10 Kedai Telefon Terbaik di PJ 2025

Kedai telefon mempunyai model dan ciri telefon terkini yang membolehkan anda membandingkan harga dan pelan daripada syarikat telekomunikasi yang berbeza. Anda juga boleh melawati kedai telefon jika anda memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh telefon anda.

Adakah anda perlu membeli telefon baru atau menaik taraf telefon yang anda ada sekarang? Adakah telefon anda rosak dan memerlukan bantuan sokongan teknikal? Jika ya, anda boleh berkunjung ke 10 kedai telefon terbaik di PJ ini.

Adakah Kedai Telefon Menawarkan Pelan Ansuran?

Ya, kedai telefon kerap menawarkan pelan ansuran untuk pembelian telefon. Para pelanggan boleh membayar telefon tersebut secara ansuran untuk satu tempoh yang ditetapkan dan selalunya ia tanpa faedah. Ada sesetengah kedai mengenakan pelan bayaran tanpa pendahuluan. Namun begitu, kebanyakan kedai mengenakan bayaran pendahuluan terlebih dahulu bagi menjamin produk dan pakej mereka. Selain itu, tempoh ansuran adalah berbeza, biasanya antara beberapa bulan atau beberapa tahun.

Bolehkah Kedai Telefon Membantu Anda Memindahkan Data Dari Telefon Lama Kepada Telefon Baru?

Ya. Kedai telefon sering menawarkan perkhidmatan pemindahan data untuk pelanggan yang membeli telefon baru daripada mereka. Mereka boleh memindahkan nombor telefon, foto, video dan muzik dari telefon lama anda kepada telefon baru dengan bayaran atau secara percuma.

Adakah Kedai Telefon Menjual Aksesori Telefon?

Ya, selain telefon bimbit, kedai telefon juga menjual aksesori telefon seperti casing, screen protector, charger, headphone dan item lain. Walau bagaimanapun, sesetengah kedai telefon mungkin mempunyai pilihan aksesori yang lebih pelbagai dan menarik daripada yang lain. Semuanya bergantung kepada fokus perniagaan kedai tersebut.

Lihat juga: 

  1.  Kedai Telefon di KL
  2.  Kedai Telefon di Johor
  3.  Kedai Telefon di Pulau Pinang
  4.  Kedai Telefon di Puchong
  5.  Kedai Telefon di Subang Jaya

10 Kedai Telefon Terbaik di PJ 2025

1. CompAsia Malaysia

CompAsia-Malaysia
Kredit Gambar: Charles Chew
CompAsia-Malaysia-
Kredit Gambar: Lyn

CompAsia Malaysia berhasrat untuk mengubah pemilikan peranti pintar dengan memaksimumkan kemampuan dan meminimumkan e-sisa. Kedai telefon ini menawarkan penyelesaian beli balik dan trade-in yang terkenal di seluruh rantau oleh syarikat telekomunikasi dan pengeluar telefon utama. Proses trade-in dipermudahkan melalui teknologi penilaian intuitif mereka yang menyediakan harga yang tepat dan kompetitif untuk pelbagai jenis peranti yang mereka terima.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
Sabtu & Ahad (Tutup)

Alamat: Wisma Academy, Suite 1.01 Level 1, 4, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/CompAsiaMY/

Instagram: https://www.instagram.com/compasiamy/?hl=en

Semak Laman Web di Sini

2. DirectD Gadget

DirectD-Gadget-
Kredit Gambar: DirectD Gadget
DirectD-Gadget
Kredit Gambar: DirectD

DirectD Gadget menjual pelbagai model telefon dan aksesori jenama yang terkenal. Kedai ini luas dan berhawa dingin. Selain itu, kakitangan mereka akan menawarkan nasihat kepada anda tentang produk yang ingin anda beli. Mereka akan memastikan anda terlibat sepanjang proses pembelian produk tersebut. Kedai ini merupakan tempat terbaik untuk anda membeli-belah telefon bimbit dan alat elektronik terkini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot 11, Jalan 51a/219, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 010-232 9463

