10 Makeup Remover Wipes Terbaik di Malaysia 2025

Setiap orang mempunyai cita rasa yang berlainan dalam mengurus rutin pembersihan muka. Ada sesetengah individu lebih gemar melakukan rutin yang panjang dan kompleks. Ada juga yang lebih suka melakukan rutin yang ringkas dan padat. Jadi, rutin ini bergantung kepada cara dan gaya seseorang individu. 

Makeup remover wipes ini sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai jadual yang padat tidak kira siang atau malam. Pakar penjagaan kulit juga menyarankan untuk mencuci wajah selepas memakai produk kimia di muka setiap hari, jika tidak kulit anda boleh menjadi rosak atau kusam. Dengan adanya makeup remover wipes, rutin pembersihan wajah anda kini menjadi lebih mudah. Berikut adalah 10 makeup remover wipes terbaik di Malaysia pada tahun 2025.

10 Makeup Remover Wipes Terbaik di Malaysia 2023

1. Bifesta Cleansing Sheets

Bifesta Cleansing Sheets
Kredit gambar: Watsons

Bifesta remover wipes sangat efektif dalam menanggalkan solekan kalis air seperti maskara, celak dan asas solekan yang tebal dengan sempurna dan mudah. Ia juga dilengkapi dengan teknologi kawalan sebum bagi menyegarkan kulit wajah anda sekali gus membuatkan kulit tampak lebih cerah dan berseri. Ia didatangkan dalam 4 variasi iaitu ‘Bright Up’, ‘Enrich’, ‘Moist’ dan ‘Oil In’.  

Spesifikasi:

  • Jumlah: 46 helai
  • Bahan: Disodium EDTA, Sodium Stearoyl Glutamat, Sodium Citrate, Xanthan Gum, Air, Gliserin, Asid Sitrik, Alkohol, PEG-6 Caprylic/Capric Gliseride, Asid Laktik, Methylparaben, Phenoxyethanol, PEG-7 Cocolyate , TEA-Cocoate, PEG-20 Glyceryl Oleate, PEG-8 Diisostearate, Bis-Glyceryl Ascorbate
  • Negara Pengeluar: Jepun 

Harga: RM 19.92

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. EVERLY Collagen Makeup Remover Cleansing Wipes

EVERLY Collagen Makeup Remover Cleansing Wipes
Kredit gambar: Hermo

EVERLY Collagen Makeup Remover Cleansing Wipes ini diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, kolagen, ekstrak sagu dan ekstrak lavender yang bukan sahaja dapat membersihkan kulit wajah dengan lembut malah, ia juga dapat menyegarkan dan meremajakan kulit wajah anda. Selain itu, ia juga tidak akan mengeringkan wajah anda. 

Spesifikasi:

  • Jumlah: 20 helai
  • Bahan: Air, Gliserin, Propilena Glikol, Jus Daun Aloe Barbadensis, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Ekstrak Daun Salvia Officinalis (Biji), Ekstrak Bunga Lavandula Angustifolia (Lavender), Ekstrak Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Recutan Rosemary (Matricaria) Ekstrak Bunga, Ekstrak Cymbopogon Schoenanthus, Kolagen Terhidrolisis, Tocopheryl Acetate, Allantoin, Ester Glycereth-8 Minyak Zaitun, Cocamidopropyl Betaine, Cetylpyridinium Chloride, Caprylyl Glycol, Cocamidopropyl PG-Dimonium Chloride, Cidropropyl PG-Dimonium PHC, Fraxylphenotric Acid , Citronellol, Linalool
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Harga: RM 7.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. BEAUTY FORMULAS Argan Oil Cleansing Facial Wipes

BEAUTY FORMULAS Argan Oil Cleansing Facial Wipes
Kredit gambar: Pinterest

BEAUTY FORMULAS Argan Oil Cleansing Facial Lap merupakan makeup remover wipes yang dapat menghapus kotoran dan melembap kulit dalam satu langkah. Ia juga dirumus dengan minyak argan bagi mengawal kandungan minyak dan sebum berlebihan pada wajah anda. Hasilnya, kulit anda akan lebih licin dan lembut.  

