Kata orang, “Kasut yang bagus akan membawa anda ke tempat yang baik.” Anda tidak melakukan pembaziran jika anda ingin membeli sepasang kasut baru untuk anda bagi meraikan fasa baru di dalam hidup anda. Jadi, apabila masanya tiba untuk membeli kasut, anda perlu mempertimbangkan beberapa hal untuk membeli kasut yang bergaya dan sesuai untuk digunakan dalam acara istimewa. Walau apapun, apa yang penting, anda tahu keinginan anda untuk bergaya dan fesyen yang ingin anda cuba termasuklah membeli sepasang kasut yang sesuai untuk anda.
Jangan risau, kami boleh mengesyorkan kepada anda beberapa jenis kasut bergaya untuk wanita dan anda boleh memilihnya mengikut keutamaan dan standard anda. Tenangkan diri anda kerana terdapat banyak cadangan kasut untuk dipilih daripada kasual sehinggalah kepada formal, vintaj sehinggalah kepada jalanan, dan banyak lagi!
Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli kasut?
Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sepasang kasut yang sempurna? Anda boleh bertanya kepada diri sendiri tentang apakah yang membuatkan sepasang kasut sesuai untuk anda? Sebagai contoh, mungkin boleh jadi reka bentuk kasut, bahan berkualiti dan saiz yang betul merupakan gaya kasut yang sesuai untuk anda.
- Rekaan yang Baik
Reka bentuk kasut yang baik ialah reka bentuk kasut yang sesuai dengan gaya fesyen anda, umur matang anda dan tujuan kasut direka sebegitu. Apabila anda memikirkan semua aspek ini, anda akan mendapati diri anda lebih mudah membuat pilihan.
- Kualiti Material yang Digunakan
Pertimbangkanlah untuk melihat kualiti bahan yang digunakan dalam proses pembuatan kasut anda. Ini kerana anda akan tahu berapa lama kasut anda akan bertahan sehingga ia benar-benar haus. Selain itu, anda dapat memastikan anda selesa memakainya sebelum membelinya.
- Saiz yang Betul
Perkara yang paling penting dalam pemilihan kasut ialah sentiasa memastikan kasut yang anda ingin beli itu mempunyai saiz yang betul dengan kaki anda. Jika anda tersalah beli saiz kasut yang tidak padan dengan kaki anda, hal ini pasti mengecewakan anda.
8 Kasut Wanita Trendy Terbaik di Malaysia 2025
1. 1970s High Top Canvas Shoes

Jika anda melihat dengan teliti 1970s High Top Canvas Shoes ini, anda dapat melihat betapa halus jahitan pada kasut ini sekaligus menonjolkan reka bentuknya yang bergaya dan retro. Kasut ini sememangnya pilihan terbaik untuk pencinta converse. Sneakers berkualiti tinggi ini diperbuat daripada kanvas sekaligus menjadikannya kasut yang berkualiti untuk dipakai. Selain itu, ia mempunyai ciri anti-gelincir pada tapaknya supaya anda tidak tergelincir semasa berjalan di atas lantai yang licin.
Spesifikasi:
- Material: Kanvas
- Pilihan Warna: Hitam, Putih
- Saiz: UK 36-44
Kelebihan:
✅ Cengkaman tanah yang baik
✅ Tahan lama
✅ Anti-gelincir
Harga: RM133.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Martin Single Boots

Rock, bergaya dan fesyen. 3 perkataan ini cukup menggambarkan si pemakai kasut Martin Single Boots ini. Ia direka dengan ciri unik iaitu but buku lali tinggi dan diperbuat daripada bahan sintetik. Gaya but ini agak trending semasa tahun 80-an dan mudah digayakan dengan blaus atau pakaian longgar yang dipadankan dengan seluar jeans pendek.
Spesifikasi:
- Material: Kulit Synthetic
- Pilihan Warna: Hitam, Khaki, Creamy White
- Saiz: UK 35-40
Kelebihan:
✅ Mempunyai zip di belakang but.
✅ Gaya kasut tumit tebal
Harga: RM35.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. SWEETC Point Heels

SWEETC Point Heels ialah sejenis kasut tumit Scarpin dengan ciri-ciri klasik, ringan dan bertumit nipis. Rekaan runcing di bahagian jari kaki dan mutiara berkilauan di bahagian hadapan menambahkan elemen elegan dan feminim seorang wanita. Kasut ini sesuai dipakai ke majlis formal atau kasual.
Spesifikasi:
- Material: Tidak dinyatakan
- Pilihan Warna: Hitam, Apricot, Merah
- Saiz: UK 34-40
Kelebihan:
✅ Jenis Slip-on
✅ Berpatutan
✅ Feminin dan elegan
Harga: RM34.98 – RM34.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. British High Heel Lolita Shoes

