8 Kuil Gua Yang Wajib Dilawati Di Ipoh 2025

Ipoh merupakan Ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak, Malaysia yang terkenal dengan makanan, budaya dan pemandangan yang indah. Selain daripada kopi putih Ipoh, Tau Fu Fah dan lukisan dinding, Ipoh juga mempunyai gunung kars batu kapur, gua, mata air panas dan kuil gua.

Kuil gua merupakan antara tempat yang wajib anda lawati sekiranya anda berkunjung ke Ipoh. Ia bukan sahaja menawarkan pemandangan yang indah, malah ia juga menunjukkan budaya fahaman Taoisme. Untuk anda yang bukan penganut Taoisme, anda tidak perlu risau kerana kebanyakan kuil mengalu-alukan kunjungan semua orang tanpa mengira agama. Selagi anda mengikut peraturan dan tidak memusnahkan tempat yang anda lawati, anda pasti akan mendapat pengalaman yang menarik sepanjang melawat kuil gua. 

Apa itu kuil gua?

Idea pembinaan kuil gua sebenarnya dibawa oleh negara China ke Asia Tengah. Salah satu kuil gua yang tertua ialah Dunhuang dan telah dibina pada tahun 366. Ipoh merupakan salah satu bandar di Malaysia yang mempunyai banyak gua batu kapur. Secara tidak langsung, hal ini telah menjadi salah satu asbab kepada pembinaan kuil di dalam gua. Semakin hari semakin banyak kuil gua dibina sekali gus ia telah menjadi salah satu tarikan di Ipoh. Untuk pengetahuan anda, kuil gua pada asasnya tiada sebarang perbezaan dengan kuil biasa.

8 Kuil Gua Yang Wajib Dilawati di Ipoh 2025

1. Perak Tong Temple

Perak Tong Temple
Kredit gambar: LivingOutLau
Perak Tong Temple
Kredit gambar: IpohGo

Perak Tong Temple merupakan salah satu kuil gua yang terkenal di Ipoh. Ia ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Cong Sen Yee dan isterinya, Choong Chan Yoke. Lukisan mural dewa yang berwarna-warni merupakan salah satu tarikan yang ditawarkan di kuil gua ini. Kuil ini terletak berdekatan dengan susur keluar lebuhraya Utara-Selatan. Bukan itu sahaja, ia juga tidak mengenakan sebarang bayaran kemasukan. 

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap Hari)

Alamat: Jln. Kuala Kangsar, Kawasan Perindustrian Tasek, 31400 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

2. Ling Sen Tong Temple

Ling Sen Tong Temple
Kredit gambar: Entree Kibbles
Ling Sen Tong Temple
Kredit gambar: The Perpetual Saturday

Kuil gua Ling Sen Tong sering dikatakan sebagai kuil biasa dan tidak berada di dalam gua ekoran terdapat pelbagai bagunan yang dibina berdekatan dengan kuil ini. Namun, apabila anda melangkah masuk ke kuil ini, anda masih dapat merasai kedinginan gua tersebut. Kuil gua ini juga menawarkan pelbagai tarikan menarik seperti patung Guanyin dan pelbagai lukisan mural.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap Hari)

Alamat: Ling Sen Tong Temple, Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

3. Sam Poh Tong Temple

Sam Poh Tong Temple
Kredit gambar: travelswithsun
Sam Poh Tong Temple
Kredit gambar: samlock1995

Kuil gua Sam Poh Tong terletak di Kampung Gunung Rapat, Ipoh dan berdekatan dengan kuil gua Ling Sen Tong. Kuil Sam Poh Tong dikelilingi dengan pelbagai pokok dan bukit-bukau yang menjadikannya salah satu tempat yang sangat sesuai untuk anda yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi. 

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 2:30 petang (Setiap Hari)

Alamat: Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

4. Guanyin Cave

Guanyin Cave
Kredit gambar: IpohGo
Guanyin Cave
Kredit gambar: IpohGo

Gua Guanyin terletak hanya beberapa kilometer dari kuil Ling Sen Tong. Secara tidak langsung, hal ini membolehkan anda melawat ketiga-tiga kuil iaitu kuil Ling Sen Tong, Sam Poh Tong dan Gua Guanyin dalam satu perjalanan. Nama kuil ini diambil sempena patung ‘Guanyin’ yang diletakkan di kuil gua tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga dihiasi dengan pelbagai mural 3D yang menarik.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap Hari)

Alamat: Lot 21606, Batu 4 1/2, Jalan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak, 1, 31350 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

5. Kek Look Tong Temple

Kek Look Tong Temple
Kredit gambar: Visit Perak
Kek Look Tong Temple
Kredit gambar: travelwithsun

Kek Look Tong mempunyai reka bentuk yang luas dengan persekitaran yang santai dan berangin sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan dan keluarga. Memandangkan kuil gua ini dilengkapi dengan pelbagai tarikan yang menarik, ia sering dijadikan tempat bergambar untuk Instagram.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 4:00 petang (Setiap Hari)

Alamat: Pesiaran Sepakat 3, Taman Endah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

6. Huat Tian Keong Temple

Huat Tian Keong Temple
Kredit gambar: Caving in SE Asia
Huat Tian Keong Temple
Kredit gambar: Caving in SE Asia

Kuil Huat Tian Keong agak kurang dikenali ekoran kawasan geografinya yang terletak di kawasan perumahan di Bercham. Tambahan pula, keadaan kuilnya yang agak gelap dan malap serta tiada sebarang mural menyebabkan pengunjung lebih memilih kuil lain. Namun, ia masih berbaloi untuk dilawati sekiranya anda ingin belajar mengenai budaya Cina. 

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap Hari)

Alamat: Lebuh Bercham Selatan, Taman Desa Impian, 31400 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

7. Nam Thean Tong Temple

Nam Thean Tong Temple
Kredit gambar: DestiMap
Nam Thean Tong Temple
Kredit gambar: Aroma Asian

Nam Thean Tong merupakan salah satu kuil gua tertua di Ipoh yang ditubuhkan sejak tahun 1867. Tarikan utama Nam Thean Tong ialah patung ‘Confucious’ emas yang diletakkan di hadapan pintu masuk kuil. Kebanyakan orang Cina percaya bahawa ‘Confucious’ ialah dewa pelajaran, jadi tidak hairan jika anda melihat ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke sini. 

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 2:00 petang (Setiap Hari)

Alamat: 3 Jalan Gopeng 1, 30250 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

8. Dong Hua Cave Temple

Dong Hua Cave Temple
Kredit gambar: Tong Wah Cave
Dong Hua Cave Temple
Kredit gambar: Sin Chew Press

Kuil ini merupakan antara kuil gua tersejuk di Malaysia dan terletak di Taman Bistari, Ipoh. Namun, lawatan ke kuil ini tidak galakkan untuk anda yang mempunyai penyakit asma, semput dan juga warga emas. Hal ini kerana, untuk sampai ke kuil tersebut, anda perlu memanjat lebih kurang 100 anak tangga.  

Waktu Operasi: 8 pagi – 5 petang (Setiap Hari)

Alamat: Lot 26006, Hala Perindustrian 1, Taman Bistari, 31400 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close