Spesifikasi:

  • Jumlah: 30 helai
  • Bahan: Aqua (Air), Cetyl Isononanoate, Argania Spinosa (Argan) Minyak Inti, Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Ekstrak Daun, Chamomilla Recutita (Matricaria) Air Bunga, Gliserin, Tocopheryl Acetate, Disodium EDTA, Ceteareth -20, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Sodium Citrate, Ceteareth-12, Cetyl Palmitate, Lauryl Glucoside, Benzalkonium Chloride, lodopropynyl Butylcarbamate, 2-Bromo-2-Nitroropane-1,3-Diol, Asid Sitrik 
  • Negara Pengeluar: United Kingdom  

Harga: RM 10.43

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. CYBER COLORS Grapefruit Makeup Remover Wipes

CYBER COLORS Grapefruit Makeup Remover Wipes
Kredit gambar: Shopee

CYBER COLORS Grapefruit Makeup Remover Wipes didatangkan dengan tekstur tisu yang sangat lembut dan boleh membersihkan wajah anda dengan mendalam. Ia juga diperkaya dengan bahan penghidratan dan antioksidan seperti limau gedang dan Aloe Vera. Ia sesuai digunakan untuk menanggalkan solekan mata, bibir dan semestinya seluruh wajah.

Spesifikasi:

  • Jumlah: 30 helai
  • Bahan: Aqua(air), Isopropyl Myristate, Ceteary Ethylhexanoate, Butylene Glycol, Poloxamer 184, 1,2,-hexanediol, Sorbitan Sesquioleate, Peg-20 Glyceryl Triisostearate,(grandceethanol), Fhenoxyethanol Butylene Glycol, Ekstrak Buah Citrus Paradisi, Aqua(air), Butylene Glycol, Ekstrak Biji Citrus Paradisi, Ethylhexylglycerin, Disodium Edta, Aqua(air), Butylene Glycol, Ekstrak Buah Cucumis Sativus, Phenoxyethanol, Aqua(air), Butylene Glycol, Hamamelis Ekstrak Virginiana, Phenoxyethanol, Aqua(air) Butylene Glycol, Ekstrak Buah Citrus Aurantifolia, Ekstrak Buah Pyrus Malus, Ekstrak Buah Citrus Aurantium Dulcis, Ekstrak Buah Vitis Vinifera, Phenoxyethanol, Tocopheryl Acetate
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Harga: RM 7.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Watsons 3in1 Micellar Facial Cleansing Wipes

Watsons in Micellar Facial Cleansing Wipes
Kredit gambar: Watsons

Watsons 3 in 1 Micellar Facial Cleansing Wipes ini menawarkan anda 3 fungsi pembersihan dalam satu pembelian iaitu membersih, menenangkan dan melembapkan kulit. Makeup remover wipes daripada Watsons ini boleh menanggalkan kotoran dan solekan kalis air pada bibir dan mata dengan intensif. Ia selamat digunakan untuk anda yang mempunyai kulit sensitif. 

Spesifikasi:

  • Jumlah: 20 helai
  • Bahan: Aqua, Propylene Glycol, Phenoxyethanol, Polysorbate 20, Cetyl Palmitate, Gliserin, Sodium Coco-glucoside Tartrate, Potassium Laureth Phosphate, Parfum, Cetylpyridinium Chloride, Aloe Barbadensis, Ekstrak Daun Chalicodex, Ekstrak Chalicodex. Asid, Propilena Glikol, Minyak Kastor Terhidrogenasi PEG40, Tocopheryl Acetate, Ekstrak Hamamelis Virginiana, Butylphenyl MethylpropionaI, Citronel lo I, Hexyl Cinna mal, Linalool, Alpha Isomethylonone, Benzyl Salicylate, Coumarin
  • Negara Pengeluar: Hong Kong

