Kerusi adalah elemen asas yang penting di tempat kerja atau belajar. Kerusi yang tidak sesuai sering menyebabkan seseorang itu tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik serta menghadapi pelbagai masalah kesihatan. Oleh itu, sangat penting untuk mendapatkan kerusi pejabat yang baik kerana ia boleh meningkatkan produktiviti pekerja. Hal ini kerana, keselesaan di tempat kerja sememangnya mampu memberikan semangat dan keseronokan apabila bekerja. Tambahan pula, kini masih terdapat beberapa syarikat yang mengekalkan mod bekerja dari rumah.
Membuat kerja di rumah memerlukan keselesaan supaya kita dapat duduk dalam jangka masa yang lama untuk menghadap komputer atau kertas kerja yang semakin hari semakin dekat dengan ‘deadline’. Oleh itu, pemilihan kerusi sangat penting untuk mengelakkan sakit belakang. Berikut adalah 10 kerusi pejabat yang boleh anda dapati di Malaysia.
Apa yang perlu anda pertimbangkan semasa hendak membeli kerusi pejabat?
Terdapat pelbagai jenis kerusi pejabat di pasaran boleh menjadikan anda keliru untuk memilih yang terbaik. Berikut adalah 5 petua untuk memudahkan pencarian anda dalam memilih kerusi pejabat yang terbaik:
1. Harga
Anda disarankan untuk menetapkan belanjawan anda sebelum memulakan carian anda. Hal ini kerana, kerusi pejabat boleh didapati dalam julat harga yang agak mahal.
2. Kebolehlarasan ketinggian
Setiap jenis dan jenama kerusi pejabat mempunyai tahap ketinggian yang berbeza ekoran saiz dan ketinggian pembeli juga berbeza. Oleh itu, anda perlulah memilih kerusi dengan sistem pelarasan ketinggian yang sesuai dengan anda.
3. Sokongan lumbar
Anda disyorkan untuk memilih kerusi pejabat yang dapat memberi sokongan lumbar yang baik. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya sakit belakang dan kekakuan badan setelah duduk dalam jangka masa yang lama.
4. Ketahanan
Kerusi pejabat haruslah diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi untuk memastikan kestabilan yang lebih baik serta tahan lama.
5. Bahan
Kerusi pejabat harus mempunyai ‘padding’ yang tebal untuk keselesaan dalam jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, ia juga perlu diperbuat daripada fabrik ‘breathable’ untuk memaksimumkan keselesaan dan sokongan.
10 Kerusi Pejabat Terbaik di Malaysia 2023
1. TTRacing Duo V3 Office Chair

TTRacing Duo V3 Office Chair merupakan antara kerusi pejabat yang menjadi pilihan pengguna ekoran reka bentuknya yang ergonomik, tahan lasak dan stabil. Kerusi ini mempunyai fungsi kecondongan 155 darjah yang membolehkan anda melaraskan posisi duduk untuk mengelakkan sakit belakang. Kerusi Pejabat TTRacing Duo V3 ini juga dilengkapi dengan ciri ‘heat dissipation’ yang berfungsi untuk memastikan tempat duduk anda sentiasa sejuk dan selesa.
Spesifikasi:
- Bahan: Serat Karbon, Kulit PU, Kain elastik
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Bahan ‘breathable’
✅ Boleh dicondongkan sehingga 155 darjah
✅ Membantu dalam ‘heat dissipation’
Harga: RM355.88 – RM379.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. TTRacing Swift X 2020 Chair

Jika anda sedang mencari kerusi pejabat yang besar dan luas, maka TTRAcing Swift X 2020 Chair ini pilihan terbaik untuk anda. Kerusi pejabat ini direka khas untuk memberikan keselesaan kepada anda ketika bekerja atau bermain ‘game’ dalam tempoh yang lama. Kerusi ini diperbuat daripada kulit PU bergred tinggi yang menjadikannya kukuh dan tahan lama. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan bantal kepala dan bantal belakang serta boleh disandarkan sehingga 165° untuk keselesaan dan sokongan tambahan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU, Foam
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Tempat letak tangan boleh laras
✅ Boleh dicondongkan sehingga 165 darjah
✅ Stabil
Harga: RM559.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. KitchenZ 230 Office Chair

KitchenZ 230 Office Chair ini mempunyai reka bentuk ergonomik serta sokongan pada bahagian lumbar dan tulang belakang. Hal ini dapat membantu anda mengurangkan sakit belakang apabila duduk terlalu lama. Selain itu, bahagian belakang kerusi ini diperbuat daripada Mesh dan fabrik mesra kulit untuk memberikan keselesaan yang optimum kepada anda. Ia juga dilengkapi dengan roda ‘castor’ yang berfungsi untuk mengurangkan bunyi apabila kerusi ditolak mahupun ditarik. Bukan itu sahaja, kerusi ini juga didatangkan dengan tahap ketinggian yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Span, Fabrik, Mesh, Castor
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Ketinggian boleh laras
✅ Roda anti bunyi
✅ Reka bentuk ergonomik
Harga: RM165.00 – RM175.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Cassa Monza Ergonomic Adjustable Reclinable Executive Office Chair

