10 Kedai Komputer Terbaik di Johor 2025

Berjalan melalui kedai komputer boleh menjadi pengalaman yang menarik untuk peminat teknologi. Ini adalah peluang untuk mereka meneroka alat, peranti dan perisian terkini serta bertemu dengan kakitangan yang berpengetahuan dan boleh memberikan nasihat atau pandangan yang berharga mengenai peralatan IT.

Sama ada anda seorang pemain yang ingin mencipta PC ‘custom builds’, ataupun ingin servis PC atau komputer riba anda, 10 kedai komputer terbaik di Johor ini menyediakan perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan anda. Oleh itu, baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Bolehkah Kedai Komputer Memulihkan Data Daripada ‘Hard Drive’ Yang Rosak?

Ya, banyak kedai komputer menyediakan alat dan perisian khusus untuk memulihkan data daripada cakera keras (hard drive) yang rosak. Walaupun rumit dan mahal, perkhidmatan pemulihan data boleh membantu memulihkan data yang hilang akibat kegagalan ‘hardware’, pemadaman tidak sengaja atau disebabkan oleh malware.

Adakah Kedai Komputer Menjual Alat Ganti Komputer?

Ya, mereka ada menjualnya. Kedai komputer menawarkan pilihan alat ganti komputer yang luas, termasuklah pemacu keras, RAM, kad grafik, bekalan kuasa, sistem penyejukan dan aksesori. Pelanggan boleh menggunakan bahagian ini untuk melakukan pembaikan dan naik taraf PC atau komputer riba mereka tanpa bantuan juruteknik.

Adakah Kedai Komputer Menawarkan Perkhidmatan Pembaikan Komputer?

Ya, banyak kedai komputer menyediakan perkhidmatan pembaikan, termasuk membaiki atau menggantikan perkakasan yang rosak, menyingkirkan malware dan virus serta memasang semula sistem pengendalian. Semua perkhidmatan ini dikenakan bayaran. Perkhidmatan diagnostik juga mungkin tersedia untuk mengenal pasti punca bagi sebarang isu yang mungkin timbul pada komputer anda.

Baca Lagi: 

1. Kedai Komputer di KL
2. Kedai Komputer di PJ
3. Kedai Komputer di Pulau Pinang
4. Kedai Komputer di Kota Kinabalu

10 Kedai Komputer Terbaik di Johor 2025

1. E Link Network Technology

E-Link-Network-Technology
Kredit Gambar: E Link Network Technology
E-Link-Network-Technology-
Kredit Gambar: Tan Alvin

E Link Network Technology merupakan kedai sehenti untuk individu yang berminat membina PC atau membeli aksesori komputer. Kedai komputer ini juga menawarkan perkhidmatan pembaikan profesional. Seorang pelanggan memuji mereka kerana mengenal pasti isu kerosakan dalam masa sehari dan memberikan nasihat tentang perkara yang perlu dilakukan dengan jelas. Mereka juga menggantikan dan menetapkan semula PCnya dalam hari yang sama. Perkhidmatan pemulihan yang cekap ini menambat hati ramai pelanggan mereka.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 5:00 petang (Ahad)

Alamat: 23, Jalan Pendekar 17, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai, Johor

No. Telefon: 016-718 0580

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ELINK9837/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Sri Jaya Technology

Sri-Jaya-Technology
Kredit Gambar: Michael Tan
Sri-Jaya-Technology-
Kredit Gambar: Google

Sri Jaya Technology menawarkan produk komputer yang jauh lebih murah daripada kedai komputer tempatan lain di kawasan itu. Kedai komputer ini juga menjual komputer riba, PC dan alat ganti komputer serta boleh membantu anda menyesuaikan PC anda. Tambahan pula, kakitangan di sini mesra dan sedia membantu anda. Mereka memahami bahawa anda perlu mengambil masa untuk meneliti harga alat yang anda perlukan sebelum membuat pembelian. Mereka juga sedia memberikan penerangan tentang alat yang anda inginkan dengan jelas agar anda boleh membuat pembelian yang betul.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)  

Alamat 41, Jalan Kebudayaan 2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

No. Telefon: 012-666 7009

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/srijayatechnology/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Hi Tech Computer Centre

