8 Kerepek Kelapa Terbaik di Malaysia 2025

Kelapa sememangnya digemari kerana ia memberikan jus kelapa yang menyegarkan, tetapi tahukah anda bahawa kelapa adalah sumber yang kaya untuk serat makanan anda? Kelapa juga sering dicari kerana airnya yang mujarab dalam mengubati sakit seperti demam dan sebagainya. Tahukah anda, isi kelapa juga rangup dan enak untuk dimakan? Untung kalau anda mempunyai pokok kepala di rumah kerana tiap kali buahnya masak, anda boleh menikmatinya dengan senang.

Tetapi, adakah anda tahu terdapat kerepek kepala di luar sana? Nah, kerepek kelapa adalah kepingan kelapa yang lebih lebar dan lebih panjang yang telah dicincang, dikeringkan dan kemudian dibakar untuk menjadi snek rangup yang lazat. Teksturnya digambarkan seperti kerepek kentang dan bukannya helaian kenyal sepertimana kebanyakan kelapa yang dicincang atau tidak digoreng. Jika anda berminat untuk mencuba kerepek ini, datang dan pilih kerepek kelapa terbaik daripada senarai ini hari ini!

Di manakah saya boleh mendapatkan kerepek kelapa?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan kerepek kelapa di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan kerepek kelapa, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, kerepek kelapa seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih kerepek kelapa?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli kerepek kelapa ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis kerepek kelapa yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

 8 Kerepek Kelapa Terbaik di Malaysia 2025

1. Big Nuts Crispy Natural Coconut Chips

Big Nuts Crispy Natural Coconut Chips
Kredit Gambar: SeeTracker Malaysia

Kerepek kelapa organik panggang adalah bahan yang sesuai untuk digunakan apabila anda ingin memberikan hidangan kegemaran anda sentuhan pulau yang berperisa dan eksotik. Kerepek ini sesuai dinikmati bersama minuman sejuk yang menyegarkan. Raikan hari anda dengan kerepek kelapa yang segar ini!

Bahan-bahan: Kerepek Kelapa

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 70 g, 120 g

Harga: RM 10.00 (Shopee) | RM 23.00, RM 27.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Organic Wave Coconut Flakes Chips

Organic Wave Coconut Flakes Chips
Kredit Gambar: Mamami Shoppe

Coconut Flakes Chips adalah tanpa gula, 100% semula jadi, dan memberikan anda rasa tropika yang menyegarkan. Selain itu, ia juga snek rendah kalori. Anda boleh menjadikan snek ini pilihan anda untuk mengunyah kerana ia berkhasiat dan boleh menghentikan keinginan mengunyah anda. 

Bahan-bahan: Kerepek serpihan kelapa

Negara Pengeluar: Sri Lanka

Saiz: 100 g

Harga: RM 9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. O’Genki Coconut Chips

OGenki Coconut Chips
Kredit Gambar: Lazada

Kesegaran kerepek kelapa mereka terjamin, jadi anda akan menggigit setiap serpihan segar kelapa mereka tanpa perlu risau. Sangat lazat dan sihat, ia adalah topping yang sempurna untuk mana-mana hidangan atau barangan bakar yang anda ada. Kalau anda hendak tahu, setiap suri rumah di Malaysia mencarinya untuk dijadikan snek keluarga mahupun bahan pencuci mulut mereka.

Bahan-bahan: Kelapa, Gula Tebu dan Garam. Mengandungi Pengawet yang Dibenarkan (E223). Mengandungi Sulfur Dioksida.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 80 g

Harga: RM 14.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Klang Station Coconut Chips

Klang Station Coconut Chips
Kredit Gambar: B2B DaiGor

Kerepek kelapa ini diperbuat daripada pemilihan kualiti ketat bagi kelapa segar dan matang. Isi kelapa dipotong-potong dan melalui proses bakar yang perlahan. Isi kelapa adalah sumber tenaga yang cepat dan meningkatkan prestasi fizikal anda dalam sukan. Ia juga bebas gluten dan bebas kacang. Jangan tunggu lagi, dapatkan kerepek kelapa milik anda dan nikmatinya bersama rakan!

Bahan-bahan: Kerepek Kelapa

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 50 g

Harga: RM 7.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Dang Coconut Chips

Dang Coconut Chips
Kredit Gambar: Shopee

Dang ialah nama kami. Dang adalah nama ibu pengasas kami dan resepinya lain daripada lain. Kami memberikan kerangupan kepada makanan yang lazat ini untuk memenuhi selera anda. Snek ini mempunyai peningkatan rasa dan lain daripada lain. Ia juga berkhasiat dan enak untuk dijadikan snek santai bersama rakan.

Bahan-bahan: Kerepek kelapa

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 90 g

Harga: RM 30.00 (Shopee) | RM 34.97 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Kumo Freeze Dried Coconut Chips

Kumo Freeze Dried Coconut Chips
Kredit Gambar: Shopee

Rasa terjamin dan kesegarannya disimpan. Kerepek kelapa Kumo mempunyai salah satu kerepek kelapa terbaik di luar sana. Rasanya hanya sesuai dengan selera anda. Jom cuba Kerepek Kelapa Kumo hari ini! Kalau anda mahukan snek ini lebih sedap, nikmatinya bersama minuman panas atau sejuk di rumah anda. Pastinya masa snek anda lebih hebat.

Bahan-bahan: Kerepek Kelapa

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 50 g

Harga: RM 5.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Nucifera Organic Coconut Chip

Nucifera Organic Coconut Chip
Kredit Gambar: Online Friday

Kerepek Kelapa Organik Nucifera ialah serutan kelapa kering yang dicampur dengan gula kelapa. Nucifera mempunyai kandungan serat sebanyak 58%. Kandungan serat yang tinggi ini dapat mengisi pengambilan serat harian anda. Ia juga berkhasiat dan enak untuk dimakan bersama keluarga. Pastinya snek ini pilihan ramai kerana ia bukan sahaja mengenyangkan, malah menyihatkan.

Bahan-bahan: Kerepek Kelapa, gula kelapa

Negara Pengeluar: Indonesia

Saiz: 80 g

Harga: RM 10.06

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Bake King House Coconut Chips

Bake King House Coconut Chips
Kredit Gambar: Bake King House

Dengan rasa asli kelapa dalam setiap gigitan rangup, anda akan mengunyah snek ini sehingga habis tamat sedar. Kerepek kelapa buatan Malaysia ini sangat bagus sebagai snek tersendiri atau boleh digunakan sebagai topping rangup yang sempurna untuk hidangan utama anda. Selain itu, anda juga boleh menambahnya pada salad.

Bahan-bahan: Kerepek Kelapa

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 80 g

Harga: RM 4.80 (Shopee) | RM 5.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close