Penjagaan kaki sering diabaikan apabila membeli-belah untuk produk penjagaan badan atau penjagaan kulit. Sekiranya kita banyak berjalan, bersenam dan persekitaran yang kering adalah punca tumit kaki menjadi kasar, retak dan menggelupas. Tambahan lagi, terdapat tanda-tanda bahawa kaki anda memerlukan beberapa produk penjagaan diri dan melembapkan.
Krim kaki dirumus dengan lebih banyak minyak daripada losyen biasa. Ia juga akan menyuburkan, melembapkan, melegakan kaki dan menghilangkan bau kaki anda. Oleh itu, baca info berikut untuk mendapatkan krim kaki sebelum kaki anda kesakitan dan memerlukan perhatian.
Cara Membeli-belah Krim Kaki
Sama ada anda berjalan dengan menggunakan kasut, sandal, atau berkaki ayam, kaki anda mungkin masih dehidrasi. Ini akan mengakibatkan tumit menjadi retak dan ‘calluses’ terbentuk. Krim kaki adalah ubat terbaik dan terpantas untuk melembutkan dan menyembuhkannya. Bahan pengelupasan, bahan penghidratan dan bebas wangian adalah perkara yang perlu anda cari semasa membeli krim kaki.
1. Pengelupasan Kulit Mati
Glikolik, urea, asid laktik, enzim buah-buahan dan asid salisilik membantu membuang kulit mati serta tompok-tompok yang sukar. Oleh itu, baca label sebelum anda membelinya.
2. Menghidrat
Penghidratan ialah kunci kepada kaki licin dan lembut selepas pengelupasan kulit mati. Ceramides, asid hidraulik, gliserin, petrolatum dan squalane adalah beberapa bahan penghidratan yang sebenarnya membantu melembapkan kaki anda.
3. Tanpa wangian
Sebelum membeli krim kaki, pastikan tiada wangian, paraben dan alkohol dalam senarai bahannya. Perkara-perkara ini hanya akan memburukkan keadaan kaki anda dengan menyebabkan kerengsaan atau alahan.
10 Krim Kaki Terbaik di Malaysia 2026
1. Himalaya Foot Care Cream

Pastikan kaki anda yang mengelupas menjadi lembab dan licin dalam satu minggu. Melalui kandungan bahan-bahan semula jadi yang terdapat dalam Himalaya Foot Care Cream, Fenugreek dan madu bertindak sebagai bahan pelembap. Pokok Sal dan kunyit pula kaya dengan sifat antimikrob dan antiradang.
Spesifikasi:
- Bahan: Fenugreek, Ginger, Honey, Sal Tree, Turmeric
- Negara Pengeluar: India
- Berat Produk: 20 g, 50 g
Harga: RM 17.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. FREEMAN Bare Foot Cracked Heel Foot Treatment

Neem Oil, Shea Butter dan Rosemary Oil merupakan tiga bahan utama dalam FREEMAN Bare Foot Cracked Heel Foot Treatment. Balsem yang kaya ini memulih, merawat dan melembapkan tumit yang sangat kering dan retak. Selain itu, krim kaki yang ‘cruelty-free’ ini tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Neem Oil, Shea Butter, dan Minyak Rosemary
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Berat Produk: 100 ml
Harga: RM 22.67
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Ellgy Plus Cracked Heel Cream

Ellgy Plus Cracked Heel Cream kaya dengan bahan-bahan pelembap dan pengukuhan seperti Saccharides Isomerate dan Portulaca Extract. Kedua-dua bahan ini kaya dengan asid lemak Omega-3 yang membantu melembap, melicin, melembutkan tumit kering, berkeringat dan merekah. Sapukan satu hingga dua kali sehari untuk mendapat kesan yang maksimum.
Spesifikasi:
- Bahan: Air Tulen, Alkohol Cetostearyl, Ekstrak Portulaca, Dimethicone, Isopropyl Myristate, Natrium Laktate, Propylene Glycol, Glycerine, Saccharide Isomerate, Ceteareth-6 (dan) Stearyl Alcohol, Ceteareth-25, 2-Phenoxyethanol, Methyl, Ethyl, Propyl, Butyl Paraben, Minyak Lavender, Imidurea
- Negara Pengeluar: Thailand
- Berat Produk: 50 g
Harga: RM 20.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Eucerin Urea Repair Plus 10% Urea Foot Cream