Hi-Tech-Computer-Centre-
Kredit Gambar: Hi Tech Computer Centre
Hi-Tech-Computer-Centre-
Kredit Gambar: Hi Tech Computer Centre

Hi Tech Computer Centre merupakan kedai komputer kejiranan tempatan yang menjual alat ganti komputer dan komputer riba. Walaupun kedai ini nampak biasa, tetapi ia menawarkan pelbagai jenis barangan teknologi dan bantuan pakar untuk membantu anda. Daripada PC ‘custom builds’ sehinggalah kepada nasihat pakar, kedai ini merupakan hab inovasi dan destinasi penting untuk individu yang celik teknologi.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 7:30 malam (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 6:30 petang (Sabtu)
9:00 pagi – 1:00 petang (Ahad)

Alamat: 13 Jalan Kota 2, 4, Taman, Cahaya Kota Puteri, 81750 Masai, Johor

No. Telefon: 07-272 9537

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews:  Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/cctvmaster/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. The Banana Gaming Empire

The-Banana-Gaming-Empire
Kredit Gambar: The Banana Gaming Empire
The-Banana-Gaming-Empire-
Kredit Gambar: The Banana Gaming Empire

The Banana Gaming Empire merupakan sebuah kedai komputer yang berpusat di Johor Bahru. Mereka mahir dalam membina desktop ‘custom builds’, membekal dan memasang desktop, menjual perkakasan komputer, aksesori, pelbagai komponen komputer dan lain-lain. Selain itu, mereka menawarkan perkhidmatan seperti servis PC, pembaikan, naik taraf, penalaan dan banyak lagi. Mereka membawa pelbagai jenis produk IT daripada jenama terkenal seperti Seagate, MSI Gaming, XPG, Intel, AMD, Samsung, Gigabyte, Pny Inno 3d, Asus Rog, Cougar Gaming, Corsair, Nzxt, Cherry dan lain-lain.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 6:30 petang (Ahad – Jumaat), Tutup (Sabtu)

Alamat: 01-05 BLOCK A1, Jalan Mutiara Emas 9/5, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 011-1120 0793

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/THEBananaGamingEmpire/

Instagram: https://www.instagram.com/banana_co_johor/?hl=en

5. JUSPC @ Southkey JB 

JUSPC-@-Southkey-JB-
Kredit Gambar: Chew Glenn
JUSPC-@-Southkey-JB-
Kredit Gambar: JUSPC

JUSPC merupakan kedai komputer yang mengkhusus dalam binaan PC ‘custom builds’, termasuk PC berprestasi tinggi, PC permainan ‘custom builds’ dan konfigurasi PC yang diperibadikan. Mereka mempunyai lebih 12 tahun pengalaman dalam bidang ini. Melalui perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan kedai online mereka yang mendapat sambutan, mereka berasa berbangga dengan pencapaian ini. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai jenis komponen dan alat ganti PC ‘custom builds’ termasuklah ‘custom water loops’ untuk naik taraf komputer anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Setiap hari)  

Alamat: 01-06 Blok G Komersial, Southkey Mozek, Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 014-641 8119

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/juspctechnologysdnbhd/

Instagram: https://www.instagram.com/juspctechnologysdnbhd/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. KS IT 

KS-IT-
Kredit Gambar: Alken Liang
KS-IT-
Kredit Gambar: KS IT

KS IT berbangga dengan menyediakan produk berkualiti pada harga yang sangat berpatutan. Mereka berjanji tidak akan berkompromi dengan kualiti produk dan berusaha untuk memastikan kepuasan pelanggan sepenuhnya. Kedai komputer ini menjual produk seperti notebook, Chromebook, pencetak, ‘adapter’, kabel, kamera web, pengimbas, headset, cakera keras dan pemacu kilat (flash drive).