Kredit gambar: Casa Furniture
Cassa Monza Ergonomic Adjustable Reclinable Executive Office Chair ini mempunyai pemegang yang direka khas bagi membolehkan anda melaraskan tempat duduk dengan mudah. Kerusi ini juga dilengkapi dengan ‘foot rest’ serta boleh disandarkan sehingga 180°. Kerusi ini diperbuat daripada logam yang menjadikannya tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Di samping itu, ia juga didatangkan dengan roda anti bunyi untuk memudahkan anda bergerak tanpa mengganggu orang lain.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik, Logam
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Melegakan sakit belakang
✅ Fabrik berkualiti tinggi
✅ Percuma bantal pinggang dan bantal leher
Harga: RM146.30 – RM163.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Cassa PU Leather Office Chair

Cassa PU Leather Office Chair ini sesuai digunakan di pejabat ataupun di rumah. Ia didatangkan dengan reka bentuk ‘high back’ yang menawarkan ciri eksklusif dan keselesaan yang maksimum. Bukan itu sahaja, kerusi ini juga diperbuat daripada kulit PU serta mempunyai ‘padding’ yang tebal bagi memberikan keselesaan kepada anda semasa bekerja. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bahagian kaki kerusi yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Span tebal
✅ Selesa untuk duduk dalam tempoh yang lama
✅ Didatangkan dengan tempat letak kaki
Harga: RM188.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. GDeal Ergonomic Sakura Style Gaming And Office Chair

GDeal Ergonomic Sakura Style Gaming and Office Chair ini merupakan pilihan yang terbaik untuk anda yang gemar dengan kerusi pejabat berwarna terang. Kerusi ini juga sesuai untuk anda yang mempunyai masalah ‘slip disc’ atau sakit belakang. Hal ini kerana, ia direka dengan postur ergonomik serta dilengkapi dengan ‘backrest’ yang mempunyai sokongan pada bahagian lumbar. Kerusi ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas sekali gus memudahkan proses pemasangannya.
Spesifikasi:
- Bahan: Lateks Sintetik, Mesh
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Roda anti bunyi
✅ ‘Breathable’
✅ Fleksibel
Harga: RM161.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. AM Office XG4553 Mesh Chair

AM Office XG4553 Mesh Chair ini mempunyai ketinggian boleh laras dan fungsi ‘multi-locking reclining’ bagi membolehkan anda duduk dalam pelbagai posisi dengan selesa. Bukan itu sahaja, ‘backrest’ kerusi ini juga boleh dilaras dan dicondongkan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Bahagian kaki kerusi ini direka dengan bentuk bintang yang kukuh serta kemasan ‘chrome’ untuk keselamatan tambahan. Selain itu, roda kerusi ini dibina secara berkembar dan diperbuat daripada ‘castor polypropylene’ untuk memastikannya senyap apabila ditolak.
Spesifikasi:
- Bahan: Mesh, Fabrik, Plastik
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Sokongan lumbar
✅ Ketinggian boleh laras
✅ Roda anti bunyi
Harga: RM420.00 – RM430.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. ASJ Ergonomic Design Mesh Office Chair

ASJ Ergonomic Design Mesh Office Chair mempunyai reka bentuk yang sesuai untuk kegunaan pejabat dan rumah. Ia mempunyai struktur ergonomik untuk sokongan tulang belakang serta dilengkapi dengan bahan Mesh dan flanel yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Kerusi ini didatangkan dengan bahagian belakang jenis ‘arc-type’ untuk keselesaan tambahan. Ia juga boleh menampung berat sehingga 100 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Mesh, Flanel
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Kusyen lembut dan tebal
✅ Reka bentuk ergonomik (menyokong postur tulang belakang)
✅ Dilengkapi dengan bahan ‘breathable’.
Harga: RM189.90 – RM199.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. MF DESIGN Odin Office Chair

MF DESIGN Odin Office Chair ini didatangkan dengan bahagian belakang berbentuk Y untuk memberi sokongan kepada tulang belakang dan lumbar anda. Kusyen kerusi ini diperbuat daripada span berdensiti tinggi untuk memberikan keselesaan yang maksimum kepada anda. Bukan itu saja, ketinggian kerusi ini juga boleh dilaras sehingga 8 cm dan tempat letak tangan juga boleh dilaraskan sehingga 90 darjah. Sekiranya anda ingin berehat, anda juga boleh melaras kecondongan kerusi ini sehingga 25 darjah.
Spesifikasi:
- Bahan: Foam, Fabrik, Nilon, Plastik PP
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Tempat duduk boleh laras
✅ Tempat letak tangan boleh laras
✅ Reka bentuk ergonomik
Harga: RM38.38 – RM55.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Ikea Renberget Swivel Office Chair

Reka bentuk yang ringkas dan minimalis sememangnya sinonim dengan reka bentuk perabot daripada Ikea. Walaupun ringkas, kerusi ini boleh menampung berat sehingga 110 kg dan dilengkapi dengan tahap ketinggian yang boleh dilaraskan sehingga 56 cm serta boleh dipusingkan. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan ciri keselamatan mekanisme brek sensitif yang berfungsi untuk memastikan kerusi kekal di tempatnya apabila anda berdiri. Kerusi ini juga mudah untuk dicuci kerana kurang bahagian fabrik.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester, Keluli
- Negara Pengeluar: Sweden
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Ketinggian boleh laras
✅ Kusyen yang anjal dan selesa
✅ Mempunyai tempat letak tangan
Harga: RM249.00 – RM252.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.