Harga: RM 12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. SIMPLE Kind to Skin Cleansing Facial Wipes

SIMPLE Kind to Skin Cleansing Facial Wipes
Kredit gambar: Simple® Skincare

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, anda boleh cuba cleansing wipes daripada jenama Simple ini. Ia mampu membersihkan wajah anda dengan mendalam tanpa mengakibatkan sebarang kerengsaan. Hal ini kerana, ia diformulasikan dengan bahan bebas paraben, alkohol dan pewangi. Selain itu, ia juga diperkaya dengan vitamin E, vitamin B5 dan gliserin. 

Spesifikasi:

  • Jumlah: 7 helai
  • Bahan: Aqua, Cetearyl Isononanoate, asid Benzoik, Ceteareth-12, Ceteareth-20, Cetearyl Alcohol, Asid sitrik, Asid Dehydroacetic, Disodium EDTA, Gliserin, Glyceryl Stearate, Panthenol, Pantolactonel, Phenodium ethanol, Phenodium ethanol Tocopheryl Acetate
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Harga: RM 7.82

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. NIVEA MicellAIR Rose Water Wipes

NIVEA MicellAIR Rose Water Wipes
Kredit gambar: NIVEA

NIVEA MicellAIR Rose Water Wipes dirumus dengan air mawar asli bagi mengimbangi minyak muka semula jadi serta melembapkan kulit anda sepanjang hari. Ia juga berkesan menghilangkan kotoran dan solekan secara menyeluruh. Selain itu, makeup remover wipes ini juga mampu mengawal penghasilan sebum supaya liang pori tidak tersumbat dan bebas daripada bakteria sekali gus menjadikan kulit anda bebas daripada jerawat. 

Spesifikasi:

  • Jumlah: 25 helai
  • Bahan: Aqua, Alkohol Denat, Minyak Kastor Terhidrogenasi PEG-40, Phenoxyethanol, Gliserin, 1,2-Hexanediol, Sorbitol, Poloxamer 124, Trisodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Decyl Glucocetate, Politheryl Acetate, Pancopheryl Acetate 10, Asid Sitrik, Air Bunga Rosa Damascena, Disodium Cocoyl Glutamat, Glyceryl Glucoside, Sodium Chloride, Sodium Acetate, Propylene Glycol, Sodium Sulfate, Isopropyl Alcohol, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate, Sorbic Acid, Linalool, Citronellol, Limonenene Benzoate, BHT, Pewangi
  • Negara Pengeluar: Jerman 

Harga: RM 18.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Purederm Argan Oil Makeup Remover Wipes

Purederm Argan Oil Makeup Remover Wipes
Kredit gambar: Watsons

Purederm Argan Oil Makeup Remover Wipes mampu menanggalkan solekan anda dengan cepat dan berkesan tanpa sebarang kerengsaan. Selain itu, ia juga mengandungi campuran minyak argan, vitamin E, teh hijau dan Aloe Vera yang terbukti dapat menjadikan  kulit anda segar, terhidrat, licin dan bersih. Makeup remover wipes ini sesuai untuk kulit normal dan kombinasi. 

Spesifikasi:

  • Jumlah: 30 helai
  • Bahan: Air (Aqua), Alkohol Denat, Gliserin, Propilena Glikol, Minyak Zaitun Glisereth-8 Ester, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Ekstrak Daun Salvia Officinalis (Biji), Ekstrak Bunga Lavandula Angustifolia (Lavender), Rosmarinus Ekstrak Officinalis (Rosemary), Ekstrak Bunga Chamomilla Recutita (Matricaria), Ekstrak Cymbopogon Schoenanthus, Tocopheryl Acetate, Cocamidopropyl Betaine, Jus Daun Aloe Barbadensis, Minyak Inti Argania Spinosa, Ekstrak Inti Argania Spinosa, Allantoin, Disotylpyrid ED, Glycolpyride Cocamidopropyl PG-Dimonium Chloride Phosphate, Citric Acid, Phenoxyethanol, Fragrance (Pewangi)
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan 

