Apabila si kecil sudah mula boleh bergerak seperti merangkak, bergolek atau bertatih, ia antara saat paling bahagia buat ibu bapa. Ia menunjukkan si kecil melalui proses tumbesaran yang normal namun bermula detik itu juga ibu bapa perlu lebih peka dan berhati-hati terutama membabitkan aspek keselamatan.
Terjatuh terutama dari sofa atau katil antara perkara paling kerap terjadi. Hal ini menyebabkan ibu bapa berasa runsing kemungkinan si kecil mengalami kecederaan terutama di kepala. Oleh itu, dengan mendapatkan katil bayi boleh menjadi salah satu solusi terhadap masalah tersebut. Hal ini kerana, katil bayi mempunyai ciri keselamatan yang lengkap serta mampu melindungi si kecil anda daripada jatuh. Berikut adalah 15 katil bayi terbaik di Malaysia.
Apakah perbezaan antara playpen dan katil bayi?
Ramai orang mengalami kesukaran dalam membezakan antara ‘playpen’ dan katil bayi. Katil bayi ialah katil kecil yang dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Katil bayi biasanya lebih besar dan diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi seperti kayu araucaria dan kayu pine. ‘Playpen’ pula adalah tempat untuk bayi dan kanak-kanak kecil bermain dan tidur. Ia biasanya diperbuat daripada plastik, ringan, boleh dilipat, kurang besar dan mempunyai reka bentuk mudah alih.
Bagaimana hendak memilih katil bayi yang terbaik?
Ketika memilih katil bayi atau mana-mana produk, anda perlulah menyemak butiran produk terlebih dahulu. Untuk katil, anda disarankan untuk menyemak rel keselamatan, jenis, bahan dan tilam.
- Rel Keselamatan
Keselamatan adalah perkara terpenting yang perlu anda fikirkan semasa memilih katil bayi. Oleh itu, anda disarankan untuk periksa rel katil dan pastikan jarak lubang rel tidak melebihi 2 inci untuk mengelakkan kaki, tangan atau kepala anak anda tersekat.
- Jenis Katil Bayi
Katil bayi boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan fungsi. Jadi, anda disyorkan untuk menentukan jenis katil bayi yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.
- Bahan
Memilih katil dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan katil yang berkualiti dan memberikan keselesaan yang maksimum. Katil bayi perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
- Tilam
Tilam yang bagus untuk bayi ialah tilam yang diperbuat daripada kapas organik. Ia bukan sahaja memberikan keselesaan pada bayi anda, malah ia juga dapat mengelakkan kerengsaan dan ruam.
15 Katil Bayi Terbaik di Malaysia 2023
1. Comfy Baby Ciak Baby Cot (60 x 120cm) + Free Comfy Baby Supreme Mattress (60 x 120cm)

Comfy Baby Ciak Baby Cot ini diperbuat daripada kayu araucaria yang di import khas dari Austria serta mempunyai Sijil FSC. Ia mempunyai struktur yang kukuh dan boleh menyerap hentakan yang kuat sekali gus menjadikannya antara pilihan katil bayi yang terbaik untuk bayi anda. Ia juga didatangkan dengan kemasan cat yang mesra alam (SGS) bagi mengekalkan kualiti katil. Katil bayi ini juga mampu menampung berat sehingga 50 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Araucaria
- Warna: Kelabu, Putih
- Umur: Baru lahir – 50 kg
- Jaminan: 1 tahun
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz:
- Saiz katil: (Panjang) 125 cm x (Lebar) 66 cm x (Tinggi) 103 cm
- Saiz tilam: (Lebar) 60 cm x (Panjang) 120 cm (Ketebalan tidak kurang daripada 5 cm dan tidak lebih daripada 10 cm)
- Beban Maksimum: 50 kg
- Pakej Produk: 1 X Katil bayi, 1 X Tilam ‘memory foam’
Kelebihan:
✅ Diperbuat daripada Kayu Araucaria
✅ Kemasan cat yang unik (SGS)
✅ Tapak tilam boleh laras (2 tingkat)
✅ Bahagian tepi boleh diturunkan
✅ Mempunyai 4 roda dengan 2 brek
✅ Pantas dan mudah untuk dipasang
✅ Buku panduan pemasangan disediakan
Harga: RM1199.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. B2Central Natural Non-toxic Easel Wooden Baby Cot