Jika anda sedang mencari kasut sekolah yang bergaya dan vintaj, British High Heel Lolita Shoes ini mungkin sesuai untuk anda. Walaupun ia kelihatan seperti sebahagian daripada pakaian sekolah, ia juga boleh dipakai untuk majlis kasual. Tapak kasut ini juga diperbuat daripada bahan berkualiti terbaik iaitu getah yang menyerap hentakan setiap kali anda berjalan.
Spesifikasi:
- Material: Kulit, Tapak kasut getah
- Pilihan Warna: Bright black, Black matter, Beige
- Saiz: UK 35-40
Kelebihan:
✅ Tahan lama dan fleksibel
✅ Sesuai untuk sekolah dan acara kasual
✅ Material yang berkualiti tinggi
Harga: RM37.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. MYKUTSU Juliette Women Low Heels

Dengan terjual 3.5k, memang tidak dinafikan MYKUTSU Juliette Women Low Heel ni memang kasut terlaris di luar sana. Reka bentuk warna polos dan tali ruffle di atas jari kaki sememangnya menjadikan kasut ini kelihatan klise dan normal tetapi masih menyerlahkan daya tarikan femininnya. Lebih-lebih lagi, kasut ini juga sesuai untuk dipakai pada temu janji makan malam, acara santai, perkahwinan, dan pelbagai majlis.
Spesifikasi:
- Material: PU Leather
- Pilihan Warna: Hitam, Cream, Hijau
- Saiz: UK 35-42
Kelebihan:
✅ Jenis Pengancing
✅ Bertumit rendah
✅ Ringkas dan feminin
Harga: RM25.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Women’s Platform Loafers

Platform Loafers wanita ini ialah satu lagi pilihan kasut sekolah untuk pelajar. Disebabkan reka bentuknya yang formal, ia kelihatan seperti kasut yang dibenarkan di sekolah kerana pelajar biasanya tidak dibenarkan memakai kasut rekaan mewah dan berkilauan. Ia bukan sahaja kelihatan formal, tetapi juga bergaya dan vintaj. Oleh itu, ia akan menjadi kasut yang sepadan dengan pakaian seragam sekolah.
Spesifikasi:
- Material: PU Leather, Tapak kasut getah
- Colors Available: Hitam, Coklat
- Saiz: UK 35-40
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Anti-gelincir
✅ Material berkualiti tinggi
Harga: RM38.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Leisure Big Bow Loafer Shoes

Untuk menambah lebih banyak pilihan kasut untuk wanita bekerja, Leisure Big Bow Loafer Shoes ini sesuai dengan penampilan pejabat anda yang anggun. Paling penting, kasut ini direka dengan ciri yang selesa dan mudah dipakai untuk memberikan pengalaman berjalan yang terbaik. Jangan risau kerana kasut ini masih sesuai dipadankan dengan pakaian kasual yang ringkas!
Spesifikasi:
- Material: PU Leather
- Pilihan Warna: Matte Black, Light black
- Saiz: UK 35-40
Kelebihan:
✅ Mampu milik
✅ Material yang berkualiti tinggi
✅ Tapak tumit yang tebal
✅ Sesuai untuk mereka yang bekerja
Harga: RM23.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. MAY Classic Canvas Sneakers

Sesetengah mungkin lebih suka kasut sukan paras buku lali dan MAY Classic Canvas Sneakers ini mungkin kasut yang anda cari. Selain itu, ia merupakan salah satu pilihan terbaik di luar sana untuk peminat converse paras buku lali! Kebiasaannya, kasut jenis ini merupakan kasut yang wajib dimiliki oleh kebanyakan orang terutamanya golongan muda yang menggemari gaya jalanan. Ini kerana ia sesuai dengan pakaian vintaj kasual untuk memberikan rupa yang ringkas dan minimalis.
Spesifikasi:
- Material: Kanvas dan getah
- Pilihan Warna: Hitam, Putih, Merah Jambu
- Saiz: UK 35-40
Kelebihan:
✅ Mempunyai tali pengikat kasut
✅ Jenis kasut paras buku lali
✅ Sesuai untuk acara kasual atau gaya jalanan
Harga: RM28.00-RM31.98
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.