10 Kedai Baiki Telefon Terbaik di Johor 2025

Pada zaman moden, orang ramai telah menjadi sangat bergantung dengan telefon kerana peranti ini menawarkan banyak faedah dan kemudahan. Telefon boleh membantu pemiliknya dengan perbankan, membeli-belah dan navigasi. Selain itu, telefon boleh berfungsi sebagai talian hayat dalam kecemasan.

Pergantungan pada telefon telah berkembang, dan begitu ramai orang merasakan mereka tidak dapat berfungsi tanpanya. Oleh itu, anda perlu mempunyai senarai kedai yang membaiki telefon yang boleh dipercayai bagi memudahkan urusan anda jika telefon anda rosak pada masa hadapan. Oleh itu, lihat 10 kedai pembaikan telefon terbaik di Johor ini.

Bolehkah Kedai yang Membaiki Telefon Memberi Anggaran Kos Sebelum Membaiki Telefon?

Ya. Kebanyakan kedai yang membaiki telefon menyediakan anggaran kos berdasarkan diagnosis awal masalah yang dihadapi oleh telefon anda sebelum mereka memulakan proses pembaikan. Anggaran kos tersebut mungkin tidak tepat kerana mungkin terdapat masalah tambahan yang ditemui semasa proses pembaikan. Namun begitu, ia memberi gambaran umum tentang kos dan boleh membantu pelanggan untuk meneruskan pembaikan atau tidak.

Bolehkah Anda Menyewa Telefon Lain Daripada Kedai Membaiki Telefon Semasa Telefon Anda Dibaiki?

Although not common, some phone repair shops offer to loan temporary phones while your phone is being repaired. If a loaner phone is available, you may need to provide identification, sign an agreement, and be charged an additional fee or deposit.

Walaupun tidak semua kedai melakukan hal ini, sesetengah kedai yang membaiki telefon ada menawarkan telefon sementara kepada para pelanggan semasa telefon merek dibaiki. Jika telefon peminjam tersedia, anda mungkin perlu memberikan pengenalan, menandatangani perjanjian dan dikenakan bayaran tambahan atau deposit.

Bolehkah Kedai Membaiki Telefon Membantu Anda Menggantikan Bateri Telefon?

Ya, kedai yang membaiki telefon boleh membantu anda dengan penggantian bateri. Hal ini kerana bateri telefon boleh merosot dari semasa ke semasa dan perlu diganti. Juruteknik boleh mengeluarkan bateri lama dengan selamat dan menggantikannya dengan yang baharu, sekali gus dapat memanjangkan hayat telefon anda dan meningkatkan prestasinya.

Baca Lagi:

1. Kedai Baiki Telefon di KL 
2. Kedai Baiki Telefon di PJ

10 Kedai Baiki Telefon Terbaik di Johor 2024

1. XPERT Gadget @ Seri Alam

XPERT-Gadget-@-Seri-Alam
Kredit Gambar: XPERT Gadget Seri Alam
XPERT-Gadget-@-Seri-Alam-
Kredit Gambar: XPERT Gadget Seri Alam

XPERTGADGET berusaha untuk mewujudkan hubungan yang kukuh dan boleh dipercayai dengan pelanggannya menerusi pemberian maklumat yang teliti dan tepat mengenai proses pembaikan telefon. Juruteknik di XPERTGADGET sangat terlatih dan memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan pembaikan telefon yang berkualiti bagi memastikan kepuasan pelanggan.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: 49, Jalan Bina 1, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

No. Telefon: 012-344 5677

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Cawangan Lain:
Danga Bay (Google Review Di Sini)
Skudai  (Google Review Di Sini)
Taman Sri Gading  (Google Review Di Sini)
Kluang  (Google Review Di Sini)
Pontian  (Google Review Di Sini)
Pulai (Google Review Di Sini)
Gelang Patah (Google Review Di Sini)

Facebook: https://www.facebook.com/xpertgadgetsbrgjaya/

Instagram: https://www.instagram.com/xpertgadget_sbrgjaya/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Factory Mobile Kulai

Factory-Mobile-Kulai-
Kredit Gambar: Nazib Ali
Factory-Mobile-Kulai-
Kredit Gambar: Factory Mobile Kulai 

