20 Klinik Estetik Terbaik di Johor Bahru 2025

Perubatan estetika memfokuskan kepada prosedur perubatan yang bertujuan untuk meningkatkan penampilan fizikal dan kosmetik pesakit. Perubatan ini biasanya melibatkan prosedur estetik yang minimal invasif (tanpa pembedahan). Antara rawatan estetik yang popular ialah rawatan anti-penuaan, lif benang (tanam benang), rawatan lingkaran hitam bawah mata, ‘eyebag’ dan rawatan keguguran rambut.

Keanjalan semula jadi kulit dan pengeluaran kolagen akan berkurangan seiring dengan peningkatan umur. Oleh itu, penjagaan kulit dan badan amat penting. Berminat untuk meremajakan kulit anda? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 20 klinik estetik terbaik di Johor Bahru. 

Apakah faedah mengunjungi klinik estetik?

Banyak faedah yang boleh diperolehi sekiranya berkunjung ke klinik estetik. Mereka mempunyai teknologi laser khusus dan perubatan kulit yang dapat membantu anda menghilangkan jerawat dengan berkesan tanpa perlu menggunakan bahan kimia atau melalui pembedahan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mencerahkan warna kulit anda, melicinkan tekstur kulit serta mencerahkan sebarang bintik hitam dan cela yang disebabkan oleh jerawat dan bintik hitam.

Berapa kerap anda perlu berkunjung ke klinik estetik? 

Rawatan wajah sememangnya diwajarkan terutama kaum hawa. Berdasarkan pandangan konsultan kecantikan di klinik estetik kulit, anda disarankan untuk melakukan rawatan wajah sekurang-kurangnya 2 kali dalam masa sebulan. Namun, kekerapan rawatan bergantung kepada jenis rawatan yang anda inginkan. Untuk rawatan penjagaan kulit sebaiknya 1 bulan sekali. Rawatan pemulihan, 2 minggu sekali dan rawatan ‘special care’, 1 minggu sekali. 

Berapa lama rawatan estetik bertahan?

Keputusan dan ketahanan rawatan estetik berbeza mengikut jenis prosedur dan penjagaan yang diambil selepas menjalani prosedur tertentu. Sebagai contoh, rawatan botox atau pengisi kulit biasanya bertahan sekitar 12 hingga 18 bulan sebelum ia perlu dirawat semula. Manakala, untuk rawatan ‘microneedling’ boleh bertahan dari 3 hingga 6 bulan dan rawatan laser ‘skin resurfacing’ boleh bertahan dari 3 hingga 5 tahun selepas prosedur dilakukan. 

20 Klinik Estetik Terbaik di Johor Bahru 2023

1. Clinic RX @ Johor Southkey

Clinic RX @ Johor Southkey
Kredit gambar: southkey clinicrx

Clinic RX ialah klinik estetik yang boleh membantu anda meningkatkan perlindungan semula jadi kulit serta menghilangkan tanda-tanda penuaan dengan efektif. Clinic RX menyediakan perkhidmatan pakar kulit estetik dan pembedahan kosmetik pada harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, klinik ini juga dilengkapi dengan peralatan teknologi Korea yang moden sekali gus menjamin perawatan yang lebih berkesan dan efektif. 

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: 01-03, Blok F, Komersial Soutkey Mozek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 011- 1667 1121

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

2. Dr. Chong Clinic

Dr. Chong Clinic
Kredit gambar: Nicole Dr Chong Clinic

Dr. Chong merupakan salah satu klinik estetik yang terbaik dan terkenal di Johor Bahru. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan kecantikan seperti rawatan muka, rawatan pelangsingan badan, rawatan laser, rawatan anti-penuaan, jerawat dan masalah kulit yang lain. Bukan itu sahaja, klinik ini juga telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. Secara tidak langsung, ia telah membuktikan kualiti yang ditawarkan. 

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu – Ahad)

Alamat: 49, Jl. Nb2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 81300 Skudai, Johor

No Telefon: 07-559 6110

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEBu003cbru003e

3. Revival Medical Clinic

Revival Medical Clinic
Kredit gambar: Revival Medical Clinic

Revival Medical Clinic menawarkan rangkaian perkhidmatan komprehensif estetik premium. Klinik ini mampu menangani masalah berkaitan mata, kulit kepala, muka, badan dan lutut. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam industri estetik perubatan dan pakar dalam pelbagai perkhidmatan estetik. Klinik ini terletak di Taman Sutera Utama, Johor. Untuk mendapatkan tawaran harga yang lebih rendah, anda boleh melayari laman sesawang mereka pada bahagian ‘promo’.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 6:30 petang (Isnin – Jumaat) 
9:00 pagi – 4:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: 8, Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor

