10 Klinik Pergigian Terbaik di Pulau Pinang 2025

Klinik pergigian menawarkan perawatan pergigian terbaik untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi bagi mengelakkan gangguan dan masalah pergigian. Doktor gigi adalah individu yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang kesihatan mulut. Peranan doktor gigi adalah untuk mendiagnosis, merawat dan mencegah masalah gigi dan mulut.

Adalah dinasihatkan untuk melawat klinik pergigian sekurang-kurangnya dua kali setahun. Pembersihan gigi yang betul akan membantu menghilangkan kotoran, plak dan bakteria pada gigi anda serta memberikan anda senyuman yang lebih menawan. Adakah anda terfikir untuk berkunjung ke klinik pergigian di Pulau Pinang? Teruskan membaca dan pilih salah satu daripada 10 klinik pergigian terbaik di Pulau Pinang.

Apakah faedah penting lawatan pergigian secara berkala?

Lawatan pergigian yang kerap mempunyai banyak faedahnya, seperti mencegah masalah gigi dan gusi daripada menjadi lebih teruk, merawat nafas berbau, dan mempelajari tentang kebersihan gigi yang betul. Semasa berkunjung ke klinik pergigian, doktor gigi akan terlebih dahulu memeriksa keadaan gigi dan gusi anda sebagai pemeriksaan rutin. Mereka juga mungkin mengambil x-ray jika keadaan memerlukannya. Berikut ialah tiga faedah penting yang anda akan perolehi daripada lawatan pergigian:

1. Mencegah masalah gigi dan gusi 

Lawatan pergigian yang kerap boleh membantu anda dalam mencegah sebarang penyakit gigi dan gusi. Hal ini kerana, dengan pemeriksaan rutin, doktor gigi boleh mengesan kaviti kecil atau kemungkinan penyakit gusi mahupun kanser mulut pada peringkat awal. Secara tidak langsung, ia membolehkan anda untuk mendapatkan rawatan dengan lebih awal.

2. Pengetahuan tentang penjagaan gigi yang betul

Adalah penting untuk mempunyai maklumat yang tepat tentang kebersihan gigi. Tanpa kebersihan mulut yang betul, bakteria boleh mencapai tahap yang mungkin membawa kepada jangkitan mulut, sekali gus mengakibatkan kerosakan gigi dan penyakit gusi. Kebanyakan doktor gigi berkongsi tentang cara menjaga gigi dan gusi anda dengan lebih baik supaya anda boleh mengekalkan kebersihan pergigian yang betul.

3. Merawat nafas berbau

Nafas berbau berlaku disebabkan oleh pengumpulan bakteria atau plak pada gigi. Bukan itu sahaja, nafas berbau juga boleh terjadi akibat mengamalkan tabiat kebersihan mulut yang salah. Hal ini bukanlah isu yang boleh diabaikan atau dirawat oleh diri sendiri. Pastikan anda berjumpa dengan doktor gigi supaya anda boleh mengetahui penyebab sebenarnya kepada nafas berbau dan bagaimana cara merawatnya.

10 Klinik Pergigian Terbaik di Pulau Pinang 2025

A-Dental
Kredit Gambar: A Dental

A Dental adalah salah satu klinik pergigian terbaik di Pulau Pinang. Sebagai klinik pergigian Nombor Satu di bandar ini, A Dental menawarkan kepakaran yang tiada tandingannya dalam estetik dan pergigian am. Selain itu, mereka pakar dalam menyelesaikan masalah pergigian anda. Dengan rangkaian rawatan yang mengagumkan seperti pendakap gigi, ‘clear aligners’, implan, ‘crown’, dan veneer, mereka boleh mengubah senyuman anda menjadi lebih menawan sepertimana yang anda inginkan.

Jika anda memerlukan perkhidmatan pergigian am, seperti mencabut atau penskaleran gigi (scaling), pasukan berpengalaman di A Dental boleh membantu anda. Mereka akan memastikan para pelanggan tidak merasa sakit semasa proses rawatan dijalankan. Oleh sebab itulah, klinik gigi ini menjadi bualan ramai kerana ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, mereka turut menawarkan harga yang berpatutan untuk setiap rawatan di sini. Jadi, A-Dental adalah pilihan klinik pergigian terbaik untuk anda kunjungi bagi semua keperluan pergigian anda.

