8 Keju Mascarpone Terbaik di Malaysia 2025

Mascarpone menambah unsur yang kaya dan berkrim pada kedua-dua hidangan manis dan berperisa. Gunakannya untuk menghiasi semangkuk buah atau sebagai hiasan beku untuk kek atau kek cawan. Keju ini juga boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan pencuci mulut. Apa yang pasti, jika anda rajin bereksperimen di dapur, akan terhasillah hidangan yang lazat dengan menggunakan keju ini.

Kalau anda hendak tahu, anda boleh menggunakan keju Mascarpone ini di dalam sos pasta anda atau bersama krim dalam mana-mana hidangan untuk sentuhan yang enak. Apa sahaja yang anda gunakan, ia akan rasa lazat! Pilihlah keju Mascarpone ini untuk menceriakan deria rasa anda. Jika anda meminati keju ini, maka teruskan membaca artikel ini. Kami telah menghimpunkan senarai keju Mascarpone terbaik di Malaysia untuk anda.

Di manakah saya boleh mendapatkan keju Mascarpone?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan keju Mascarpone di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan keju Mascarpone, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, keju Mascarpone seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih keju Mascarpone?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli keju Mascarpone ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis keju Mascarpone yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

8 Keju Mascerpone Terbaik di Malaysia 2025

1. Gusto Dolce Mascarpone Cheese

Gusto Dolce Mascarpone Cheese
Kredit Gambar: Cream of Creams

Mascarpone segar dalam pek yang mudah digunakan. Dapatkan keju Mascarpone berperisa unik ini daripada Gusto Dolce hari ini! Percayalah, hidangan anda akan menjadi lebih pelbagai dan meriah dengan adanya kehadiran keju ini. Selain sedap, ia juga menambah perasa unik di dalam hidangan anda.

Bahan-bahan: Krim dipasteurisasi, Susu dipasteur, Pengatur Keasidan: asid sitrik.

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 250 g, 500 g

Harga: RM 14.90 (250 g) | RM 28.90 (500 g)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Cream of Creams Mascarpone Cheese

Cream of Creams Mascarpone Cheese
Kredit Gambar: Baki with yen

Cream of Creams Mascarpone segar ini mempunyai tekstur yang berbeza dan rasa yang lembut. Tidak seperti jenama lain, keju Mascarpone ini tidak akan mengeras dan kemudiannya pecah atau terbelah semasa anda membuat tiramisu atau kek keju. Percayalah, rasanya amat sedap sehingga mampu membuat anda ketagih.

Bahan-bahan: Krim dipasteur, susu dipasteur, asid sitrik.

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 250 g

Harga: RM 15.10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Tatua Mascarpone Cheese

Tatua Mascarpone Cheese
Kredit Gambar: Tatua

Keju krim ala Itali ini lembut ibarat baldu dengan rasa yang kaya, berkrim dan boleh dihampar. Tekstur baldunya serupa dengan krim pekat. Digunakan secara tradisional dalam Tiramisu, ia juga berfungsi dengan baik dalam risotto, kek keju, mousse dan sebagai pengisian antara lapisan kek.

Bahan-bahan: Krim, Pemekat (1442), Asid Makanan (330), Penstabil (407).

Negara Pengeluar: New Zealand

Saiz: 500 g

Harga: RM 29.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Elle & Vire Sublime Mascarpone

Elle Vire Sublime Mascarpone
Kredit Gambar: Elle & Vire

Keju ini sangat boleh dipercayai dan ia menawarkan tekstur yang kaya dan berkrim untuk krim chantilly yang memanjakan. Sempurna untuk mencipta hiasan yang tepat. Krim Chantilly ini boleh digabungkan dengan keju ini bersama coklat atau jus markisa, mousse panna cotta, ganache pedas, dan hiasan kek. Kemungkinan, kelembutan tekstur keju ini tidak terhad untuk membuat setiap resipi berjaya dengan bergaya. Cream with Mascarpone direka untuk tukang masak dan pakar pastri terkemuka bagi menghasilkan pastri dan pencuci mulut bertaraf dunia.

Bahan-bahan: Krim 70% (krim susu, penstabil: karagenan), mascarpone 30% (krim susu, susu, susu tepung, dekstrosa, pengatur keasidan: asid laktik).

Negara Pengeluar: Perancis

Saiz: 1 L

Harga: RM 31.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Granolo Mascarpone Cheese

Granolo Mascarpone Cheese
Kredit Gambar: Shopee

Keju Mascarpone adalah bahan yang mesti ada dalam masakan Itali. Tekstur cheesy, baldu, konsisten dan sangat berkrim ini menjadikannya bahan yang ideal dalam resipi pencuci mulut yang masin manis, panas atau sejuk. Percayalah, anda pasti kagum dengan rasanya, terutama apabila anda membuat kek Tiramisu dengannya.

Bahan-bahan: Krim dipasteur, susu dipasteur, asid sitrik.

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 500 g

Harga: RM 33.10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Emborg Mascarpone Cheese

Emborg Mascarpone Cheese
Kredit Gambar: Shopee

Keju Mascarpone tradisional sesuai untuk semua kek dan pencuci mulut serta hidangan pasta yang menyelerakan. Selain itu, ia juga sesuai diletak di dalam sos dan hidangan lain yang memerlukan rasa berkrim yang mewah.

Bahan-bahan: Krim dipasteur, susu dipasteur, pengatur keasidan (E270), pengemulsi (E471), pemekat (E407, E410).

Negara Pengeluar: Denmark

Saiz: 500 g

Harga: RM 38.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Redman Mascarpone Cheese

Redman Mascarpone Cheese
Kredit Gambar: Redman

Rasai keju Mascarpone berkrim dan licin oleh Redman ini. Gunakannya dalam masakan atau aktiviti ‘baking’ anda dan nikmati rasa yang dihasilkannya! Percayalah, keju ini merupakan salah satu intipati asas dalam hampir semua pencuci mulut yang berkrim dan menyelerakan.

Bahan-bahan: Krim dipasteur, susu dipasteur, asid sitrik.

Negara Pengeluar: Jerman

Saiz: 500 g

Harga: RM 48.03

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI EEZEE.SG

8. Galbani Mascarpone Cheese

Galbani Mascarpone Cheese
Kredit Gambar: Shopee

Galbani Mascarpone boleh digunakan dalam banyak resipi di mana keju berkrim digunakan. Atau anda boleh menggunakannya dalam pelbagai jenis pencuci mulut yang berkrim dan lembut. Percayalah dengan teksturnya yang lembut seperti baldu, hidangan yang bakal anda sediakan pasti menyelerakan dan menjadi rebutan ramai.

Bahan-bahan: Krim dipasteurisasi (susu), Susu dipasteurisasi, Pengatur Keasidan: asid sitrik.

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 500 g

Harga: RM 58.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close