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/directdfederal/

Instagram: https://www.instagram.com/directdteam/

Semak Laman Web di Sini

3. Mobile2GO

MobileGO
Kredit Gambar: Mobile2GO
MobileGO-
Kredit Gambar: Safuan Shahar

Mobile2GO berusaha untuk memberikan harga yang kompetitif dan berpatutan kepada para pelanggan. Mereka menawarkan produk seperti telefon bimbit, tablet, aksesori telefon dan gajet. Mereka berbangga dengan kepelbagaian produk yang mereka tawarkan. Mereka menawarkan lebih daripada 30 jenama produk yang tersedia pada harga pasaran mampu milik. Selain itu, produk-produk yang ditawarkan mempunyai stok yang sedia ada dan mencukupi. Mereka juga menawarkan demo kepada pelanggan untuk mencuba produk terlebih dahulu sebelum membelinya. Semua ini adalah untuk kepuasan para pelanggan.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 44, Jalan SS 2/75, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7865 9292

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/mobile2go.pj/

Instagram: https://www.instagram.com/mobile2_go/?hl=en

Semak Laman Web di Sini

4. SS Solution

SS-Solution-
Kredit Gambar: SS Solution
SS-Solution-
Kredit Gambar: Rafizal Rosdi

Jika anda ingin membeli telefon bimbit, anda boleh singgah ke SS Solution atau WhatsApp mereka untuk menyemak ketersediaan telefon atau produk yang anda cari. Jika produk atau telefon yang dicari mempunyai stok, maka anda boleh mengambil barang yang dibeli dalam masa 24 jam. Salah seorang pelanggan mereka memuji kedai ini kerana membantunya dengan cekap dalam menempah model telefon yang diinginkan. Model telefon tersebut merupakan stok terakhir yang tinggal di kedai itu. Selain itu, mereka memberikan diskaun yang hebat seperti penawaran 3 hadiah bersama pembelian produk yang dijual di kedai mereka.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 57-G, Jalan SS 25/2, Taman Bukit Emas, 47301 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 016-797 9900

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/SS.SolutionKelanaJayaHQ/

Instagram: https://www.instagram.com/ss.solution_hq/

Semak Laman Web di Sini

5. Mobile Corner

Mobile-Corner-
Kredit Gambar: Mobile Corner
Mobile-Corner-
Kredit Gambar: MRBY

Mobile Corner adalah kedai telefon yang dipercayai kerana ia menawarkan produk dan telefon yang berkualiti untuk para pelanggan. Anda boleh membeli telefon bimbit anda di sini tanpa risau. Menurut ulasan pelanggan mereka, kedai ini menawarkan harga yang paling berpatutan di kawasan itu. Tambahan pula, perkhidmatan pelanggan mereka adalah profesional dan responsif. Jika anda bernasib baik, anda mungkin mendapat satu atau dua hadiah percuma melalui pembelian anda. Pemilik atau kakitangan di sini bermurah hati dan mengutamakan kepuasan pelanggan yang membeli-belah di sini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: No 33, Jalan PJS 8/12, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 018-223 9720

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/Mobilecornerwholesales

Instagram: https://www.instagram.com/mobilecornerwholesales/

Semak Laman Web di Sini

6. HUAWEI Authorized Experience Store @ 1 Utama Shopping Centre

HUAWEI-Authorized-Experience-Store-@--Utama-Shopping-Centre-
Kredit Gambar: huawei.com.my
HUAWEI-Authorized-Experience-Store-@--Utama-Shopping-Centre-
Kredit Gambar: Huawei Malaysia

HUAWEI Authorized Experience Store menawarkan telefon pintar, PC dan tablet, wearables, peranti broadband mudah alih, peranti keluarga dan perkhidmatan cloud. Jenama HUAWEI adalah pembekal global teknologi maklumat dan komunikasi yang terkemuka di Malaysia. Oleh sebab itu, HUAWEI Authorized Experience Store berdedikasi untuk menyampaikan teknologi terkini kepada pengguna dan berkongsi kegembiraan kemajuan teknologi dengan lebih ramai orang di seluruh dunia.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 10:00 malam (Ahad – Khamis)
10:00 pagi – 10:30 malam (Jumaat – Sabtu)

Alamat: Lot 303 & 303a Lg Floor, Huawei Shop 1 Utama Shopping Centre, PJU 6, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7732 0989

