8 Laundry Basket Terbaik di Malaysia 2025

Di manakah biasanya anda meletakkan pakaian kotor anda? Adakah di sinki, di kaunter atau hanya di atas lantai? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan laundry basket. Ia bukan sahaja menyediakan tempat penyimpanan pakaian kotor, malah ia juga menjadikan bilik mandi anda lebih kemas dan bersih.

Terdapat pelbagai jenis laundry basket yang dijual di pasaran hari ini. Jadi, di sini kami telah menyenaraikan 8 laundry basket terbaik di Malaysia pada tahun 2025 yang anda boleh dapatkan hari ini! 

Faedah Menggunakan Laundry Basket di Rumah:

Penggunaan laundry basket di rumah mampu menjadikan bilik mandi anda kelihatan lebih kemas dan bersih. Selain itu, ia mempunyai reka bentuk mudah alih bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi permintaan anda. 

1. Kemas dan teratur: 

Laundry basket membolehkan anda menyimpan pakaian kotor anda dengan mudah dan kemas tanpa berselerak di atas lantai. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menjimatkan ruang sekali gus menjadikan bilik mandi anda lebih kemas dan bersih. 

2. Mudah alih:

Laundry basket didatangkan dengan reka bentuk mudah alih dan ringan bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. 

3. Pilihan:

Laundry basket boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna bagi membolehkan anda memilih bakul mengikut kehendak dan kesesuaian anda. 

8 Laundry Basket Terbaik di Malaysia 2023

1. MOMOKO Laundry Basket

MOMOKO Laundry Basket
Kredit gambar: Shopee

Laundry basket ini diperbuat daripada linen dan kapas berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak dan kalis air. Ia didatangkan dengan kapasiti penyimpanan 60 L sekali gus membolehkan anda meletakkan pakaian kotor dalam kuantiti yang banyak. Bukan itu sahaja, laundry basket ini juga dilengkapi dengan 2 pemegang pada bahagian sisi bagi memudahkan anda membawanya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Linen, Kapas 
  • Saiz: 40 cm (Sederhana), 50 cm (Besar) 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Reka Bentuk: Kelabu, Hitam, Kuning, Putih, Burung Hantu, Bintang Putih, Buaya, Arnab, Khemah, Anak Panah, Kiub, Pokok Krismas, Kiub, Segitiga, Kucing Putih, Bintik Hitam, Bulatan

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Mempunyai pemegang sisi
Kalis air
Kapasiti besar


Harga: RM8.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Full Colour Water-Proof Foldable Laundry

Full Colour Water Proof Foldable Laundry
Kredit gambar: Shopee

Laundry basket ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas sekali gus membuatkan ruang bilik anda kelihatan kemas. Selain itu, ia juga diperbuat daripada bahan tahan lama dan kalis air. Ia juga mempunyai kualiti yang tinggi selain dijual pada harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam 1 saiz sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas, Linen
  • Saiz: 41 cm x 35 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Reka Bentuk: Hitam, Kelabu, Putih, Coklat, Beruang, Burung, Belang, Bohemia, Kotak-kotak, Kucing, Beruang Kutub, Pokok, Paus, Landak

Kelebihan:

Kalis air
Berkualiti tinggi, binaan tahan lasak
Reka bentuk boleh dilipat
Mempunyai pemegang sisi

Harga: RM7.99 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Foldable Dirty Laundry Basket Organiser

Foldable Dirty Laundry Basket Organiser
Kredit gambar: Shopee

Foldable Dirty Laundry Basket Organiser merupakan antara laundry basket yang digemari pengguna ekoran reka bentuknya yang ringkas serta dilengkapi dengan 3 bahagian penyimpanan. Hal ini bagi membolehkan anda mengasingkan pakaian anda mengikut warna, bahan dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan ciri boleh dilipat bagi memudahkan penyimpanan sekiranya tidak digunakan. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Oxford Stent, Aluminium 
  • Saiz: 35 cm x 39 cm x 57 cm (satu grid), 60 cm x 39 cm x 60 cm (dua grid), 68 cm x 38 cm x 60 cm (tiga grid) 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Putih, Merah, Kelabu Gelap, Bercorak 

Kelebihan:

