Kek ikan atau fish cake adalah hidangan lazat yang diperbuat daripada ikan yang dikisar atau makanan laut lain yang dicampur dengan bahan berkanji dan digoreng sehingga kekuningan. Kek ikan gaya Asia biasanya dibuat daripada ikan, garam, air, tepung dan telur. Ia mungkin mengandungi campuran pes ikan dan surimi.
Bergantung pada masakan, kek ikan disediakan dalam pelbagai cara. Di Amerika Utara, kek ikan biasanya digoreng dan dihidangkan sebagai pembuka selera, manakala di Asia, kek ikan kerap dihidangkan dalam sup atau sebagai iringan mi. Jika anda berminat untuk memasak dengan beberapa kek ikan,apa kata anda baca artikel ini.
Di manakah saya boleh mendapatkan kek ikan?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan kek ikan di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan kek ikan, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, kek ikan seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih kek ikan?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli kek ikan ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis kek ikan yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
8 Kek Ikan Terbaik di Malaysia 2025
1. AAA Brand Fish Cake

Kek ikan ini boleh menjadi kegemaran anda apabila anda mahukan snek yang enak dan lembut. Kek ikan AAA sedap dan juga lazat. Anda boleh hidangkan kek ikan ini bersama oden yang panas dan sedap untuk dinikmati di masa lapang anda.
Bahan-bahan: Surimi, Air, Kanji, Garam, Tepung gandum, Monosodium Glutamat, Penstabil, Pengawet yang dibenarkan, Laktosa dan Minyak sayuran (Minyak sawit) mengandungi ikan, gandum dan produk susu
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 300g
Harga: RM3.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Mushroom Brand Fish Cake

Satu lagi pilihan kek ikan yang lebih popular adalah daripada Jenama Mushroom! Kek ikan mereka sungguh lazat dan lembut untuk dinikmati dalam steamboat panas atau sup oden. Anda juga boleh menambah kek ikan ini pada tteokbokki buatan sendiri! Rasailah tekstur kek ikan ini yang kenyal dan enak!
Bahan-bahan: Surimi (Isi Ikan), Kanji Tapioca, Pati Gandum, Garam, Gula, Minyak Sawit, Albumin (Telur), Perasa, Pengawet Makanan yang Dibenarkan
Mengandungi: Ikan, Gandum & Telur
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 300g
Harga: RM3.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Myeongdong Topokki Odeng

Produk kek ikan ini sesuai digandingkan dengan mana-mana hidangan yang anda sukai. Teksturnya yang kenyal dan lembut sesuai digunakan dalam hidangan masakan seperti steamboat ataupun oden. Rasailah kelazatannya!
Bahan-bahan: Tidak dinyatakan
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1kg
Harga: RM27.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Sifu Korean Fish Cake

Hidangkan sajian istimewa dengan Sifu Korean Fish Cake pada hari ini! Nikmati sajian lazat ini bersama dengan keluarga anda.
Bahan-bahan: Isi Ikan (Surimi), Kanji, Sayur-sayuran, Produk Soya, Gula, Garam
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1kg
Harga: RM19.10 (Shopee) | RM18.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Dodo Long Fish Cake

Dodo Fried Big Fish Cake diperbuat daripada isi ikan asli dan bahan-bahan premium yang lain. Kek ikan ini sesuai digunakan di dalam sup, digoreng bersama sayur-sayuran atau dinikmati sebagai snek. Nikmatinya sekarang!
Bahan-bahan: Isi Ikan, Kanji (Jagung, Ubi kayu yang diubah suai), Garam, Gula, Minyak Sawit, Pengasingan Protein Soya, Monosodium Glutamat, Disodium, 5′ Ribonucleotides.
Negara Pengeluar: Singapura
Saiz: 150g
Harga: RM4.20 (Shopee) | RM4.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Fusipim Fried Fish Cake

Kek ikan ini berkualiti dan tebal, sesuai untuk mereka yang menggemarinya. Anda patut mencuba kek ikan ini untuk rasa yang lebih manis, kenyal dan juga lembut. Apa kata anda datang dapatkan kek ikan ini daripada Fusipim untuk sajian makanan anda yang lazat dan pelbagai.
Bahan-bahan: Surimi (Isi Ikan), Protein Soya Diasingkan, Kanji, Minyak Sawit, Garam, Gula, Monosodium Glutamat dan Serbuk Albumin Telur.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 400g
Harga: RM6.75 (Shopee) | RM5.80 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Narutomaki Japanese Fish Cake

Jika anda pernah menonton Naruto sebelum ini, anda mungkin pernah melihat kek ikan ini di dalam ramennya! Naruto Maki, atau surimi ikan yang diawet, adalah sejenis kamaboko dengan corak lingkaran merah jambu atau merah pada setiap kepingannya. Kepingan ini mempunyai tekstur yang kenyal dan hanyir sedikit. Ia merupakan topping popular untuk mi Jepun seperti ramen, oden dan nimono gaya Tokyo.
Bahan-bahan: Surimi
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 150g, 155g
Harga: RM6.90 (Shopee) | RM18.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. CB Korean Style Fish Cake

CB Korean Style Fish Cake sememangnya merupakan salah satu snek yang sesuai untuk anda nikmati. Apa kata anda buatkan satu mangkuk tteokbokki yang enak dan tambahkan kek ikan ini di dalamnya? Pasti anda tidak menyesal.
Bahan-bahan: Surimi, Gula, Garam, Kanji diubah suai kentang, Protein soya terpencil, Serbuk putih telur, Penambah perisa, Perisa
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 320g
Harga: RM11.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.