B2Central Natural Non-toxic Easel Wooden Baby Cot mempunyai reka bentuk yang selesa dan sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga 3 tahun (dapat menampung berat sehingga 100 kg). Katil bayi ini menggunakan cat tanpa toksik sekali gus menjadikannya selamat untuk kegunaan si kecil yang suka menggigit. Bukan itu sahaja, rel sisinya juga boleh ditarik ke bawah dan disambungkan ke katil ibu bapa untuk pemantauan dan penjagaan yang lebih dekat.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Easel Semula jadi
- Warna: Coklat, Putih
- Umur: Baru lahir – 3 tahun
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz:
- Saiz katil: (Panjang) 104 cm x (Lebar) 60 cm x (Tinggi) 85 cm
- Saiz tilam: (Lebar) 100 cm x (Panjang) 55 cm x (Tinggi) 4 cm
- Beban Maksimum: 100 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
- 1 X Percuma kelambu
- 1 X 5 dalam 1 (Set peralatan tempat tidur)
Kelebihan:
✅ Luas
✅ Mempunyai kunci keselamatan kanak-kanak
✅ Selamat untuk bayi
✅ Ketinggian boleh laras
✅ 2 dalam 1 (kayu kuda bukan toksik)
Harga: RM149.90 – RM339.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Sweet Heart Paris Multi Functional Baby Pine Wood Wooden Cot WCT138

Sweet Heart Paris Multi Functional Baby Pine Wooden Cot WCT138 didatangkan dengan rel dan sisi katil dalam bentuk bulat bagi melindungi bayi anda daripada bahaya. Katil bayi ini diperbuat daripada 100% kayu pine berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai pelbagai fungsi dan boleh digunakan sebagai meja, sofa dan buaian bayi.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Pine Tahan Lama
- Warna: Putih, Kayu Pine
- Umur: Baru lahir – 6 tahun
- Jaminan: 6 bulan
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz:
- Saiz katil: (Panjang) 99 cm x (Lebar) 58 cm x (Tinggi) 85.5cm
- Beban Maksimum: 70 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
- 1 X Kelambu
Kelebihan:
✅ Ketinggian boleh laras
✅ Bahan tidak toksik
✅ Boleh digunakan sebagai buaian
✅ Boleh digunakan sebagai meja dan sofa
✅ Rel katil bulat untuk keselamatan bayi
Harga: RM355.00 – RM616.26
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. OSUKI Baby Cot + Bedding Bump Set 5 in 1 (Free Mosquito Net)

Jika anda mencari katil bayi dengan reka bentuk yang ringkas, katil ini terbaik untuk anda. Ia diperbuat daripada kayu Pinewood New Zealand yang berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, ia didatangkan dengan jaringan kelambu yang diperbuat daripada fabrik Mesh bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Tambahan pula, reka bentuknya yang ergonomik akan memberikan sokongan tambahan pada bahagian kepala dan badan bayi anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Pine New Zealand, Kapas
- Warna: Warna kayu asli
- Umur: 0 – 5 tahun/ 6 tahun
- Jaminan: 3 bulan
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: (Dimensi Dalam) 101 cm x 56 cm, (Dimensi Luar) 104 sm x 60 sm x 85 sm
- Beban Maksimum: 50 kg
- Pakej Produk:
- 1 x Katil Bayi Kayu Pelbagai Fungsi
- 1 x Kelambu dengan pemegang
- 1 x Set Tempat Tidur (5 Dalam 1)
- 10 x M6*35 Skru
- 2 x Skru M6
- 6 x Cangkuk Katil
- 1 x Sepana Heksagon
- 1 x Sepana Tetap
- 4 x Nat Tukul
- 4 x Nat M6
- 4 x Roda
Kelebihan:
✅ Pelbagai guna
✅ Luas
✅ Moden dan bergaya
✅ Diperbuat dengan bahan semula jadi
✅ Stabil dan berfungsi
✅ ‘Breathable’
✅ Bahagian rel dan sisi tidak tajam
✅ ‘Hypoallergenic’
✅ Tahan lasak dan tahan lama
✅ Reka bentuk ergonomik
Harga: RM197.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. HA228 Premium 2 in 1 Wooden Cradle Baby Cot

