10 Kerepek Nacho Terbaik di Malaysia 2025

Nacho chips – many agreed that they are second to none other than the legendary potato chip! With so many different brands of nacho chips in the market, there are bound to be a few that just standout from the others. 

With so many distinct unique flavours of different nacho chips, finding the one that you like (or finding a new favourite) can be overwhelming. In this article we have compiled the top 10 nacho chips in Malaysia in 2025 that you can try! 

Kerepek Nacho. Ramai yang bersetuju bahawa ia adalah salah satu kerepek yang boleh membuat anda rasa ketagih dengan kerangupannya. Kerepek nacho ini dikatakan sebagai kerepek kentang legenda yang digemari ramai. Ia juga mempunyai banyak perisa dan jenis di pasaran.

Makanan ringan ini merupakan makanan yang sentiasa dimakan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Biasanya, mereka memakan snek ini hanya kerana ingin mengunyah, bukannya kerana lapar. Ini kerana tindakan menguyanh snek dapat membantu seseorang bertahan daripada mengantuk tatkala bersengkang mata menyiapkan tugasan kerja yang perlu dihantar.

Di manakah saya boleh mendapatkan kerepek nacho?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan kerepek nacho di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan kerepek nacho, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, kerepek nacho seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih kerepek nacho?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli kerepek nacho ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis kerepek nacho yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Kerepek Nacho Terbaik di Malaysia 2025

1. Nachos with cheese sauce 

Nachos with cheese sauce
Kredit Gambar: Shopee

Apa yang istimewa dengan kerepek nacho? Pastinya keju! Jika anda belum mencuba gabungan rasa ini, anda boleh mendapatkannya di pasaran sekarang! Ia didatangkan dengan sos keju yang boleh dijadikan sos cicah untuk nacho anda. Percayalah, anda pasti akan mencicah nacho anda lagi setelah anda mencuba sos keju ini!

Bahan-bahan: Jagung, minyak sayuran, serbuk keju, minyak kacang soya, kanji jagung, natrium, perasa

Negara Pengeluar: Malaysia 

Saiz: 170 g 

Harga: RM10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Bon Yam Tortilla Nachos Chips

Bon Yam Tortilla Nachos Chips
Kredit Gambar: Shopee

Kerepek Bon Yam Tortilla Nachos ini didatangkan dalam beg besar. Setiap cipnya disalut sempurna dengan serbuk keju. Setiap gigitan cip ini pula akan membuatkan anda bertambah gemar untuk mengunyahnya lagi.

Bahan-bahan: Jagung, minyak sayuran, serbuk keju, minyak kacang soya, kanji jagung, natrium, perasa

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 300 g

Perisa: BBQ, Pedas

Harga: RM8

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Balado Nachos   

Balado Nachos
Kredit Gambar: Shopee

Adakah anda seorang pencinta cip nacho? Pastinya anda gembira jika dapat snek Nacho yang saiznya 2 kg! Nachos yang sedap ini sangat digemari oleh ramai orang. Sekali anda makan pasti hendak lagi.

Bahan-bahan: Jagung, minyak sayuran, serbuk keju, minyak kacang soya, kanji jagung, natrium, perasa

Negara Pengeluar: Malaysia 

Saiz: 2 KG 

Harga: RM36.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Food For Friends Lightly Salted Nacho Chips  

Food For Friends Lightly Salted Nacho Chips
Kredit Gambar: Shopee

Anda inginkan pilihan kerepek nacho yang lebih sihat? Cip nacho ini sedikit masin dan merupakan pilihan tepat bagi anda yang mengamalkan pemakanan yang sihat. Tidak seperti kerepek nacho lain yang rasanya lebih berat dan masin, kerepek ini hanya diasinkan sedikit sahaja. Ini bagi membolehkan anda dapat merasa teksturnya yang padat, aromatik dan lebih enak daripada rasa asal cip nacho ini. Ia juga bebas gluten dan dibuat dengan bahan semula jadi.

Bahan-bahan: Jagung, minyak sayuran, garam, natrium

Negara Pengeluar:  Amerika Syarikat

Saiz: 75 g 

Harga: RM4.60 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Twisties Chacho’s Tortilla Corn Chips 

Twisties Chachos Tortilla Corn Chips
Kredit Gambar: Shopee

Kerepek Jagung Tortilla Twisties Chacho ini boleh didapati di hampir mana-mana kedai dan pasar raya di Malaysia. Kerepek ini rangup, masin dan mempunyai aroma yang berbeza! Ia adalah kegemaran ramai dan didatangkan dalam 3 perisa yang berbeza.