No Telefon: 016-772 3833

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

4. One Doc A@ ustin

One Doc A@ ustin
Kredit gambar: Terrence Teoh

One Doc merupakan klinik estetik yang memfokuskan kepada rawatan muka bukan invasif bagi masalah berkaitan kulit seperti jerawat, pori-pori, pigmentasi, bintik-bintik hitam, ‘sunspot’, melasma dan masalah penuaan. Mereka menggunakan pelbagai kaedah rawatan moden dan tradisional ketika mengendalikan rawatan. Anda tidak perlu risau mengenai harga kerana setiap rawatan yang ditawarkan di sini boleh diselaraskan berdasarkan bajet anda. 

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 5:00 petang (Ahad)

Alamat: 63-04, Jalan Austin Heights 8/5, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 018-242 5168

Google Review: Di Sini

Cawangan Lain: 
Cawangan Sutera Utama (Google Review: Di Sini)
Cawangan Southkey (Google Review: Di Sini)

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

5. Beau & Hans Aesthetic  

One Doc A@ ustin
Kredit gambar: carilocal.com

Beau & Hans Aesthetic akan membantu anda memperbaiki masalah dermatologi anda termasuklah masalah jerawat, parut jerawat, pigmentasi kulit dan alahan kulit. Di sini, mereka menekankan pendekatan holistik untuk setiap pesakit, oleh itu mereka juga menyediakan konsultasi diet dan konsultasi penjagaan kulit. Bukan itu sahaja, klinik ini juga dilengkapi dengan peralatan yang moden sekali gus menjamin perawatan yang lebih berkesan dan efektif.

Waktu Operasi: 10.30 pagi – 5.30 petang (Setiap Hari)

Alamat: 6, Jln Molek 1/5C, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 016-773 2915

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

6. Dr. Ko Clinic    

Dr. Ko Clinic
Kredit gambar: johorpages.com

Klinik Dr. Ko ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Dato’ Dr. Ko Chung Beng yang merupakan pakar perunding dermatologi. Klinik ini telah diiktirafkan sebagai salah satu pusat laser, estetik dan dermatologi yang terkemuka di Asia. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan khusus dalam bidang dermatologi, estetika, pembedahan kosmetik dan pemulihan rambut. 

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Rabu, Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Khamis – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: 101, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 07-338 1878/ 012-709 6311

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

7. Estee Clinic @ Bukit Indah   

Estee Clinic @ Bukit Indah
Kredit gambar: asiaclinic.com.my

Estee Clinic menyediakan perkhidmatan estetika dan penjagaan kulit yang membantu meningkatkan keanjalan kulit, meningkatkan penghidratan kulit, mengurangkan garis halus, memperbaiki fungsi penghalang kulit, mengawal pengeluaran sebum dan memperbaiki tona serta tekstur kulit. Untuk penjelasan yang lebih mendalam mengenai setiap rawatan yang ditawarkan, anda boleh rujuk di laman sesawang mereka. 

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 6:00 petang (Selasa – Ahad) 
Ditutup pada hari Isnin

Alamat: 43, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 07-239 5866

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

8. Clinic Foo 

Clinic Foo
Kredit gambar: clinicfoo.com

Clinic Foo bertujuan untuk merevolusikan konsep penjagaan primer, dermatologi dan perkhidmatan estetik menjadi satu entiti. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan yang merangkumi rawatan kesihatan asas dan rawatan kecantikan khusus. Bukan itu sahaja, ia juga telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai kakitangannya yang ramah serta suasananya yang selesa dan nyaman.

​Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 4:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: 64, Jalan Dedap 13, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 07-354 9371/ 012-690 9371

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

9. Dermed Clinic 

Dermed Clinic
Kredit gambar: Chresentia Eva

Sekiranya anda sedang mencari klinik estetik di Johor yang mempunyai kepelbagaian rawatan kecantikan, anda disarankan untuk mengunjungi Dermed clinic. Hal ini kerana mereka menawarkan rawatan rangkaian penuh dengan menggunakan teknologi canggih seperti HIFU, RF, ‘Neuromodulators’ dan ‘dermal fillers’. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan rawatan khusus untuk anda yang menghidap penyakit ekzema.

