10 Kedai Aksesori Telefon Terbaik di Puchong 2025

Aksesori telefon menyediakan ciri tambahan dan perlindungan untuk telefon pintar anda. Selain itu, ia juga dapat memanjangkan hayat telefon dan memberikan anda pengalaman penggunaan yang baik. Aksesori telefon seperti ‘case’ telefon, pelindung skrin dan peranti audio sememangnya dapat memudahkan anda menggunakan telefon pintar anda di mana jua anda berada.

Dengan teknologi yang semakin berkembang, peranti dan gadget juga telah dipertingkatkan penggunaannya. Banyak jenama telefon pintar, tablet mahupun komputer mempunyai perisian dan aksesori yang berguna. Telefon pintar adalah penting untuk memudahkan urusan anda. Maka, dengan adanya aksesori seperti ‘earphone’ atau ‘headphone’, anda boleh mendengar muzik tanpa mengganggu orang ramai. Jadi, untuk mendapatkan aksesori telefon yang ‘trendy’, cantik dan berpatutan, marilah kunjungi 10 kedai aksesori telefon yang terbaik di Puchong ini.

Adakah Case Telefon Mempunyai Slot Kad ‘Built-in’?

Ada sesetengah ‘case’ telefon mempunyai slot kad yang terbina dalam (built-in) bagi memudahkan pengguna membawa kad kredit, kad pengenalan atau barang kecil lain bersamanya. ‘Case’ telefon jenis ini senang didapati di kedai aksesori telefon. Selain itu, anda tidak memerlukan dompet atau beg sekiranya ada mempunyai ‘case’ telefon jenis ini. Bahkan, ada sesetengah ‘case’ telefon mempunyai pelbagai slot kad atau poket yang lebih besar untuk penyimpanan tambahan.

Adakah Aksesori Telefon Untuk Aktiviti Luar Boleh Didapati Di Kedai Aksesori Telefon?

Ya, aksesori untuk aktiviti luar boleh didapati di kedai aksesori telefon. Anda boleh mencari aksesori seperti ‘case’ telefon yang tahan lasak dan kalis air, ‘armband’, pengecas mudah alih, ‘clip-on lense’ dan banyak lagi untuk aktiviti anda. Selain itu, ada sesetengah aksesori mempunyai ciri tambahan untuk keselamatan anda semasa beraktiviti pada waktu malam.

Adakah Terdapat Aksesori Telefon Untuk Kanak-Kanak?

Ya, terdapat aksesori telefon yang dihasilkan khusus untuk kanak-kanak seperti pelindung ‘case’ telefon, ‘headphone’ dengan ciri volum yang terhad, stylus pen yang direka untuk tangan yang kecil dan banyak lagi. Kebanyakan aksesori ini direka untuk bertahan lama dan menarik perhatian kanak-kanak.

Untuk mencari aksesori telefon yang unik dan menarik, anda boleh baca artikel di bawah:

  1. Kedai Aksesori Telefon di KL
  2. Kedai Aksesori Telefon di PJ
  3. Kedai Aksesori Telefon di Subang Jaya
  4. Kedai Aksesori Telefon di Cyberjaya

10 Kedai Aksesori Telefon Terbaik di Puchong 2025

1. Ninjaz @ Bandar Puteri Puchong

Ninjaz-@-Bandar-Puteri-Puchong
Kredit Gambar: K W
Ninjaz-@-Bandar-Puteri-Puchong--
Kredit Gambar: Nshaufiq 98

Ninjaz menjual produk dan aksesori telefon yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Mereka mahu membantu pelanggan untuk mendapatkan apa yang diinginkan pada kadar yang lebih rendah. Selain itu, mereka juga mempunyai lebih 14,000 pilihan produk yang boleh pelanggan pilih di kedai mereka. Mereka percaya bahawa melalui pilihan produk yang banyak, pelanggan akan mendapat aksesori yang dicari dan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: No. 15, Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor

No. Telefon: 03-8051 7828

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Cawangan Lain:
Bandar Puchong Jaya (Google Review Di Sini)
Puchong Prima (Google Review Di Sini)
Puchong Permai (Google Review Di Sini)

Facebook: https://www.facebook.com/NinjaZSS2/

Instagram: https://www.instagram.com/ninjaz_malaysia/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. MOSS Concept Store

