11 Kedai Pembekal Bahan Bakeri Terbaik di Selangor/ Malaysia 2025

Terinspirasi untuk membakar sesuatu? Pastikan anda lengkap dengan semua bahan bakeri, tidak kira sama ada alat pembakar, perkakas ataupun bahan-bahannya. Di sini, kami mengesyorkan 11 Kedai Pembekal Bahan Bakeri Terbaik di Malaysia, sama ada kedai runcit ataupun dalam talian. Selamat membaca.

Untuk membuat kuih atau pastri, anda memerlukan bahan yang mencukupi untuk memastikan resepi anda berhasil. Oleh sebab itu, mencari kedai pembekal bahan bakeri yang bagus adalah penting. Ini kerana, mereka pasti mempunyai pelbagai jenis dan pilihan bahan yang anda perlukan mengikut bajet anda.

Disebabkan kami memahami keperluan dan minat anda, kami bertungkus-lumus untuk bawakan anda kedai-kedai ini agar anda dapat memenuhi kehendak anda. Adalah penting untuk mencari kedai yang menawarkan semuanya dengan perkhidmatan pelanggan yang baik.

11 Kedai Pembekal Bahan Bakeri Terbaik di Selangor/ Malaysia 2025

1. House of Ingredient

Beginner 2021 01 20T153527.992
Kredit Gambar: House of Ingredients

Kedai pembekal bahan bakeri ini sentiasa sesak dengan orang ramai kerana terdapat banyak bahan yang boleh didapati di sini. Kedai ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah peralatan untuk menghias kek, kotak dan banyak lagi manakala bahagian kedua pula adalah menawarkan bahan mentah dengan harga yang lebih murah. Pasti anda akan suka membeli-belah di sini.

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Sabtu), 9.00 pagi – 2.00 petang (Ahad)

Alamat: 13A, Jalan Gangsa SD 5/3f, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/HouseOfIngredients/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI
Beginner 2021 01 20T100620.522
Kredit Gambar: Google Map

2. Bake With Yen

Online Store: Bake With Yen Online

Beginner 2021 01 20T101748.879
Kredit Gambar: Bake With Yen

Bake With Yen ialah salah satu pembekal bahan bakeri terbaik di Malaysia dan kedai mereka boleh didapati hampir di mana-mana. Mereka menyediakan pelbagai jenis bahan pembakar untuk anda pada harga yang berpatutan. Jika anda tidak mahu keluar, anda juga boleh memesan secara dalam talian. Selain itu, tiada had pesanan minimum untuk penghantaran! Bake With Yen menghantar bahan-bahan ke rumah anda melalui perkhidmatan pihak ketiga seperti Grab atau Lalamove.

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 8.00 malam (Setiap hari)

Alamat: (Cawangan PJ): 6, Jalan SS 24/13, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bakewithyen

SEMAK LAMAN WEB DI SINI
Beginner 2021 01 20T102210.071
Kredit Gambar: Google Map
milita image
Kredit Gambar: Google

Milita Ingredients bukan sahaja menyediakan pelbagai bahan bakeri, tetapi mereka juga pakar dalam premix yang mudah dibakar terutamanya kuih bulan. Mereka mempunyai studio pembakar yang indah di salah satu kedai mereka. Mereka juga menyediakan kelas bakeri dan ruang menghasilkan video di situ.

Waktu Operasi: 9:30 pagi –  6:00 petang (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)

Alamat: No.5, Jalan PUJ 3/10, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/militabakerysupply

Youtube Link: https://www.youtube.com/channel/UC-eo3zvYcKt2CAD5LWIEBVQ

milita image
Kredit Gambar: Google Map

4. Chang Thung

Beginner 2021 01 20T102902.976
Kredit Gambar: Chang Thung

Chang Thung ialah kedai pembekal bahan bakeri yang menjual pelbagai bahan bakeri dan banyak peralatan dapur mewah pada harga yang berpatutan. Kedai ini juga menawarkan bahan-bahan premium untuk anda.

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)

Alamat: 13A, Jalan Gangsa SD 5/3f, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Chang-Thung/565289267245748

SEMAK LAMAN WEB DI SINI
Beginner
Kredit Gambar: Google Map

5. EzyMix

Beginner 2021 01 20T103620.475
Kredit Gambar: EzyMix

EzyMix Ingredients House menawarkan jumlah bahan bakeri yang sederhana pada harga yang berpatutan. Mereka juga mempunyai produk mereka sendiri untuk beberapa bahan kering seperti, tepung serba guna dan tepung roti. Walaupun ia adalah sebuah kedai kecil, ia menawarkan begitu banyak perkara yang merangkumi hampir semua keperluan baker yang diperlukan.

