Kiropraktik adalah satu bentuk perubatan alternatif yang merangkumi diagnosis, rawatan dan pencegahan gangguan mekanikal pada sistem muskuloskeletal terutamanya tulang belakang. Manipulasi tulang belakang dan penjagaan kiropraktik berfungsi untuk melegakan sakit belakang, sakit leher, sakit kepala, dan kecederaan tertentu.
Sesi kiropraktik biasanya berlangsung dari 30 minit hingga 45 minit bergantung kepada keadaan setiap pesakit. Lawatan pemeriksaan biasanya lebih lama berbanding dengan lawatan rawatan kerana kiropraktor perlu menjalankan pemeriksaan yang teliti untuk mengenal pasti punca kecederaan anda sebelum menjalankan rawatan. Jika anda tinggal atau berkunjung ke Johor Bahru, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba rawatan kiropraktik. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kiropraktik, teruskan membaca artikel ini. Di sini kami senaraikan 10 kiropraktor terbaik di Johor Bahru.
Apakah faedah pelarasan kiropraktik?
Rawatan pelarasan kiropraktik dapat memberikan banyak faedah, antaranya boleh membantu anda menghilangkan migrain dan sakit kepala. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kesakitan kronik serta meningkatkan julat pergerakan dan fleksibiliti tulang belakang anda. Bukan itu sahaja, kiropraktik juga boleh merawat kecederaan ringan di leher atau tulang belakang seperti ‘whiplash’.
Adakah rawatan kiropraktik menyakitkan?
Rawatan ini secara amnya tidak menyakitkan. Namun, selepas rawatan anda mungkin akan mengalami sakit kepala sementara, keletihan atau ketidakselesaan di bahagian tubuh yang dirawat. Anda tidak perlu risau kerana ia hanyalah kesan samping yang normal, hasil daripada pelarasan kiropraktik. Jika kesakitan berterusan, anda boleh maklumkan kepada pihak kiropraktor anda agar mereka dapat memberikan rawatan susulan.
Berapa kerap anda perlu berjumpa pakar kiropraktik?
Kekerapan rawatan bergantung kepada tahap kecederaan dan keupayaan tubuh anda untuk sembuh dan bertindak-balas kepada rawatan fisioterapi dan kiropraktik. Bagi mereka yang mengalami kecederaan yang ringan, anda perlu menjalani rawatan sekali atau 2 kali setiap minggu. Manakala, bagi anda yang mengalami kecederaan yang teruk, sesi harian mungkin diperlukan. Kekerapan rawatan akan berkurang mengikut tahap kemajuan seseorang. Apabila kesihatan bertambah baik, maka kadar kunjungan juga akan berkurang kepada 1 kali seminggu atau kurang daripada itu.
10 Kiropraktik Terbaik di Johor Bahru 2023
1. BP Chiro

BP Chiro terletak di Bandar Uda Utama, Johor Bahru. Mereka boleh merawat masalah yang berkaitan dengan sakit belakang, sakit leher, sakit kepala dan ‘scoliosis’. BP Chiro menggunakan kaedah rawatan gabungan kiropraktik, fisioterapi, perubatan naturopatik dan dietetik dalam setiap proses rawatan. Hal ini bagi meningkatkan sistem saraf, peredaran darah dan limfa badan anda. Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi untuk meningkatkan proses penyembuhan semula jadi.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 7:00 malam (Selasa – Sabtu)
9:00 pagi – 2:00 petang (Ahad – Isnin)
Alamat: 8, Jln Uda Utama 4/2, Bandar Uda Utama, 81200 Johor Bahru, Johor
No Telefon: 017-772 8082
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEB2. Go Spine Physiotherapy

Go Spine Physiotherapy mempunyai pasukan profesional yang mahir dalam merawat gangguan sistem muskuloskeletal seperti masalah tulang belakang, sendi dan otot. Go Spine Physiotherapy sentiasa bersedia untuk memberikan penjagaan yang terbaik kepada semua pesakit. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti adalah keutamaan mereka. Di sini anda boleh mendapatkan rawatan kiropraktik yang terbaik pada harga yang berpatutan.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu – Khamis)
Ditutup pada hari Jumaat
Alamat: 41-01, Jalan Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari, 79150 Johor Bahru, Johor
No Telefon: 018-216 9866
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEB3. Active Spinecare Chiropractic @ Southkey JB

Active Spinecare Chiropractic menawarkan pelbagai jenis rawatan kiropraktik dan perkhidmatan fisioterapi yang dikendalikan oleh kiropraktor yang mahir dan berkelayakan. Mereka menawarkan rawatan untuk pesakit yang menghidap migrain, sakit kepala, ‘scoliosis’, sakit belakang, ‘slip disc’, sakit bahu, ‘wrist pain’ dan banyak lagi. Ikuti laman ‘Facebook’ mereka sekarang agar anda tidak ketinggalan sebarang promosi terkini dan akan datang.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu & Ahad)
Alamat: F-1-7, Blok F Komersil Southkey Mozek, Persiaran Southkey 1, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
No Telefon: 012-524 0080
Google Review: Di Sini
Cawangan lain:
Cawangan Skudai (Google Review: Di Sini)
Cawangan Mount Austin (Google Review: Di Sini)
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEB4. AcuHealing Johor Bahru