MOSS-Concept-Store-
Kredit Gambar: 大马搵食Kaki
MOSS-Concept-Store--
Kredit Gambar: Manimaran Prahalathan

MOSS Concept Store adalah sebuah kedai aksesori telefon mudah alih yang terbesar dan terkenal di Malaysia. Mereka mengutamakan kualiti produk dan perkhidmatan yang mereka berikan. Ramai yang datang ke kedai ini untuk mendapatkan ‘case’ telefon yang trendy dan unik. Hal ini kerana kedai ini mempunyai banyak pilihan untuk dipilih. Selain itu, mereka juga diiktiraf sebagai pengedar berlesen bagi jenama peranti terkemuka seperti X.One® dan XUNDD di Malaysia.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 23, Jalan Kenari 4, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

No. Telefon: 011-1321 4853

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Cawangan Lain:
Bandar Puteri Puchong (Google Review Di Sini)
Jalan Bandar Lapan Belas (Google Review Di Sini)

Facebook: https://www.facebook.com/moss2u.puchongjaya/

Instagram: https://www.instagram.com/moss.2u/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. X.One Malaysia

X.One-Malaysia-
Kredit Gambar: X.One Malaysia
X.One-Malaysia--
Kredit Gambar: X.One Malaysia

X.One Malaysia adalah sebuah kedai aksesori telefon yang terkenal. Selain menjadi jenama yang terkenal, kedai aksesori telefon ini juga pernah memenangi anugerah antarabangsa. Mereka mahir dalam menghasilkan pelindung skrin yang menyerap hentakan dan berkualiti tinggi untuk telefon pintar dan tablet. Semua produk mereka diiktiraf oleh SGS untuk keselamatan, kualiti, dan integriti. Mereka mahu menjadikan kedai mereka sebagai tempat yang menjual pelindung skrin yang menyerap hentakan dan aksesori telefon mudah alih yang berkualiti, mengikut trend dan juga berpatutan. Antara aksesori yang anda boleh dapati di sini adalah kabel, ‘case’ telefon dan banyak lagi.

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
11:00 pagi – 2:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 9, Jalan Bandar Lapan Belas, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/xone.malaysia

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Gajeto

Gajeto-
Kredit Gambar: Gajeto
Gajeto-
Kredit Gambar: Gajeto

Gajeto adalah sebuah kedai yang menjual peranti mudah alih dan aksesori telefon di Malaysia. Mereka menjual produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Kedai ini menawarkan pelbagai pilihan produk seperti pelindung skrin, ‘case’ telefon, kabel pengecas, peranti audio, dan pemegang telefon untuk memenuhi keperluan semua pelanggan mereka. Selain itu, kakitangan mereka sentiasa komited untuk membantu pelanggan mencari produk yang mereka inginkan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Giant Complex, lot 449, Jalan BK 5a/1, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor

No. Telefon: 011-2322 6864

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/gajetomalaysia

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Login Gadget Puchong

Login-Gadget-Puchong
Kredit Gambar: Login Gadget Puchong
Login-Gadget-Puchong-
Kredit Gambar: Login Gadget Puchong

Login Gadget Puchong mempunyai pelbagai aksesori telefon yang berkualiti tinggi seperti pengecas, ‘case’ telefon, ‘powerbank’ dan pelindung skrin. Kedai aksesori ini mempunyai segala yang anda perlukan bagi memudahkan penggunaan telefon anda. Selain itu, kakitangan mereka juga sedia membantu anda mencari aksesori yang cantik dan sesuai dengan gaya dan bajet anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: No 13, Ground Floor, Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

No. Telefon: 03-8060 9941

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

6. Gaditstyle Enterprise

Gaditstyle-Enterprise
Kredit Gambar: Gaditstyle Enterprise
Gaditstyle-Enterprise-
Kredit Gambar: Gaditstyle Enterprise

Gaditstyle Enterprise menjual pelbagai aksesori telefon mudah alih yang berkualiti dan trendy. Antara aksesori yang dijual adalah seperti ‘case’ telefon, pelindung skrin, pengecas, ‘powerbank’, pen stylus, dan juga kad memori. Mereka juga menjual aksesori kamera digital seperti lensa kamera, tripod dan ‘car mount’. Gaditstyle Enterprise adalah tempat yang sesuai untuk mencari aksesori telefon yang anda perlukan bagi mengubah penampilan telefon atau meningkatkan penggunaan telefon pintar anda.

