10 Kordial Laici Terbaik Di Malaysia 2025

Hari yang panas memerlukan minuman yang sejuk dan menyegarkan. Jus buah-buahan atau minuman berperisa buah-buahan sentiasa menjadi pilihan terbaik untuk waktu-waktu seperti ini. Minuman ini boleh dinikmati ketika sejuk dan boleh melegakan kehausan anda tatkala cuaca panas terik. Minuman berperisa laici juga merupakan salah satu minuman perisa buah yang digemari oleh ramai orang di seluruh dunia.

Laici merupakan buah berjus yang ranum dan enak dimakan. Isinya berwarna putih krim sememangnya menggoda anda untuk merasainya. Adakala buah laici ini dicampurkan bersama koktel buah untuk menghasilkan minuman campuran yang manis, masam dan lazat. Jika anda suka akan buah laici, anda berada di tempat yang betul. Di sini, kami menghimpunkan senarai kordial laici yang boleh anda cuba untuk memenuhi selera anda.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Kordial Laici?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan kordial laici di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan kordial laici, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, kordial laici seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Kordial Laici?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli kordial laici ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis kordial laici yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Kordial Laici Terbaik Di Malaysia 2023

1. Layang-Layang Lychee Cordial

Layang Layang Lychee Cordial
Kredit Gambar: FOREST-LAYANG

Terbanglah ke langit dengan Kordial Layang-Layang’s Lychee! Kordial yang sangat pekat ini akan memberikan anda minuman berperisa laici yang manis dan lazat. Kordial yang menarik pada hari yang panas jadi untuk menghilangkan kehausan, cubalah Kordial Layang-Layang hari ini!

Bahan-bahan: Kordial Laici

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 375 ml

Harga: RM2.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Nutrifres Lychee Fruit Juice Cordial

Nutrifres Lychee Fruit Juice Cordial
Kredit Gambar: Shopee

Berpestalah dengan Nutrifes! Minuman yang lazat dan sempurna untuk memenuhi hari anda yang ceria. Setiap tegukan minuman ini pasti tidak mengecewakan anda. Apa kata anda sediakan satu jag air laici ini dan hidangkannya kepada keluarga atau kawan-kawan? Pasti lazat.

Bahan-bahan: Kordial laici

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM10.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. NBE Lychee Cordial

NBE Lychee Cordial
Kredit Gambar: Shopee

Tiada siapa yang dapat menahan rasa licin dan manis minuman buah-buahan, bukan? Itulah sebabnya, jika anda sedang mencari minuman laici yang segar, NBE adalah pilihan untuk anda. Datang dan cubalah kordial laici NBE hari ini!

Bahan-bahan: Kordial Laici

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM12.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI SHOPEE

4. Jalen Lychee Cordial

Jalen Lychee Cordial
Kredit Gambar: Shopee

Jalen adalah salah satu jenama yang paling digemari di Malaysia. Begitu juga dengan kordial laici mereka! Apa kata anda buatkan beberapa minuman daripada kordial laici Jalen ini untuk dihidangkan kepada tetamu anda? Pasti mereka terpesona dengan rasa dan aroma minuman laici ini.

Bahan-bahan: Kordial Laici

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 L, 2 L

Harga: RM5.80 (Shopee) | RM8.50, RM15.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Double Lion Khh Flavoured Concentrate Lychee

Double Lion Khh Flavoured Concentrate Lychee
Kredit Gambar: Shopee

Mulakan hari anda dengan Lychee yang manis, lazat dan harum. Jus laici pekat berperisa Double Lion KHH akan membantu anda menghilangkan dahaga! Datang dan cuba hari ini! Anda pasti tidak akan menyesal kerana mencubanya.

Bahan-bahan: Kordial Laici

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 375 ml

Harga: RM2.30 (Shopee) | RM2.81 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. BKC Lychee Cordial

BKC Lychee Cordial
Kredit Gambar: Shopee

Kordial yang kecil tetapi sangat berbaloi! Kordial laici BKC ini merupakan salah satu kordial yang digemari oleh suri rumah. Ia mudah disediakan, semudah ABC. Anda boleh sediakan minuman laici yang lazat ini dengan bantuan BKC Lychee Cordial untuk orang tersayang.

Bahan-bahan: Kordial Laici

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 500 ml

Harga: RM3.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Mamo Lychee Cordial

Mamo Lychee Cordial
Kredit Gambar: Shopee

Ambil peluang untuk menikmati minuman daripada kordial laici besar ini hari ini! Anda boleh sajikan minuman laici sejuk yang lazat ini kepada tetamu anda. Kordial laici ini bukan sahaja pekat malah ia juga lazat dan mudah disediakan. Minuman yang menyegarkan ini pasti dapat menghilangkan rasa haus anda dengan sempurna.

Bahan-bahan: Kordial Laici

Negara Pengeluar: Taiwan

Saiz: 1 L, 5 KG

Harga: RM15.50 (1L), RM42.00 (5kg)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Saga Lychee Cordial

Saga Lychee Cordial
Kredit Gambar: LANGKAWI RUNCIT ENTERPRISE

Kordial laici ini merupakan salah satu kordial laici terbaik di pasaran. Ia menjadi kegemaran ramai suri rumah. Dapatkan Kordial Laici Saga di rak pasar raya terdekat dengan anda hari ini. Selain berpatutan, kordial laici ini juga mudah disediakan dan rasanya cukup sempurna. Hidangkan koktel buah campuran yang sejuk kepada keluarga anda hari ini.

Bahan-bahan: Air yang ditapis, Gula, Perapi Makanan yang Mengandungi (Xanthan Gum), Perisa, Pengawet (E211) dan Pewarna (Caramel) dibenarkan.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 2 L

Harga: RM11.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Saji Syrup Lychee Flavored

Saji Syrup Lychee Flavored
Kredit Gambar: Shopee

Nikmati pelbagai jenis SAJI Cordial yang menyegarkan dan lazat bersama yang tersayang. Hanya tambah sedikit air dan kiub ais, ia sedia untuk dihidangkan! Semudah ABC, bukan? Anda boleh dapatinya di mana-mana pasar raya berdekatan anda. Jangan ketinggalan untuk mencubanya!

Bahan-bahan: Kordial Laici

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 L

Harga: RM9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. 7 Rings Lychee Cordial

Rings Lychee Cordial
Kredit Gambar: paykini.com

Kordial laici 7 Rings membawakan anda kordial laici yang indah untuk anda nikmati bersama orang tersayang anda pada bila-bila masa anda mahu. Anda boleh menikmati minuman berperisa laici atau campurkannya ke dalam pencuci mulut anda. Minuman perisa laici ini juga boleh disediakan dengan cepat, hanya perlukan air dan ais untuk menjadikannya minuman sempurna pada hari yang hangat.

Bahan-bahan: Kordial Laici

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 L

Harga: RM4.65 (Shopee) | RM4.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close