8 Keju Gouda Terbaik di Malaysia 2025

Terdapat begitu banyak jenis keju dan pada ketika ini, anda sudah boleh melengkapkan platter cheese anda. Walaupun begitu, kita tidak boleh lupa untuk meletakkan keju Gouda di atas platter itu! Ini kerana keju Gouda adalah keju susu lembu kuning yang manis, berkrim dan berasal dari Belanda. Ramai yang menyukai keju ini dan menyimpannya adalah satu hal yang tidak rumit.

Apabila menyimpan keju Gouda, sebaiknya keluarkannya daripada pembungkus plastik yang dibawa dan balut dengan kertas minyak sebelum membungkusnya dengan plastik semula. Anda harus meletakkannya di kawasan paling panas dalam peti sejuk, seperti di dalam partisyen sayur yang berhampiran dengan bahagian bawah. Keju Gouda anda seharusnya boleh bertahan 2 hingga 3 minggu.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Keju Gouda?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan keju Gouda di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan keju Gouda, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, keju Gouda seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Keju Gouda?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli keju Gouda ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis keju Gouda yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

8 Keju Gouda Terbaik di Malaysia 2025

1. Emborg Gouda Cheese

Emborg Gouda Cheese
Kredit Gambar: Happy fresh

Emborg Gouda Slices berkrim dengan sedikit rasa manis dan buah. Ia diperbuat daripada susu Eropah segar dan mengandungi nutrien penting seperti kalsium dan protein. Ia merupakan tambahan yang sempurna dan lazat untuk sandwic kegemaran anda.

Bahan-bahan: Susu Lembu Pasteurisasi, Garam, Kultur Laktik, Rennet Mikrob

Negara Pengeluar: Denmark

Saiz: 150 g

Harga: RM 15.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Arla Natural Cheese Block Chunk Gouda

Arla Natural Cheese Block Chunk Gouda
Kredit Gambar: Lazada

Ketulan keju Arla Natural Cheese Block Chunk Gouda ini dibuat dengan struktur padat dan konsistensi yang keras dan boleh dihiris. Tidak seperti kebanyakan pengeluar lain, versi Arla ini adalah bebas warna. Rasanya ringan dan ia kelihatan bebas daripada kulit. Baunya juga lembut menjadikannya sesuai untuk seisi keluarga dan juga penggemar keju baru.

Bahan-bahan: Susu Bahagian Skim Pasteur, Garam, Kultur, Rennet Mikrob, Annatto.

Negara Pengeluar: Denmark

Saiz: 200 g

Harga: RM 16.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI HAPPY FRESH

3. Beemster Gouda Medium

Beemster Gouda Medium
Kredit Gambar: Jaya Grocer

Beemster Couda Medium ialah keju Belanda sebenar dengan kualiti tambahan yang hebat. Keju ini diperbuat daripada tenusu berkrim yang lazat daripada polder Beemster Belanda. Ini menjadikannya keju yang berkualiti tinggi. Anda pasti menyukainya!

Bahan-bahan: Susu lembu, kultur keju, rennet, garam, annatto

Negara Pengeluar: Netherlands

Saiz: 150 g

Harga: RM 29.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI HAPPY FRESH

4. MyPlantDeli Smoked Gouda Cheese Block

MyPlantDeli Smoked Gouda Cheese Block
Kredit Gambar: Vegan District

MyPlantDeli Smoked Gouda Cheese Block adalah snek dan keju memasak yang sangat lazat. Kepingan keju bukan tenusu ini boleh diparut dan dicairkan. Seterusnya, ia menjadi cantik dan melekit atau meregang pada makanan! Keju snek ringan yang masam ini bagus untuk keropok dengan sayur-sayuran atau salami vegan. Ia juga lazat untuk pasta, sandwic, keju panggang, kaserol, enchilada, taco dan banyak lagi!