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam  (Setiap hari) 

Alamat: 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 012-702 2781

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ksitkaosheng/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. Style Vision Computer Store @ Giant Plentong Mall

Style-Vision-Computer-Store-@-Giant-Plentong-Mall-
Kredit Gambar: Shiro Tetsuya
Style-Vision-Computer-Store-@-Giant-Plentong-Mall--
Kredit Gambar: Alex Lee

Style Vision Computer Store berbangga menjadi kedai komputer yang memenangi anugerah terbaik di wilayah selatan. Kedai komputer ini bertujuan membawakan anda penyelesaian teknologi sehenti yang profesional. Dengan lebih 20 tahun pengalaman, mereka yakin dapat menyediakan perkhidmatan kelas pertama yang membawa kepuasan kepada pelanggan. Mereka mahir dalam menawarkan pelbagai produk IT seperti komputer, komputer riba, pencetak, projektor dan aksesori komputer.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam  (Setiap hari)  

Alamat: Lot R135A, Giant Plentong Hypermarket, 3, Jalan Masai Lama, Plentong, 81750 Masai, Johor

No. Telefon: 07-357 4318

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Cawangan Lain:
Plaza Pelangi (Google Review Di Sini)
AEON Mall Bukit Indah (Google Review Di Sini)
Paradigm Mall JB (Google Review Di Sini)
Mid Valley Southkey (Google Review Di Sini)
AEON Mall Tebrau City (Google Review Di Sini)
U Sentral Masai (Google Review Di Sini)

Facebook: https://www.facebook.com/Stylevision.my

Instagram: https://www.instagram.com/stylevisionpc/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. RacunTech Johor Bahru 

RacunTech-Johor-Bahru-
Kredit Gambar: RacunTech Johor Bahru
RacunTech-Johor-Bahru-
Kredit Gambar: RacunTech Johor Bahru

RacunTech mempunyai pasukan yang komited untuk membantu orang ramai mendapatkan komputer terbaik yang sesuai dengan kehendak mereka. Kedai komputer ini juga pernah dipaparkan di NTV7 dan juga di Harian Metro. Di samping itu, mereka bermurah hati untuk menawarkan perundingan bagi pembinaan PC ‘custom builds’ secara percuma dan pakej untuk pembinaan PC bagi individu yang lebih suka proses yang mudah.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu, Isnin – Khamis)
2:00 petang – 7:00 malam (Jumaat)
Tutup (Ahad)

Alamat: 135, Jln Sentral 24, Taman Nusa Sentral, 79100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-535 3359

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/TechRacunJB

Instagram: https://www.instagram.com/racun7ech/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. E CUBE @ Plaza Pelangi

E-CUBE-@-Plaza-Pelangi
Kredit Gambar: E CUBE
E-CUBE-@-Plaza-Pelangi-
Kredit Gambar: E CUBE

E CUBE telah wujud selama lebih sedekad dan menawarkan pelbagai produk berkaitan komputer kepada pelanggannya. Tambahan pula, produk disusun dengan baik di rak bagi memudahkan pelanggan membeli-belah. Kedai komputer ini juga menawarkan perkhidmatan membaiki komputer riba. Pembaikan komputer biasanya boleh diselesaikan pada hari yang sama, namun ia bergantung kepada kerumitan masalah yang dihadapi oleh komputer tersebut.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 9:00 malam   (Setiap hari) 

Alamat: 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 019-737 2980

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Cawangan Lain: KipMall Masai (Google Review Di Sini)

Facebook: https://www.facebook.com/ecubetradingplazapelangi/?locale=ms_MY

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. ILLEGEAR 

ILLEGEAR-
Kredit Gambar: ILLEGEAR JB
ILLEGEAR-
Kredit Gambar: ILLEGEAR JB

ILLEGEAR didakwa sebagai jenama komputer riba ‘custom builds’ pertama Malaysia. Ia memainkan peranan penting dalam membentuk landskap komputer riba dan komputer permainan ‘custom builds’ Malaysia. Produk mereka termasuklah komputer riba permainan berprestasi tinggi yang ‘custom builds’, komputer riba profesional, ‘creator laptop’, komputer meja, peralatan seperti monitor dan tetikus, serta barang koleksi dan perisian premium yang lain.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 7:00 malam (Khamis – Selasa), Tutup (Rabu)

Alamat: A-01-10, Block A, 1, Tebrau Hwy, Taman Seri Setanggi, 80250 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 010-936 6136

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ILLEGEAR

Instagram: https://www.instagram.com/illegear_pc

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close