10 Kopi Hazelnut Terbaik Di Malaysia 2025

Kopi hazelnut adalah salah satu kopi berperisa paling popular yang ada di pasaran. Tetapi, tahukah anda bagaimana sebenarnya kopi hazelnut dibuat? Untuk pengetahuan anda, minyak asli atau sintetik akan ditambah pada biji kopi berkualiti rendah untuk menyedapkan kopi hazelnut. Selain itu, kacang disalut dengan minyak perasa selepas dibakar. Kemudiannya ia dibungkus dan dipasarkan untuk dinikmati oleh dunia.

Biasanya, anda akan membeli secawan kopi hazelnut daripada kedai atau kafe untuk menikmatinya. Namun, apa kata jika anda boleh menikmati secawan kopi hazelnut bila-bila masa sahaja anda mahu di rumah? Dalam artikel ini, kami telah bertungkus-lumus untuk menghimpunkan senarai kopi hazelnut terbaik yang terdapat di Malaysia. Anda boleh membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut kopi kegemaran dunia ini.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Kopi Hazelnut?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan kopi hazelnut di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan kopi hazelnut, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, kopi hazelnut seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Kopi Hazelnut?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli kopi hazelnut ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis pkopi hazelnut yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Kopi Hazelnut Terbaik Di Malaysia

1. Nescafe Latte Hazelnut

Nescafe Latte Hazelnut
Kredit Gambar: Tesco

Nescafé Latte Hazelnut membawa keceriaan produk baharu yang unik – Kopi tanpa rasa kerasnya. Produk ini bertujuan untuk menawarkan kepada mereka yang bukan peminum kopi dan juga kepada golongan belia untuk menikmati secawan Nescafé latte pilihan mereka. Marilah menghirup aroma kopi yang kaya, menggoda dan sedikit pedas. Teguklah Nescafé Latte Hazelnut dan rasai kegembiraanya dengan gabungan sempurna kopi berkrim yang licin dan rasa hazelnut yang lazat serta beraroma.

Bahan-bahan: Gula, Sirap Glukosa, Minyak Sayuran, Kopi Larut (10%), Pepejal Susu, Perisa, Penstabil (340, 452, 331,451), Pengemulsi (471, 472e), Garam. Mengandungi Susu.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 480 g

Harga: RM12.32

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Super White Coffee 3-in-1 Roasted Hazelnut

Super White Coffee in Roasted Hazelnut
Kredit Gambar: LKCeService

Kopi Putih Hazelnut Super Roasted adalah untuk mereka yang menggemari rasa asli kopi putih kedai kopi Ipoh. Kopi putih klasik ini boleh digandingkan dengan gula dan krimer untuk secawan kopi berkrim yang lazat. Secawan kopi putih ini akan mengimbau kembali kenangan silam dahulu. Datang dan cubalah hari ini!

Bahan-bahan: Krim Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Lemak Sayuran Terhidrogenasi, Sodium Caseinate (Protein Susu), Pengemulsi, Penstabil, Silikon Dioksida], Gula, Kopi Segera, Pepejal Susu, Kopi Segera Kering Beku, Perisa yang Dibenarkan, Serbuk Koko, Mengandungi Penstabil , Pengemulsi dan Agen Anti-Caking sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Semua Bahan Tambahan adalah Asal Tumbuhan atau Sintetik

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 540 g

Harga: RM14.65

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Old Town White Coffee Dark Roast 3-In-1 Hazelnut Instant Premix White Coffee

Old Town White Coffee Dark Roast In Hazelnut Instant Premix White Coffee
Kredit Gambar: Lazada

Dipanggang pada suhu tinggi, biji kopi panggang ini berwarna perang gelap dengan salutan kilat. Ia mempunyai keasidan yang sangat sedikit dan menyumbang kepada rasa pahit ‘smokey’ pada mulanya. Anda boleh menikmati Old Town White Coffee Dark Roast Hazelnut dengan santai. Setiap teguk adalah kenikmatan abadi dengan rasa licin, aromatik dan berkrim yang berlarutan untuk mempesona semua penggemar kopi sepanjang abad.

Bahan-bahan: Tidak dinyatakan

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 250 g

Harga: RM8.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Aik Cheong 4-in-1 White Coffee Hazelnut

Aik Cheong in White Coffee Hazelnut
Kredit Gambar: Shopee

Aik Cheong Kopi Putih 4-dalam-1 Hazelnut dibuat hanya daripada biji Arabica dan Robusta, dibancuh khas untuk rasa premiumnya. Minuman ini diadun dengan krimer dan gula dalam nisbah yang baik untuk menghasilkan aroma kopi yang kaya dan mantap. Datang dan cublaha hari ini!

