Perabot adalah komponen penting dalam mana-mana rumah. Di sinilah anda berkumpul untuk bercakap dengan keluarga dan rakan-rakan, melakukan kerja rumah, dan berkongsi makanan. Perabot yang tidak lengkap mewujudkan persekitaran yang tidak menarik dan tertutup. Selain itu, ia membuat rumah menjadi tidak menarik dan kosong tanpa adanya perabot.
Melabur dalam perabot yang selesa boleh membantu anda mengekalkan postur yang baik. Penjajaran badan adalah penting untuk postur yang baik dan kesihatan secara keseluruhannya. Perabot tempat kerja (seperti meja atau kerusi) yang tidak mencukupi dan tidak sesuai boleh menyebabkan ketidakselesaan pada badan. Selain itu, ia juga menyebabkan masalah pencernaan, mengakibatkan postur yang lemah dan kualiti hidup yang lebih rendah. Berikut adalah 8 kedai perabot terbaik di Cheras 2025.
Mengapakah Anda Perlu Membeli Perabot Lestari?
Oleh kerana perabot mesra alam menghasilkan kurang pencemaran dan sisa, ia juga kurang merosakkan alam sekitar sekali gus menjadikan persekitaran global lebih sihat. Kandungan bahan kimia yang digunakan dalam perabot jenis ini juga tidak banyak.
Apakah Sebab Anda Memilih ‘Soft Furnishing’?
‘Soft furnishing’ boleh menambah sentuhan kehangatan kepada mana-mana ruang tamu. Kualiti fabrik mewujudkan rasa selesa, kaya dan hangat. Projek reka bentuk dalaman bergantung pada kualiti perabot dan bagaimana ia digunakan di pelbagai bilik.
8 Kedai Perabot Terbaik di Cheras 2025
1. Kinsen Home (Cheras)


Kinsen Home menawarkan reka bentuk moden dan pelbagai saiz pada harga yang mampu milik. Anda boleh berkunjung ke kedai ini untuk memilih perabot yang anda inginkan, bersesuaian dengan gaya dan kehendak anda. Mereka menawarkan pelbagai perabot yang moden seperti sofa, kerusi, meja, penyimpanan, peralatan tempat tidur dan juga hiasan rumah. Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran yang mudah ke sebahagian besar Malaysia dan Singapura.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 4, Jalan Mutiara Raya, Taman Mutiara Barat, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/kinsenhome/?locale=ms_MY
Instagram: https://www.instagram.com/kinsen_home/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Enzol Furniture Gallery (Cheras)


Enzol Furniture Gallery ditubuhkan pada tahun 2008 untuk menyediakan pelbagai perabot mewah yang berpatutan kepada pelanggan mereka. Enzol Furniture Gallery kekal komited dalam misi ini. Mereka mengutamakan unsur-unsur ini dalam segala hal seperti perabot tempat makan, perabot tempat tidur dan banyak lagi. Sofa Kulit Tulen Itali Enzol adalah lebih dari sekadar sofa kerana ia diilhamkan oleh kehidupan yang tenang. Mereka juga telah mencipta karya yang menggabungkan keselesaan dan kepelbagaian reka bentuk yang menarik, khusus untuk mereka yang mencari perabot yang mewah dan berkualiti tinggi.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
11:00 pagi – 7:00 malam (Sabtu dan Ahad)
Alamat: Lot G-15, 01-15 , 02-15, 03-15 & 3A-15 Wisma Aman Elite , Jalan Desa Aman 1 Taman Desa Aman 56100 Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/enzolMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/enzolfurniture/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Nice Home Family Furniture


Nice Home Family Furniture ditubuhkan pada tahun 2010. Mereka menyediakan perabot berkualiti tinggi dan tahan lama untuk semua orang. Segala-galanya boleh didapati di sini, seperti sofa kulit, kabinet dapur sehinggalah kepada katil dua tingkat. Selain itu, anda akan berpuas hati dengan sofa anda kerana mereka akan mencadangkan bahan dan warna yang sesuai dengan kehendak anda. Hal ini kerana mereka berpengalaman dalam pasaran Business-to-Customer (B2C), di mana pelanggan boleh berurusan terus dengan mereka secara langsung.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: BS 05, 06, 08, 09, Glenview Business Centre Taman Pinggiran Cheras Cheras, 1, Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur, Selangor.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/nicehome88/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Cavenzi Taman Maluri