Harga: RM 9.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Neutrogena Makeup Remover Cleansing Towelette

Neutrogena Makeup Remover Cleansing Towelette
Kredit gambar: Walmart

Neutrogena Makeup Remover Cleansing Towelette mampu membersihkan muka anda dengan lembut serta berkesan dalam menghapuskan kotoran degil dan solekan kalis air. Selain itu, ia juga selamat digunakan di kawasan sensitif seperti mata. Makeup remover wipes ini juga mengandungi ekstrak timun yang melindungi kulit anda daripada kering.

Spesifikasi:

  • Jumlah: 20 helai
  • Bahan: Air, Isononyl Isononanoate, Pentaerythrityl Tetraethylhexanoate, Cetyl Ethylhexanoate, Isostearyl Palmitate, Cyclopentasiloxane, Hexylene Glycol, PEG-6 Caprylic/​Capric Glycerides, Phenoxy Fragranate, Phenoxyl-Glycerides Natrium Hidroksida, Asid Benzoik, Asid Dehydroacetic, Iodopropynyl Butylcarbamate, Gliserin, Ethylhexylglycerin, Polyaminopropyl Biguanide, Ekstrak Daun Aloe Barbadensis, Ekstrak Buah Cucumis Sativus (Timun)
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat.

Harga: RM 36.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

10. beplain Greenful pH-Balanced Facial Cleansing Wipes

beplain Greenful pH Balanced Facial Cleansing Wipes
Kredit gambar: olive young

Sama seperti makeup remover wipes yang lain, ia juga berfungsi untuk membersihkan kulit daripada kotoran. Ia didatangkan dengan tisu ultra lembut yang membolehkannya membersihkan wajah anda tanpa merosakkan kulit. Produk ini diperkaya dengan 30% ekstrak Kacang Mung dan vitamin E untuk kelembapan yang berpanjangan.

Spesifikasi:

  • Jumlah: 20 helai
  • Bahan: Air, Ekstrak Biji Vigna Radiata, Dipropylene Glycol, Polyglyceryl-6 Caprylate, Gliserin, Polyglyceryl-4 Caprate, Ekstrak Rosmarinus Officinalis (Rosemary), Ekstrak Cymbopogon Schoenanthus, Ekstrak Bunga Chamomilla Recutita (Matricaria) Ekstrak Daun Officinalis (Bijaksana), Ekstrak Bunga Lavandula Angustifolia (Lavender), Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Allantoin, Panthenol, Natrium Sitrat, Asid Sitrik, Caprylyl Glycol, Decylene Glycol, Laurylpyridinium Chloride, Sodium Levulinate, Levulinic Acid
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan  

Harga: RM 20.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Berikut adalah panduan penggunaan makeup remover wipes:

  1. Formula

Anda disarankan untuk menggunakan makeup remover wipes tanpa alkohol, pewangi dan paraben untuk mengelakkan sebarang kerengsaan. Selain itu, makeup remover wipes yang berasaskan minyak amat berkesan untuk menanggalkan produk kalis air.

  1. Langkah

Gunakan makeup remover wipes sebelum mencuci muka anda dengan air dan pencuci muka untuk menanggalkan semua kotoran dengan berkesan.

  1. Tanggalkan solekan mata

Rutin pembersihan haruslah dimulakan dengan menanggalkan solekan mata anda dahulu. Hal ini untuk melonggarkan komponen maskara kalis air bagi memudahkannya dibersihkan. Kemudian, gunakan bahagian tisu yang bertentangan untuk membersihkan keseluruhan wajah. 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close