Waktu Operasi: 
9:30 pagi- 8:00 malam (Isnin- Rabu)
Tutup (Khamis)
9:30 pagi – 8:00 malam (Jumaat)
9:30 pagi – 6:00 petang (Sabtu-Ahad)

Alamat: 303-1-29, Krystal Point Business Centre, Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas, 11900, Pulau Pinang.

No. Whatsapp: 016-888 3490

No. Pejabat: 04-3720 643

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI SEMAK MAKLUMAT DI WHATSAPP

2. SmileBay Dental Surgery @ Raja Uda  

SmileBay Dental Surgery @ Raja Uda
Kredit Gambar: SmileBay Dental Surgery @ Raja Uda

SmileBay Dental Surgery percaya bahawa memiliki senyuman yang hebat dan cantik boleh meningkatkan kualiti hidup seseorang serta dapat menceriakan orang sekeliling. Doktor pergigian mereka mahir dan mempunyai semangat yang tinggi bagi memastikan setiap pelanggan yang berkunjung ke klinik pergigian ini menerima rawatan pergigian yang terbaik.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Setiap Hari)

Alamat: Tingkat Bawah, No.6952, Jalan Raja Uda, 12300 Butterworth, Pulau Pinang.

No. Telefon: 017-449 1600

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Cawangan Lain: 
Cawangan Air Itam (Google Review: Di Sini)
Cawangan Bay Avenue (Google Review: Di Sini)
Cawangan Island Plaza (Google Review: Di Sini)
Cawangan Juru Sentral (Google Review: Di Sini)
Cawangan Bayan Baru (Google Review: Di Sini)
Cawangan Inderawasih (Google Review: Di Sini)

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Loh Dental Penang

Loh Dental Penang
Kredit Gambar: Loh Dental Penang

Loh Dental Penang menyediakan perkhidmatan kesihatan mulut dan pergigian yang berkualiti tinggi. Perkhidmatan ini termasuk tampalan dan penskaleran gigi yang dijalankan oleh doktor gigi yang mahir dan profesional pada harga yang berpatutan. Di sini, doktor gigi yang mesra akan menjelaskan kepada anda tentang pilihan rawatan pergigian secara lebih terperinci. Jadi, anda boleh membuat keputusan berdasarkan pilihan rawatan yang diberikan.

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 1:00 petang , 2:00 petang – 9:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 1:00 petang, 2:00 petang – 7:00 malam (Sabtu)
10:00 pagi – 1:00 petang, 2:00 petang – 6:00 petang (Ahad)

Alamat: 337G-1 st Floor, Jalan Perak, Jelutong, 11600 George Town, Penang

No. Telefon: 013-880 0176

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Tiew Dental @ Island Glades Penang

Tiew Dental @ Island Glades Penang
Kredit Gambar: tiewdental.com

Klinik pergigian ini beroperasi berdasarkan prinsip falsafah 4 ‘S’ mereka iaitu “Save teeth”, “Safe treatment”, “Serve public”, dan “make you Smile always”. Mereka mengutamakan kesihatan pergigian pesakit mereka. Selain itu, mereka juga berusaha untuk menggabungkan teknologi yang canggih bagi membantu rawatan pergigian dan pembedahan pada setiap hari. Semua ini adalah untuk mendapatkan hasil rawatan yang berkesan, cepat dan selesa.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 4.30 petang (Sabtu)
9:00 pagi – 12.30 tengah hari (Ahad)

Alamat: 2-J, Lorong Delima 6, Taman Island Glades, 11700 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-653 0789

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Cawangan Lain: 
Cawangan Ayer Itam (Google Review: Di Sini)
Cawangan Chai Leng Park (Google Review: Di Sini)
Cawangan Jelutong (Google Review: Di Sini)
Cawangan Raja Uda (Google Review: Di Sini)

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. L Dental Clinic

L Dental Clinic
Kredit Gambar: Boe Cpp

L Dental Clinic menyediakan pelbagai rawatan pergigian kepada para pelanggan seperti pembersihan gigi, pemutihan, tampalan gigi dan rawatan saluran akar. Doktor gigi akan menjelaskan keadaan gigi anda dan membuatkan anda selesa sepanjang rawatan pergigian berlangsung. Selain itu, harga rawatan di sini berpatutan. Kakitangan mereka pula mesra dan sedia membantu anda.

