10 Kedai Komputer Terbaik di PJ 2025

Jika anda mempunyai masalah berkaitan perkakas atau perisian komputer, anda perlu berkunjung ke kedai komputer untuk mendapatkan penyelesaiaannya. Selain itu, kakitangan di kedai komputer boleh membantu anda untuk membaiki atau menaik taraf komputer anda dengan baik.

Katakan anda memerlukan nasihat pakar tentang pembelian teknologi. 10 kedai komputer yang terbaik ini akan menawarkan cara yang mudah untuk mengakses kepakaran khusus dan mendapatkan bantuan secara langsung semasa anda mencari barang yang anda perlukan.

Adakah Kedai Komputer Menawarkan Perkhidmatan ‘Custom-Built’?

Ya, kedai komputer menyediakan perkhidmatan ‘custom-build’ di mana pelanggan boleh memilih spesifikasi sistem komputer mereka. Pelanggan boleh memilih komponen berdasarkan belanjawan dan keperluan mereka, seperti CPU, papan induk, kad grafik dan storan.

Bolehkah Kedai Komputer Membantu Masalah ‘Troubleshoot’ Komputer Anda?

Ya, banyak kedai komputer menyediakan perkhidmatan ‘troubleshoot’ untuk membantu mendiagnosis dan membetulkan isu perkakasan dan perisian komputer anda. Perkhidmatan ini mungkin memerlukan bayaran atau menjadi sebahagian daripada pakej sokongan teknikal. Bahkan, ada sesetengah kedai menawarkan perkhidmatan ini secara ‘remote’.

Adakah Kedai Komputer Menjual Alat Ganti Komputer Untuk Pembaikan Diy?

Kedai komputer menjual bahagian komputer untuk pembaikan DIY, termasuklah pemacu keras, RAM, kad grafik, sistem penyejukan dan aksesori. Bahagian ini membolehkan pelanggan melakukan pembaikan dan menaik taraf komputer mereka sendiri. Namun begitu, ia memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang mendalam. Oleh sebab itu, anda boleh bertanyakan hal ini di kedai komputer.

Baca Lagi: 

1. Kedai Komputer di KL
2. Kedai Komputer di Johor
3. Kedai Komputer di Pulau Pinang
4. Kedai Komputer di Kota Kinabalu

10 Kedai Komputer Terbaik di PJ 2025

1. ALL IT Hypermarket

ALL-IT-Hypermarket-
Kredit Gambar: ALL IT Hypermarket 
ALL-IT-Hypermarket-
Kredit Gambar: ALL IT Hypermarket 

ALL IT Hypermarket merupakan kedai komputer yang menyediakan pelbagai alat ganti komputer, komputer riba, aksesori komputer, dan perkhidmatan pembaikan. Mereka dipuji kerana menawarkan perkhidmatan pelanggan mereka yang mesra. Sebagai contoh, ada seorang pelanggan mereka memuji kakitangan mereka kerana membantunya memilih SSD yang betul. Selain itu, kakitangan tersebut sangat sabar ketika memberi penjelasan mengenainya walaupun penggantian dan pemindahan data selepas itu hanya mengambil sedikit masa sahaja.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 9:00 malam (Setiap hari) 

Alamat: 3rd Floor, Digital Mall, Lot 3-01, 2, Jalan 14/20, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7958 2636

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/allithypermarket/

Instagram: https://www.instagram.com/allithypermarket/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Touch Media Petaling Jaya 

Touch-Media-Petaling-Jaya-
Kredit Gambar: Touch Media Petaling Jaya
Touch-Media-Petaling-Jaya-
Kredit Gambar: Touch Media Petaling Jaya 

Touch Media Petaling Jaya ada menjual komputer riba dan PC yang berkualiti. Anda juga boleh menaik taraf RAM atau menukar bateri komputer riba anda di sini. Perkhidmatan mereka adalah pantas, dan biasanya, penggantian bateri hanya mengambil masa kira-kira sejam sahaja untuk disiapkan. Jika anda ingin membeli mesin baharu, kakitangan di sini akan berusaha memahami keperluan anda sebelum mengesyorkan pilihan terbaik untuk anda.

Waktu Operasi:
9:30 pagi – 8:30 malam (Selasa – Jumaat)
9:30 pagi – 6:00 petang (Hari minggu)

Alamat: Touch Media Petaling Jaya, P-L10 Perdana Shopping Centre, 15, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7612 0762

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/touchmediaPJ/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/touchmediapj/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Ideal Tech PC

Ideal-Tech-PC-
Kredit Gambar: Ideal Tech PC
Ideal-Tech-PC-
Kredit Gambar: Ideal Tech PC

Ideal Tech PC menjual dan mengedarkan gajet, GPS dan komponen komputer. Keghairahan mereka terhadap komputer mendorong mereka untuk membina pelantar permainan yang memenuhi keperluan khusus gamer. Hari ini, mereka berbangga kerana telah mengekalkan hubungan rapat dengan lebih 20 syarikat. Tambahan pula, mereka juga telah membina dan membekalkan lebih daripada 70,000 PC di seluruh Malaysia.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam  (Setiap hari) 

Alamat: Ideal Tech PC, 42, Jalan SS 2/55, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 017-865 0076

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/IDEALTECHPCPJ

Instagram: https://www.instagram.com/idealtechmy/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Techview Technology 

Techview-Technology-
Kredit Gambar: Techview Technology
Techview-Technology-
Kredit Gambar: Techview Technology

Techview Technology merupakan sebuah kedai komputer yang menjual produk berkaitan komputer seperti komponen komputer, perkakasan dan aksesori. Mereka boleh membina PC permainan secara ‘custom’ yang berkualiti dan boleh dimain untuk permainan terkini bagi memberikan pengalaman permainan yang lengkap. Mereka percaya bahawa PC permainan mesti bertumpu pada penyesuaian, perkhidmatan, permainan dan teknologi. Semua ini adalah  kepakaran Techview Technology.

