Kerusi urut pertama kali dicipta pada tahun 1954 oleh Nobuo Fujimoto. Pada mulanya, kerusi urut dicipta dengan reka bentuk yang mudah alih dan ergonomik bagi memudahkan pakar urut untuk membawanya ke pelbagai lokasi. Tahun demi tahun, kerusi urut semakin berkembang maju serta dilengkapi dengan pelbagai teknologi maju.
Kerusi urut bukan sekadar perabot mewah, malah ia juga berfungsi untuk menyokong otot serta meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Kerusi urut mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan termasuklah ia dapat memperbaiki peredaran darah, tekanan darah, mengurangkan ‘stress’, melegakan ketegangan otot dan keletihan, serta memulihkan badan selepas bersenam. Berikut adalah 10 kerusi urut terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimanakah hendak mencari kerusi urut yang terbaik?
Kerusi urut bukan sahaja dikeluarkan daripada jenama terkenal malah ia juga hadir dalam pelbagai jenama yang boleh didapati di pasaran terutamanya dalam talian. Jadi, untuk mendapatkan kerusi urut yang berkualiti, anda perlulah pertimbangkan beberapa aspek seperti belanjawan, saiz, dan ciri kerusi urut tersebut.
1. Belanjawan
Memandangkan harga kerusi urut boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Jadi, anda disarankan untuk merancang perbelanjaan semasa membeli kerusi urut supaya anda tidak berbelanja secara berlebihan.
2. Saiz
Saiz kerusi urut merupakan perkara penting yang harus diutamakan. Anda disarankan untuk memilih saiz kerusi yang bersesuaian dengan ketinggian badan anda.
3. Ciri-ciri
Setiap kerusi urut dilengkapi dengan ciri tetapan yang berbeza. Jadi anda disyorkan untuk menentukan ciri tetapan yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.
10 Kerusi Urut Terbaik di Malaysia 2023
1. Cassa Massage Office Chair

Kerusi Urut Cassa ini didatangkan dengan 4 fungsi berbeza iaitu lumbar ‘support’, ‘memory foam headrest’, sambungan USB, dan ‘adjustable armrest’. Bukan itu sahaja, kerusi ini juga diperbuat daripada kulit PVC serta mempunyai ‘padding’ yang tebal bagi memberikan keselesaan kepada anda semasa mengurut. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bahagian kaki kerusi yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PVC
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Tempat duduk dengan putaran 360 darjah
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Mudah untuk dipasang
Harga: RM188.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. SnowFit Oasis Full Body Massage Chair

Jika anda sedang mencari kerusi urut dengan kualiti premium pada harga yang berpatutan, SnowFit Oasis Full Body Massage Chair ini terbaik untuk anda. Ia dilengkapi dengan 10 roller dan 2 sistem program iaitu 4 program auto dan 3 program manual. Bukan itu sahaja, kerusi urut ini juga mempunyai teknologi ‘setting zero gravity’ yang membolehkan anda untuk melaraskannya sehingga 180 darjah. Anda juga boleh menukar mod kerusi urut ini kepada 12 fungsi lain mengikut jenis urutan yang anda inginkan. Kerusi ini juga mampu menampung berat sehingga 150 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Menggunakan cip pintar dan teknologi canggih
✅ Mod tidur 180°
✅ Mempunyai terapi haba
Harga: RM2588.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. OGAWA Smart Vogue Prime Massage Chair

OGAWA Smart Vogue Prime Massage Chair dilengkapi dengan 2 pad pemanas pada bahagian lumbar yang berfungsi untuk melebarkan saluran darah di sekeliling lumbar. Proses ini juga dapat meningkatkan aliran oksigen dan menyembuhkan tisu serta otot yang telah rosak. Kerusi urut ini diperbuat daripada kulit PVC serta mampu menampung berat sehingga 120 kg. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan teknologi ‘3 level zero gravity’ yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PVC
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Mempunyai 7 jenis urutan (Auto-Program)
✅ Tempat letak kaki boleh laras
✅ Sistem ‘off’ automatik
Harga: RM5849.00 – RM5949.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Zero Healthcare U Master Luxury Massage Chair

Zero Healthcare U Master Luxury Massage Chair merupakan kerusi urut seluruh badan yang inovatif. Ia didatangkan dengan 6 program auto dan 4 program manual serta 3 gaya urutan untuk dipilih. Bukan itu sahaja, kerusi ini juga mempunyai program yoga yang berfungsi dalam meningkatkan fleksibiliti dan paras metabolisme anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri ‘zero gravity’ yang membolehkan anda untuk melaraskannya sehingga 180 darjah.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PVC
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ 6 program auto, 4 program manual termasuk program yoga
✅ Sudut regangan hingga 180 darjah dan 3 gaya urutan
✅ 14 titik tetap roller 3D
Harga: RM2688.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. DIGMA Massage Chair

