8 Klip Kertas Terbaik di Malaysia 2025

Klip kertas atau “paper clip” dicipta sebagai alat sementara untuk mencantumkan helaian kertas dengan cara yang kemas dan teratur tanpa perlu merosakkan kertas. Klip kertas biasanya diperbuat daripada dawai keluli, namun terdapat beberapa klip kertas ditutup dengan plastik bagi tujuan estetik. 

Klip kertas datang dalam pelbagai jenis dan bentuk, namun klip jenis Gem clip dan Oval shape clip merupakan jenis klip kertas yang mudah didapati di pasaran. Ia agak kecil tetapi sangat berfungsi dalam menyatukan kertas. Selain itu,reka bentuknya yang mudah alih membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Berikut adalah 8 klip kertas terbaik yang boleh anda dapati  di Malaysia.

Apakah faedah klip kertas?

Klip kertas digunakan secara meluas oleh orang ramai terutamanya di pejabat kerana fungsinya untuk menyimpan dokumen penting namun apakah faedah sebenar klip kertas? Mempunyai reka bentuk yang mudah alih dan harga yang murah menjadikan klip kertas sebagai salah satu item penting semasa bekerja atau belajar. 

  1. Mudah Alih

Sesetengah klip kertas didatangkan di dalam kotak kecil atau bekas yang memudahkan penyimpanannya. 

    2. Bentuk

Klip kertas terdapat dalam pelbagai bentuk, sama ada terdiri daripada segi empat tepat, bujur atau bentuk lain. Yang pasti, bentuk-bentuk klip ini mempunyai fungsi berbeza semasa anda menggunakannya untuk memegang dokumen dengan kemas.

  1. Murah

Memandangkan klip kertas bukanlah objek yang besar, ia dipasarkan pada harga yang agak murah supaya anda boleh membeli dalam kuantiti yang diperlukan, Ini boleh mengelakkan anda daripada perlu sentiasa membelinya pada masa yang singkat.

8 Klip Kertas Terbaik di Malaysia 2023

1. Multicoloured Paper Clips

Multicoloured Paper Clips
Kredit Gambar: Shopee

Klip Kertas ini diperbuat daripada logam tahan lasak yang membolehkan penggunaan dalam jangka masa lama tanpa berkarat. Terdapat 3 saiz berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan jumlah kertas anda. Warnanya yang menarik menjadikan klip kertas ini antara klip kertas terlaris di pasaran.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Warna Tersedia: Emas, Perak, Gangsa, Rose, Gunmetal, Ungu, Hijau
  • Saiz: Kecil, Sederhana, Besar

Kelebihan:

Tahan Lama
Mewah

Harga: RM0.60 – RM1.88

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Triangle Paper Clips

Triangle Paper Clips
Kredit Gambar: Shopee

Klip Kertas ini sedikit berbeza berbanding dengan Gem paper clips kerana bentuknya yang segitiga. Keberkesanannya terjamin dan boleh memegang kertas anda tanpa rosak. Dipasarkan dengan 2 saiz yang membolehkan anda memilihnya berdasarkan keperluan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Wayar Keluli
  • Warna: Perak
  • Saiz: 25mm, 31mm

Kelebihan:

Berkesan
Mudah

Harga: RM0.56 – RM2.88

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Wood Paper Clips

Wood Paper Clips
Kredit Gambar: Shopee

Wood Paper Clips adalah jenis klip kertas yang unik kerana ia dicipta dalam pelbagai bentuk yang menarik seperti mentol lampu, pir dan kaktus. Reka bentuknya yang unik boleh dijadikan sebagai hiasan comel di atas meja belajar atau meja kerja anda. Selain itu, ia juga menjadikan dokumen anda kelihatan kurang membosankan. Klip kertas ini mudah dibawa ke mana sahaja ekoran saiznya yang kecil dan juga dilekatkan pada tapak kayu.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu,
  • Rekaan Besi: Hadiah, Bunga, Mentol Lampu, Kereta, Burung, Pokok, Flamingo, Kaktus, Sampul surat, Kucing, Rumah, Pear, Bintang, Kuda,
  • Saiz: Pelbagai

Kelebihan:

Mudah Alih
Unik

Harga: RM1.99 – RM2.12

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Grabbit Paper Clips

Grabbit Paper Clips
Kredit Gambar: Shopee

Klip Kertas Grabbit merupakan klip kertas yang berbaloi untuk dibeli kerana ia datang di dalam kotak dan setiapnya mempunyai ciri tertentu. Disebabkan itu, ia direka dengan bentuk mudah alih dan selamat dibawa ke mana sahaja. Selain itu, ia dipasarkan dengan harga yang berpatutan menjadikannya salah satu klip kertas Grabbit terbaik untuk anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Wayar Keluli 
  • Warna: Perak, Warna Campuran
  • Saiz: 28mm, 50mm

Kelebihan:

Pelbagai
Mudah Alih

Harga: RM2.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Waterdrop Paper Clips

Waterdrop Paper Clips
Kredit Gambar: AliExpress

Klip Kertas ini mempunyai reka bentuk titisan air yang unik dan diperbuat dengan bahan logam. Klip kertas ini boleh digunakan dengan semua jenis kertas kerana bentuknya yang stabil untuk tempoh yang lama. Anda juga boleh memilih mana-mana warna klip kertas kerana ia datang dalam pelbagai warna yang cantik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Warna: Pelbagai
  • Saiz: Kecil, Besar

Kelebihan:

Comel
Praktikal

Harga: RM1.70

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Assorted Paper Clips

Assorted Paper Clips
Kredit Gambar: Shopee

Assorted paper clip ialah pilihan yang tepat untuk hadiah hari jadi kerana ia datang dalam pelbagai bentuk comel dan menarik yang boleh anda pilih. Ia juga didatangkan dengan pakej 1 paket 10 keping klip kertas pada harga yang berpatutan supaya anda boleh membeli pelbagai bentuk klip kertas dalam setiap paket.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Bentuk: Sampul, Langit Berbintang, Bintang, Reben, Cinta, Kaktus, Dolphin, Aiskrim, Berlian,Kamera
  • Saiz: Pelbagai

Kelebihan:

Bentuk yang berbeza
Comel

Harga: RM2.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Metal Spring Paper Clips

Metal Spring Paper Clips
Kredit Gambar: Shopee

Metal Spring Paper Clips diperbuat daripada logam yang mempunyai tahap ketahanan yang tinggi bagi penggunaan berpanjangan tanpa sebarang kerosakan. Klip kertas ini mempunyai keupayaan untuk menggenggam semua kertas anda dengan kuat kerana springnya mempu menahan tekanan walaupun selepas beberapa kali penggunaan. Setiap paket mengandungi 3 keping klip kertas untuk kegunaan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Warna: Perak
  • Saiz: 63mm

Kelebihan:

3 dalam 1
Tahan Lama

Harga: RM2.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Macaron Coloured Paper Clips

Macaron Coloured Paper Clips
Kredit Gambar: Shopee

Macaron Coloured Paper Clips terdapat dalam 3 warna yang terinspirasi daripada macaron yang cantik untuk dipilih berdasarkan pilihan anda. Setiap kotak menyediakan bilangan klip kertas tertentu, bergantung pada saiz. Kotak itu juga padat, menjadikannya mudah untuk diletakkan di dalam kotak pensel atau beg anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Warna Tersedia: Merah Jambu, Ungu, Hijau
  • Saiz Tersedia: 28mm, 50mm

Kelebihan:

Padat
Murah

Harga: RM2.60 – RM2.62

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close