Factory Mobile Kulai merupakan kedai membaiki telefon dengan kakitangan yang melayani pertanyaan pelanggan dan membantu menyelesaikan masalah peranti mereka dengan cepat. Sebelum memulakan pembaikan, mereka akan menerangkan secara menyeluruh isu yang dihadapi oleh telefon anda dan kos yang diperlukan untuk membetulkannya. Perkhidmatan Factory Mobile Kulai termasuk imbasan diagnostik, penyelesaian masalah perisian, pembaikan ‘case’ telefon dan banyak lagi.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 6:00 petang, 8:00 malam – 10:00 malam (Selasa – Khamis, Sabtu – Isnin)
10:00 pagi – 12:30 tengah hari, 2:30 petang – 6:00 petang, 8:00 malam – 10:00 malam (Jumaat)

Alamat: 2915, Jalan Merbau 3, Bandar Putra Kulai, 81000 Kulai, Johor

No. Telefon: 019-267 9246

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Factorymobilemalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/factorymobilekulai/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Jarrod Mobile

Jarrod-Mobile-
Kredit Gambar: Jarrod Mobile
Jarrod-Mobile--
Kredit Gambar: Jarrod Mobile

Jarrod Mobile berbangga dengan menawarkan pembaikan mudah alih secara ‘on-the-spot’ yang mana ia boleh disiapkan dalam masa lebih kurang 30 minit. Jika telefon anda memerlukan alat ganti, Jarrod Mobile akan membantu anda memesan dan menggantikannya dalam masa yang singkat. Rangkaian perkhidmatan pembaikan yang disediakan termasuk penggantian skrin atau LCD, peningkatan memori iPhone, pembaikan papan utama, penggantian bateri, pembaikan cap jari, pembaikan telefon yang rosak akibat dimasuki air, pembaikan ID muka dan banyak lagi.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Jarrod Mobile, Holiday Plaza,LG56, Jalan Dato Sulaiman, 80250 Johor Bahru, Johor

No. telefon: 010-885 1250

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php

4. iHospital @ Mid Valley Southkey

iHospital-@-Mid-Valley-Southkey
Kredit Gambar: iHospital Mid Valley Southkey
iHospital-@-Mid-Valley-Southkey-
Kredit Gambar: iHospital Mid Valley Southkey

iHospital menawarkan pembaikan untuk telefon mudah alih, tablet dan MacBook. Mereka percaya bahawa kepakaran mereka adalah untuk memanjangkan jangka hayat peranti anda, dan mereka berbangga kerana dapat menyelesaikan kebanyakan pembaikan dalam masa sejam. Perkhidmatan mereka termasuk pembaikan pembesar suara, penggantian skrin dan bateri, pembaikan kamera mudah alih, pembaikan mikrofon atau pembesar suara dan penggantian alat ganti MacBook.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setipa hari)

Alamat: Mid Valley Southkey, S-039, Southkey, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 018-220 8229

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Cawangan Lain:
Paradigm Mall JB (Google Review Di Sini)
Kipmart Tampoi (Google Review Di Sini)
Angsana Johor Bahru Mall  (Google Review Di Sini)
Puteri Mart (Google Review Di Sini)
Kota Tinggi (Google Review Di Sini)

Facebook: https://www.facebook.com/ihospitalmidvalley/

Instagram: https://www.instagram.com/ihospitalmidvalleysouthkey/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. AzzFix

AzzFix
Kredit Gambar: AzzFix
AzzFix-
Kredit Gambar: AzzFix

AzzFix merupakan kedai pembaikan telefon dengan kakitangan yang boleh dipercayai. Mereka akan sentiasa memaklumkan anda tentang apa yang mereka sedang baiki dan berapa kosnya, jadi anda dimaklumkan dengan baik sebelum mereka memulakan pembaikan. Selain itu, kedai pembaikan telefon ini menggunakan alat ganti berkualiti tinggi yang disertakan dengan jaminan.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu – Khamis)
3:00 petang – 6:00 petang (Jumaat)

Alamat: 14A, Jln Kebudayaan 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

No. Telefon: 016-972 7692

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/azzfix/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. Pro Mobile Fix