Cavenzi Taman Maluri menterjemahkan daya tarikan pereka kepada konsep gaya hidup baharu. Koleksi serba baharu jenama ini menampilkan perabot menarik yang menggabungkan unsur kontemporari dan minimalis. Selain itu, Cavenzi membina dan menghasilkan katil popular mereka. Mereka memberi tumpuan kepada harga yang rendah dan reka bentuk baru yang moden. Reka bentuk katil ini menggunakan asas SUMO ultra tahan lama yang melepasi 1,000 kg ujian berat standard industri. Mereka juga menyediakan penghantaran percuma di sekitar Lembah Klang.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 290, Jln Cheras, Maluri, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/CavenziMaluri/?locale=ms_MY
Instagram: https://www.instagram.com/cavenzi/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. New One Gallery Cheras


Perabot New One Gallery Cheras direka untuk menetapkan nada bilik dan menambah karakter bagi mereka yang menghargai perkara-perkara yang lebih teliti dalam hidup. Dari gaya hidup minimalis sehingga gaya Scandinavia yang sederhana, mereka mempunyai setiap gaya yang sesuai dengan anda sebagai pereka rumah. Selain itu, setiap sofa yang mereka reka menggabungkan teknologi ‘proprietary’ dan dibuat dengan bingkai keluli untuk memberikan keselesaan dan memastikan ia tahan lama.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot 358, Jln Cheras, Kampung Batu 10 Cheras, 43200 Cheras, Selangor.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/newonegallerycheras/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI6. Bānn Gallery


Perabot Bānn Gallery mempunyai ‘creative intersection’, fungsi dan estetika, sekali gus menggabungkan gaya klasik dengan elemen reka bentuk futuristik. Mereka juga mempunyai pasukan ketukangan kraf dan pereka perabot yang berdedikasi serta berkemahiran tinggi bagi memastikan setiap perabot dibuat mengikut piawaian tertinggi. Mereka berbangga kerana dapat menghasilkan perabot berkualiti tinggi tepat pada masanya dan masih di dalam bajet para pelanggan. Pasukan jualan dan perkhidmatan pelanggan mereka juga cekap dan boleh dipercayai. Ini membuatkan anda berpuas hati apabila membeli-belah di kedai ini.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: 700-G-23A,25,26,27 & 28, Ground Floor Cheras Sentral Mall Jalan Cheras BT6 , Plaza Phoenix, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI7. Bahagia Furniture Gallery @ Tesco Extra Cheras


Bahagia Furniture Gallery mempunyai perabot eksklusif, bergaya, dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan yang unggul dan penghantaran yang cepat. Mereka sentiasa mengemas kini inventori mereka agar dapat memberikan penampilan terkini dalam fesyen perabot rumah yang ditawarkan di kedai ini. Tambahan lagi, rakan jualan mereka terlatih, berpengetahuan dan mesra. Semua ini menyumbang kepada persekitaran yang selesa untuk anda nikmati di bilik pameran mereka ketika ingin mencari perabot yang anda inginkan.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 2, Jalan Midah 2, Taman Midah, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/bahagia.com.my/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI8. Couch Designs Sdn Bhd


Couch Designs Sdn Bhd menyediakan perabot mewah, selesa, bergaya dan mampu milik. Perabot yang mereka tawarkan dapat menetapkan nada bilik dan menambah karakter bagi mereka yang menghargai perkara yang lebih halus dalam hidup. Setiap sofa yang mereka reka menggabungkan teknologi proprietari untuk memberikan anda keselesaan. Mereka sentiasa memastikan produk mereka mempunyai kualiti dan ketahanan yang terbaik. Hasilnya, mereka dengan bangganya menyokong produk mereka dengan jaminan seumur hidup.
Waktu Operasi:
10:30 pagi – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 9:00 malam (Sabtu dan Ahad)
Alamat: 191-4, Jln Lanchang, Taman Sri Bahtera, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINIDapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.