Bahan-bahan: Krim [Sirap Glukosa, Minyak Inti Sawit Terhidrogenasi, Sodium Caseinate (mengandungi Protein Susu), Pengemulsi E471, Penstabil E340, Agen Anti-Caking E551, Beta-Carotene E160a], Gula, Kopi Putih Segera, Perisa Makanan yang dibenarkan

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 600 g

Harga: RM17.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Gold Blend Coffee Tree Penang Hazelnut White Coffee 

Gold Blend Coffee Tree Penang Hazelnut White Coffee
Kredit Gambar: Lazada

Jika anda dalam perjalanan dan memilih untuk menikmati secawan kopi putih hazelnut yang lazat, maka kopi ini adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda! Dapatkan secawan kopi kegemaran anda untuk memulakan hari yang sibuk dengan bertenaga.

Bahan-bahan: Krimer Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Lemak Sayuran, Sodium Caseinate (Protein Susu), Penstabil yang Dibenarkan (E340(ii), E451), Pengemulsi (E471, E481), Ejen Anti-caking (E 551)], Gula, Segera Serbuk Kopi dan Perisa Hazelnut.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 600 g

Harga: RM12.00 (Shopee) | RM14.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Ah Huat White Coffee Hazelnut & Cane Sugar

Ah Huat White Coffee Hazelnut Cane Sugar
Kredit Gambar: grandlagunashop.com

Kopi putih Tebu Hazelnut yang pertama di Malaysia mempunyai kadar yang sempurna. Ia juga mengekalkan aroma kopi untuk membuatkan anda berpuas hati dengan setiap teguk yang anda ambil! Hazelnut & gula tebu oleh Ah Huat ini sememangnya membawakan kopi yang lazat dalam cawan anda. Kopi ini mempunyai rasa yang lebih licin dan lazat untuk anda nikmatinya sentiasa!

Bahan-bahan: Krim Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Minyak Sayuran Terhidrogenasi, Sodium Caseinate (Protein Susu), Penstabil, Pengemulsi, Agen Antikekek (E551)], Gula Tebu Asli, Serbuk Kopi Segera, Tepung Susu Skim, Maltodekstrin, Perisa Makanan yang Dibenarkan, Ejen Anticaking E551.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 30 g

Harga: RM15.29 (Shopee) | RM13.80 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Dragon Fruit Brand Hazelnut 3-in-1 White Coffee

Dragon Fruit Brand Hazelnut in White Coffee
Kredit Gambar: Lazada

Kopi Putih Hazelnut 3-dalam-1 jenama Buah Naga mempunyai rasa yang enak dan aroma yang menarik. Kopi putih yang kaya ini adalah pilihan yang sesuai dan bagus untuk mereka yang inginkan kopi hazelnut yang lazat!

Bahan-bahan: Kopi Putih Segera 3-dalam-1 Hazelnut

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 600 g

Harga: RM14.00 (Shopee) | RM12.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Coffee Bean & Tea Leaf Hazelnut Coffee

Coffee Bean Tea Leaf Hazelnut Coffee
Kredit Gambar: The Coffee Bean & Tea Leaf

Kopi kisar berperisa hazelnut oleh The Coffee Bean & Tea Leaf ialah adunan bersahaja yang mempunyai aroma pedas hazelnut panggang berkilat. Kopi mereka menampilkan kualiti tertinggi dan merupakan perisa kopi yang paling lazat digunakan untuk menambat hati anda. Asas kopi yang digunakan pada kopi ini adalah kopi Arabika 100% dan Kopi Kolombia Gred Khas. Tidak seperti syarikat kopi yang lain, mereka hanya akan perasakan kopi mereka selepas dikisar untuk menonjolkan rasa yang lebih baik dan mengelakkan hilangnya aroma kopi sewaktu proses pengisaran.

Bahan-bahan: Serbuk kopi Arabika

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 340 g

Harga: RM55.00 (Shopee) | RM177.86 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Bo Eight Tea Hazelnut Coffee Powder

Bo Eight Tea Hazelnut Coffee Powder
Kredit Gambar: Shopee

Buatkan diri anda secawan kopi hazelnut yang lazat dengan serbuk kopi hazelnut Bo Eight Tea hari ini! Haruman hazelnut yang lazat melayang di udara sudah cukup untuk menarik perhatian anda! Rasanya juga pasti menambat hati anda.

Bahan-bahan: Serbuk Kopi Hazelnut.

Negara Pengeluar: Taiwan

Saiz: 250 g, 1 kg

Harga: RM13.45 (250g), RM26.95 (1kg)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Home’s Cafe Ipoh 3-in-1 Hazelnut White Coffee Drink

Homes Cafe Ipoh in Hazelnut White Coffee Drink
Kredit Gambar: Shopee

Kopi hazelnut yang lazat dan licin ini boleh anda nikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kopi hazelnut segera Home’s Cafe pasti akan memikat hati anda dengan rasa yang harum dan menakjubkan!

Bahan-bahan: Krim Bukan Tenusu (Sirap Glukosa, Minyak Inti Sawit, Sodium Caseinate (Susu)), (1.79%), Gula, Kopi Segera (11%), Penstabil (E340, E452), Pengemulsi (E471, E472e), Anti -Agen Caking (E551), Perisa Hazelnut.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 600 g

Harga: RM12.50 (Shopee) | RM13.65 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close