10 Kopi Mocha Terbaik Di Malaysia 2025

Kopi mocha semakin popular di seluruh dunia. Istilah popular untuk “mocha” berasal daripada “cafe mocha” sama seperti “latte” berasal dari “cafe latte.” Tetapi jika anda benar-benar ingin tahu, kopi mocha ini dinamakan sempena jenis biji kopi yang digunakan untuk membuat bancuhan.

Biji kopi mocha mempunyai rasa coklat semula jadi. Untuk meningkatkan cita rasa coklat, barista menambah sedikit coklat pada resipi mocha. Jika anda berminat untuk membuat kopi mocha yang lazat di rumah, datang dan pilih kopi mocha terbaik daripada senarai ini hari ini! Dalam artikel ini, kami telah menghimpunkan senarai 10 kopi mocha terbaik di Malaysia yang boleh anda dapati.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Kopi Mocha?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan kopi mocha di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan kopi mocha, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, kopi mocha seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Kopi Mocha?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli kopi mocha ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis kopi mocha yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Kopi Mocha Terbaik Di Malaysia 2023

1. Nescafe Latte Mocha

Nescafe Latte Mocha
Kredit Gambar: Nescafe

Dibuat dengan kopi asli dan coklat yang kaya, NESCAFÉ Latte Mocha adalah minuman sensasi untuk penggemar coklat dan kopi. Kaya dan lembut rasanya, hanya satu teguk kebaikan lazat ini akan membuatkan anda seolah-olah anda terapung di awan. Alternatif yang lazat kepada kopi biasa, NESCAFÉ Latte Mocha membolehkan cita rasa anda berkembang dengan gabungan meriah kedua-dua perisa ini.

Bahan-bahan: Gula, Sirap Glukosa, Kopi Larut (13%), Minyak Sayur-sayuran, Pepejal Susu, Koko (2.5%), Perisa, Penstabil (340, 452, 331,451), Pengemulsi (471, 472e), Garam. Mengandungi Susu.

Negara Pengeluar: Switzerland

Saiz: 31 g (x 15 sachet)

Harga: RM12.32 (Shopee) | RM12.33 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Starbucks Premium Instant Mocha Coffee Mix

Starbucks Premium Instant Mocha Coffee Mix
Kredit Gambar: Starbucks® Coffee At Home

Gabungan kopi dan coklat yang lazat menjadikan Starbucks Caffè Mocha Premium Coffee Mix ini kegemaran ramai. Diinspirasikan oleh Starbucks Caffè Mocha, mereka menghasilkan minuman coklat yang kaya ini untuk anda nikmati dalam keselesaan rumah anda sendiri. Diadun secara pakar dengan kopi Arabika 100% berkualiti tinggi, susu tenusu dan koko yang lazat, ia dihiasi dengan lapisan buih yang lembut. Kopi Starbucks kegemaran anda boleh nikmati di mana-mana dan pada bila-bila masa yang anda suka.

Bahan-bahan: Serbuk tenusu, gula, koko (diproses dengan alkali), kopi segera dan tanah mikro, koko, garam, perisa semula jadi. Mengandungi susu

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 14 g (x4)

Harga: RM11.30 (Shopee) | RM11.50 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Wonda 3-in-1 Mocha Coffee

Wonda in Mocha Coffee
Kredit Gambar: Shopee

Kopi Premium WONDA 3-dalam-1 Mocha menghimpunkan gabungan harmoni coklat dan kopi untuk rasa yang mengagumkan. Campuran kopi premium yang menyajikan anda rasa “baru dibancuh” ini boleh anda nikmati pada bila-bila masa.

Bahan-bahan: Air, Gula, Susu Tepung Skim, Susu Tepung Krim Penuh dan Krimer, Kopi Segera dan Serbuk Koko, Mengandungi Perisa Yang Dibenarkan. Mengandungi Pengatur Keasidan dan Pengemulsi Sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan.

Negara Pengeluar: Jepun

Saiz: 28 g (x 15 sachet)

Harga: RM13.90 (Shopee) | RM18.49 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Japan AGF Blendy Drip Mocha Coffee

Japan AGF Blendy Drip Mocha Coffee
Kredit Gambar: Shopee

Nikmati kopi bancuhan yang lazat pada bila-bila masa dengan AGF Blendy Drip Coffee Special/ Mocha Blend! Satu pakej mengandungi 8 paket individu sedia untuk “Drip Brew” (beg penapis kopi, beg titisan). Beg titisan Blendy dibuat dengan teknologi “T2CMI roasting” AGF sendiri yang menghasilkan aroma dan rasa yang kaya sehingga ke titisan terakhir.

