Kredit Gambar: Centrehara
Walaupun aktiviti lasak dan mencabar seperti mendaki sering dimonopoli oleh kaum lelaki, ia tidak dapat dinafikan bahawa sukan ini juga boleh disertai oleh kaum wanita. Ramai wanita di luar sana yang berani dan mempunyai kekuatan fizikal telah menjadikan aktiviti outdoor terutama mendaki sebagai hobi mereka.
Untuk wanita yang memilih sukan mendaki, mereka tidak terkecuali untuk mencari kasut mendaki yang sesuai buat mereka. Kasut yang sesuai sangat memainkan peranan yang penting apabila melakukan aktiviti mendaki, selain memberikan keselesaan, faktor keselamatan juga diambil kira oleh para penggunanya ketika melakukan aktiviti pendakian. Jadi, inilah 10 kasut mendaki terbaik untuk wanita yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana untuk memilih kasut mendaki yang sesuai?
Kasut mendaki untuk wanita mungkin berbeza sedikit daripada lelaki kerana ia biasanya didatangkan dalam saiz yang lebih kecil dan warna yang lebih lembut. Sebelum anda membuat pembelian atau pilihan, terdapat beberapa aspek penting yang anda perlu mengambil kira seperti bahan, saiz, dan warna.
- Bahan
Memilih kasut mendaki dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan kasut yang berkualiti dan tahan lasak. Kasut perlulah diperbuat daripada bahan yang fleksibel dan selesa supaya anda boleh mengelak daripada sebarang risiko kecederaan.
- Saiz
Pastikan anda memilih saiz yang berpadanan dengan anda, jangan terlalu longgar atau terlalu ketat. Pastikan ada ruang sebaiknya ½ inci / 0.5 cm ( selepas pemakaian stokin ). Ruangan ini dapat memberikan anda peluang untuk membuat regangan pada kaki.
- Warna
Sepasang kasut mendaki yang bagus juga pasti didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik dan sesuai untuk dipakai ketika anda mendaki. Oleh itu, penting untuk memilih warna yang digemari oleh anda supaya mood anda ketika mendaki akan lebih ceria dan tenang.
10 Kasut Mendaki Wanita Terbaik di Malaysia 2023
1. Neckermann Men & Women’s Unisex Tornado Hiking Outdoor Shoes

Neckermann Men & Women’s Unisex Tornado Hiking Outdoor Shoes mempunyai reka bentuk yang agak neutral menjadikannya sesuai untuk dipakai oleh sesiapa sahaja. Kasut ini mempunyai tapak luar yang terdapat bunga getah untuk membantu mengurangkan gelinciran sewaktu anda mendaki. Selain itu, ia didatangkan dengan 2 pilihan warna sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit, mesh, tekstil, getah
- Saiz: 36 – 45
- Warna: Navy, coklat tua
Kelebihan:
✅ Mudah dipakai
✅ Selesa
Harga: RM99.99
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. SPEED 3 Trail Hiking Shoe

SPEED 3 Trail Hiking Shoe dilengkapi dengan kusyen di bahagian tapak kasut bagi memberikan keselesaan yang maksimum kepada anda ketika mendaki dalam jangka masa yang lama. Selain itu, pada tapak luar kasut ini pula, terdapat bunga getah lembut yang membantu dalam menyerap hentakan ketika pendakian. Hal ini dapat mengelakkan kaki anda daripada mengalami kecederaan yang serius sekiranya anda tergelincir semasa anda mendaki. Kasut boleh didapati dalam 5 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit, fabrik
- Saiz: 38 – 45
- Warna: Hitam merah, kelabu oren, hitam garis putih, hijau tentera, hijau kelabu, biru laut
Kelebihan:
✅ Pelbagai pilihan warna
✅ Tapak luar lembut
✅ Menyerap hentakan
Harga: RM67.63 – RM74.31
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Ambros Women’s Shepro Hiking Trekking Shoes

Jika anda sedang mencari kasut mendaki dengan reka bentuk yang moden dan feminin, Ambros Women’s Shepro Hiking Trekking Shoes sesuai untuk anda. Kasut ini diperbuat daripada lapisan mesh yang membolehkan proses pengudaraan dan penyejatan peluh berlaku dengan baik.
Spesifikasi:
- Bahan: TPR, mesh
- Saiz: UK4 – UK9
- Warna: Hitam pink
Kelebihan:
✅ Warna Feminin
✅ Bergaya
✅ Jenama yang diyakini
Harga: RM85.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Decathlon Hiking / Trekking Shoes Women