Reka bentuk kemas
Kapasiti besar
Boleh dilipat
Didatangkan dengan 3 bahagian penyimpanan

Harga: RM14.20 – RM40.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. White Grey Laundry Basket

White Grey Laundry Basket
Kredit gambar: Shopee

Laundry basket ini mempunyai reka bentuk gaya Jepun serta dipasarkan dalam 2 saiz dan warna yang berbeza untuk anda pilih. Ia didatangkan dengan kapasiti penyimpanan sehingga 60 L serta dilengkapi dengan pemegang sisi bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya. Bukan itu sahaja, laundry basket ini juga mempunyai lubang kecil bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik 
  • Saiz: 43.5 cm x 34.5 cm x 45.5 cm (45 L), 43.5 cm x 34.5 cm x 57.5 cm (60 L) 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Putih, Kelabu 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Kapasiti besar
Mempunyai pemegang sisi
‘Breathable’
Didatangkan dengan penutup

Harga: RM45.98 (45L) | RM55.98 (60L) 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. IKEA JALL Laundry Bag

IKEA JALL Laundry Bag
Kredit gambar: Shopee

IKEA JALL Laundry Bag ini diperbuat daripada plastik dan keluli yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama serta mampu menampung berat sehingga 8 kg pakaian. Reka bentuknya yang ringkas serta didatangkan dengan saiz standard membolehkannya diletakkan di pelbagai ruangan di bilik mandi anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik, Kapas, Keluli Tahan Karat 
  • Saiz: 41 cm x 43 cm x 64 cm 
  • Negara Pengeluar: Sweden 

Kelebihan:

Kapasiti besar
Mampu menampung berat sehingga 8 kg
Reka bentuk boleh dilipat
Fleksibel

Harga: RM19.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. Muji Laundry Bag 

Muji Laundry Bag
Kredit gambar: Shopee

Muji Laundry bag ini menawarkan kapasiti penyimpanan sehingga 60 L serta didatangkan dalam 2 saiz berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan anda. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan kalis air dan tahan lasak bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Ia juga boleh dilipat dan disimpan dengan mudah apabila tidak digunakan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas, Linen 
  • Saiz: 30 cm x 30 cm x 40 cm (36 L), 41 cm x 26 cm x 55 cm (60 L) 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Kelebihan:

Kapasiti besar
Mempunyai pemegang sisi
Reka bentuk boleh dilipat
Kalis air

Harga: RM23.50 (Kecil) | RM 26.90 (Besar) 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. WINDSING Rattan Laundry Basket

WINDSING Rattan Laundry Basket
Kredit gambar: Shopee

WINDSING Laundry basket ini mempunyai rupa yang agak unik ekoran ia diperbuat daripada rotan. Ia didatangkan dalam pelbagai warna dan saiz untuk anda pilih. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan penutup bagi mengelakkan sebarang kotoran daripada terkena pakaian anda. Bukan itu sahaja, ia juga tidak akan memakan ruang yang banyak ekoran saiznya yang kecil dan padat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Rotan 
  • Saiz: 44 cm x 34 cm x 50 cm, 30 cm x 25 cm x 37 cm, 37 cm x 27 cm x 47 cm 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Coklat, Burlywood, Putih, Kopi 

Kelebihan:

Reka bentuk yang unik
Didatangkan dengan penutup
Pelbagai saiz
Pelbagai warna
Berkualiti tinggi, binaan tahan lama

Harga: RM78.90 to RM140.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Laundry Basket

Laundry Basket
Kredit gambar: Shopee

Jika anda inginkan laundry basket dengan reka bentuk yang ringkas, kukuh, berkapasiti besar, dan moden, maka laundry basket ini pilihan terbaik untuk anda. Ia diperbuat daripada PP dan poliester berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, laundry basket ini juga dipasarkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP, Poliester 
  • Saiz: 34 cm x 34 cm x 56 cm (Kecil), 40 cm x 40 cm x 63 cm (Besar) 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Kelabu, Kopi, Khaki, Hijau 

Kelebihan:

Pelbagai saiz
Pelbagai warna
Berkualiti tinggi, binaan tahan lasak
Didatangkan dengan penutup
Kapasiti besar


Harga: RM49.90 (Kecil) | RM 59.90 (Besar)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close