari kafe yang sempurna. Ini kerana anda boleh mendapatkan gambaran ringkas mengenai tempat tersebut melalui ulasan yang diberikan. 

6 Kafe Terbaik di Sepang 2024

1. Pelita Cafe

Pelita Cafe
Kredit gambar: Pelita Cafe
Pelita Cafe
Kredit gambar: Pelita Cafe

Pelita Cafe mempunyai reka bentuk minimalis dan suasana yang mesra sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan pelbagai jenis makanan pada harga yang berpatutan. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke kafe ini ialah Ayam Penyet, Lontong dan Soto Ayam. 

Alamat: Medan 23, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu)
9:00 pagi – 6:00 petang (Ahad)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Pelita-Cafe-183073951712450/ 

semak laman web di sini

2. Dome Cafe

Dome
Kredit gambar: Dome
Dome
Kredit gambar: Dome

Jika anda mencari restoran masakan barat dengan harga yang berpatutan, Dome Cafe pilihan terbaik untuk anda. Dome Cafe terletak di Mitsui Outlet Park KLIA, Persiaran Komersial, Sepang. Kafe ini menawarkan pelbagai menu yang terdiri daripada masakan barat. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke kafe ini ialah ‘Scone’, ‘Fish & Chips’, ‘Chicken Pie’ dan banyak lagi. 

Alamat: Lot G16, Tingkat Bawah, Mitsui Outlet Park KLIA, Persiaran Komersial, 64000 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

semak laman web di sini

3. Santan Cafe & Shop

Santan Cafe Shop
Kredit gambar: YummyAdvisor
Santan Cafe Shop
Kredit gambar: Helpmecovid

Santan Cafe & Shop memiliki konsep yang sangat unik kerana ia merupakan gabungan kedai santan dan kafe! Bukan sahaja memiliki konsep yang unik malah ia juga menyajikan pelbagai menu menarik seperti Lempeng Kelapa, Roti Titab Kacang Bakar & Sosej dan ABC Kelapa. Walaupun kafe ini tidak mempunyai hiasan yang mewah namun, anda masih boleh menikmati pengalaman makan yang menyenangkan bersama keluarga mahupun rakan anda. 

Alamat: No.33 Jalan Seroja 5, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi:
7:30 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

4. Kopi TUDMAS Coffee Cafe

Kopi TUDMAS Coffee Cafe
Kredit gambar: Kopi TUDMAS Coffee Cafe
Kopi TUDMAS Coffee Cafe
Kredit gambar: Kopi TUDMAS Coffee Cafe

Kafe ini merupakan tempat yang sangat ideal jika anda ingin menikmati kopi pada waktu malam. Hal ini kerana, ia beroperasi sehingga 11 malam. Ia juga menyajikan pelbagai jenis minuman yang terdiri daripada kopi panas, kopi ais, kopi bermusim serta teh ais bagi mereka yang tidak mengambil kafein. Selain daripada latte, anda juga boleh mencuba hidangan Laksa Johor, Mee Bandung Tudmas dan Jawa’Nuggets’ yang ditawarkan di kafe ini. 

Alamat: Jalan Hj Adnan, Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi:
5:00 petang – 11:00 malam (Selasa – Jumaat)
3:00 petang – 11:00 malam (Sabtu – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/KopiTUDMAS/ 

5. Calanthea Plant & Cafe

Calanthea Plant Cafe
Kredit gambar: Calanthea Plant & Cafe
Calanthea Plant Cafe
Kredit gambar: Calanthea Plant & Cafe

Calanthea Plant & Cafe dahulunya merupakan tempat atau kedai yang menjual tumbuhan dalaman dan luaran namun kini ia telah mengembangkan perniagaannya sebagai kafe. Kafe ini juga telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai makanan dan minumannya yang lazat serta kakitangannya yang ramah. Calanthea Plant & Cafe terletak di Kota Warisan, Sepang. 

Alamat: 111, Jalan Warisan Sentral 2, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 7:00 petang (Selasa – Khamis)
10:00 pagi – 7:00 petang (Jumaat – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/calanthea.my 

6. Badam’s Cafe

Badams Cafe
Kredit gambar: Badam’s Cafe
Badams Cafe
Kredit gambar: Badam’s Cafe

Badam’s cafe mempunyai reka bentuk yang menarik serta terkenal dengan hidangan seperti Kambing Percik, Nasi Mentega, Pasta Udang Sambal, Briyani ‘Lamb Shank’ dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba minuman istimewa mereka iaitu ‘Matcha Latte’ dan ‘Iced Caramel Macchiato’. Selain itu, kafe ini juga sering menjadi tempat tumpuan para ‘cafe-hoppers’ kerana suasananya yang sangat ‘insta-worthy’.

Alamat: 30, Jalan 2, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Khamis)
9:00 pagi – 8:00 malam (Jumaat)
Ditutup pada hari Sabtu & Ahad

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/badamscafe/ 


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close