Decathlon Hiking / Trekking Shoes Women diperbuat daripada formula getah yang berkualiti serta mempunyai cengkaman yang kuat memberikan keselamatan tambahan semasa anda mendaki. Kasut ini juga dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang bagus, ringan, selesa serta dapat menyerap hentakan ketika pendakian.
Spesifikasi:
- Bahan: Batu sintetik, TPR, EVA
- Saiz: 36 – 42
- Warna: Coklat berlumut
Kelebihan:
✅ Penggunaan universal
✅ Tapak luar tahan lasak
✅ Jenama yang dipercayai
Harga: RM69.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. Decathlon Hiking / Trekking Shoes Women Quechua

Decathlon Hiking / Trekking Shoes Women Quechua dilengkapi dengan ciri sintetik di bahagian hadapan yang diperbuat dengan getah untuk melindungi anda daripada sebarang batu atau dahan yang tajam sewaktu anda sedang melakukan aktiviti pendakian. Kasut ini bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pemakai malah mempunyai ‘heel counter’ yang membantu memudahkan pergerakan anda
Spesifikasi:
- Bahan: Getah, Fabrik
- Saiz: 36 – 41
- Warna: Biru
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Heel counter
✅ Kalis Air
Harga: RM139.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. CAMEL Women’s Outdoor Shoes

Jika anda mencari kasut mendaki dengan reka bentuk kasual dan boleh dipakai untuk semua aktiviti luar, CAMEL Women’s Outdoor Shoes sesuai untuk anda. Kasut ini mempunyai reka bentuk tapak luar yang tebal disertakan dengan tapak di bahagian tengah yang fleksibel untuk memberikan keselesaan tambahan sewaktu anda mendaki. Selain itu, kasut ini didatangkan dengan 4 pilihan warna yang boleh anda dapati di pasaran.
Spesifikasi:
- Bahan: Osole, Fabrik , MD, RB
- Saiz: 35 – 45
- Warna: Sand, kelabu gelap, merah jambu, hitam
Kelebihan:
✅ Pelbagai pilihan warna
✅ Super-grip
✅ Tapak Tebal
Harga: RM135.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. VMAL Outdoor Hiking Shoes

VMAL Outdoor Hiking Shoes mempunyai reka bentuk yang ringkas seperti sandal menjadikannya mudah untuk dipakai. Selain itu, kasut ini juga dilengkapi dengan bahagian atas yang mempunyai jaringan fabrik yang halus dan ringan. Perkara ini membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta membuatkan kaki anda kering semasa atau setelah melakukan pendakian dalam masa yang lama.
Spesifikasi:
- Bahan: Mesh, EVA
- Saiz: 35 – 47
- Warna: Merah, kuning, oren, ungu, biru
Kelebihan:
✅ Pelbagai saiz
✅ Breathable
✅ Mudah dipakai
Harga: RM83.94
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. SALOMON Hiking Shoes SpeedCross 4

SALOMON Hiking Shoes SpeedCross 4 merupakan kasut mendaki pilihan ramai termasuklah daripada kalangan pendaki profesional dan amatur. Kasut ini mempunyai gabungan warna yang menarik dan dilengkapi dengan ciri ringan dan ‘breathable’ untuk membantu anda bergerak dengan selesa. Selain itu, kasut ini didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Mesh, polyester, getah
- Saiz: 36 – 41
- Warna: Burgundy
Kelebihan:
✅ Bergaya
✅ Ringan
Harga: RM100.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
9. Decathlon Hiking Women Breathable Shoes

Decathlon Hiking Women Breathable Shoes merupakan kasut yang direka khas untuk aktiviti mendaki. Kasut ini sesuai untuk digunakan di kawasan luar bandar dan laluan berbatu. Ia dilengkapi dengan tali berganda untuk memberikan keselamatan dan keselesaan tambahan sewaktu anda mendaki.
Spesifikasi:
- Bahan: EVA, mesh
- Saiz: 35 – 38
- Warna: Pink
Kelebihan:
✅ Reka bentuk feminin
✅ Ringan
Harga: RM169.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
10. Columbia Women’s Trail Shoe Pivot Waterproof

Columbia Women’s Trail Shoe Pivot Waterproof mempunyai gabungan warna pastel yang menarik serta dilengkapi dengan ciri ringan dan ‘breathable’ untuk membantu anda bergerak dengan selesa. Kasut ini sesuai digunakan untuk pendakian jarak dekat sahaja. Tambahan pula, kasut ini juga dilengkapi dengan ciri atas sintetik yang dibuat dengan jaringan fabrik halus untuk memberi anda kesan penyejukan sewaktu anda sedang melakukan pendakian.
Spesifikasi:
- Bahan: Knit, suede, kulit sintetik, EVA, getah
- Saiz: US7 – US8
- Warna: Kelabu merah jambu
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Bergaya
✅ Jenama yang dipercayai
Harga: RM299.40
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.