Kedai komputer menyediakan nasihat pakar, pembaikan, menaik taraf, perkhidmatan penyesuaian, rangkaian dan bantuan keselamatan. Mereka juga menawarkan akses kepada teknologi terkini untuk membantu anda memanfaatkan komputer anda sepenuhnya.
Jika anda tinggal di Kota Kinabalu dan mencari kedai komputer yang lengkap dengan kakitangan profesional dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, lihat 10 kedai komputer yang terbaik di Kota Kinabalu ini.
Bolehkah Kedai Komputer Membantu Anda Untuk Menaik Taraf Perisian?
Ya, kebanyakan kedai komputer boleh membantu dengan kemas kini perisian untuk pelbagai aplikasi, termasuk sistem pengendalian, perisian antivirus, pemacu dan aplikasi lain. Perkhidmatan ini mungkin disediakan dengan bayaran atau sebagai sebahagian daripada pakej nilai tambah.
Bolehkah Kedai Komputer Melakukan Pemasangan Pencetak?
Ya, perkhidmatan persediaan pencetak tersedia di banyak kedai komputer. Mereka boleh membantu dengan pemasangan pemacu, tetapan konfigurasi dan menyelesaikan masalah pencetak. Jika pencetak adalah item yang anda beli dari kedai komputer sebelum ini, perkhidmatan pembaikan mungkin percuma atau mungkin dikenakan bayaran yang minimum.
Adakah Kedai Komputer Menjual Komputer Riba?
Ya, komputer riba biasanya dijual di kedai komputer dengan pelbagai model tersedia untuk memenuhi keperluan anda yang berbeza. Sesetengah kedai mungkin menawarkan pilihan penyesuaian untuk spesifikasi komputer riba, dan harganya boleh berbeza-beza bergantung pada model dan ciri yang anda kehendaki.
Baca Lagi:
1. Kedai Komputer di KL
2. Kedai Komputer di PJ
3. Kedai Komputer di Johor
4. Kedai Komputer Pulau Pinang
10 Kedai Komputer Terbaik di Kota Kinabalu 2024
1. PC Image


PC Image adalah kedai komputer yang memahami trend dan keperluan pelanggannya. Sebagai contoh, mereka menawarkan pelanggan mereka pelbagai pilihan dan produk inovatif terkini, nasihat pakar dan tahap profesionalisme yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga menyediakan Pelan Pembayaran Mudah 0% atau perkhidmatan kredit Aeon untuk kemudahan pelanggan mereka. Mereka juga mempunyai sokongan selepas jualan dan perkhidmatan waranti yang terbaik bagi memuaskan kehendak para pelanggan.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot 3.51, 3rd Floor, Karamunsing Complex, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 088-235 330
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/PcImageKk/
Instagram: https://www.instagram.com/pcimage_sabah/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Nova Jaya


Nova Jaya menawarkan pilihan PC dan komputer riba bajet yang berkualiti bagi mereka yang mempunyai perbelanjaan yang ketat. Kedai komputer ini menjual alat ganti serta membaiki PC dan komputer riba tanpa caj tersembunyi. Selain itu, anda juga boleh membeli komputer riba terpakai di sini dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, kakitangan kedai adalah mesra dan komited. Mereka juga akan mengajar anda beberapa petua untuk menyelesaikan masalah teknikal kecil yang dihadapi oleh komputer riba atau PC anda.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 4:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: Lot 37, Ground Floor ,Block F Lorong Plaza Utama, Alam Mesra Plaza Utama Sulaman Coastal Highway, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 019-897 4879
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/NovaJayaKotaKinabalu/?locale=ms_MY
Instagram: https://www.instagram.com/novajayakotakinabalu/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Skytech Multimedia Computer Centre


Skytech Multimedia Computer Centre menjual pelbagai produk seperti PC, iPhone, dron DJI, e-kamus, imbasan haba, PSP, CCTV, sistem bunyi, kotak Android, perisian, perkakasan, perkhidmatan pembaikan komputer, penyelenggaraan alat dan banyak lagi. Harga di sini berpatutan, dan kualiti produk mereka juga bagus. Oleh sebab itu, kedai komputer ini sering menjadi tumpuan penduduk di kawasan ini.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: B20, Second Floor, Centre Point Sabah, Lorong Centre Point, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 019-822 3366
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/skytechkk/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. EWT Technology


Jika anda berminat dengan perkakasan komputer, permainan PC, mobile, aksesori dan semua perkara teknologi, anda akan menemui apa yang anda perlukan di EWT Technology. Di sini, kakitangan mereka komited untuk menghubungkan belia dengan teknologi bagi memberi inspirasi, motivasi dan memperkasakan pendidikan mereka. Jika anda sering berkunjung ke sini, anda boleh mendaftar sebagai ahli untuk menikmati promosi dan diskaun keahlian yang hebat.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Unit No. 2-5, 2-6, 2-8, 2-9 & Part Of 2-3, 2nd Floor Suria Sabah Shopping Mall Jalan Tun Fuad Stephens, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 088-274 128
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ewtshop
Instagram: https://www.instagram.com/ewt.my/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. BOBIETECH PC Solution


