Ruam pada bayi bukan satu masalah yang baru dan boleh dikatakan semua bayi akan melalui fasa ini. Ruam pada kawasan lampin terjadi apabila kulit terdedah pada kelembapan dan bendasing yang mengandungi bakteria dalam jangka masa yang lama. Sebagai ibu bapa, anda boleh mengelakkan kerengsaan kulit pada bayi anda dengan penggunaan krim ruam lampin sebelum memakai lampin. Hal ini kerana krim ruam lampin mengandungi bahan yang membantu dalam proses pembaharuan kulit serta melegakan kerengsaan. Berikut adalah 10 krim ruam lampin bayi terbaik di Malaysia.
Apakah yang perlu dilakukan jika ruam lampin tidak hilang?
Sekiranya ruam lampin bayi anda tidak hilang atau bertambah teruk walaupun selepas penggunaan krim ruam, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor. Selain itu, anda juga perlu mendapatkan rawatan perubatan jika anak anda bertindak di luar kebiasaan, demam atau ruam bernanah.
Apakah simptom ruam lampin?
Ruam lampin berlaku disebabkan jangkitan kulat yang kebiasaanya melibatkan bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen. Ruam biasanya berwarna kemerahan dengan bintil-bintil kecil berwarna putih atau kuning. Jika keadaan menjadi lebih teruk warnanya akan menjadi lebih merah. Ia mudah untuk dibezakan dengan ‘contact dermatitis’ kerana ruam hanya berlaku pada bahagian lipatan anggota badan.
10 Krim Ruam Lampin Bayi Terbaik di Malaysia 2023
1. Anakku Baby Nappy Cream

Anakku Baby Nappy Cream ini tidak mengandungi bahan berbahaya seperti paraben, pewarna dan alkohol sekali gus menjadikannya selamat untuk kulit bayi anda. Krim lampin ini mempunyai ekstrak chamomile yang membantu dalam proses pembaharuan kulit serta melegakan kerengsaan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga memiliki tekstur yang ringan, tidak melekit dan mudah meresap apabila dipakai.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Minyak Mineral, Zink Oksida, Gliserin, Cetearyl Alcohol, Ceteareth-20, Dimethicone, Petrolatum, Beeswax, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Phenoxyethanol, Sorbitan Caprylate, Caprylyl Glycol, Ethoxylene Glycol, Ethoxylene Glycolly Glukosa, Asid Laktik, Ekstrak Bunga Chamomilla Recutita (Matricaria), Bisabolol, Pewangi, Chlorhexidine Dihydrochloride
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Isi padu: 50 ml
Kelebihan:
✅ Bebas paraben
✅ Melegakan kerengsaan kulit
✅ Tanpa pewarna
Harga: RM6.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Sudocrem Antiseptic Healing Cream

Sudocrem Antiseptic Healing Cream merupakan krim yang efektif dalam menangani pelbagai masalah kulit. Krim ini membantu membaiki dan melegakan kegatalan kulit serta memulihkan pelindung semula jadi kulit bayi anda. Selain itu, ia juga mengandungi sudocrem yang berfungsi untuk memastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan menghilangkan kesakitan akibat iritasi.
Spesifikasi:
- Bahan: Bahan Aktif: Zink Oksida (15.25%), Benzyl Alkohol (Bp 0.39%), Benzyl Benzoate (Bp 1.01%), Benzyl Cinnamate (0.15%), Lanolin (Hypoallergenic) (4.00%), Bahan Tidak Dimurnikan Air, Parafin Cecair, Lilin Parafin, Beeswax, Microcrystalline Wax, Natrium Benzoat, Linalil Asetat, Propilena Glikol, Asid Sitrik, Anisole Hidroksi Butilasi, (Lavender) Wangian
- Negara Pengeluar: Ireland
- Isi padu: 60 ml, 125 ml
Kelebihan:
✅ Memulihkan pelindung semula jadi kulit bayi anda
✅ Boleh digunakan pada luka kecil dan melecet
✅ Formula emolien
Harga: RM15.90 – RM23.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Bepanthen Nappy Rash Ointment

Dengan formula ‘triple action’, krim ruam daripada Bepanthen ini bukan hanya mampu menyembuhkan ruam malah ia juga dapat melindungi kulit daripada dijangkiti ruam agar bayi anda kekal selesa. Bukan itu sahaja, krim ini juga diperkaya dengan pro-vitamin B5 yang membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan. Krim ini juga boleh digunakan pada ruam yang terbentuk akibat cuaca dan peluh.
Spesifikasi:
- Bahan- bahan: Aqua, Lanolin Anhydrous, Parafin Cecair, Petrolatum, Panthenol, Minyak Prunus Amygdalus Dulcis, Cera Alba, Cetyl Alcohol, Stearyl Alcohol, Protegin XN (Paraffinum Liquidum (Eu);Minyak Mineral (Kami), Petrolatum, Ozokerite, Glyceryl Oleate, Lanolin Alkohol
- Negara Pengeluar: Switzerland
- Isi padu: 3.5 ml, 30 ml, 100 ml
Kelebihan:
✅ Mengandungi pro-vitamin B5
✅ Bebas daripada bahan pengawet
✅ Bebas daripada pewangi
Harga: RM3.69 – RM25.79
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Drapolene Cream

