Rasailah sedikit kemanisan untuk secawan teh atau kopi yang sempurna daripada krimer kegemaran anda. Adakah anda sering menggunakan krimer di dalam minuman anda? Jika anda hendak tahu, krimer digunakan untuk mencerahkan dan memaniskan kopi hitam yang panas atau sejuk, espresso atau teh.
Anda juga boleh menggunakan krimer untuk menonjolkan kelazatan kopi sebenar. Jika anda peminat kopi, pasti krimer ini ada di dalam pantri dapur rumah anda. Dalam artikel ini, kami menghimpunkan senarai krimer terbaik di Malaysia khusus untuk anda. Jika anda hendak tahu apakah dia, teruskan membaca artikel ini.
Di manakah saya boleh mendapatkan krimer?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan krimer di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan krimer, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, krimer seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih krimer?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli krimer ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis krimer yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Krimer Terbaik di Malaysia 2025
1. Cap Keluarga Sweetened Creamer

Krim Keluarga ini menambah rasa yang lebih berkrim dan licin pada kopi atau teh harian anda. Ia mempunyai kebaikan tambahan Vitamin A, D3, B1 dan sifar kolesterol. Cuba krimer Manis Keluarga hari ini. Anda pasti tidak menyesal.
Bahan-bahan: Gula, Air, Pepejal Susu, Minyak Sawit, Laktosa, Vitamin B1, A dan D3. Mengandungi Penstabil dan Pengemulsi sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan.
Saiz: 500 g
Harga: RM 2.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Saji Sweetened Creamer

Krimer Manis Saji diperkaya dengan Vitamin A, D3 dan B1. Ia telah menjadi krimer pilihan yang digemari kerana ia bebas kolesterol. Tambahkan lebih rasa pada minuman anda dengan krimer manis Saji hari ini. Krimer ini juga merupakan antara krimer yang menjadi pilihan suri rumah di seluruh Malaysia.
Bahan-bahan: Gula, Air, Minyak Kelapa Sawit, Susu Tepung, Vitamin (B1, A & D3), Mengandungi Penstabil dan Pengemulsi yang Dibenarkan sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Semua Bahan Tambahan adalah dari Asal Tumbuhan atau Sintetik
Saiz: 500 g
Harga: RM 2.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Tarik-Tarik Sweetened Creamer

Krimer Manis Tarik-Tarik ialah pilihan terbaik untuk menjadikan minuman kegemaran anda lebih berkrim, seperti kopi atau the. Krimer ini meninggalkan rasa yang kaya dan berkrim pada minuman anda. Cubalah Krimer Manis Tarik-Tarik hari ini.
Bahan-bahan: Gula, Pepejal Susu dan Minyak Sawit Ditapis. Mengandungi Pengemulsi (Asal Soya) dan Penstabil sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan.
Saiz: 500 g
Harga: RM 2.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Teapot Sweetened Creamer

Teapot Sweetened Creamer memberikan rasa aromatik, dan berbuih yang baik dalam minuman. Kaya dan dibuat dengan hanya bahan-bahan berkualiti terbaik, Teapot Sweetened Creamer menambah baik minuman kegemaran anda untuk rasa yang lebih licin dan berkrim.
Bahan-bahan: Gula, Pepejal Susu, Lemak Susu, Vitamin (A, B1, D3)
Saiz: 500 g
Harga: RM 2.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Gold Coin Sweetened Creamer

Teh susu tidak sempurna tanpa krimer. Krimer Manis Syiling Emas F&N ialah rakan kongsi yang hebat untuk teh susu anda, serta sebarang minuman lain yang memerlukannya. Bawa pulang satu tin krimer ini ke rumah anda dan jadikan minuman anda lebih lazat dengannya.
Bahan-bahan: Gula, Pepejal Susu & Minyak Sawit Ditapis.
Saiz: 392 g
Harga: RM 3.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Nestle Coffee Mate Creamer