BOBIETECH PC Solution adalah sebuah kedai komputer yang dimiliki oleh sepasang suami isteri. Pemilik kedai ini sangat berpengetahuan, cekap dalam melakukan kerja, profesional dan juga mesra. Jika anda memerlukan PC ‘custom builds’, mereka akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda pada kos yang berpatutan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ramai pelanggan mereka memberikan ulasan positif tentang kedai ini dan sangat mengesyorkannya.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 6:00 petang (Ahad)
Alamat: NO 56, Block H, 1st Floor, H-1-17 SURIA, Jalan Tuaran Bypass, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 011-3570 8856
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/bObieTunG/
Instagram: https://www.instagram.com/bobietechpc_solution/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI6. Saltech Computer


Saltech Computer adalah kedai komputer yang menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya. Malah, ada seorang pelanggan memuji pemilik kedai ini kerana beliau membantu pelanggan tersebut mengatur ‘case fan’ untuk pengaliran udara maksimum tanpa mengenakan sebarang bayaran. Bukan itu sahaja, ada juga pelanggan lain yang berpuas hati dan memuji perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedai ini. Kakitangannya membantu pelanggan tersebut untuk mendiagnosis PCnya dan menjadikannya seperti PC baharu.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 5:30 petang (Isnin – Jumaat)
9:30 pagi – 5:00 petang (Ahad)
Tutup (Sabtu)
Alamat: Block A, Tingkat 1, Lot 9. Unit A-1-5 Inanam Taipan, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 017-829 8798
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Saltechcomputer
7. Digital LC Technology


Digital LC Technology menawarkan perkhidmatan dan pembaikan perkakasan komputer, perisian dan komputer. Kedai komputer ini adalah kedai kejiranan tempatan yang sederhana dan mesra. Mereka juga menawarkan pilihan produk berkaitan komputer yang berkualiti. Ramai pelanggan menghubungi kedai ini untuk bertanya tentang barang yang mereka perlukan sebelum berkunjung ke kedai ini. Langkah ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah tenaga. Selain itu, kakitangan merea juga bersedia menjawab segala soalan yang diberikan serta menerangkan butirannya dengan teliti agar para pelanggan memahaminya sebelum membuat pembelian.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)
Alamat: 61, Jalan Putatan Ramayah, Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 088-778 550
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/DigitalLCtechnologyPutatan
8. Micron TM


Micron TM adalah sebuah kedai komputer yang menjadi destinasi sehenti untuk pelbagai produk IT dan aksesori berkaitan gajet. Produk mereka dipilih dengan teliti untuk memastikan pelanggan mereka berpuas hati. Tambahan pula, kedai komputer ini mempunyai promosi berterusan dan baucar diskaun semasa mereka mengadakan majlis istimewa. Jadi, anda boleh mendapatkan tawaran hebat untuk setiap pembelian. Antara jenama yang ada dijual di sini adalah Acer, Asus, AMD, Belkin, DELL dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Kompleks Karamunsing, Lot 2.62, Block C, Jalan Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 088-255 735
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100062748134832
9. Big B Computer Sales & Service Sdn Bhd


Big B Computer Sales & Service Sdn Bhd menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti komputer riba, pembaikan, naik taraf, sokongan teknikal dan nasihat pakar kepada pelanggan mereka. Mereka juga menjual PC dan komputer riba terpakai. Selain itu, anda boleh menguji produk sebelum membelinya dengan bantuan kakitangan mereka yang berpengetahuan. Harga barangan yang ditawarkan di sini adalah berpatutan, dan kedai komputer ini sesuai untuk individu yang mempunyai bajet yang ketat.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 7:00 malam (Ahad)
Alamat: Kompleks Karamunsing, Lot No 1.62C, First Floor, Block A, Jalan Karamunsing, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 019-893 3777
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/bigbcomputer/
10. ASUS Concept Store


ASUS Concept Store menjual produk jenama ASUS. Ditubuhkan pada tahun 1989, jenama ASUS terkenal dengan papan induk terbaik dunia. Selain itu, jenama ini juga menawarkan komputer peribadi berkualiti tinggi, monitor, kad grafik, penghala dan penyelesaian teknologi lain. Hari ini, ASUS mereka bentuk dan membina teknologi pintar ‘next-generation’ untuk memberikan pengalaman luar biasa yang dapat meningkatkan kehidupan orang ramai di mana sahaja mereka berada. Jadi, jika anda ingin membeli komputer riba, aksesori komputer atau gajet, singgahlah ke ASUS Concept Store.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot 3.51, Blk C, 3rd Floor Kompleks, Karamunsing, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 088-235 330
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/asusmalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/asusmalaysia/
SEMAK LAMAN WEB DI SINIDapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.