Drapolene Cream ialah krim ruam dengan tekstur yang ringan dan bebas minyak serta membantu memulihkan pelindung semula jadi kulit bayi anda. Krim ini mengandungi pH 5.5 yang terbukti berkesan untuk membantu pertumbuhan ‘acid mantle’ dalam menjaga kulit bayi. Ia bukan hanya merawat ruam lampin malah ia juga dapat mencegah dan melindungi kulit bayi anda daripada terdedah kepada bakteria.
Spesifikasi:
- Bahan: Benzalkonium Chloride 0.01% W/wand Cetrimide 0.2% W/w. Lain-lain Bahan: White Soft Parafin, Woolfat (purified Lanolin), Cetyl Alcohol, Polawax, Chlorocresol, Amaranth(e123), Air
- Negara Pengeluar: Poland
- Isi padu: 55 ml
Kelebihan:
✅ Mencegah kemerahan
✅ Melegakan kegatalan kulit
✅ Mudah untuk disapu
Harga: RM35.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Pureen Nappy Rash Cream

Pureen Nappy Rash Lotion ialah krim antiseptik yang berfungsi untuk memerangi bakteria yang menjadi penyebab kepada ruam lampin. Krim ini dirumus khas untuk menghasilkan lapisan perlindungan yang akan mengurangkan kontak antara kulit bayi dan kotoran. Bukan itu sahaja, krim ini juga berkesan dalam merawat dan mengurangkan gejala ruam lampin, ruam panas dan ruam melecet pada bayi. Penggunaan secara konsisten dapat membantu dan memperbaiki masalah kulit bayi anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Benzalkonium Chloride, Cetrimide, Zinc Oxide, Methyl Hydroxybenzoate, Propyl Hydroxybenzoate, Cetostearyl Alcohol, Cetomacrogol 1000 BPC, White Soft Paraffin, Liquid Parafin, Air
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Isi padu: 100 ml
Kelebihan:
✅ Mendapat kelulusan KKM
✅ Boleh digunakan pada kulit sensitif dan ekzema
✅ Membentuk pelindung semula jadi kulit
Harga: RM20.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Applecrumby Ultimate Nappy Cream

Applecrumby Ultimate Nappy Cream amat berkesan untuk mengawal ruam akibat penyakit kulit ekzema atau kering. Ia mengandungi bahan organik seperti madu manuka, ekstrak aloe vera, teh hijau, ekstrak lavender dan tasmannia lanceolata yang membantu menguatkan lapisan perlindungan kulit serta memberikan kelembapan berpanjangan. Krim ini sesuai untuk kegunaan harian kerana ia bebas daripada bahan terlarang seperti paraben, pewangi tiruan dan phthalates. Teksturnya yang berat juga memudahkannya untuk disapu dan diserap ke dalam lapisan kulit bayi.
Spesifikasi:
- Bahan: Ekstrak Daun Aloe Barbadensis (Organik), Asid Stearik, Cetil Alkohol, Gliserin, Butilena Glikol, Metil Gluceth-20, Karbomer, Trigliserida Kaprilik/Kaprik, Squalane, Natrium Benzoat, Zea Mays (Jagung) Pati Aurantium Dulcistrus Minyak Kupas (Oren), Myristyl Myristate, Myristyl Laurate, Allantoin, Ekstrak Centella Asiatica, Bisabolol, Potassium Sorbate, Minyak Biji Macadamia Ternifolia, Minyak Biji Simmondsia Chinensis (Jojoba), Hydroxyphenyl Propamidobenzoic Acid, Pentylene Glycol, Bunga Chloride, Minyak Biji Lapis Bunga , Ekstrak Akar Glycyrrhiza Glabra (Likuoris), Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis, Ekstrak Akar Polygonum Cuspidatum, Minyak Buah Vanila Planifolia (Vanila), Ekstrak Buah/Daun Tasmannia Lanceolata, Rosmarinus Officinalis (Ekstrak Rosemary) Leafmill Matricaria) Ekstrak Bunga, Ekstrak Madu, Ekstrak Lavandula Stoechas (Organik).
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Isi padu: 75 ml
Kelebihan:
✅ Bahan organik
✅ Cepat meresap
✅ Tidak meninggalkan kesan berminyak
Harga: RM31.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Mama’s Choice Baby Krim Lampin