Kerusi Urut DIGMA ini dilengkapi dengan sandaran kepala berbentuk U, kawalan skrin LCD, serta terapi haba pada bahagian pinggang. Selain itu, ia juga mempunyai 20 mod urutan yang boleh anda pilih mengikut jenis urutan yang anda inginkan. Kerusi urut ini mempunyai 3 fungsi yang berbeza iaitu ‘Kneading’, ‘Shiatsu’ dan ‘Tapping’. Selain itu, ia juga didatangkan dengan 35 ‘air bag’ bagi mengurangkan tekanan pada bahagian otot anda. Kerusi ini mempunyai 3 tahap urutan iaitu ‘soft’, ‘strong’ dan ‘delicate’.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Kawalan skrin LCD
✅ Terapi haba
✅ 20 mod urutan
Harga: RM1999.00 – RM2199.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. OSIM uThrone Gaming Massage Chair

OSIM uThrone Gaming Massage Chair merupakan antara kerusi urut pilihan ramai terutamanya dalam kalangan para ‘gamers’. Kerusi ini mempunyai ciri yang agak sama dengan kerusi urut pejabat Cassa, di mana kerusi ini juga dilengkapi dengan lumbar ‘support’, ‘memory foam headrest’, ‘bluetooth speaker’, ‘adjustable armrest’ dan program auto. Walaupun kerusi urut ini direka khas untuk mereka yang ‘kaki game’, namun ia juga boleh digunakan di pejabat. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dilaraskan sehingga 145 darjah untuk kegunaan ‘quick nap’.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PVC
- Negara Pengeluar: Singapura
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Mempunyai sokongan lumbar
✅ Mempunyai sistem ‘Bluetooth speaker’
✅ Mempunyai sistem V-Hand
Harga: RM3438.00 – RM4799.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. RELAF KAIYO AI Voice Control Massage Chair

RELAF KAIYO AI Voice Control Massage Chair ini didatangkan dengan sistem ‘Voice Control’ yang membolehkan anda untuk mengaktifkan kerusi dengan hanya menggunakan suara. Kerusi urut ini boleh dilaraskan sehingga 124 darjah dan mempunyai 2 gaya urutan iaitu urutan tekanan udara dan getaran. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menampung berat sehingga 90 kg. Kerusi ini dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja serta mempunyai jaminan selama 1 tahun dari tarikh pembelian.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit import dari Jepun
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Mempunyai sistem ‘Voice Control’
✅ Terapi pemanasan tekno-bio
✅ Melegakan sakit otot
Harga: RM3220.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. ITSU Suki Massage Chair

Kerusi Urut ITSU Suki ini tidak memerlukan ruang ‘clearance’ yang banyak ekoran reka bentuknya yang kecil dan padat. Kerusi ini dilengkapi dengan teknologi 6 ‘roller’, 6 program auto serta 5 program manual iaitu ‘kneading’, ‘tapping’, ‘knead & tap’, ‘shiatsu’, dan ‘knocking’. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menampung berat sehingga 100 kg. Walaupun ia agak mahal, tetapi kualiti yang ditawarkan pasti memuaskan hati anda!
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PVC
- Negara Pengeluar: Hong Kong
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Tempat letak kaki boleh dilaras
✅ Tetapan alat kawalan jauh diletakkan pada tempat letak tangan
✅ Bahan berkualiti tinggi
Harga: RM7490.00 – RM 9988.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. HUAWEI HiLink Massage Chair

Kerusi Urut ini menawarkan 6 program urutan berbeza iaitu ‘Relax in the afternoon’, ‘Shujing Huoluo’, ‘Sedentary release’, ‘Relieve shoulders & necks’, ‘Stretch’, dan ‘Fatigue Recovery’ yang boleh dikawal menerusi aplikasi HUAWEI HiLink. Selain itu, kerusi urut ini juga dilengkapi dengan sistem ‘Bluetooth speaker’ serta mempunyai teknologi ‘soothing heat therapy’ bagi melancarkan peredaran darah dan melegakan tekanan otot badan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Mempunyai pembesar suara Bluetooth
✅ 6 program urutan
✅ Boleh disambungkan ke aplikasi Huawei Hilink
Harga: RM1319.00 – RM 1499.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Xiaomi Momoda Massage Chair

Kerusi Urut Xiaomi Momoda ini mempunyai 4 program automatik dan 3 program urutan yang boleh anda pilih berdasarkan kehendak anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi ‘L-trek’ urutan sepanjang 93 cm daripada leher sehingga betis. Anda boleh dapatkan kerusi urut ini dalam 2 warna iaitu biru dan kelabu. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan 1 tahun jaminan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Melegakan sakit otot
✅ 4 program automatik dan 3 jenis urutan
✅ Mensimulasikan pengalaman urutan graviti sifar
Harga: RM2988.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.