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/HuaweiTechMY/

Instagram: https://www.instagram.com/huaweimobilemy/?hl=en

Semak Laman Web di Sini

7. Samsung Experience Store @ Digital Mall

Samsung-Experience-Store-@-Digital-Mall
Kredit Gambar: Samsung Experience Store Digital Mall
Samsung-Experience-Store-@-Digital-Mall-
Kredit Gambar: Samsung Experience Store Digital Mall

Kunjungan ke Samsung Experience Store untuk membeli telefon atau aksesori telefon adalah pilihan yang bijak. Hal ini kerana Samsung Mobile menawarkan pelbagai pilihan model dan aksesori telefon yang berkualiti tinggi untuk anda. Selain itu, kakitangan mereka berpengetahuan dan boleh menawarkan nasihat pakar dalam membantu anda memilih produk yang sesuai dengan kehendak anda. Semua ini dapat meningkatkan pengalaman anda menggunakan telefon Samsung.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Digital Mall, Lot G-09, Ground Floor, No. 2, Jalan 14/20, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor 

No. Telefon: 03-7931 2136

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/SamsungMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/samsungmalaysia/?hl=en

Semak Laman Web di Sini

8. Plantronics

Plantronics-
Kredit Gambar: Plantronics
Plantronics-
Kredit Gambar: Plantronics

Plantronics adalah kedai telefon yang menawarkan pelbagai jenama telefon dan aksesori terbaik di kawasan ini. Mereka telah beroperasi hampir lebih 2 dekad dan mempunyai ramai pelanggan setia yang kembali ke sini untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai kakitangan yang cekap dan komited dalam melayani kehendak pelanggan dan memberikan yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh berunding harga di sini untuk mendapatkan diskuan kecil bagi pembelian produk atau gajet anda.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 7:00 malam (Ahad)

Alamat: No 107, Ground Floor, Jalan PJS 8/5, Mentari Plaza, 46150 Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

No. Telefon: 03-5636 9988

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/PlantronicsTelecommunicationsCentreSdnBhdPJ/

Instagram: https://www.instagram.com/plantronics_official/

9. Eaglecom

Eaglecom
Kredit Gambar: Eaglecom
Eaglecom-
Kredit Gambar: Eaglecom

Eaglecom merupakan kedai telefon yang menawarkan pelbagai jenama telefon pintar, tablet dan aksesori yang menarik. Kedai ini terletak di Petaling Jaya, Malaysia. Selain persekitarannya yang luas dan terang, kedai ini mempunyai kakitangan yang berpengetahuan, mesra dan sedia membantu para pelanggan bagi mencari produk yang diperlukakan. Anda juga boleh memanfaatkan pelbagai promosi dan diskaun yang terdapat di kedai ini. Secara keseluruhannya, ini adalah kedai sehenti untuk semua keperluan teknologi anda.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
Ahad (Tutup)

Alamat: No. 58, Jalan SS 2/66, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor 

No. Telefon: 03- 7875 7881

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100066462322102&locale=ms_MY

10. HONOR Atria Shopping Gallery

HONOR-Atria-Shopping-Gallery-
Kredit Gambar: HONOR Atria Shopping Gallery
HONOR-Atria-Shopping-Gallery-
Kredit Gambar: HONOR Atria Shopping Gallery

Kunjungan ke HONOR Atria Shopping Gallery boleh menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Jika anda mencari telefon pintar yang berkualiti tinggi, dilengkapi dengan ciri-ciri inovatif dan ditawarkan pada harga yang berpatutan, maka anda boleh segera ke kedai ini. Selain harga yang kompetitif, telefon HONOR terkenal dengan prestasi kamera yang sangat baik, hayat bateri yang panjang dan reka bentuk yang anggun. Kakitangan di kedai ini boleh memberikan nasihat dan bantuan pakar dalam memilih telefon terbaik untuk memenuhi keperluan anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: G19,Ground Floor, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 07-253 3972

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/people/Honor-Atria-Shopping-Gallery-Infinite-Concept

Instagram: https://www.instagram.com/honormalaysia/?hl=en

Semak Laman Web di Sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close