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 7.00 petang (Isnin – Jumaat), 9.00 pagi – 6.00 petang (Sabtu), 9.00 pagi – 2.30 petang (Ahad)

Alamat : Kepong, Taman Sri Bintang, 52100 Kuala Lumpur,  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ezymix.my/

Beginner 2021 01 20T103844.748
Kredit Gambar: Google Map

6. Hot Oven Bakery Supply

Beginner 2021 01 20T104057.156 1
Kredit Gambar: Hot Oven Bakery Supply

Hot Oven Bakery Supply aktif mempromosikan aktiviti mereka di hampir semua platform media sosial terutamanya di Facebook. Anda boleh menyemak laman web mereka untuk membuat pesanan dalam talian. Mereka juga banyak menawarkan bahan bakeri yang berpatutan untuk anda cari.

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 6.00 petang

Alamat: 92, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/hotovenbakerysuppliespuj/

Instagram: https://www.instagram.com/hotovenbakerysupplies/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI
Beginner 2021 01 20T104544.101
Kredit Gambar: Google Map

7. Bake Well

Beginner 2021 01 20T104805.005
Kredit Gambar: Bake Well

Bake Well mempunyai kedai fizikal dan juga menjual produk mereka dalam talian. Mereka menawarkan semua bahan dan alat bakeri asas kepada pengguna. Anda boleh melawati kedai fizikal mereka untuk mencari stok bahan yang anda perlukan atau layari sahaja dari laman web mereka untuk pembelian.

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 7.30 petang (Isnin – Sabtu), 9.00 pagi – 6.00 petang (Ahad)

Alamat: 47, Jalan SG 1/9, Taman Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bakewellsupplies/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI
Beginner 2021 01 20T105048.124
Kredit Gambar: Google Map

8. Pastry Pro

Beginner 2021 01 20T105833.043 2
Kredit Gambar: Pasty Pro

Pastry Pro menyediakan anda dengan banyak bahan bakeri yang mewah. Jika Gucci ialah kedai pembekal bahan bakeri, maka Pastry Pro akan berada pada tahap yang sama dengan mereka. Mereka mempunyai puri beri beku dan coklat yang berkualiti tinggi untuk resepi bakeri anda.

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 7.00 petang (Isnin – Sabtu), 9.00 pagi – 2.00 petang (Ahad)

Alamat: 8, Jalan 3/37a, Kawasan Perusahaan Taman Bukit Maluri, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Pastry-Pro-204006360208676/

Instagram: https://www.instagram.com/pastrypromy/

Beginner 2021 01 20T110404.037 1
Kredit Gambar: Google Map

9. Baking Hub Ingredients Sdn Bhd

Beginner 2021 01 20T152632.602
Kredit Gambar: Baking Hub

Baking Hub ialah kedai pembekal bakeri ringkas yang menawarkan beberapa perkhidmatan dan penghantaran dalam talian. Mereka mempunyai banyak bahan yang terkini dan dapat memenuhi keperluan anda. Anda boleh berkunjung ke sini untuk mencari bahan bakeri atau alat perkakas yang anda perlukan bagi melengkapi aktiviti bakeri anda.

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 7.00 petang (Isnin – Sabtu), 9.00 pagi – 6.00 petang (Ahad)

Alamat: 8, Jalan PJU 1/3a, Sunway Mas Commercial Center, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/BakingHubIngredients/

Instagram: https://www.instagram.com/baking.hub/?hl=en

Beginner 2021 01 20T111611.694 1
Kredit Gambar: Google Map

10. Malaysia Bakery

Beginner 2021 01 20T111926.834
Kredit Gambar: Malaysia Bakery

Malaysia Bakery adalah salah satu daripada kedai pembekal bahan bakeri dalam talian 24 jam di Malaysia. Terdapat banyak jenama yang boleh anda temui di kedai ini. Malaysia Bakery mempunyai kedai yang meliputi setiap negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Waktu Operasi: 24 jam

Facebook: https://www.facebook.com/ONLINEBAKING/

11. Bake @ Polymart Manja

Beginner 2021 01 20T112320.993
Kredit Gambar: Bake @ Polymart Manja

Bake @ Polymart menawarkan banyak bahan bakeri dan hiasan parti. Ia adalah satu hentian yang menawarkan pelbagai barang untuk majlis anda. Semuanya berada di satu tempat. Mereka menyediakan perkhidmatan dalam talian dan anda juga boleh menyemak promosi di akaun Instagram mereka!

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 8.30 malam (Isnin – Sabtu), 10.00 pagi – 5.30 petang (Ahad) 

Alamat : 5-1, Jalan PJS 3/63, Sri Manja Square 2, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Bake-Polymart-130958830251762/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI
Beginner 2021 01 20T112801.782
Kredit Gambar: Google Map

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close