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 5:30 petang (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)

Alamat: Zenith Corporate Park, Block F, 65-G, SS7, 47301 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7886 6889

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/techviewcomputer/

Instagram: https://www.instagram.com/techviewtechnology/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. EMARQUE 

EMARQUE-
Kredit Gambar: EMARQUE
EMARQUE-
Kredit Gambar: EMARQUE

EMARQUE menawarkan PC ‘custom build’. Setiap pelanggan bekerjasama secara langsung dengan pembina PC mereka untuk mencipta PC yang dikehendaki dari awal hingga akhir proses. Kedai komputer ini dilengkapi dengan keupayaan untuk menyesuaikan apa sahaja yang anda mahukan. Sebagai contoh, mereka menawarkan pengubahsuaian ‘chassis’, komponen eksotik, penyejukan cecair, dan kemasan luaran yang dicat bagi membuatkan setiap sistem EMARQUE menyerlah.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)

Alamat: G-80-1, Zenith Corporate Park, Jalan SS 7/26, SS7, 47301 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 011-5636 1914

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/emarque.co

Instagram: https://www.instagram.com/emarque.co/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. Alchemist

Alchemist
Kredit Gambar: Alchemist IT Sdn Bhd
Alchemist-
Kredit Gambar: Chia Shen Tham

Alchemist membolehkan anda membina PC anda dengan harga dan alat ganti terbaik yang terdapat di Malaysia. Di sini, anda boleh mencipta PC Desktop permainan terbaik dan berada di barisan hadapan dalam dunia permainan. Mereka adalah kedai komputer sehenti yang menawarkan pelbagai jenis alat komputer dan bahagian komputer, termasuklah papan kekunci, ‘casing’, pad tetikus dan bahagian PC lain seperti RAM dan cakera keras dalaman (internal hard disk).

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)

Alamat: C-06-2, Blok C, Plaza Glomac, Jalan SS 7/19, SS7, 47301 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 011-1699 2882

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. IU Computer 

IU-Computer-
Kredit Gambar: IU Computer
IU-Computer-
Kredit Gambar: IU Computer

IU Computer merupakan sebuah kedai komputer yang terletak di Selangor. Produk utama mereka adalah jualan dan perkhidmatan komputer terpakai serta produk berkaitan IT. Mereka menjual PC, komputer riba dan monitor. Mereka juga menyediakan perkakasan komputer seperti RAM, ‘solid state drive’, pemacu cakera keras, kad grafik, papan induk, bekalan kuasa dan pemproses. Selain itu, mereka juga menjual aksesori komputer seperti papan kekunci, pencetak, toner, Kartrij dakwat dan peranti rangkaian.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)

Alamat: 122, Ground Floor, Block A2, Leisure Commerce Square, Jln PJS 8/9, 46150 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 018-666 7673

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/iucomputer122

Instagram: https://www.instagram.com/iucomputer/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. Computaas Sdn Bhd

Computaas-Sdn-Bhd
Kredit Gambar: Computaas Sdn Bhd
Computaas-Sdn-Bhd-
Kredit Gambar: Computaas Sdn Bhd

Computaas Sdn Bhd merupakan kedai komputer yang menjual pelbagai jenama dan rangkaian produk IT seperti HP, Asus, Lenovo, Dell, MSI, Avita, Epson, APC, Eaton, Right Power, Cyber Power, Logitech, Kingston, Apacer, Adata dan juga perundingan Sistem ERP. Selain itu, mereka juga menyediakan peningkatan dan pembaikan produk selepas pasaran seperti skrin retak, kegagalan kuasa dan sebarang isu perisian atau perkakasan lain.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)

Alamat: F107, Centrepoint, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7733 2799

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/computaas

Instagram: https://www.instagram.com/computaas/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. C-Zone @ Digital Mall 

C-Zone-@-Digital-Mall-
Kredit Gambar: C-Zone @ Digital Mall
C-Zone-@-Digital-Mall-
Kredit Gambar: C-Zone @ Digital Mall

C-Zone menawarkan PC ‘custom build’ berkualiti tinggi untuk gamer. Mereka berusaha untuk mencapai kepuasan pelanggan pada peringkat tertinggi dan terus meluaskan rangkaian produk mereka agar dapat memberikan manfaat kepada pengguna. Tambahan pula, kakitangan mereka prihatin serta bersedia untuk melayani kehendak pelanggan mereka. Selain itu, mereka juga telus dalam mengenakan caj harga bagi produk yang dijual di kedai ini.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 malam  (Setiap hari)  

Alamat: Digital Mall, Lot 1.01, 1st, Section 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 037957 8841

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Compuzone

Instagram: https://www.instagram.com/my.czone/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. DMB Tech Computer Store 

DMB-Tech-Computer-Store-
Kredit Gambar: DMB Tech Computer Store
DMB-Tech-Computer-Store-
Kredit Gambar: DMB Tech Computer Store

DMB Tech Computer Store merupakan kedai komputer terbaik untuk dikunjungi jika anda memerlukan bantuan daripada pakar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh PC anda. Salah seorang pelanggan memuji kakitangan mereka kerana sabar mendiagnosis masalah PCnya. Kakitangan tersebut berjaya menyelesaikan masalah pelanggan itu serta mengesyorkannya beberapa peningkatan yang berguna untuk PCnya. Kedai komputer ini juga menawarkan alat ganti dan aksesori PC untuk anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)

Alamat: 41, Jalan PJU 5/12, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 014-371 8888

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close