Dengan kandungan urea 10%, Eucerin Urea Repair Plus 10% Urea Foot Cream adalah ubat untuk tumit yang sangat kering, kasar dan rosak. Bahan utamanya ialah urea yang membantu mengurangkan pembentukan kulit mati dan menghilangkan kulit kaki yang merekah. Selain itu, krim kaki yang bebas alkohol dan pewangi ini melembapkan kulit anda dengan serta-merta. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan selama 48 jam.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua, glycerin, urea, cetearyl alkohol, natrium laktat, trigliserida caprylic/capric, Ethylhexyl cocoate, coco-glycerides terhidrogenasi, octyldodecanol, cera microcristallina, paraffinum liquidum, dimethicone, sorbitan stearate, aluminium kanji octenylsuccinate, asid laktik, phenoxyethanol, peg-40 minyak kastor, natrium cetearyl sulfat, carbomer.
- Negara Pengeluar: Hamburg
- Berat Produk: 100 ml
Harga: RM 49.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Rosken Skin Repair Feet & Heel Balm

Rosken Skin Repair Feet & Heel Balm mengandungi dos vitamin E, Urea, Dimethicone, minyak pudina dan allantoin yang tinggi. Kandungan ini dapat menyuburkan, membaiki dan melindungi tumit kering, berkeringat, kasar dan dehidrasi. Sapukan dua kali sehari dan anda boleh melihat kesannya dalam masa tiga hari.
Spesifikasi:
- Bahan: Water (Aqua), Urea, Ethylhexyl Stearate, Tocopheryl Acetate, Dimethicone, Cetearyl Alcohol, Ammonium Lactate, Propylene Glycol, Methyl Gluceth-20, Menthyl Lactate, Allantoin, Vaccinium Myrtillus Fruit/Leaf Extract, Saccharum Officinarum (Sugar Cane) Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Fruit Extract, Citrus Medica Limonum (Lemon) Fruit Extract, Acer Saccharum (Sugar Maple) Extract, Lactic Acid, PEG-40 Stearate, Sodium PCA, Silica, Ceteareth-20, PEG-20 Methyl Glucose Sesquisterate, Tocopheryl, Methyl Glucose Sesquiserate, Mentha Piperita (peppermint) Oil, Xanthan Gum, PEG-4 Dilaurate, Aloe Barbadensis Leaf Juice Powder, Triticum Vulgare (Wheat) Germ Oil, Ethoxydiglycol, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Butylene Glycol, Glucose, Bisabolol, Phenoxyethanol, Diazolidinyl Urea, Iodopropynyl Butylcarbamate, Limonene.
- Negara Pengeluar: Australia
- Berat Produk: 50 g
Harga: RM 22.60
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. O’KEEFFE’S Healthy Feet Foot Cream Exfoliating

O’KEEFFE’S Healthy Feet Foot Cream didatangkan dalam tiga formula iaitu menyembuh, pengelupasan dan rawatan malam. Krim ini dijamin dapat melegakan dan melembutkan tumit anda dalam satu penggunaan. Selain itu, ia juga bebas daripada alkohol, wangian dan minyak pati. Ia tidak meninggalkan lekitan selepas krim ini disapu.
Spesifikasi:
- Bahan: Water, Glycerin, Stearic Acid, Sodium Hydroxide, Allantoin, Paraffin, Hydroxypropyl Methylcellulose, Octyldodecyl Stearate, Diazolidinyl Urea, Iodopropynyl Butylcarbamate, Acrylates/Acrylamide Copolymer, Mineral Oil, Polysorbate 85.
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Berat Produk: 85 g
Harga: RM 48.80
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Linola Foot Lotion