Waktu Operasi:
11:30 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 6, Jalan PU 7/3, Taman Puchong Utama, 47140 Puchong, Selangor

No. Telefon: 011-5351 1536

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/gaditstyleenterprise

7. Kaki Gadgets @ Puchong Utama

Kaki-Gadgets-@-Puchong-Utama
Kredit Gambar: Adefa Adeel
Kaki-Gadgets-@-Puchong-Utama-
Kredit Gambar: Adefa Adeel

Kaki Gadgets adalah kedai aksesori gadget yang digemari oleh individu yang meminati gadget. Kedai ini menawarkan pelbagai bentuk dan saiz kabel, pencahayaan, USB-C dan banyak lagi. Terdapat banyak pilihan produk yang ditawarkan di sini. Selain itu, kedai ini juga menawarkan kabel berkualiti tinggi daripada jenama yang boleh dipercayai. Semua ini adalah untuk memelihara keselamatan para pengguna sewaktu mereka menggunakan produk ini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Kaki Gadget, Block A, Dataran, Jln Puchong, Taman Puchong Utama, 47140 Puchong, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/kakigadget.official/?locale=ms_MY

8. MAXXIM Mobile Trading Sdn Bhd

MAXXIM-Mobile-Trading-Sdn-Bhd
Kredit Gambar: MAXXIM Mobile Trading
MAXXIM-Mobile-Trading-Sdn-Bhd--
Kredit Gambar: MAXXIM Mobile Trading

MAXXIM Mobile Trading Sdn Bhd adalah sebuah kedai aksesori telefon yang serba lengkap untuk anda. Mereka menjual semua keperluan peranti mudah alih yang pelbagai. Antara aksesori telefon pintar yang mereka jual adalah ‘case’ telefon, pelindung skrin, pengecas dan banyak lagi. Selain itu, juruteknik mereka mahir dalam membaiki telefon yang mengalami masalah seperti penggantian skrin, penggantian bateri dan kerosakan akibat air.

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: No. A-1-39, Block A, Kompleks Suria Kinrara, Persiaran Kinrara, Sek 2, 47190 Puchong, Selangor

No. Telefon: 03-8082 2336

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/maxximmobiletrading/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/mmtsb2020/?hl=en

9. QMac @ IOI Mall Puchong

QMac-@-IOI-Mall-Puchong
Kredit Gambar: ioimp.com.my
QMac-@-IOI-Mall-Puchong-
Kredit Gambar: QMac IOI Puchong

Di QMac, mereka menjual pelbagai aksesori untuk telefon pintar seperti ‘earphone’, ‘case’ telefon, ‘powerbank’ dan banyak lagi untuk anda pilih. Mereka mahu menyediakan aksesori telefon yang berkualiti tinggi, mudah didapati dan berpatutan untuk pelanggan mereka. Dengan kakitangan yang professional dan berpengalaman, mereka berusaha untuk memahami keperluan pelanggan dan mengikuti trend terkini dalam menawarkan produk mereka di pasaran.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: IoI Mall, S07, Batu 9, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

No. Telefon: 010-965 1389

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/qmacioipuchong/

Instagram: https://www.instagram.com/qmac_ioi_puchong/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. Superme

Superme
Kredit Gambar: Supreme Puchong Jaya
Superme--
Kredit Gambar: Supreme Puchong Jaya

Superme adalah sebuah kedai yang menawarkan aksesori berkualiti tinggi untuk telefon dan peranti mudah alih anda. Dengan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini, mereka sentiasa mengikuti perkembangan trend dalam dunia gadget bagi menawarkan produk yang ‘up-to-date’ kepada pelanggannya. Antara aksesori yang dijual adalah pelindung skrin, pelindung kanta kamera, ‘earphone’, dan ‘case’ telefon yang unik. Anda boleh mempercayai kedai ini kerana mereka mementingkan kualiti produk dan kepuasan para pelanggan.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 9-G, Jalan Kenari 2, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

No. Telefon: 011-6969 6929

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/supermemalaysia/?locale=ms_MY


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close