Pro-Mobile-Fix-
Kredit Gambar: Pro Mobile Fix JB
Pro-Mobile-Fix-
Kredit Gambar: Pro Mobile Fix JB

Sebagai tambahan kepada perkhidmatan pembaikan telefon mudah alih mereka, Pro Mobile Fix juga menawarkan pilihan tukar beli untuk pelanggan yang ingin meningkatkan peranti mereka. Pelanggan telah memuji kualiti telefon terpakai yang dijual di kedai ini. Mereka menyatakan bahawa ia setanding dengan peranti serba baharu. Pro Mobile Fix juga terkenal dengan perkhidmatan pembaikan pantas dan telah mendapat penghargaan daripada ramai pelanggan yang berpuas hati.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)

Alamat: 29, Jalan Pulai Perdana 11, Taman Sri Pulai Perdana, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 011-5679 8241

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ProMobileFixJB/?locale=ms_MY

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. MrFix

MrFix-
Kredit Gambar: MrFix
MrFix--
Kredit Gambar: MrFix

MrFix memberi tumpuan kepada penjualan alat dan menyediakan pembaikan telefon pintar. Perkhidmatan mereka termasuklah menukar skrin LCD yang rosak atau retak, membaiki masalah papan induk telefon, membaiki telefon yang rosak akibat dimasuki air serta memasang perisian tegar yang berfungsi untuk android atau iOS. Selain itu, mereka juga boleh menggantikan bateri yang rosak dengan bateri asal dan menyelesaikan semua masalah lain yang berkaitan dengan komponen telefon pintar.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 34-01, Jalan Padi Emas 1/7 Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 011-1193 1141

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/MrFixJohorBahru/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/mrfixjb/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. AiPro

AiPro-
Kredit Gambar: AiPro
AiPro--
Kredit Gambar: AiPro

AiPro merupakan kedai pembaikan telefon yang menawarkan suasana yang cerah dan mesra. Pasukan mereka terdiri daripada juruteknik telefon berkemahiran tinggi yang cemerlang dalam menawarkan kemahiran mereka. Pelanggan yang berpuas hati malah memuji mereka kerana memberikan perkhidmatan penggantian kaca terbaja sepantas kilat, iaitu dalam masa 5 minit sahaja. Boleh dipercayai dan cekap, AiPro adalah destinasi utama untuk semua keperluan pembaikan telefon anda.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: 23, Jalan Ros Merah 4/14, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 017-702 8719

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/aiprorepair/

Instagram: https://www.instagram.com/aiprohq.repair/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. S&C Mobile Service Centre

SC-Mobile-Service-Centre
Kredit Gambar: S&C Mobile Service Centre
SC-Mobile-Service-Centre-
Kredit Gambar: S&C Mobile Service Centre

S&C Mobile Service Centre merupakan sebuah kedai membaiki telefon bimbit yang terkenal di Taman Ungku Tun Aminah, Johor. Mereka pakar dalam pembaikan secara on-the-spot untuk jenama popular seperti Samsung, Oppo, Vivo, Mi, realme dan Huawei. Dengan kepakaran mereka dan masa pemulihan yang cepat, S&C Mobile Service Centre menjadi pilihan utama bagi sesiapa sahaja yang memerlukan pembaikan telefon mudah alih yang boleh dipercayai dan cekap.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)

Alamat: 44, Jalan Pendekar 11, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 016-739 3745

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/scmobileservice2015

10. Efix Hub

Efix-Hub-
Kredit Gambar: Efix Hub
Efix-Hub-
Kredit Gambar: Efix Hub

Efix Hub merupakan kedai pembaikan telefon yang dipercayai dan sangat disyorkan oleh ramai pelanggannya. Salah seorang pelanggan mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pasukan pembaikan telefon di situ. Hal ini kerana mereka menghantar telefon yang sudah dibaiki kepada pelanggan tersebut. Kedai membaiki telefon ini juga mudah dicari dan merupakan tempat yang selesa untuk dikunjungi.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)

Alamat: No. 39A, Jln Undan 15, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

No.. Telefon: 016-244 5141

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/hub.efix/

Instagram: https://www.instagram.com/efix.hub/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close