Bercadang untuk pergi berkhemah atau berkelah? Tidak mempunyai tempat untuk duduk dengan selesa sambil berkumpul di sekitar unggun api? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan kerusi perkhemahan. Mempunyai kerusi yang selesa untuk diduduki adalah lebih baik berbanding duduk di atas rumput atau tanah. Hal ini juga dapat mengekalkan kebersihan pakaian anda.
Terdapat banyak kerusi perkhemahan di pasaran pada masa kini dengan reka bentuk dan saiz yang berbeza. Oleh itu, untuk membantu anda kami telah senaraikan beberapa kerusi perkhemahan yang boleh anda dapatkan hari ini. Berikut adalah 6 kerusi perkhemahan terbaik di Malaysia.
Tips Memilih Kerusi Perkhemahan Yang Sesuai:
Untuk mendapatkan kerusi yang berkualiti dan menepati keperluan anda, anda perlulah mempertimbangkan beberapa aspek seperti saiz, reka bentuk dan bahan sebelum membuat pembelian.
1. Saiz:
Anda disarankan untuk memilih kerusi dengan saiz yang bersesuaian dengan lokasi dan tujuan penggunaannya. Sebagai contoh, jika anda ingin berkelah secara berseorangan, maka kerusi perkhemahan bersaiz kecil adalah lebih sesuai untuk anda.
2. Reka bentuk:
Sesetengah kerusi perkhemahan dilengkapi dengan sokongan belakang dan tempat letak tangan, manakala sesetengahnya pula tidak mempunyai sokongan belakang dan tempat letak tangan. Jadi, anda perlulah memilih reka bentuk kerusi yang anda inginkan dan selesa untuk diduduki.
3. Bahan:
Anda disyorkan untuk memilih kerusi perkhemahan dengan sistem pengudaraan yang baik seperti fabrik Oxford kerana ia akan memberikan anda efek sejuk dan mempercepatkan proses pengeringan. Seterusnya, kerusi perkhemahan yang diperbuat daripada keluli tahan karat dan aloi aluminium akan memberikan anda kestabilan dan ketahanan tambahan serta boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
6 Kerusi Perkhemahan Terbaik di Malaysia 2024
1. Portable Folding Camping Chair

Kerusi perkhemahan ini mempunyai reka bentuk yang padat dan ringan serta boleh dilipat bagi memudahkan anda membawanya ketika berkhemah mahupun berkelah. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan penutup kaki antigelincir yang membantu untuk memberikan kestabilan tambahan ketika ia diletakkan di atas tanah. Selain itu, kerusi ini juga didatangkan dengan pemegang cawan yang membolehkan anda meletak minuman anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Besi, Plastik ABS
- Saiz: 45 cm x 40 cm x 83 cm
- Berat: 1 kg
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅Bahan berkualiti tinggi, tahan lama
✅Reka bentuk boleh dilipat
✅Mempunyai tali pemegang
✅Didatangkan bersama pemegang cawan
✅Kaki antigelincir
✅Besi tahan karat
Harga: RM29.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Decathlon Foldable Camping Chair

Decathlon merupakan jenama terkemuka dari Perancis yang menjual pelbagai peralatan sukan dan aktiviti luar berkualiti tinggi. Kerusi ini diperbuat daripada bahan keluli tahan karat yang berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya tahan lasak. Ia boleh menampung berat sehingga 110 kg. Kerusi ini juga mudah untuk dipasang dan ditutup serta boleh dibawa ke mana sahaja. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pemegang cawan.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat
- Saiz: 77.5 cm x 20 cm x 17 cm
- Berat: 2.8 kg
- Negara Pengeluar: Perancis
Kelebihan:
✅Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅Didatangkan bersama pemegang cawan
✅Mudah untuk dipasang
✅Reka bentuk kompak
Harga: RM79.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. 2 in 1 Foldable Lounge Lazy Sofa Chair

Kerusi perkhemahan ini mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan kerusi perkhemahan yang lain. Ia diperbuat daripada fabrik Oxford 600D berkualiti tinggi yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta memberikan efek sejuk ketika anda menggunakannya. Selain itu, ia juga boleh dilaraskan sehingga 120 darjah dan boleh menampung berat sehingga 200 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat, Fabrik Oxford 600D
- Saiz: 153 cm x 60 cm x 30 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Biru, Biru Tua, Merah
Kelebihan:
✅‘Breathable’
✅Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅Tempat duduk boleh laras
✅Mudah untuk dipasang
✅Padat
✅Boleh menampung berat sehingga 200 kg
Harga: RM68.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Super Light Folding Travel Chair

Super light folding chair ini diperbuat daripada aloi aluminium berkualiti tinggi yang membolehkannya menampung berat sehingga 150 kg. Selain itu, tempat duduknya diperbuat daripada poliester dan mesh serta dilengkapi dengan salutan PE sekali gus menjadikannya kalis air dan tahan lama. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai reka bentuk boleh dilipat untuk memudahkannya disimpan dan dibawa.
Spesifikasi:
- Bahan: Aloi Aluminium, Keluli Tahan Karat
- Saiz: 54 cm x 35 cm x 68 cm
- Berat: 1.3 kg
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam, Biru, Kelabu, Cyan
Kelebihan:
✅Didatangkan dalam pelbagai warna
✅Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅Ringan
✅Mudah dibawa ke mana sahaja
✅Boleh menampung berat sehingga 150 kg
Harga: RM59.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Portable Outdoor Foldable Chair

Kerusi lipat ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan mempunyai tapak kaki kecil yang boleh dilipat dan dipasang dengan mudah. Ia diperbuat daripada fabrik oxford berkualiti tinggi dan aloi aluminium yang menjadikannya tahan lama dan kalis air.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik Oxford, Aloi Aluminium
- Saiz: 28 cm x 29 cm x 60 cm
- Berat: 1 kg
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅Mudah alih
✅Tapak kaki kecil
✅Kalis air
✅Mudah untuk dipasang
✅Reka bentuk boleh lipat
Harga: RM6.77
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Travel Chair

Travel chair ini didatangkan dengan beg penyimpanan di bahagian bawah kerusi yang membolehkan anda menyimpan barangan kecil seperti dompet, kunci, kabel dan banyak lagi setiap kali anda keluar berkhemah. Ia mempunyai reka bentuk ergonomik yang menjadikannya selesa untuk diduduki. Selain itu, ia juga diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi dan tahan lasak yang boleh menampung berat sehingga 150 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Aluminium
- Saiz: 65 cm x 56 cm x 35 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam, Biru Oren, Biru Langit, Merah
Kelebihan:
✅Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅Didatangkan dengan beg penyimpanan
✅Reka bentuk ergonomik
Harga: RM48.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.