8 Kerepek Brownie Terbaik di Malaysia 2025

Jika anda sedang mencari snek yang ketagih dan rangup untuk dimakan, anda harus mempertimbangkan untuk mencuba beberapa kerepek brownies! Kerepek brownie atau brownie rapuh, adalah versi nipis brownies biasa yang lazat dan berperisa. Kerana ia nipis dan rangup, bunyi rangup yang dihasilkan semasa anda menggigitnya sentiasa memuaskan untuk didengari!

Jika anda menggemari snek yang rangup, maka kerepek brownies ini adalah untuk anda. Ia bukan sahaja bersaiz kecil yang sesuai untuk saiz gigitan anda, malah rasanya juga penuh dengan perisa dan berkrim. Pastinya kerepek brownies ini menjadi pilihan salah satu snek untuk dinikmati di masa lapang anda. Kalau anda tidak sabar untuk memakannya, berikut adalah senarai 10 kerepek brownies terbaik di Malaysia.

Di manakah saya boleh mendapatkan kerepek brownies?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan kerepek brownies di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan kerepek brownies, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, kerepek brownies seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih kerepek brownies?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli kerepek brownies ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis kerepek brownies yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

 8 Kerepek Brownies Terbaik di Malaysia 2025

1. Amazin’ Graze Dark Chocolate Brownie Chips

Amazin Graze Dark Chocolate Brownie Chips
Kredit Gambar: Amazin’ Graze

Ini adalah kebahagiaan dalam snek. Temui snek kami yang paling memanjakan! Lapisan nipis kebaikan koko yang dibakar dengan sempurna serta ditaburi dengan kepingan badam, biji chia dan serpihan kelapa pasti menggiurkan anda. Jangan pernah rasa bersalah makan brownies atau coklat lagi kerana ia adalah salah satu nikmat makan yang paling ‘best’!

Bahan-bahan: Gula Kelapa, Tepung Badam, Tepung Gandum, Pecah Kelapa Tanpa Gula, Serbuk Koko, Serpihan Badam, Biji Chia, Minyak Kelapa, Serbuk Putih Telur, Soda Penaik, Garam, Pati Jagung

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 140 g

Harga: RM 14.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. TFN Walnut Brownie Chip

TFN Walnut Brownie Chip
Kredit Gambar: Shopee

Brownies rangup yang kecil, mudah alih dan lazat! TFN membuat salah satu kerepek brownies terbaik dan anda harus mencubanya. Mereka mempunyai pelbagai perisa untuk dipilih supaya anda mempunyai banyak pilihan. Anda juga boleh membawa brownies ini ke mana sahaja kerana saiz pembungkusannya juga kecil dan mudah disimpan di dalam beg anda.

Bahan-bahan: Coklat, gula, telur, tepung gandum, serbuk koka, perisa vanila, natrium bikarbonat, garam

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 80 g

Harga: RM 7.50 (Shopee) | RM 13.50 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Bronis Chips Crispy Brownies

Bronis Chips Crispy Brownies
Kredit Gambar: Kerepek Bronis

Bronis dan kerepek browniesnya mempunyai teksutr yang rangup dan sedap. Rasa coklat gelap daripada kerepek brownies ini sesuai digandingkan dengan segelas minuman panas. Pastinya ia menjadi hidangan yang terlalu enak untuk dilepaskan. Cubalah hari ini!

Bahan-bahan: Coklat Hitam/Coklat Putih, Telur, Gula Perang, Mentega, Serbuk Penaik, Tepung

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 100 g

Harga: RM 15.00 (Shopee) | RM 29.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Amazin’ Graze Nuts n’ Raisins Brownie Chips

Amazin Graze Nuts n Raisins Brownie Chips
Kredit Gambar: Amazin’ Graze

Dengan kepingan badam, kepingan hazelnut, biji kranberi dan kismis gelap, anda pasti kagum dengan rasanya. Anda boleh nikmati snek ini tanpa rasa bersalah. Ia kaya dengan antioksidan, padat dengan serat dan asid lemak omega-3 yang menyihatkan jantung! Cubalah hari ini, anda pasti tidak menyesal!

