Komputer telah mengubah cara kita hidup, bekerja dan berinteraksi antara satu sama lain. Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk kemahiran dan pengetahuan digital, komputer telah menjadi alat yang penting bagi individu dan perniagaan untuk berjaya dalam dunia yang dikuasai oleh teknologi pada hari ini.
Katakan anda tinggal di Shah Alam, yakni sebuah bandar yang berkembang pesat di Malaysia. Dan anda sedang mencari komputer, komputer riba, alat ganti komputer atau aksesori komputer ‘custom build’. Jadi, anda boleh berkunjung ke 10 kedai komputer terbaik di Shah Alam ini untuk mencari keperluan anda.
Apakah Perisian Yang Dijual Di Kedai Komputer?
Kedai komputer biasanya menjual PC desktop dan komputer riba, komponen komputer, perisian, peralatan rangkaian, peranti storan, perkakasan permainan, peralatan audio dan visual, peranti pintar dan aksesori.
Adakah Kedai Komputer Menjual Tablet Dan Peranti Mudah Alih?
Ya, kedai komputer ada menjual tablet dan peranti mudah alih, termasuklah jenama popular seperti Apple dan Samsung. Peranti ini menjadi semakin popular untuk kegunaan kerja dan peribadi, dengan spesifikasi dan harga yang berbeza-beza mengikut keperluan anda.
Adakah Kedai Komputer Menawarkan Perkhidmatan Pemulihan Data?
Ya, kebanyakan kedai komputer menawarkan perkhidmatan pemulihan data untuk pelanggan yang mengalami kehilangan data melalui pemadaman tidak sengaja atau disebabkan hal lain. Walau bagaimanapun, kejayaan pemulihan bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami oleh peranti anda.
Baca Lagi:
- Kedai Komputer di KL
- Kedai Komputer di PJ
- Kedai Komputer di Johor
- Kedai Komputer di Pulau Pinang
- Kedai Komputer di Kota Kinabalu
- Kedai Komputer di Subang Jaya
- Kedai Komputer di Ipoh
- Kedai Komputer di Cheras
- Kedai Komputer di Rawang
- Kedai Komputer berhampiran Selayang
- Kedai Komputer di Kepong
- Kedai Komputer di Klang
- Kedai Komputer di Puchong
10 Kedai Komputer Terbaik di Shah Alam 2024
1. OK Computer Solution


OK Computer Solution adalah kedai komputer yang popular di Shah Alam. Mereka menawarkan perkhidmatan terbaik dan sentiasa berhubung dengan pelanggan tentang kemas kini pembaikan komputer atau alat mereka. Selain itu, mereka juga memberi respons pantas terhadap segala pertanyaan pelanggan. Disebabkan itu, ada pelanggan yang memuji kecekapan juruteknik mereka dalam membaiki 2 Macbooknya tanpa menghilangkan data yang ada.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Khamis)
10:00 pagi – 12:30 tengah hari, 3:00 petang – 8:00 malam (Jumaat)
9:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: No. 25, 1-A, Jalan Kristal As7/As, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 018-213 1633
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Cawangan Lain: Taman Orkid (Google Review Di Sini)
Facebook: https://www.facebook.com/OKComputerSolution
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. All IT Hypermarket @ Central i-City


All IT Hypermarket adalah kedai komputer yang menyediakan pelbagai alat ganti komputer, komputer riba, aksesori komputer, dan perkhidmatan pembaikan. Mereka dipuji kerana menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Sebagai contoh, salah seorang pelanggan memuji kakitangan di sini yang membantunya memilih SSD yang betul. Selain itu, kakitangan tersebut sangat sabar dalam menjawab segala soalan yang dikemukakan kepadanya. Tambahan pula, mereka cekap dalam mengganti dan memindahkan data yang diberikan.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: L2-04, Central i-City Mall, No. 1, i-City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 03-5891 4824
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/allithypermarket/
Instagram: https://www.instagram.com/allithypermarket/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. ONETECH Computer Sdn Bhd


ONETECH Computer Sdn Bhd adalah kedai komputer yang boleh dipercayai di Malaysia. Mereka menyediakan monitor dan komputer riba HP berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Kedai ini kerap menawarkan promosi dan diskaun pada produknya agar para pelanggan boleh membeli keperluan yang diingini pada harga yang mampu milik. ONETECH Computer Sdn Bhd juga menawarkan hadiah dan pembelian percuma, sekali gus menambah pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan buat para pelanggan.
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: No. 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Setia Alam, Seksyen, U13 Shah Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 013-320 5551
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Onetechsetia
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Jawecom PC


