Seremban ialah sebuah bandar raya yang terletak di Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia. Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan dan juga merupakan bandar terbesar di negeri tersebut. Seremban merupakan bandar yang sibuk serta mempunyai banyak aktiviti yang boleh dinikmati oleh penduduk tempatan dan pelancong. Memandangkan Seremban terletak berhampiran dengan bandar besar seperti Putrajaya dan Kuala Lumpur, ia sering dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia. Terdapat juga pelbagai kafe yang menyajikan pelbagai masakan dan kopi yang lazat pada harga yang berpatutan. Berikut adalah 10 kafe terbaik di Seremban.
Tips untuk mencari kafe yang baik di Seremban.
Terlalu banyak kafe yang boleh didapati di Seremban sehingga membuatkan anda keliru hendak memilih mana satu? Jangan bimbang, dengan mempertimbangkan beberapa aspek seperti belanjawan, lokasi dan menu boleh membantu anda dalam mencari kafe yang terbaik untuk dikunjungi.
- Belanjawan
Harga makanan di kafe boleh menelan kos yang agak tinggi berbanding restoran. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda supaya tidak membazir serta dapat mengelakkan sebarang kesukaran berlaku.
- Lokasi
Anda disarankan untuk mencari lokasi kafe yang anda ingin tuju supaya tidak membazirkan masa dan minyak anda.
- Menu
Setiap kafe menawarkan pelbagai variasi menu masakan dengan keunikan yang tersendiri. Oleh itu, anda disarankan untuk memilih kafe yang menghidangkan menu masakan yang menepati cita rasa anda.
10 Kafe Terbaik di Seremban 2023
1. The Muffin House



The Muffin House merupakan sebuah kafe yang menawarkan pelbagai jenis hidangan pastri dan kopi yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Kafe ini terkenal dengan Muffin yang didatangkan dalam pelbagai perisa untuk dipilih. Antara perisa Muffin yang ditawarkan ialah perisa teh hijau, hazelnut, walnut pisang, kayu manis epal dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga menyajikan pelbagai jenis sandwic yang lazat dan sihat.
Waktu Operasi:
10.30 pagi – 8.00 malam (Isnin, Rabu – Ahad)
Ditutup pada hari Selasa
Alamat: Seksyen B, 250, Jalan S2 B12, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
LAMAN WEB2. N9 Container Cafe



N9 Container Cafe dahulunya dikenali sebagai N9 Stick Factory merupakan antara kafe yang terkenal di Seremban. Ia telah beroperasi sejak tahun 2015. Kafe ini menawarkan ‘fusion comfort food’ yang diinspirasikan daripada hidangan masakan barat. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di kafe ini ialah Mozzarella Cheese Chicken, Smoked Duck Aglio Oil, Golden Egg Soft Shell Crab Pasta, Smoked Duck with Orange Salad dan banyak lagi.
Waktu Operasi:
5.00 petang – 11.00 malam (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Alamat: 99, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB3. Bro’s Cafe Company



Bro Bro’s Cafe Company merupakan sebuah kafe Korea yang terletak di Seremban 2. Kafe ini didatangkan dengan reka bentuk yang minimalis dan moden memberikan anda suasana yang santai dan tenang. Selain itu, kafe ini juga mempunyai 2 ruangan makan iaitu ruang tertutup (indoor) dan ruang terbuka (rooftop). Jika anda berkunjung ke Seremban, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kopi hitam dan bingsu terbaik di kafe ini.
Waktu Operasi:
10.30 pagi – 9.00 malam (Isnin – Sabtu)
10.30 pagi – 4.00 petang (Khamis)
10.30 pagi – 6.00 petang (Ahad)
Alamat: 131, Jalan S2 B4, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB4. Coffee and Dreams S2