Bahan-bahan: Air, Gula Kelapa, Tepung Badam, Tepung Gandum, Serbuk Koko (8%), Minyak Kelapa, Serpihan Badam (2%), Hazelnut (2%), Kismis Hitam (2%), Serbuk Putih Telur, Biji Cranberi ( 1%), Soda Penaik, Garam Laut.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 140 g

Harga: RM 14.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Sheila G Salted Caramel Brownie Brittle

Sheila G Salted Caramel Brownie Brittle
Kredit Gambar: Brownie Brittle

Tidak hairanlah Salted Caramel Brownie Brittle adalah perisa paling hangat yang memenangi anugerah dalam keluarga Brownie Brittle. Ia miliki coklat yang kaya dan sarat dengan kerepek karamel licin yang lazat serta dihiasi dengan kepingan garam laut. Anda boleh memiliki semuanya dengan perisa kegemaran Sheila G! Pastikan anda mendapat snek yang cukup untuk berkongsi, kerana sebaik sahaja kotak itu tiba, pasti ramai yang mahu mencubanya!

Bahan-bahan: Tepung Gandum Diperkaya Dilunturkan (Tepung, Niasin, Besi, tiamin Mononitrat, Riboflavin, Asid Folik), Gula Serbuk, Gula, Inti Sawit, Minyak Sawit, Koko yang diproses dengan Alkali, Pepejal Sirap Jagung, Minyak Kacang Soya, Putih Telur Kering, Jagung Kanji, Garam, Dekstrosa, Penaik (Soda Pembakar), Lesitin Soya, Perisa Asli, Susu Kering Tanpa Lemak, Pepejal Susu Penuh, Ekstrak Paprika. Mengandungi Gandum, Telur, Soya dan Susu.

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 45 g

Harga: RM 22.90 (Shopee) | RM 32.92 (Lazada)

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Teega Crispy Brownie Chips

Teega Crispy Brownie Chips
Kredit Gambar: Shopee

Penampilan menarik untuk brownie rangup yang sedap ini penuh dengan coklat premium. Brownie rangup daripada Teega ini sememangnya snek untuk dihidangkan sekiranya anda mengidamkan sesuatu yang manis. Manjakan diri anda dengan beberapa brownies rangup terbaik dengan Teega!

Bahan-bahan: Coklat premium, Biji labu, Tepung, Telur, Mentega dan Gula.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 100 g

Harga: RM 11.50 (Shopee) | RM 10.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Thailand Ms Dream Chocolate Brownie Chips

Thailand Ms Dream Chocolate Brownie Chips
Kredit Gambar: Shopee

Kerepek brownies ini merupakan biskut rangup yang lembut dan sedap. Ia kaya dengan coklat yang pasti membuatkan anda kagum dengannya. Nikmati setiap gigitan rangup kerepek coklat Tahiland Ms Dream Chocolate Brownie Chips ini bersama rakan-rakan mahupun keluarga anda. Kaya dengan coklat, pasti buat anda gembira!

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 40 g

Harga: RM 7.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Peacock Bakery Brownie Chip

Peacock Bakery Brownie Chip
Kredit Gambar: Shopee

Coklat gelap brownie ini dipotong menjadi kepingan kecil yang padat dan menyeronokkan. Rasanya yang kaya dengan coklat dan teksturnya yang rangup sememangnya terlalu enak untuk anda lepaskan. Percayalah, kerepek brownies ini boleh menjadi teman anda sewaktu anda bersantai menonton televisyen.

Bahan-bahan: Tepung gandum, Serbuk gula, kanji jagung, gula dan banyak lagi.

Negara Pengeluar: Korea Selatan

Saiz: 80 g

Harga: RM 20.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close