Bahan-bahan: Biji Kopi

Negara Pengeluar: Jepun

Saiz: 63 g

Harga: RM17.50 (Shopee) | RM22.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Chek Hup Microground Colombian Mocha

Chek Hup Microground Colombian Mocha
Kredit Gambar: Kawan Food

Minuman coklat, licin dan gelap ini dibuat dengan biji kopi Colombia microground dan tiada perasa kopi tiruan. Batang gula batu Chek Hup khas yang dibungkus secara individu membolehkan anda menambah rasa gula ke dalam kopi anda. Rasailah kopi yang menyegarkan ini.

Bahan-bahan: Krim Bukan Tenusu, Kopi Segera, Koko, Biji Kopi Colombia

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: Coffee: 6 Sachets x 23g, Sugar: 6 Sticks x 10g

Harga: RM16.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Haco SUiSS Mocha Medium Roast Freeze Dried Soluble Coffee

Haco SUiSS Mocha Medium Roast Freeze Dried Soluble Coffee
Kredit Gambar: Haco Asia Pacific Sdn Bhd

Haco Swiss Mocha Medium Roast Coffee Freeze Dried ialah kopi pekat dari Switzerland. Kopi lazat ini wajib anda cub kerana ia memberikan rasa yang lembut dan harum. Nikmati kopi mocha yang mengancam ini bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda. Hari anda akan lebih bertenaga dengan adanya kopi mocha ini.

Bahan-bahan: 100% Biji Kopi Panggang

Negara Pengeluar: Switzerland

Saiz: 100 g

Harga: RM34.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. GFB Mix-Lah Ice Blended Mocha Coffee

GFB Mix Lah Ice Blended Mocha Coffee
Kredit Gambar: GFB Food

GFB menjadikannya mudah untuk anda menikmati secawan mocha yang sejuk pada bila-bila masa! Rasa yang lazat digabungkan menjadi satu untuk menjadikan minuman anda berasa istimewa. Anda boleh menambah krim di atasnya untuk rasa yang lebih menyeronokkan.

Bahan-bahan: Serbuk Mocha.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM18.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Coffee Bean & Tea Leaf Mocha Java Coffee

Coffee Bean Tea Leaf Mocha Java Coffee
Kredit Gambar: The Coffee Bean & Tea Leaf

Mocha Java adalah campuran kopi asli dunia. Tafsiran ini menggabungkan Yirgacheffe Ethiopia yang manis dan ‘fruity’ dengan rasa yang mendalam dan kaya oleh kopi Java Estate. Jika anda menyukai kopi mocha yang ‘kaw’, anda boleh mencuba minuman ini. Ia bukan sahaja pekat, malah anda juga bakal menyukainya jika anda peminat tegar kopi.

Bahan-bahan: Biji Kopi

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 226 g

Harga: RM35.00 (Shopee) | RM75.03 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Cofa Mocha Latte Blend

Cofa Mocha Latte Blend
Kredit Gambar: Shopee

Cofa merupakan jenama kopi yang memiliki variasi kopi campuran yang lazat. Daripada kopi yang ringkas dengan campuran kopi yang lain, Cofa berjaya menghasilkan Mocha Blend yang lazat. Inilah bukti dedikasi Cofa terhadap rakyat Malaysia untuk menghasilkan kopi yang bermutu tinggi dan lazat untuk dinikmati. Gabungan serbuk koko premium dan kopi ‘microground’ pasti menceriakan hari anda.

Bahan-bahan: Kopi Arabika, Koko

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 350 g

Harga: RM45.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Bevanda Mocha Coffee

Bevanda Mocha Coffee
Kredit Gambar: Shopee

Seorang rakyat Malaysia, Bevanda berjaya menghasilkan kopi mocha yang lazat untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia dan di luar Malaysia. Ini adalah satu pencapaian hebat oleh anak jati Malaysia. Mulakan pagi anda dengan kopi mocha yang lazat ini. Rasanya lazat dan berkrim, menepati cita rasa anda.

Bahan-bahan: Biji Kopi.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 35 g (x 12 sachet)

Harga: RM18.80 (Shopee) | RM17.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close