HA228 Premium 2 in 1 Wooden Cradle Baby Cot diperbuat daripada kayu easel New Zealand yang bebas toksik sekali gus menjadikannya selamat untuk bayi anda. Anda boleh melaraskan ketinggian dan relnya sehingga 180 darjah mengikut keselesaan anak anda. Bukan itu sahaja, katil bayi ini juga mempunyai ruang simpanan yang luas serta boleh menampung berat sehingga 100 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Easel New Zealand
- Warna: Warna kayu asli
- Umur: Bayi baru lahir sehingga 100 kg
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz:
- Saiz katil: (Panjang) 106 cm x (Lebar) 60 cm x (Tinggi) 85 cm
- Berat Maksimum: 100 kg
- Pakej Produk: 1 X Katil bayi
Kelebihan:
✅ 2 tingkat
✅ Mempunyai kunci keselamatan kanak-kanak
✅ Mempunyai ruang simpanan yang luas
✅ Bahan tidak toksik
✅ Rel sisi boleh laras
✅ Roda disertakan dengan brek
Harga: RM189.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Little Kuntum Rocking Solid Wooden Baby Cot

Little Kuntum Rocking Solid Wooden Baby Cot diperbuat daripada kayu pine Australia serta dilengkapi dengan kunci keselamatan kanak-kanak dan brek untuk keselamatan yang maksimum. Selain itu, set katil bayi ini juga didatangi dengan tilam kalis air untuk menghalang air kencing anak anda daripada tembus sehingga ke bahagian dalam tilam. Disertakan dengan kelambu yang kelihatan seperti kain langsir ‘ala-ala princess’, katil ini sesuai untuk bayi perempuan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Pine Australia
- Warna: Warna kayu asli
- Umur: Baru lahir – 6 tahun
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz:
- Saiz katil: (Panjang) 104 cm x (Lebar) 60 cm x (Tinggi) 85 cm
- Saiz tilam: (Lebar) 100 cm x (Panjang) 60 cm
- Beban Maksimum: 30 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
- 1 X Kelambu
- 1 X Tilam papan
- 1 X Cangkuk untuk kelambu atau untuk menggantung mainan
Kelebihan:
✅ Mempunyai kunci keselamatan bayi
✅ Roda senyap dengan brek
✅ Bahan bebas bahan kimia
Harga: RM159.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Pinewood Multifunctional Baby Cot

Katil ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan minimalis. Katil bayi ini boleh dilaraskan kepada 2 aras berbeza serta dasarnya mempunyai ruang peredaran udara yang baik. Hal ini dapat memberikan keselesaan kepada anak anda semasa tidur. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan roda anti-bunyi bagi memudahkan anda untuk mengalihkannya tanpa mengganggu si manja anda. Selain itu, ia mempunyai ruang simpanan yang besar di bawahnya untuk menyimpan barang keperluan bayi.
Spesifikasi:
- Bahan: Pinewood
- Warna: Biru, Kelabu
- Umur: 0 – 3 bulan
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: (Panjang) 106 cm x (Lebar) 60 cm x (Tinggi) 92 cm
- Beban Maksimum: 50 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
- 1 X Kelambu
- 1 X 5 cm tilam fibre
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk 0 – 3 bulan
✅ Boleh dipanjangkan
✅ Boleh disambungkan ke katil ibu bapa
✅ Ruang simpanan di bawah untuk menyimpan keperluan bayi
✅ Pelbagai kegunaan
✅ Mod roda dan buaian disediakan
✅ Mudah alih
✅ 2 tingkat dan 3 tahap ketinggian boleh laras
Harga: RM298.00 – RM348.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Cassa Ana Wooden Baby Cot

