6 Steam Oven Terbaik di Malaysia 2023

Anda sedang mencari oven untuk menggantikan convection oven anda? Anda boleh mendapatkan steam oven di pasaran untuk memudahkan kerja anda di dapur. Oven jenis ini memasak makanan dengan menggunakan stim, bukannya udara panas. Cara memasak ini dapat mengekalkan kelembapan makanan serta memastikan rasa dan nutrien ada dalam makanan tersebut. Steam oven juga dapat mengurangkan penggunaan minyak dan lemak tambahan ketika memasak. Secara tidak langsung, ia menggalakan gaya hidup dan diet yang lebih sihat.

Steam oven sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk kerana ia mengurangkan masa memasak. Walaupun ia kurang digunakan dan kurang popular berbanding dengan oven lain, steam oven ini masih dijual di pasaran pada hari ini. Jadi, melalui manfaat yang diberi, anda boleh mendapatkan 6 steam oven yang terbaik ini di Malaysia pada tahun 2023.

Adakah Steam Oven Boleh Digunakan untuk Baking?

Kebanyakan steam oven boleh digunakan untuk baking, gril, mencair dan memanaskan makanan. Penggunaan Steam Oven membantu melembapkan makanan anda. Pada masa yang sama, ia menjadikan makanan anda lebih enak dan berjus.

Adakah Makanan yang Dimasak Dalam Steam Oven Lebih Menyihatkan?

Makanan yang dimasak menggunakan steam oven lebih menyihatkan berbanding dengan menggunakan microwave. Hal ini kerana steam oven mengekalkan nutrient dalam makanan serta mengurangkan risiko makanan menjadi lembik.

6 Steam Oven Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. TJean Multifunctional Household Visual Steam Oven

TJean-Multifunctional-Household-Visual-Steam-Oven
Kredit Gambar: Carousell

TJean Multifunctional Household Visual Steam Oven menyediakan pelbagai fungsi memasak, seperti mengukus dan memanggang. Reka bentuk tangki air ganda membantu memisahkan air bersih dan air yang telah digunakan bagi memastikan ia bersih dan selamat setiap kali digunakan. Berkat bahan keluli tahan karat gred makanan, ketuhar ini mudah dibersihkan walaupun selepas anda memasak hidangan berminyak.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 10.5 L
  • Kuasa: 800W – 1550W
  • Berat: 8.2 kg (termasuk aksesori) 
  • Warna: Putih

Kelebihan:

✅Bersih
✅Bahan keluli tahan karat
✅Reka bentuk kompak

Harga: RM699.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Bear Air Fryer Steam Oven BS0-B200L

Bear-Air-Fryer-Steam-Oven-BS-BL
Kredit Gambar: Bear Malaysia

Bear Air Fryer Steam Oven BS0-B200L direka dengan teknologi memasak stim baru yang akan memasak makanan anda secara sekata. Anda boleh menikmati hidangan yang sedap dan segar di rumah menggunakan perkakas ini. Walaupun oven ini kecil tetapi ia mempunyai kapasiti 20 liter yang membolehkan anda memasak atau memanggang makanan untuk 1 – 6 orang. Anda juga boleh melihat makanan anda dimasak menerusi tingkap kaca tahan karat yang dilengkapi pada perkakas ini.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 20 L
  • Kuasa: 1200W
  • Warna: Biru

Kelebihan:

✅Luas
✅Hidangan sesuai untuk 1 – 6 orang
✅Boleh melihat melalui penutupnya

Harga: RM299.00 – RM304.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Primada Steam Oven PSO2510

Bear-Air-Fryer-Steam-Oven-BS-BL-
Kredit Gambar: Primada Malaysia

Primada Steam Oven PSO2510 mempunyai kapasiti dalaman 25 liter yang membolehkan anda memasak untuk semua ahli keluarga anda. Anda boleh menjimatkan masa dengan menggunakan 3 rak yang disediakan untuk memasak beberapa hidangan pada satu masa. Steam oven ini direka untuk memudahkan tugas memasak anda dengan menggabungkan semua fungsi seperti stim, gril, defrost, sterilisasi, fermentasi dan menghangatkan makanan.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 25 L
  • Kuasa: 1500W
  • Berat: 12.5 kg
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

✅Didatangkan dengan 3 rak
✅Menjimatkan masa
✅Ada pelbagai teknik memasak

Harga: RM1,228.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. Eden Reid Nora 20000 Multifunction Steam Bake Oven

Eden-Reid-Nora--Multifunction-Steam-Bake-Oven
Kredit Gambar: Shopee

Eden Reid Nora 20000 Multifunction Steam Bake Oven adalah steamer dan air fryer terkini yang diperlukan oleh setiap isi rumah. Anda boleh mengukus, membakar dan menggoreng hanya dengan menggunakan perkakasan ini sahaja! Ia dilengkapi dengan fungsi pra-set untuk makanan seperti ikan kukus, roti, pizza, dan banyak lagi. Teknologi pemanasan 1950W yang cekap ini boleh memasak makanan dengan lebih cepat dan sekata berbanding dengan air fryer tradisional.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 20 L
  • Kuasa: 1950W
  • Berat: 13 kg
  • Warna: Hitam 

Kelebihan:

✅Memasak secara sekata
✅Memasak menjadi lebih cepat
✅Boleh membakar dan ‘air fry’ makanan

Harga: RM879.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Xiaomi Mijia Smart Steam Small Oven 

Xiaomi-Mijia-Smart-Steam-Small-Oven-
Kredit Gambar: Bossgoo.com

Xiaomi Mijia Smart Steam Small Oven adalah steam oven mini yang mudah alih dengan kapasiti makanan yang mencukupi untuk 3 orang. Steam oven ini mempunyai pemanasan 2.16 kali ganda yang cekap dan dapat mengurangkan masa memasak. Anda juga boleh menghubungkan oven ini dengan Aplikasi Mi Home untuk mengawal dan memilih pelbagai resipi berdasarkan kehendak anda.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 12 L
  • Kuasa: 1300W
  • Berat: 4.55 kg
  • Warna: Putih

Kelebihan:

✅Boleh dikawal menerusi aplikasi
✅Mudah alih
✅Pemanasan yang baik

Harga: RM235.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. IRIS OHYAMA Multifunction Mini Toaster Oven Steam Bake Tech EOT-R021

IRIS-OHYAMA-Multifunction-Mini-Toaster-Oven-Steam-Bake-Tech-EOT-R
Kredit Gambar: Zalora

IRIS OHYAMA Multifunction Mini Toaster Oven Steam Bake Tech EOT-R021 dilengkapi dengan teknologi Steam-Bake yang canggih untuk mengekalkan kelembapan dalam makanan anda. Ia menggunakan haba tinggi untuk mempercepatkan proses pemanggangan dan menjadikan makanan anda lebih sedap. Oven ini juga mempunyai 3 tahap kuasa yang membolehkan anda menukar mengikut keperluan pemanggangan anda.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 12 L
  • Kuasa: 1000W
  • Berat: 3.5 kg
  • Warna: Merah Jambu

Kelebihan:

✅Pelbagai tahap kuasa
✅Mengekalkan kelembapan dalam makanan
✅Mempercepatkan proses baking

Harga: RM268.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close