Mama’s Choice Baby Diaper Cream sesuai digunakan oleh bayi dan kanak-kanak yang mengalami ruam lampin, kerengsaan kulit dan kemerahan. Krim ini mengandungi 3 bahan utama iaitu badam, ekstrak rosemary dan centella asiatica. Bahan-bahan ini akan membantu dalam melembapkan kulit bayi anda, melindungi kulit daripada kerengsaan dan melegakan kemerahan serta ruam dengan berkesan. Bukan itu sahaja, produk ini juga telah diuji secara dermatologi.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua, Glyceryl Stearate, Cetyl Alcohol, Stearic Acid, Isopropyl Myristate, Propanediol, Butylene Glycol, Propylheptyl Caprylate, Ethylhexylglycerin, Hydroxyethyl Acrylate / Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer Copolymer Acid Ekstrak Akar Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun), Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis , Ekstrak Daun Camellia Sinensis (teh hijau), Ekstrak Akar Glycyrrhiza Glabra (licorice), Chamomillia Recutita (Chamomile) Ekstrak Daun Officinalis (Rosemary)
- Negara Pengeluar: Singapura
- Isi padu: 50 ml
Kelebihan:
✅ Hypoallergenic
✅ Diuji secara dermatologi
✅ Bebas petroleum
Harga: RM28.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Cetaphil Baby Calendula Diaper Cream

Cetaphil Baby Calendula Diaper Cream ialah krim ruam lampin yang diformulasikan dengan vitamin E, vitamin B5 dan calendula. Hal ini dapat membantu menenangkan dan menyembuhkan ruam lampin serta kemerahan pada kulit bayi anda. Krim ini juga telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk digunakan bagi penghidap ‘hypoallergenic’.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Zink Oxide, Propylene Glycol, Isopropyl Palmitate, Minyak Biji Helianthus Annuus (Bunga Matahari), Polyglyceryl-3 Polyricinoleate, Polyglyceryl-3 Diisostearate, Gliserin, Ricinus Communis (Castor) Benih Minyak, Hexyldecanoyl Laura, Hexyldecanoyl Laura Ekstrak Bunga Calendula Officinalis, Heliotropin, Lilin Lebah, Zink Sulfat, Zink Stearat, Tokoferol.
- Negara Pengeluar: Jerman
- Isi padu: 70 ml
Kelebihan:
✅ Hypoallergenic
✅ Melindungi kulit daripada kelembapan lampin
✅ Halus dan lembut pada kulit
Harga: RM33.28
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Desitin Maximum Strength Baby Diaper Rash Cream

Desitin Maximum Strength Baby Diaper Rash Cream ini mengandungi 40% zink oksida yang efektif dalam menyembuhkan dan mencegah ruam lampin serta mengelakkan ketidakselesaan ketika memakai lampin. Krim ruam lampin ini mempunyai tekstur yang pekat dan ringan serta mampu melindungi kulit si manja anda sehingga 12 jam. Selain itu, ia juga diformulasikan dengan bahan bebas pewarna, pewangi, phthalates dan paraben sekali gus menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian.
Spesifikasi:
- Bahan: Zink Oxide (40%), Petrolatum, Minyak ikan kod, Lanolin, Talc, Gliserin, Sorbitan Sesquioleate, Beeswax, Tocopheryl Acetate, Pewangi
- Negara Pengeluar: United Kingdom
- Isi padu: 113 ml
Kelebihan:
✅ Hypoallergenic
✅ Bebas paraben
✅ Bebas Phthalate
Harga: RM32.90 – RM38.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Baby Sebamed Baby Diaper Cream

Baby Sebamed Baby Diaper Cream sangat efektif dalam menenangkan kerengsaan, keradangan dan kemerahan yang terdapat pada kulit bayi anda. Krim lampin ini diperkaya dengan ‘beeswax’ yang dapat melindungi kulit bayi anda daripada bendasing yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. Di samping itu, krim ini juga mempunyai ciri ‘fungistatic’, ‘bacteriostatic’ dan ‘non-comedogenic’ yang bermaksud ia tidak akan menyumbat pori-pori kulit bayi anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua, Petrolatum, Paraffinum liquidum, Polyglyceryl-2-Sesquiisostearate, Panthenol, Cera alba, Sorbitol, Squalane, Titanium Dioxide, Dimethicone, Ekstrak dedak Triticum vulgare, Lecithin, Ascorbyl Palmitate, Allantoin, Ceraliccritate, Ceraliccritate /Capric Triglyceride, Citric Acid, Disodium EDTA, Sodium Hydroxide, Parfum, Benzyl Alcohol, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate, Sorbic Acid
- Negara Pengeluar: Jerman
- Isi padu: 100 ml
Kelebihan:
✅ Non-comedogenic
✅ Mengandungi pH 5.5
✅ Formula ‘water-in-oil’
Harga: RM23.75
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.