Cassa Ana Wooden Baby Cot diperbuat daripada kayu asli berkualiti tinggi dan sesuai untuk bayi baru lahir hingga kanak-kanak berumur 6 tahun. Katil bayi ini mempunyai roda yang boleh dikunci untuk memberikan kestabilan dan keselamatan tambahan kepada bayi anda. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan sebagai meja belajar serta mempunyai rel katil yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu
- Warna: warna kayu asli
- Umur: Baru lahir – 6 tahun
- Jaminan: 1 bulan
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: (Panjang) 120 cm x (Lebar) 68 cm x (Tinggi) 90 cm
- Beban Maksimum: 20 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
Kelebihan:
✅ Ketinggian boleh laras
✅ Kepala katil boleh dipanjangkan
✅ Mempunyai ‘guardrail’
✅ Ruang penyimpanan yang luas
✅ Rangka kayu yang kuat dan kukuh
Harga: RM246.31 – RM268.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. SOKANO HA231 Easel Wooden Baby Bed Baby Cot

Jika anda mencari katil bayi yang boleh disambungkan dengan katil anda, SOKANO HA231 Easel Wooden Baby Bed pilihan terbaik untuk anda. Katil ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 3 tahun. Katil ini didatangkan dengan reka bentuk ‘railing’ yang boleh dibuka dan dirapatkan pada katil anda. Hal ini memudahkan anda terutamanya jika bayi anda masih menyusu. Bukan itu sahaja, katil ini juga mampu menampung berat sehingga 100 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Easel
- Warna: Kayu
- Umur: 0 – 3 tahun
- Jaminan: 1 bulan
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz:
- Dimensi Produk (termasuk Tangga): 168 cm (L) X 70 cm (W) X 66 cm (H)
- Dimensi Produk(tanpa Tangga): 148 cm (L) X 70 cm (W) X 66 cm (H)
- Dimensi Tangga: 32 cm (L) X 6 cm (W) X 41 cm (H)
- Beban Maksimum: 100 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk bayi 0-3 tahun
✅ Mampu menampung berat sehingga 100 kg
✅ Dilengkapi dengan tangga
Harga: RM200.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Sweet Cherry Wooden Fabio Baby Cot SC879

Sweet Cherry Wooden Fabio Baby Cot SC879 diperbuat daripada kayu meranti yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Ia didatangkan dalam reka bentuk yang ringkas dan elegan serta mempunyai sudut bulat untuk mengelakkan sebarang kecederaan berlaku kepada bayi anda. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan 4 roda dan 2 brek untuk tujuan keselamatan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Meranti
- Warna: Putih
- Umur: 0 – 3 tahun
- Jaminan: 1 bulan
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz:
- Saiz katil: (Panjang) 125 cm x (Lebar) 65 cm x (Tinggi) 102 cm
- Saiz tilam: (Lebar) 120 cm x (Panjang) 61 cm
- Beban Maksimum: 15 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
Kelebihan:
✅ Ketinggian boleh laras
✅ Dilengkapi dengan 4 roda dan brek
✅ Cat tidak toksik
✅ Boleh dijadikan sebagai katil sisi
✅ Sudut bulat untuk mengelakkan kecederaan
✅ Mempunyai rel sisi untuk mudah diakses
Harga: RM489.00 – RM1,002.37
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
11. My Dear Wooden Baby Cot 26012

Jenama My Dear telah ditubuhkan pada tahun 1981 merupakan antara jenama perabot yang dipercayai dan sering menjadi pilihan pengguna. Setiap produknya dihasilkan dengan bahan berkualiti premium bagi menjamin kualiti yang ditawarkan. My Dear Wooden Baby Cot 26012 diperbuat daripada kayu ramin serta dilengkapi dengan 3 tahap ketinggian yang boleh dilaraskan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Ramin
- Warna: Putih, Kayu Asli
- Umur: 6 – 12 bulan
- Jaminan: 1 tahun
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: (Panjang) 124 cm x (Lebar) 66 cm x (Tinggi) 107 cm
- Beban Maksimum: 15 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
Kelebihan:
✅ Rangka kayu stabil dan kukuh
✅ Roda dengan brek untuk keselamatan
✅ 3 tahap ketinggian boleh laras
Harga: RM419.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
12. Evergrow Newborn Wooden Baby Cot