Waktu Operasi
10:00 pagi – 7:00 malam (Sabtu – Khamis) 
Ditutup pada hari Jumaat

Alamat: G02 & 01-02, Blok 5, Danga Bay, Jalan Skudai, Batu 4 1/2, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 011- 3322 0069

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

10. Dr Wee Clinic

Dr Wee Clinic
Kredit gambar: Dr Wee Clinic

Dr Wee Clinic terkenal dengan servis estetik kecantikan dan anti-penuaan yang berpatutan. Mereka merupakan antara pakar dalam perubatan asas, estetik dan kulit serta telah diperakui oleh LCP. Bukan itu sahaja, mereka juga bekerjasama dengan rakan kongsi penjagaan kesihatan terkemuka iaitu Erufu Care. Tempahan slot rawatan boleh dibuat di laman sesawang mereka atau di laman sesawang Erufu Care.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Setiap Hari) 

Alamat: 87, Jalan Harimau Tarum, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 017-554 7977

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

11. MX Clinic @ Austin Heights

MX Clinic @ Austin Heights
Kredit gambar: MX Clinic

MX Clinic merupakan klinik estetik yang berdaftar di bawah KKM. Mereka menyediakan rangkaian rawatan estetik komprehensif yang telah diluluskan oleh FDA. Antara rawatan yang ditawarkan ialah rawatan laser, ‘facelift’ tanpa pembedahan, ‘fillers’, rawatan muka, kontur badan tanpa invasif dan produk penjagaan kulit untuk wanita dan lelaki. MX Clinic juga terkenal dengan layanannya yang mesra.  

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap Hari)

Alamat: 6, Jalan Austin Heights 8/7, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 016-700 9669

Google Review: Di Sini

Cawangan Lain: 
Cawangan Mid Valley Southkey (Google Review: Di Sini)
Cawangan Komtar JBCC (Google Review: Di Sini)
Cawangan Taman Molek (Google Review: Di Sini)
Cawangan Taman Sutera Utama (Google Review: Di Sini)

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

12. Mediceuticel (Laserlipolisis) Clinic

MX Clinic @ Austin Heights
Kredit gambar: Mediceuticel (Laserlipolisis) Clinic

Mediceuticel (Laserlipolisis) Clinic menggunakan kaedah dan teknologi perubatan terkini dan tercanggih ketika mengendalikan rawatan. Mereka menawarkan lebih daripada 40 jenis rawatan estetik yang merangkumi rawatan penjagaan asas dan rawatan khusus seperti rawatan ‘vsutra vaginal rejuvenation’. Bukan itu sahaja, setiap kakitangan di klinik ini mempunyai kelulusan profesional untuk melakukan rawatan estetik. Jadi anda tidak perlu ragu mengenai status kelayakan dan kepercayaan klinik ini. 

Waktu Operasi: 
9:30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat) 
9:30 pagi – 1:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: Suite 23 A-03, Menara Pejabat City Square, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 010-221 2670

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

13. Beverly Wilshire Medical Centre Johor Bahru

Beverly Wilshire Medical Centre Johor Bahru
Kredit gambar: zaleha Daud

Beverly Wilshire Medical Centre menyediakan perkhidmatan pakar kulit estetik, pembedahan kosmetik, pergigian dan pemulihan rambut. Beverly Wilshire Medical Centre telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah seperti Anugerah Perubatan Pelancongan 2018, Klinik Pembedahan Kosmetik Antarabangsa Tahunan, Frost & Sullivan Malaysia, Pusat Estetik Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016. Bukan itu sahaja, Beverly Wilshire Medical Centre kini mempunyai 3 pusat estetik yang terletak di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru serta satu klinik pergigian di Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 
8:30 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
8:30 pagi – 12:30 tengah hari (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: Menara Landmark, 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 07-228 2888

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

14. Dr. Hon Aesthetic Clinic (Klinik Harmoni)

Dr. Hon Aesthetic Clinic Klinik Harmoni
Kredit gambar: Klinik Harmoni at Perling

Dr. Hon Aesthetic Clinic (Klinik Harmoni) ialah klinik pakar estetik, anti-penuaan dan kulit yang terletak di Taman Perling, Johor Bahru. Mereka menyediakan pelbagai rawatan untuk penyakit kulit atau alahan kulit seperti ruam, ekzema dan banyak lagi. Dr. Hon Aesthetic Clinic memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menyediakan penjagaan peribadi kepada setiap pelanggan pada kos yang berpatutan.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu) 
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: No 17, Tingkat Bawah, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 016-722 8468

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

15. Medi Aesthetic Johor

Medi Aesthetic Johor
Kredit gambar: medical.my

Anda perlukan perawatan kecantikan daripada pakar kecantikan professional? Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke klinik estetik ini. Di Medi Aesthetic, anda boleh mendapatkan rawatan kecantikan dalam suasana yang selesa dan menyenangkan. Medi Aesthetic menawarkan pelbagai rawatan seperti rawatan laser Co2, rawatan laser Q-Switch, rawatan ‘skin rejuvenation’, rawatan ‘fat dissolving’ dan ‘ injectable fillers’ seperti ‘restylane’. 