Linola Foot Lotion penuh dengan asid linoleik (minyak bunga matahari) yang menyelesaikan masalah tumit kering dan berkeringat. Ia juga dapat mengekalkan kelembapan sepanjang hari. Dengan pH yang lebih rendah iaitu 4, tiada lagi bakteria yang akan menyebabkan bau pada kaki anda. Oleh itu, ia menjadikan kulit anda licin, lembap dan bebas bakteria.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua, Cetearyl Isononanoate, Dicaprylyl Ether, Cera Alba, Hexyl Laurate, Caprylic/Capric Triglyceride, Glycerin, PEG-7 Hydrogenated Castor Oil, Glycolic Acid, Magnesium Sulfate, Phenoxyethanol, Ethyl Linoleate, PEG-30 Dipolyhydroxystearate, Glyceryl Caprylate, Sodium Hydroxide, Tocopherol, Helianthus Annuus Seed Oil, Allantoin, Glycine Soja Oil, Lecithin.
- Negara Pengeluar: Jerman
- Berat Produk: 100 ml
Harga: RM 58.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Cuccio Naturale Intense Hydrating Cracked Heel Treatment

Cuccio Naturale Intense Hydrating Cracked Heel Treatment menghidrat tumit anda yang retak dan rosak teruk dengan bahan-bahan terbaik dari produk ini. Artisan Shea dan Vetiver kaya dengan komponen antibakteria. Oleh itu, anda juga boleh menyapu pada mana-mana bahagian badan yang dehidrasi selain kaki.
Spesifikasi:
- Bahan: Artisan Shea, Vetiver
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Berat Produk: 50 g
Harga: RM 68.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Gold Bond Ultimate Diabetic Skin Relief Foot Cream

Gold Bond Ultimate Diabetic Skin Relief Foot Cream ialah krim kaki nombor satu yang dirumus untuk masalah kulit kering pesakit kencing manis. Ia menjamin dapat melembut dan menghidratkan segera sepanjang hari. Krim kaki ini juga bebas dari phthalate, pewarna, parabens dan lanolin.
Spesifikasi:
- Bahan: Water, Glycerin, Glyceryl Stearate, Distearyldimonium Chloride, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Polyethylene, Stearyl Alcohol, Cetearyl Alcohol, Behentrimonium Methosulfate, Methyl Gluceth-20, Steareth-2, Steareth-21, Allantoin, Cocodimonium Hydroxypropyl Hydrolyzed Rice Protein, Cetyl Alcohol, Tocopheryl Acetate, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter Extract, Peg-10 Phytosterol, Polysorbate 60, Ceramide Ng, Hydrolyzed Collagen, Stearamidopropyl Pg-Timonium Chloride Phosphate, Jojoba Esters, Dmdm Hydantoin, Magnesium Ascorbyl Phosphate, Butylene Glycol, Methylparaben, Palmitoyl Hexapeptide-12, Propylene Glycol, Hydrolyzed Jojoba Esters, Propylparaben, Edta, Potassium Hydroxide, Tribehenin, C12-15 Alkyl Benzoate, Retinyl Palmitate.
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Berat Produk: 96 g
Harga: RM 73.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. CeraVe Diabetics’ Relief Hand & Foot Cream

CeraVe Diabetics’ Relief Hand & Foot Cream dibuat khas untuk kulit pesakit kencing manis kerana mereka terdedah kepada tangan dan kaki yang kering. Oleh itu, penghidratan mendalam dan krim untuk melembutkan adalah penting. Krim kaki ini dikaya dengan ceramide, urea dan bilberry yang merupakan rawatan terbaik untuk kulit kering.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua/ Water / Eau, Dicaprylyl Ether, Caprylic / Capric Triglyceride, Glycerin, Boron Nitride, Glyceryl Stearate, Silica Silylate, Sodium Hydroxide, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Vaccinium Myrtillus Fruit Extract, Hydroxyethyl Urea, Glyceryl Stearate Se, Myristyl Alcohol, Ceramide Np, Ceramide Ap Ceramide Eop, Carbomer, Saccharum Officinarum Extract/sugarcane Extract / Extrait De Canne A Sucre, Cetearyl Alcohol, Behentrimonium Methosulfate, Sodium Lauroyl Lactylate, Cholesterol, Phenoxyethanol, Tocopherol, Caprylyl Glycol, Citrus Aurantium Dulcis Fruit Extract/orange Fruit Extract, Citrus Limon Fruit Extract / Lemon Fruit Extract, Acer Saccharum Extract/ Sugar Maple Extract, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Xanthan Gum, Phytosphingosine, Ethylhexylglycerin.
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Berat Produk: 89 ml
Harga: RM 68.80
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.