Nestlé Coffee-Mate Coffee Creamer ialah gandingan terbaik untuk kopi anda kerana ia memberikan kopi anda tekstur yang lebih kaya, berkrim dan licin. Cuba krimer ini hari ini dan rasai perbezaannya. Percayalah, krimer ini memang krimer yang diminati ramai, khususnya bagi peminat kopi.
Bahan-bahan: Sirap Glukosa, Minyak Sayuran Terhidrogenasi (Minyak Kelapa Sawit), Sodium Caseinate (Protein Susu), Pengatur Keasidan (E451i), Penstabil (E452i, E331iii, E340ii), Pengemulsi (E471, E472e), Perisa (E572e), Perisa (E572e), Antikekek Garam, Mengandungi Pengatur Keasidan, Penstabil, Pengemulsi, Ejen Anticaking sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Mengandungi Perisa yang Dibenarkan, Semua Bahan Tambahan adalah Asal Tumbuhan atau Sintetik
Saiz: 200 g
Harga: RM 12.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Tesco Non-Dairy Creamer

Manjakan diri dengan minuman panas kegemaran anda bersama krimer bukan tenusu kami. Digandingkan dengan Kopi Segera Tesco kami untuk menikmati rasa yang kaya dan tekstur berkrim dalam setiap tegukan. Cubalah, anda pasti menyukainya!
Bahan-bahan: Gula, Minyak Sayur-sayuran, Pepejal Susu, Mengandungi Penstabil dan Pengemulsi yang Dibenarkan sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Semua Bahan Tambahan adalah Asal Tumbuhan atau Sintetik
Saiz: 450 g
Harga: RM 6.55
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Coffee Dreamy Creamer

Tambahkan rasa yang kaya dan lembut pada kopi anda dan jadikan ia sebagai miuman kegemaran anda. Gunakan krimer ini untuk menambahkan lagi keenakan teh susu anda, kopi, minuman lain, pencuci mulut dan aiskrim. Pasti ia akan membuat anda ketagih dengan kelazatannya.
Bahan-bahan: Gula, Minyak Sayur-sayuran, Pepejal Susu, Mengandungi Penstabil dan Pengemulsi yang Dibenarkan sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Semua Bahan Tambahan adalah Asal Tumbuhan atau Sintetik
Saiz: 1 kg
Harga: RM 12.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Kay Kay Plant-Based Dairy-Free Creamer

Tidak seperti krimer tenusu biasa dengan gula tinggi dan perisa tiruan, Krimer 97% Tanpa Tenusu Berasaskan Tumbuhan Kay Kay adalah alternatif yang lebih sihat berbanding krimer biasa. Hal ini kerana krimer ini adalah 0% Kolesterol, 0% Lemak Trans, Bebas Soya dan Tanpa Gluten. Jadikan minuman harian anda lebih aromatik dan licin dengan Krimer Kay Kay Plant-Based Dairy-Free yang premium ini!
Bahan-bahan: Sirap Glukosa, Minyak Kelapa Terhidrogenasi Sepenuhnya, Sodium Caseinate (turunan susu), Dipotassium Phosphate, Monoglyceride Suling, Silicone Dioxide, Perisa Susu.
Saiz: 200 g
Harga: RM 12.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Rasa Royal Non-Dairy Creamer

Apabila orang berfikir tentang krimer bukan tenusu, mereka memikirkan krimer Rasa Royal. Sebagai peneraju kategori ini, krimer ini terus memberikan warna berkrim yang konsisten, rasa yang kaya dan tekstur yang lazat yang disukai oleh peminum kopi. Hargai perbezaan daripada krimer bukan tenusu Rasa Royal ini. Pasti anda menyukainya!
Bahan-bahan: Sirap Glukosa, Minyak Sayur-sayuran, Natrium Kaseinat, Dipotassium Fosfat (E340ii), Mono- dan Digliserida Asid Lemak (E471), Silika (E551) sebagai Ejen Anticaking, Beta Karotena sebagai Ejen Pewarna
Saiz: 1 kg
Harha: RM 14.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.