Bahan-bahan: Susu soya organik, minyak kelapa ditapis organik, kanji ubi kayu, yis pemakanan, karagenan kappa, asap cair, garam, sos vegan worcestershire, asid laktik, serbuk bawang.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 200 g

Harga: RM 20.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI VEGAN DISTRICT

5. Morrisons Gouda Cheese Slices

Morrisons Gouda Cheese Slices
Kredit Gambar: Ubuy

Tambahkan sedikit bahan tambahan ke dalam makanan anda dengan Morrisons Gouda Cheese Slices ini. Percayalah, hidangan anda akan menjadi lebih lazat, berlemak dan berkrim kerana keju ini. Ia bukan sahaja memberi kelainan kepada rasa makanan anda, bahkan menyedapkannya lagi. Jadi, mari beli keju yang istimewa ini!

Bahan-bahan: Keju Gouda (Susu)

Negara Pengeluar: Netherlands

Saiz: 250 g

Harga: RM39.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI UBUY

6. Amazon 10 Gouda Slices

Amazon Gouda Slices
Kredit Gambar: Ubuy

Nikmati Amazon 10 Gouda Slices yang segar dan berkualiti ini daripada Amazon. Bahan ruhi terbaru yang mesti ada di dalam peti sejuk rumah anda hari ini. Percayalah, hirisan keju ini akan membuatkan sesiapa sahaja terliur dengan hidangan yang anda hidangkan. Masakan juga bertambah sedap dan menarik. Pastinya, anda lega kerana keju ini ada di rumah anda!

Bahan-bahan: Keju Gouda (Susu)

Negara Pengeluar: Netherlands

Saiz: 250 g

Harga: RM 37.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI UBUY

7. Follow Your Heart Smoked Gouda Style Slices

Follow Your Heart Smoked Gouda Style Slices
Kredit Gambar: Navesu

Meriahkan pesta keju anda dengan Follow Your heart Smoked Gouda Style Slices ini. Anda bukan sahaja boleh menambah keju ini dengan bawang karamel untuk hidangan Panini yang lazat. Bahkan, anda boleh menambahnya pada hidangan Mac & Cheese yang disukai oleh anak anda. Jika anda mahukan sarapan yang ringkas, anda boleh menambah hirisan keju ini ke dalam sandwic anda. Percayalah, keju ini dibuat menggunakan resepi baru dan dipertingkatkan untuk memberi rasa, tekstur dan kadar cair yang lebih baik. Kesempurnaan adalah berasaskan tumbuhan tulen!

Bahan-bahan: Air Ditapis, Minyak Kelapa (23%), Kanji Jagung dan Ubi Ubi Ubah, Pati Kentang, Garam Laut, Perisa Asap Asli Vegan, Ekstrak Zaitun, Warna: Beta Karotena.

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 200 g

Harga: RM 49.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI UBUY

8. Veganbox Vegan Smoked Gouda Cheese Slices

Veganbox Vegan Smoked Gouda Cheese Slices
Kredit Gambar: Ubuy

Veganbox Vegan Smoked Gouda Cheese Slices adalah salah satu produk keju kegemaran ramai. Rasanya yang berkrim dan unik menjadikan ia pilihan ramai di pasaran. Anda boleh menggunakannya dalam pasta, roti bakar, salad dan banyak lagi! Keju ini mencair dengan sempurna jadi ia sesuai untuk roti bakar dan burger kerana memberi persembahan yang menggiurkan. Keju ini bebas daripada tenusu, soya, gluten, minyak kelapa sawit dan bahan pengawet. Selain itu, ia diperkaya dengan Vitamin B12 dan disahkan oleh vegan.

Bahan-bahan: Air, Minyak Kelapa (24%), Pati Ubahsuai, Garam Laut, Ekstrak Zaitun, Perisa Vegan, Perisa Asap, Pewarna: Beta Karotena Asli, Vitamin B12.

Negara Pengeluar: United Kingdom

Saiz: 180 g

Harga: RM 69.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI UBUY

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close