Bahan-bahan: Tepung jagung, minyak sayuran, pepejal susu, garam, gula, serbuk sayuran, penambah rasa, lemak sayuran terhidrogenasi, serbuk keju, warna, perisa, rempah ratus, bahan tambahan makanan

Negara Pengeluar: Malaysia 

Saiz: 175 g, 185 g 

Perisa: BBQ Bonanza, Cheesy Cheese, Spicy Curry 

Harga: RM5.80 

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Doritos 

Doritos
Image credit: Shopee

Kerepek Tortilla Doritos merupakan satu lagi cip nacho yang menjadi kegemaran ramai. Ia mempunyai tekstur yang rangup dan penuh dengan rasa! Nikmati rasa keju dalam setiap gigitan snek ini. Snek ini menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang enak dan lazat, tambah-tambah lagi perisa keju nacho yang dipasarkan.

Bahan-bahan: Jagung, minyak sayuran, garam, keju cheddar, whey, monosodium glutamat, buttermilk, keju romano , Serbuk bawang, tepung jagung

Negara Pengeluar:  Amerika Syarikat

Saiz: 150 g, 180 g 

Perisa: Sweet Chilli Pepper, Flamin Hot, Nacho Cheese, Barbeque 

Harga: RM5.50 (150 g) | RM9.90 (180 g)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Oishi Panchos Nachos Chips 

Oishi Panchos Nachos Chips
Kredit Gambar: Shopee

Walaupun tidak begitu terkenal seperti beberapa jenama kerepek nacho yang popular di pasaran sekarang, rasa kerepek nacho ini juga sedap! Setiap cip disalut sempurna dengan serbuk perasa yang enak dan menggiurkan. Kerepek nacho ini juga disahkan halal!

Bahan-bahan: Jagung, minyak sayuran, serbuk keju, pepejal keju, whey, minyak kacang soya, kanji jagung, natrium, serbuk tomato

Negara Pengeluar: Indonesia 

Saiz: 160 g 

Perisa: Hot & Spicy Corn, Beef Barbeque, Nacho Cheese 

Harga: RM4.68 – RM5.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Mission Tortilla Chips 

Mission Tortilla Chips
Kredit Gambar: Shopee

Berbanding dengan jenama kerepek nacho yang lain, Kerepek Mission Tortilla ini rasanya sedikit ringan dan hambar namun ia tetap mengekalkan baunya yang unik dan aromatik. Jika anda seorang penggemar snek yang kurang masin, maka snek ini adalah pilihan tepat untuk anda.

Bahan-bahan: Jagung kisar batu, kapur, minyak sawit sayuran, garam, karoten, perasa

Negara Pengeluar: China 

Saiz: 65 g, 170 g 

Perisa: Original, Cheese, Tomato, BBQ, Hot & Spicy, Garlic Butter 

Harga: RM3.30 (65 g) | RM6.90 (170 g)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. El Sabor Nacho Chips Professional 

El Sabor Nacho Chips Professional
Kredit Gambar: Shopee

Kerepek Nacho El Sabor ini memberikan rasa unik dan berbeza berbanding kerepek nacho yang lain. Ia kaya dengan serbuk perisa yang lazat dan pasti membuatkan anda ketagih dengannya. Jika anda masih belum mencuba ini, anda harus mendapatkannya di pasaran sekarang!

Bahan-bahan: Tepung jagung, minyak sayuran, air, serbuk tomato, bawang panggang, garam, gula

Negara Pengeluar: Greece

Saiz: 225 g 

Perisa: Salted, Cheese, Chilli, Texas 

Harga: RM5.45 – RM18.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. California Creamery Nacho Cheese 

California Creamery Nacho Cheese
Kredit Gambar: Shopee

California Creamery Nacho Cheese ini didatangkan dengan ziplock. Ia membolehkan anda membawanya ke mana-mana sahaja dan boleh dimakan pada bila-bila sahaja. Fungsi ziplock ini dapat membuatkan bungkusan kerepek anda kedap udara dan kekal rangup. Ia juga dilengkapi dengan tab celup keju.

Bahan-bahan: Kisar Batu Seluruh, Jagung yang dirawat dengan kapur, minyak sawit sayuran, air, garam, karonten

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 273 g 

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close