Ipoh merupakan antara tempat yang terbaik untuk anda melakukan ‘food hunting’ dan ‘cafe hopping’. Ipoh bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian masakannya malah, ia juga terkenal dengan biskut seperti Kaya Puff, Hiong Piah, Biskut Serunding Daging dan Tart Telur. Kebanyakan pelancong akan menjadikan biskut tersebut sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.
Oleh sebab itu, bilangan kedai biskut di Ipoh semakin meningkat sehingga menyebabkan kesukaran kepada pengunjung untuk membezakan kedai manakah yang menjual biskut terbaik. Di sini kami senaraikan 10 kedai biskut terbaik yang boleh anda kunjungi di Ipoh.
Berapakah harga purata biskut di Ipoh?
Memandangkan bilangan kedai biskut semakin meningkat, sudah pasti biskut juga ditawarkan dalam pelbagai harga. Ia boleh didapati daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal. Oleh itu, untuk mengelakkan anda daripada ditipu, anda perlulah mengetahui purata harga biskut tersebut.
Harga purata untuk biskut Hiong Piah ialah RM 8.30, Biskut Serunding Daging (Ching Han Guan) ialah RM 8.10. Manakala untuk Biskut Talas (4 keping Lam Fong) ialah RM 22.90. Untuk anda yang inginkan biskut tersebut namun tidak berkesempatan untuk ke Ipoh, anda juga boleh mendapatkannya secara dalam talian.
10 Kedai Biskut Terbaik di Ipoh 2023
1. Sin Eng Heong


Sin Eng Heong merupakan antara kedai biskut yang wajib anda kunjungi terutamanya jika anda peminat Kaya Puff. Kedai ini terletak di Jalan Mustapha Al-Bakri, Ipoh. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1961 yang menjadikannya salah satu kedai biskut tertua di Ipoh, Perak. Kedai ini terkenal dengan biskut Kaya Puff yang didatangkan dengan pelbagai pilihan inti yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda.
Alamat: 64, Jalan Mustapha Al-Bakri (Jalan Clare),30300 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 7:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
2. Ching Han Guan


Kedai biskut Ching Han Guan terletak di Jalan Sultan Iskandar dan berdekatan dengan kedai biskut Sin Eng Heong. Kedai ini menawarkan biskut gaya Teochew serta terkenal dengan Biskut Serunding Daging. Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan biskut bermusim seperti Kuih Bulan gaya Teochew.
Alamat: 145, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubli, 30000 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 6:30 petang (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB3. Guan Heong


Guan Heong merupakan antara kedai biskut yang terkenal di Ipoh. Antara biskut yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di kedai ini ialah Biskut Serunding Daging, Biskut Telur Masin & Serunding Daging, Biskut Daging Kering dan Biskut Hawaii. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan pelbagai jenis biskut pada harga yang berpatutan.
Alamat: 160, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubli, 30000 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB4. Seng Kee


Selain daripada Biskut Serunding Daging, Ipoh juga terkenal dengan biskut Hiong Piah. Kedai biskut Seng Kee terletak di Kampung Gunung Rapat, Ipoh. Ia telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai rasa Biskut Hiong Piahnya yang asli dan unik. Kedai ini sering dipenuhi pelanggan. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.
Alamat: 177, Lorong Gunung Rapat 3, Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 6:00 petang (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
5. Keong Kee (362 Heong Peah)


Kedai biskut Keong Kee yang juga dikenali sebagai 362 Hiong Piah merupakan antara salah satu kedai biskut terbaik yang menjual biskut Hiong Piah. Mereka menggunakan sabut kelapa sebagai medium pembakaran. Oleh itu, anda akan mendapati wangian semula jadi ketika anda menikmati biskut Hiong Piah dari kedai ini.
Alamat: 362, Jalan Gunung Rapat, Kampung Baharu Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
6. Yee Hup


Jika anda berkunjung ke Ipoh, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba biskut Hiong Piah di kedai Yee Hup. Yee Hup merupakan sebuah kedai biskut yang terletak di Jalan Sri Ampang, Ipoh. Ia bukan sahaja terkenal dengan rasa biskut Hiong Piahnya yang lazat, malah ia juga terkenal dengan pelbagai jenis biskut seperti biskut bijan dan biskut kacang. Bukan itu sahaja, Yee Hup juga telah mengembangkan sayapnya ke 20 buah negara termasuklah China, Belanda dan United Kingdom.
Alamat: 7, Jalan Sri Ampang, Taman Ipoh Jaya, 31350 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:30 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB7. Sin Weng Fai


Anda ingin mencuba gula-gula kacang dengan rasa yang unik? Mari singgah ke kedai biskut Sin Weng Fai. Gula-gula kacang ini diperbuat daripada gabungan maltosa manis dan kacang masin. Ia mempunyai tekstur yang rangup dan kenyal. Biskut ini sesuai untuk dimakan ketika menonton televisyen, bersantai mahupun ketika memandu.
Alamat: 69 & 69A, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubli, 30300 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 9:30 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB8. Ming Yue


Ming Yue merupakan salah satu kedai yang menjual biskut gula-gula kacang. Kesedapan gula-gula kacang Ming Yue telah diiktiraf oleh artis Hong Kong iaitu Chapman To. Secara tidak langsung, pengiktirafan tersebut telah mempengaruhi dan menyakinkan pengunjung untuk membeli di kedai ini. Selain itu, kedai biskut ini juga terkenal dengan kuih bulannya yang segar dan lazat.
Alamat: 50, Jalan Peh Kee Koh, Taman Kampar, 31650 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 6:30 petang (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB9. Qun Kee


Qun Kee merupakan antara kedai biskut yang terkenal di Ipoh. Ia menawarkan pelbagai jenis biskut pada harga yang berpatutan. Qun Kee terkenal dengan biskut Kaya Puff, Tart Telur dan yang paling menarik biskut ‘Wedding’. Biskut ‘Wedding’ bukan sahaja enak malah ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai cenderahati ataupun ‘doorgift’.
Alamat: 68, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB10. Lam Fong


Lam Fong merupakan salah satu tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya anda berada di sekitar Ipoh, Perak. Kedai ini terletak di Jalan Yau Tet Shin, Ipoh. Mereka menawarkan pelbagai jenis biskut termasuklah Hiong Piah, Biskut Taro, Tart Telur dan Kaya Puff. Anda boleh menikmati pelbagai jenis biskut pada harga purata serendah RM 9.00.
Alamat: 52, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubli, 30300 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEBPerhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.