AcuHealing Johor Bahru merupakan antara pusat kiropraktor yang terkenal di Johor. Rawatan yang ditawarkan di sini lebih memfokuskan kepada sakit kepala yang teruk, migrain, ‘frozen shoulders’ dan sakit otot. Mereka menggunakan pelbagai teknik ‘hands-on’ dan teknik manipulasi kiropraktik untuk meningkatkan proses penyembuhan. Bukan itu sahaja, mereka juga terkenal dengan layanan yang mesra.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8.00 malam (Setiap Hari)
Alamat: BF-03, Paradigm Mall, Skudai Lbh, 81300 Johor Bahru, Johor
No Telefon: 012-7261200
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEB5. TAGS Spine & Joint Specialists

TAGS Spine & Joint Specialists telah beroperasi selama 25 tahun yang menjadikannya antara pusat kiropraktor yang dipercayai. Mereka menggunakan pelbagai kaedah dan teknologi terapeutik termaju seperti terapi decompression traction (DTS), fisioterapi, terapi ‘extracorporeal shockwave’, akupunktur (dry needling) dan banyak lagi. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang mereka atau anda juga boleh hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: 44, Jalan Harimau Tarum, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
No Telefon: 07-331 3033
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEB6. Spine Zone Chiropractic

Spine Zone Chiropractic menyediakan rawatan kiropraktik yang terbaik dan mampu mengurangkan sakit leher dan belakang anda dengan beberapa sesi rawatan sahaja. Mereka menggunakan kaedah penyembuhan badan secara holistik melalui rawatan kiropraktik tanpa menggunakan sebarang ubat mahupun pembedahan. Penjelasan mengenai setiap rawatan boleh dirujuk di laman sesawang Spine Zone Chiropractic.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:30 malam (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu & Ahad)
Alamat: 30, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Eko Botani, 79100 Nusajaya, Johor
No Telefon: 012-712 6121
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEB7. Back & Neck Chiropractic

Back & Neck Chiropractic memfokuskan kepada hubungan antara struktur dan fungsi badan anda serta bagaimana ia mempengaruhi kesihatan anda. Mereka menggunakan pelbagai teknik rawatan termasuklah terapi ais, terapi haba, ‘ultrasound’ dan senaman. Bukan itu sahaja, mereka juga telah menerima pelbagai ulasan positif daripada pelanggan yang memuji, perkhidmatan pelanggan di pusat ini sangat membantu serta kiropraktor di sini juga sentiasa bersedia untuk menjawab segala persoalan daripada pesakit.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 2:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: 109, Jalan Harimau Tarum, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
No Telefon: 07-333 5757
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEB8. Inspired Chiropractic Spine Specialist

Inspired Chiropractic Spine Specialist terletak di Taman Abad, Johor Bahru. Rawatan yang ditawarkan di sini merangkumi rawatan asas kiropraktik seperti rawatan sakit belakang yang kronik, sakit bahu, ‘tennis elbow’ dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan rawatan khas untuk ibu mengandung iaitu ‘webster technique adjustment’ yang berfungsi untuk mengurangkan sakit belakang serta membantu melancarkan peredaran darah.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: 22, Jalan Harimau Tarum, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
No Telefon: 07-333 1996
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEB9. SpineX Chiropractic

SpineX Chiropractic merupakan pakar dalam merawat ‘scoliosis’, sakit kepala, pening, sakit pinggang, ‘sciatica’, ‘frozen shoulder’, kecederaan sukan dan ketidakseimbangan postur badan. SpineX Chiropractic terdiri daripada pasukan pakar kiropraktik yang berpengalaman dan berkelayakan. Tempahan slot rawatan boleh dibuat secara ‘walk-in’, namun anda disarankan untuk menempah slot anda sehari awal dari tarikh yang anda ingin kunjungi bagi mengelakkan anda menunggu lama dalam barisan.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: 55A, Jalan Indah 16/12, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
No Telefon: 07-230 6160
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEB10. Dr. Ravinthiran

Dr. Ravinthiran merupakan seorang ahli kiropraktik yang pakar dalam menggunakan teknik pelarasan manual (manual adjustment techniques). Teknik ini digunakan untuk merawat kecederaan yang ringan seperti sakit leher, sakit bahu, sakit pinggang, pening, lutut dan banyak lagi. Ia juga boleh digunakan untuk melaraskan tulang belakang anda. Rawatan ini juga dapat meningkatkan fungsi badan serta kualiti hidup setiap pesakit.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap Hari)
Alamat: No 8, 01, Jalan Setia Tropika 1/27, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor
No Telefon: 012-785 4070
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEBDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.