Macaron adalah pencuci mulut Perancis yang memiliki inti dan diapit oleh 2 cengkerang. Cengkerang ini diperbuat daripada gula, putih telur, mentega dan tepung badam. Macaron adalah sejenis pencuci mulut yang seimbang kerana ia boleh memuaskan selera anda yang inginkan sesuatu yang manis. Selain itu, kualiti macaron adalah bergantung kepada rasa manis dan kekacang yang saling melengkapi.
Macaron juga memberikan rasa yang enak sekali gus boleh menggembirakan anda apabila merasainya. Selain memberikan rasa manis yang menggembirakan, macaron adalah gabungan 2 biskut yang disumbat dengan badam, buttercream, ganache, jem, gula tepung, dan putih telur. Cengkerang biskut itu rangup di bahagian luar dan kenyal dibahagian dalam. Sungguh menyelerakan. Di sini kami senaraikan 5 macaron terbaik di Johor.
Mengapakah Macaron Dikatakan Unik?
Macaron mempunyai saiz yang mudah dipegang, warna dan tekstur yang menarik menjadikannya hidangan yang sukar untuk ditolak. Biskut ini mempunyai kerak rangup dan bahagian dalam yang lembut. Intinya terdiri daripada ganache, buttercream, atau jem. Cengkerangnya pula dibuat menggunakan meringue, gula, dan tepung badam. Apa yang menarik, macaron ini datang dalam pelbagai perisa.
Mengapakah Macaron Begitu Mahal?
Macaron adalah pencuci mulut yang mahal kerana proses pembuatannya memerlukan masa dan teknik yang cerewet untuk menghasilkannya. Boleh dikatakan, ia sangat mencabar untuk menyempurnakan resipi macaron klasik. Oleh sebab itu, ia mahal.
5 Macaron Terbaik di Johor 2025
1. Maco Cafe Sutera Utama


Maco Cafe Sutera Utama adalah kafe yang terkenal di Taman Sutera. Mereka mempunyai macaron terbesar di bandar ini. Pelanggan terdahulu mengatakan macaron di sini rangup di permukaan serta licin berkrim di dalamnya. Jika anda mencari sesuatu yang manis, maka macaron di sini boleh menepati cita rasa anda. Selain itu, kafe ini berhawa dingin dan interior dalamannya pula direka minimalis bagi memberikan suasana yang tenang dan selesa kepada para pengunjung di sini.
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 10:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 65, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor.
No. Telefon: 013-727 3366
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://ms-my.facebook.com/MacoCafeBakery/
Instagram: https://www.instagram.com/macocafejb/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Patisserie De Charme


Patisserie De Charme terletak di Taman Mount Austin dan menyajikan macaron yang lazat untuk anda. Mereka menjual macaron bersaiz comel dalam pelbagai warna dan perisa. Mereka juga menawarkan macaron tradisional yang menyelerakan dari segi rasa, tekstur, dan persembahan. Reka bentuk dalaman restoran ini mengenakan konsep minimalis, sekali gus menjadikan pengguna mereka berasa selesa dan tenang apabila berada di sini. Memandangkan terdapat hanya dua meja makan di kafe ini, ramai pelanggan memilih untuk duduk di situ sambil menikmati macaron buatan mereka.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 7:00 malam (Rabu – Ahad)
Alamat: No.16, 6/5, Jalan Ekoflora Utama, 81100 Johor Bahru, Johor.
No. Telefon: 011-1618 3891
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/patisserie.de.charme/
Instagram: https://www.instagram.com/patisseriedecharme/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. The Sugar Pantry


The Sugar Pantry menampilkan suasana gaya Jepun yang sempurna dan menyajikan pencuci mulut Perancis. Mereka menghasilkan macaron yang lazat dengan hiasan yang indah. Apabila memasuki kedai ini, anda pasti akan kagum dengan hiasan yang diilhamkan dari Jepun ini. Macaron mereka akan dihidangkan dengan sirap gula, coklat, strawberi dan aiskrim. Harga setiap makanan di sini bersesuaian dengan apa yang anda harapkan dari kedai pencuci mulut. Selain itu, ia adalah tempat yang menyenangkan untuk melepak serta berbual bersama rakan-rakan tanpa gangguan sambil menikmati macaron yang terbaik.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 11, Jalan Molek 1/9, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor.
No. Telefon: 017-770 7897
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/thesugarpantry.tsp/
Instagram: https://www.instagram.com/thesugarpantrymsia/?hl=en
4. Amaya Food Gallery at Amari Johor Bahru


Amaya Food Gallery at Amari Johor Bahru menyediakan makanan istimewa Asia dan antarabangsa yang dipengaruhi oleh budaya street food tempatan. Anda akan menghargai suasana yang indah ketika menikmati ‘hi tea’ gaya Inggeris klasik. Amaya Food Gallery menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan pencahayaan ambien yang indah bagi menghasilkan persekitaran yang selesa. Rasailah macaron mereka yang rangup di luar dan lembut di dalamnya. Terdapat beberapa perisa macaron yang disajikan di sini seperti Karamel Masin, Hazelnut,Oren, Blackcurrant, Calamansi, Raspberry dan Coklat.
Waktu Operasi: 6:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.
No Telefon: 016-776 8547
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/AmayaJohorBahru/
Instagram: https://www.instagram.com/amayafoodgallery/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. Lavender Bakery, City Square


Lavender Bakery in City Square merupakan kedai roti kegemaran rakyat Johor. Oleh kerana ramai pelanggan sering berkunjung ke kedai ini, baker dan staff di sini sering menghasilkan kuih-muih dan kek yang segar dari oven untuk menambat hati para pengunjung. Selain itu, kedai ini menyajikan pelbagai jenis macaron yang lazat dalam pelbagai warna dan perisa. Antara perisa macaron yang sering dipesan adalah Vanilla Bean, Oreo, coklat, strawberry, Nutella. Semuanya demi memenuhi selera para pelanggan di sini.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Lot J2-36, Aras 2, City Square, 108, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor.
No. Telefon: 07-207 2110
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/mylavendermylife/
Instagram: https://www.instagram.com/mylavendermylife/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINIDapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.