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu) 
10:00 pagi – 6:00 petang (Ahad)

Alamat: 45, Jalan Molek 1/5, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 016-710 8576

Google Review: Di Sini

Cawangan Lain: Cawangan Permas (Google Review: Di Sini)

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

16. Yuri Clinique 

Yuri Clinique
Kredit gambar: Yuri Clinique

Yuri Clinique merupakan klinik perubatan laser dan estetik berkonsepkan moden yang terletak di Adda Heights, Johor Bahru. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan estetik termasuklah ‘injectable fillers’, microdermabrasion, rawatan muka, laser pemutihan, ‘micro-needling’, pemutihan badan, pengangkat benang, laser penyingkiran rambut, penyingkiran ‘oil seed’ dan banyak lagi. Di samping itu, perkhidmatan yang ditawarkan juga pada harga yang berpatutan.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 5:00 petang (Jumaat – Selasa)
9:00 pagi – 1:00 petang (Rabu)
Ditutup pada hari Khamis

Alamat: 75, Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 019-546 8050

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

17. Skin Gym Laser Centre

Skin Gym Laser Centre
Kredit gambar: Skin Gym

Skin Gym Laser Centre’s aesthetic dikendalikan oleh doktor dan perunding estetik yang bertauliah dan berpengalaman. Skin Gym Laser Centre’s aesthetic merupakan pakar dalam merawat jeragat, garis halus, bintik hitam, lingkaran mata, kulit kusam dan banyak lagi. Tempahan slot rawatan boleh dibuat melalui laman sesawang mereka atau anda juga boleh hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 8 malam (Selasa – Ahad) 
Ditutup pada hari Isnin

Alamat: 104, Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor

No Telefon: 010-882 2811

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

18. Ido’s Clinic @ Johor Jaya

Idos Clinic @ Johor Jaya
Kredit gambar: Ido’s Clinic

Ido’s Clinic merupakan antara klinik estetik yang terkenal di Malaysia. Ido’s Clinic menawarkan perkhidmatan penjagaan kulit dan penyelesaian estetik kepada pelanggan mereka. Klinik ini diterajui oleh sekumpulan doktor yang berpengalaman dan berkelayakan tinggi. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan rawatan dalam bidang perubatan estetik, laser dan produk-produk kosmeseutikal. Selain itu, mereka juga mempunyai 8 cawangan di seluruh negara.

Waktu Operasi: 
9:30 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu)
9:30 pagi – 6:00 petang (Ahad)

Alamat: No 105, Jalan Ros Merah 2/3, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 07-354 7511/ 012- 728 5992

Google Review: Di Sini

Cawangan Lain: 
Cawangan Sutera Mall (Google Review: Di Sini)
Cawangan Sutera Utama (Google Review: Di Sini)
Cawangan Taman Century (Google Review: Di Sini)

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

19. Pinnacle Figure

Pinnacle Figure
Kredit gambar: Pinnacle Figure Aesthetic Center

Pinnacle Figure  boleh membantu anda untuk mendapatkan wajah berbentuk V dengan sempurna. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh meningkatkan bentuk badan anda atau menghilangkan dagu berganda dalam masa yang singkat. Di Pinnacle Figure, mereka menggunakan kaedah dan teknik perintis untuk merangsang pengeluaran kolagen pada lapisan kulit yang paling dalam sekali gus membantu anda menghilangkan garis halus dan kulit kendur. 

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 5:00 petang (Selasa – Sabtu)
9:00 pagi – 1:00 petang (Ahad)
Ditutup pada hari Isnin

Alamat: No 18 A, Jalan Harimau Tarum, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 016-733 0729

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

20. Aesthetic MD

Idos Clinic @ Johor Jaya
Kredit gambar: Aesthetic MD

Aesthetic MD terkenal dengan reka bentuk dalamannya yang moden dan mewah. Mereka menyediakan rawatan khusus untuk anti-penuaan, ‘lifting’, menganjalkan dan melangsingkan badan. Di samping itu, mereka juga menawarkan rawatan ‘injectable fillers’ dan rawatan laser untuk pelbagai jenis masalah kulit. Tambahan pula, kakitangan mereka yang mahir dan berpengalaman akan membuatkan anda berasa selesa seperti berada di rumah sendiri semasa menerima rawatan. 

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 malam (Sabtu – Khamis) 
Ditutup pada hari Jumaat

Alamat: Jalan Jaya Putra 1/1, Bandar Jaya Putra, 81100 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 018-954 2788 

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close