Longan dalam tin adalah salah satu makanan dalam tin yang terkenal di Malaysia. Di pasar raya atau kedai runcit, anda boleh melihat ia terletak bersama makanan dalam tin yang lain seperti kacang soya dalam tin, pic dalam tin, jagung dalam tin dan banyak lagi. Longan kekal sebagai buah yang manis dan enak. Kemudian, orang menjadikannya sebagai makanan dalam tin yang boleh mencipta lebih banyak hidangan atau gaya pemakanan yang berbeza.
Longan dalam tin boleh digunakan sebagai pencuci mulut, topping dan bahan masakan. Sebagai contoh, ramai orang meletakkan longan dalam tin ke dalam sup makan malam, sirap dan minuman. Ia mampu membuatkan sos makanan ini menjadi lebih segar dan manis. Di Malaysia, terdapat banyak longan premium dalam tin yang sentiasa dialu-alukan oleh penduduk tempatan. Jadi, berikut ialah senarai 8 longan tin terbaik di Malaysia:
Di manakah saya boleh mendapatkan longan di dalam tin?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan longan di dalam tin di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan longan di dalam tin, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, produk seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih longan di dalam tin?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli produk ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu keadaan tin tersebut. Cuba pilih tin yang masih elok dan tidak rosak kerana ia mengandungi longan yang masih dalam keadaan baik. Selain itu, anda perlu mengambil kira tarikh luput produk tersebut. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
8 Longan Tin Terbaik di Malaysia 2025
1. Peace Brand King Longan in Syrup

Peace Brand King Longan in Syrup mengandungi Logan segar. Isinya enak dan cukup berair. Ia boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut semasa perayaan. Anda boleh menghidangkan logan dalam tin ini bersama ais untuk dinikmati semasa cuaca panas. Rasanya yang enak dan manis telah menarik ramai orang untuk mendapatkannya.
Bahan-bahan: Longan, Air, Gula
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 565 g
Harga: RM9.40-RM9.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Nutrico Longan in Syrup

Nutrico Longan in Syrup berasal dari Thailand. Ia boleh dijadikan minuman yang manis dan menarik. Sirapnya berasa pekat dan padan dengan Longan, jadi gabungannya membuatkan rasa minuman menjadi lebih manis.
Bahan-bahan: Longan, Air, Gula
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 565 g
Harga: RM5
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Hosen Longan in Syrup

Hosen Longan in Syrup adalah produk halal yang menyediakan longan segar kepada anda. Buah-buahan longan ini diurus dengan baik dan dilindungi kerana ia baru dipetik dari pokok dan selamat. Isinya sedap dan baik untuk kesihatan anda. Anda boleh mengesyorkannya kepada keluarga anda untuk memilikinya!
Bahan-bahan: Longan, Air, Gula
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 565 g
Harga: RM7.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Queen Bell King Longan

Queen Bell Longan in Syrup terdiri daripada longan yang lebih lazat. Anda boleh menjadikannya sebagai minuman lazat bersama keluarga dan rakan anda. Rasanya sedap dan anda bakal tidak puas meminumnya terutama sewaktu cuaca panas!
Bahan-bahan: Longan, Air, Gula
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 565 g
Harga: RM7.90-RM8.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Nikko King Longans

Nikko King Longan terdiri daripada longan yang besar. Longan ini berasa enak dan elok digandingkan bersama sirap pekat. Percayalah, anda pasti ketagih dengan minuman ini. Selain itu, longan dalam tin ini juga boleh disimpan antara 9 bulan hingga 12 bulan!
Bahan-bahan: Longan, Air, Gula
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 565 g
Harga: RM6
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. AAA Longans Lychees Heavy Syrup Can

AAA Longans Lychees Heavy Syrup Can adalah produk halal. Ia melibatkan Longan dan Laici di satu dalam tin. Laici yang dimasukkan memang sedap dan kaya dengan isinya. Anda boleh mempunyai dua perisa buah berbeza pada masa yang sama. Ia adalah pilihan yang baik untuk menjadikannya sebagai snek. Anda juga boleh menjadikannya sebagai koktel dan berkongsi dengan keluarga dan rakan anda.
Bahan-bahan: Longan, Laici, Air, Gula
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 565 g
Harga: RM4.50-RM5.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Suntree Canned Fruits Longan 565g

Suntree Canned Fruits Longan mencapai pensijilan halal. Ia adalah produk segera dan boleh disimpan untuk masa yang lama. Pada masa yang sama, ia adalah baik dalam kualiti, seperti ia mengandungi longan segar dan berperisa. Harga mampu milik dan berbaloi untuk dibeli.
Bahan-bahan: Longan, Sirap, Air, Asid Sitrik mengandungi Asid Sitrik sebagai Pengatur Keasidan, Penstabil sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 565 g
Harga: RM6.05-RM9.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Yusuf Taiyoob Buah Longan Bersirap

Yusuf Taiyoob Buah Longan Bersirap adalah produk halal dan sedia untuk dimakan. Anda boleh menyimpannya dalam tempoh yang lama kerana tarikh luputnya melebihi 15 bulan. Ia boleh mengurangkan kebimbangan anda dan anda boleh menikmatinya di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Bahan-bahan: Longan, Air, Gula
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 567 g
Harga: RM7.50-RM8.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.