Coffee and Dreams S2 terkenal dengan kesedapan rasa kopinya yang autentik dan berbeza daripada kopi biasa. Hal ini kerana kopi yang dihasilkan di kafe ini menggunakan kaedah ‘Lavazza Gold Selection’ bagi memperolehi tekstur kopi yang halus dan licin. Selain itu, kafe ini juga menawarkan pelbagai jenis hidangan seperti Sandwiches with Nacho Chips, Chicken Chop dan Hawaiian Chicken Pizza.
Waktu Operasi:
12.00 tengah hari – 9.00 malam (Isnin – Ahad)
Ditutup pada hari Khamis
Alamat: 199, Jalan S2 B14, Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB5. The Coffeeholic



The Coffeeholic merupakan satu lagi kafe yang terkenal dengan rasa kopinya yang asli dan padu. Kafe ini bukan sahaja menyajikan kopi yang sedap malah ia turut menawarkan pelbagai pilihan minuman coklat, teh, sandwic dan hidangan pastri yang lain. Selain itu, The Coffeeholic juga menyediakan pakej sarapan pagi yang sihat dan sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Sama seperti kafe yang lain, kafe ini juga mempunyai hiasan dalaman yang menarik dan tersendiri.
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad)
Alamat: Seksyen B, 250, Jalan S2 B12, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB6. Chars Cafe



Chars Cafe menawarkan pelbagai hidangan yang terdiri daripada masakan Asia, tempatan, Barat, Cina, Jepun dan banyak lagi. Kafe ini telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelanggan terdahulu mengenai kelazatan hidangannya. Antara hidangan istimewa yang ditawarkan ialah Fish and Chips, Mozzarella Cheese Chicken Chop, Salted Egg Spaghetti, Nasi Lemak Ayam Berempah, Nasi Lemak Kari Ayam dan banyak lagi.
Waktu Operasi:
11.00 pagi – 11.00 malam (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Alamat: 278, Jalan S2 B12,, Jalan S2 B6, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB7. Just Koffea



Just Koffea cukup terkenal dengan rasa kopinya yang tersendiri. Kafe ini juga mempunyai suasana yang tenang dan susunan tempat duduk yang selesa, membolehkan anda menikmati juadah anda dengan santai dan nyaman. Bukan itu sahaja, kafe ini juga terkenal dengan hidangan seperti Grilled Chicken, Spaghetti with Meatballs, Grilled Salmon, Wafel dan Basque Burnt Cheesecake.
Waktu Operasi:
10.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Ahad)
Ditutup pada hari Rabu
Alamat: Uptown Avenue, 368, Jalan S2 B15, Seksyen B, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB8. Cafe X



Cafe X merupakan salah satu kafe yang terkenal di Seremban ekoran reka bentuk dalamannya yang hipster. Antara makanan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di kafe ini ialah Curry Chicken Rice, Seafood White Sauce Stewed Rice, Bagel Sandwich dan Seafood Aglio Olio. Bukan itu sahaja, mereka turut menyajikan hidangan pencuci mulut seperti ‘yogurt’ beku, ‘scone’, kek keju dan bingsu.
Waktu Operasi:
12.00 tengah hari – 9.00 malam (Isnin – Ahad)
Ditutup pada hari Selasa
Alamat: 364, Jalan S2 B15, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB9. Le Cafe



Le Cafe terkenal dengan hidangan masakan yang berinspirasikan masakan gaya Perancis. Kafe ini mempunyai reka bentuk dalaman yang moden dan estetik. Le Cafe menawarkan pelbagai masakan barat seperti Pasta, Chicken Chop, Pork Chop dan Spageti. Bukan itu sahaja, harga minuman dan makanan di kafe ini juga berpatutan.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 6, Lorong Rahang 1, Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
10. The Beast Cafe



The Beast Cafe terletak di Uptown Avenue, Seremban 2. Ia mempunyai persekitaran yang tenang dan selesa tanpa sebarang gangguan sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda belajar dan bekerja. Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan pastri seperti ‘croissant’, kek dan wafel. Manakala, untuk makanan berat, mereka menyajikan Nasi Ayam Mentega, Nasi Goreng Tom Yam, Salad Dada Ayam dan Stik. Selain itu, mereka juga menyediakan pelbagai jenis minuman yang terdiri daripada jus buah-buahan, teh, minuman coklat dan kopi.
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 10.00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 293, Jalan S2 B13, Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEBDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.