Jawecom PC telah berada dalam industri perdagangan PC selama lebih 4 tahun. Sebagai pakar komputer terkemuka di Malaysia, mereka menawarkan perkhidmatan seperti pembinaan PC permainan ‘custom build’, ‘custom build water cooling’, pengubahsuaian ‘case’ dan penyelesaian masalah PC yang asas sehinggalah kepada yang terkini. Mereka melakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pemain, penstrim, peminat PC atau pekerja pejabat. Mereka berbangga kerana dapat membina mana-mana PC ‘custom build’ berdasarkan belanjawan anda.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 5:00 petang (Ahad – Jumaat)
9:00 pagi – 1:00 petang, 2:30 petang – 5:00 petang (Sabtu)
Alamat: 24, 2f, Jln Setia Perdana BE U13/BE, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 017-225 0615
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Jawecom
Instagram: https://www.instagram.com/jawecompc/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. Ideal Tech PC


Ideal Tech PC menjual dan mengedarkan gajet, GPS dan komponen komputer. Keghairahan mereka terhadap komputer mendorong mereka membina pelantar permainan yang memenuhi keperluan khusus pemain. Hari ini, mereka berbangga kerana telah mengekalkan hubungan rapat dengan lebih 20 syarikat. Tambahan pula, mereka juga telah membina dan membekalkan lebih daripada 70,000 PC di seluruh Malaysia.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Khamis, Sabtu)
Tutup (Jumaat, Ahad)
Alamat: 8, Jalan Setia Gemilang BM U13/BM, Setia Alam, Seksyen, U13 Shah Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 012-610 1871
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/IDEALTECHPCPJ
Instagram: https://www.instagram.com/idealtechmy/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI6. Netstore


Netstore adalah kedai komputer yang boleh dipercayai untuk membeli PC ‘custom build’, bahagian PC dan aksesori komputer untuk pemain. Mereka menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan individu. Seorang pelanggan mereka berpuas hati dan memuji kebolehpercayaan dan kejujuran mereka apabila mereka menggantikan produk yang rosak secara percuma dan menghantarnya dalam masa sehari. Jadi, lawatilah Netstore jika anda memerlukan komputer baharu.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: No. 33, Seksyen U13, 2, Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 03-3358 2966
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/netstore.com.my/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI7. Cynetech Trading (ASUS x ROG)


Cynetech Trading adalah kedai komputer yang menjual produk Asus. Selain itu, mereka menawarkan pelbagai produk, termasuklah komputer riba, PC meja, monitor, telefon bimbit, aksesori komputer, papan induk dan banyak lagi. Sebagai penjual semula Asus yang sah, mereka menyediakan produk yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi serta disokong oleh perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 3rd Floor, Plaza Alam Sentral, Lot 3.24 & 3.25, Jalan Majlis, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 03-5519 9448
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Cynetech/
8. Computer Depot Sdn Bhd


Computer Depot Sdn Bhd di Shah Alam merupakan kedai komputer yang terkenal dalam kalangan penduduk di kawasan ini. Hal ini kerana mereka memberikan perkhidmatan pelanggan yang mesra kepada para pelanggan. Mereka menjual alat pencetak dan produk Apple serta menservis komputer. Tambahan pula, kakitangan mereka berpengetahuan dan komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik. Produk yang dijual di sini juga berkualiti sehingga menjadikan mereka pilihan terbaik untuk sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan berkaitan komputer.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot G17, Giant Hypermarket, 2, Jalan Kemuning Prima E33/E, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 012-203 3969
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/computerdepotsb/?locale=ms_MY
9. Zen Pixel Solutions


Zen Pixel Solutions adalah kedai komputer sehenti untuk semua keperluan berkaitan komputer anda. Mereka menjual pelbagai jenis produk, termasuklah monitor, desktop PC dan komputer riba. Selain itu, mereka menawarkan perkhidmatan pembaikan untuk pelbagai produk komputer dan gajet. Mereka memberikan perkhidmatan terbaik seperti berjaya membetulkan peranti tag pintar pelanggan tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Plaza Alam Sentral, Lot 4-16, Tingkat 4, Jalan Majlis, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 013-370 7529
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/zpssolutions/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI10. Arabtech Computers


Arabtech Computers menyediakan penyelesaian IT yang komprehensif, yakni daripada komputer riba dan monitor sehinggalah kepada aksesori komputer. Kedai komputer yang serba lengkap ini juga menawarkan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan untuk komputer riba dan PC. Mereka juga menawarkan perkhidmatan rangkaian. Dengan pelbagai tawaran yang diberikan, Arabtech adalah kedai komputer sehenti untuk semua keperluan pengkomputeran anda.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 3rd Floor, Plaza Alam Sentral, 3.07, Section 14, 40000 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 011-1434 5118
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/arabtechcomputers
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.