Evergrow Newborn Wooden Baby Cot merupakan antara katil bayi pilihan ramai. Ia sesuai digunakan untuk kanak-kanak baru lahir hingga 3 tahun (dapat menampung berat sehingga 100 kg). Kati ini menawarkan anda kelambu percuma serta 2 roda yang boleh dikunci. Hal ini dapat melindungi bayi anda daripada sebarang kemalangan. Anda juga boleh menggunakan katil bayi ini sebagai buaian.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Easel
- Warna: Putih
- Umur: Bayi baru lahir – 100 kg
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: (Panjang) 104 cm x (Lebar) 60 cm x (Tinggi) 91 cm
- Beban Maksimum: 100 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
- 1 X Kelambu
Kelebihan:
✅ Mempunyai kunci keselamatan kanak-kanak
✅ Ruang penyimpanan yang luas
✅ Bahan tidak toksik
✅ Tahap ketinggian boleh laras
✅ Boleh digunakan sebagai buaian
Harga: RM279.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
13. Babylove Classic 4 in 1 Cot Bed

Babylove Classic 4 in 1 Cot Bed ini diperbuat daripada 100% kayu meranti yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Ia sesuai digunakan untuk bayi baru lahir hingga kanak-kanak berumur 5 tahun. Ia juga dilengkapi dengan tahap ketinggian yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anak anda. Bukan itu sahaja, produk ini juga telah diperakui oleh banyak organisasi seperti MICROS dan JPJ CTA dan CTE.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Meranti
- Warna: Kayu asli, Putih
- Umur: Baru lahir – 5 tahun
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz:
- Saiz katil: (Panjang) 103 cm x (Lebar) 137 cm x (Tinggi) 76.5 cm
- Saiz tilam: (Lebar) 130 cm x (Panjang) 70 cm
- Beban Maksimum: 15 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
Kelebihan:
✅ 100% kayu meranti
✅ Cat tidak toksik
✅ Ketinggian tapak boleh laras
✅ Boleh ditukar menjadi katil sofa
✅ Mematuhi piawaian keselamatan UK dan EU
Harga: RM1,115.07 – RM1,299.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
14. Syeco 3 in 1 Natural New Zealand Rocking Solid Wooden Baby Cot

Syeco 3 in 1 Natural New Zealand Rocking Solid Wooden Baby Cot diperbuat daripada kayu easel dan tidak mengandungi sebarang bahan toksik seperti cat, pelarut, lakuer dan formaldehid pada bingkai katil. Ia mempunyai rel pengadang serta ruang simpanan bagi membolehkan anda meletakkan barangan keperluan bayi. Selain itu, rangka kayunya juga kukuh dan tahan lasak serta boleh menampung berat sehingga 100 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Easel Asli New Zealand
- Warna: Kayu Asli
- Umur: Bayi baru lahir – 100 kg
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Saiz katil: (Panjang) 106 cm x (Lebar) 60 cm x (Tinggi) 85 cm
- Beban Maksimum: 100 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
Kelebihan:
✅ Mempunyai kunci keselamatan kanak-kanak
✅ Stabil dan kukuh
✅ Bahan tidak toksik
✅ Rel sisi boleh dilaras
Harga: RM225.00 – RM229.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
15. Sayang BB House Wooden Cot

Sayang BB House Wooden Cot diperbuat daripada kayu pine New Zealand yang mesra alam dan kukuh. Terdapat ruang simpanan yang luas di bawah papan katil membolehkan anda menyimpan pakaian dan mainan bayi anda. Ia mempunyai 4 roda di bawah katil serta dilengkapi dengan fungsi brek untuk keselamatan tambahan. Katil bayi ini didatangkan dengan pelbagai fungsi dan boleh digunakan sebagai meja, katil permainan dan katil kanak-kanak.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Pine New Zealand
- Warna: Putih
- Umur: Baru lahir – 50 kg
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Saiz katil: (Panjang) 124 cm x (Lebar) 68 cm x (Tinggi) 105 cm
- Beban Maksimum: 50 kg
- Pakej Produk:
- 1 X Katil bayi
- 1 X Tilam katil bayi
- 1 X Kelambu
- 1 X Selimut
- 5 X Set peralatan tempat tidur
Kelebihan:
✅ Rangka stabil dan kukuh
✅ Bahan mesra alam
✅ Ruang simpanan yang besar
✅ Boleh digunakan sebagai meja, katil permainan dan katil kanak-kanak
Harga: RM668.97 – RM1,099.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.