Waktu Operasi: 9.30 pagi – 9.30 malam (Setiap Hari)

Alamat: 17A, Jalan Angsana, Bandar Baru Air Itam, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

No. Telefon: 010-380 3280

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. Wong & Sim Dental Surgery @ Summerton

Wong-Sim-Dental-Surgery-@-Summerton
Kredit Gambar: Wong & Sim Dental Surgery (Summerton)

Wong & Sim Dental Surgery percaya pada pendekatan yang lebih peribadi terhadap pergigian, yakni proses yang memfokuskan perkhidmatan, kepakaran dan pesakit. Mereka mempunyai falsafah iaitu berusaha untuk memberikan kualiti penjagaan yang cemerlang, mengatasi masalah komunikasi serta cuba mengetahui keperluan dan jangkaan pesakit terhadap mereka. Mereka menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan pergigian, dan dalam masa yang sama mengekalkan standard keselamatan serta kebersihan yang tinggi.

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:30 malam (Isnin – Selasa, Jumaat)
10:00 pagi – 5:30 petang (Rabu – Khamis, Sabtu – Ahad)

Alamat: 110-02-26 Summerton, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-307 3770

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Cawangan Lain: Cawangan Pulau Tikus (Google Review: Di Sini)

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. Salt & Light Dental 

Salt-Light-Dental-
Kredit Gambar: Salt & Light Dental

Salt & Light Dental komited dalam menyediakan penjagaan pergigian yang berkesan dengan cara yang mesra dan prihatin terhadap pelanggan mereka. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan pergigian yang terdiri daripada penskaleran gigi sehinggalah kepada pembedahan gigi bongsu.  Di klinik pergigian ini, anda akan disambut mesra oleh pasukan pergigian yang mesra dan sedia membantu. Sambil mendengar dendangan muzik instrumental yang menenangkan, anda akan dirawat oleh doktor gigi yang baik.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 7:30 malam (Isnin – Selasa) 
9:00 pagi – 9:00 malam (Rabu, Jumaat)
9:00 pagi – 6:00 petang (Khamis)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu & Ahad)

Alamat: 8-G, 8S, Gat Lebuh Macallum, Kompleks Pulau Mutiara, 10300 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 014- 567 8900

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. Family Dental Clinic Penang @ Tanjung Tokong

Family Dental Clinic Penang @ Tanjung Tokong
Kredit Gambar: Family Dental Clinic Penang – Tanjung Tokong

Family Dental Clinic Penang berbangga menjadi sebagai salah satu klinik pergigian terbaik di Pulau Pinang yang memberikan rawatan pergigian yang boleh dipercayai dan berpatutan untuk pesakit di kawasan itu. Di Family Dental, mereka merawat setiap pesakit yang memerlukan penjagaan pergigian seperti keluarga sendiri. Klinik pergigian mereka terdiri daripada doktor gigi yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman. Selain itu, para doktor akan memberikan prosedur pergigian teknikal yang diperlukan oleh para pelanggan untuk memenuhi keperluan pergigian mereka.

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Hari minggu)

Alamat: 98-1, 27, Jalan Fettes, Pusat Perniagaan Prima Tanjung, 11200 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-899 0013 / 010-886 0830

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. Quay Dental Penang @ City Junction  

Quay Dental Penang @ City Junction
Kredit Gambar: Quay Dental Penang @ City Junction

Quay Dental Penang menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan pergigian, iaitu daripada pemeriksaan gigi sehinggalah kepada rawatan pemutihan dan veneer. Quay Dental Penang ialah klinik pergigian yang bersih dan moden dengan persekitaran yang tenang. Klinik pergigian ini juga dilengkapi dengan peralatan terkini. Mereka berjanji bahawa anda akan menyukai senyuman anda selepas anda selesai rawatan di sini. Selain itu, mereka juga akan membantu anda penuhi keperluan pergigian anda dengan selesa.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap Hari)

Alamat: 2-2-5, (Lot A), City Junction Mall, Persiaran Lengkuas, Tanjung Tokong, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-255 0351

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. Hygge Dental Penang

Hygge Dental Penang
Kredit Gambar: Hygge Dental Penang

Anda akan mendapat pengalaman yang menyenangkan di Hygge Dental Penang kerana mereka mempunyai kakitangan yang mesra dan suasana klinik yang selesa. Kemahiran dan kepakaran doktor gigi di Hygge Dental adalah mengagumkan. Doktor gigi di sini akan menerangkan prosedur rawatan anda dengan sabar.  Selain itu, anda akan meninggalkan klinik pergigian ini dengan petua kebersihan gigi yang berguna.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap Hari)

Alamat: 16-J, First Floor, Lbh Thean Teik, Bandar Baru Air Itam, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

No. Telefon: 014-988 7208

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close