Tahukah anda mayonis merupakan salah satu perasa tambahan yang wajib ada di pantri rumah anda? Selain memberikan rasa masam berlemak, ia juga dapat menyedapkan makanan anda. Kebiasaannya mayonis digunakan di dalam burger dan juga sandwic untuk memperkayakan rasa. Mayonis juga senang didapati di pasaran, sekali gus memberikan anda kelebihan untuk memperisakan makanan anda mengikut cita rasa anda.
Selain burger dan sandwic, mayonis juga digunakan di dalam hidangan lain. Oleh kerana rasanya masam yang berlemak, hidangan yang disediakan menjadi lebih enak dan padat dengan perisa. Jika anda menggemari mayonis dalam masakan anda, anda boleh teruskan membaca artikel ini kerana kami menghimpunkan senarai mayonis terbaik di Malaysia.
Di manakah saya boleh mendapatkan mayonis?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan mayonis di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan mayonis, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, mayonis seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih mayonis?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli mayonis ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis mayonis yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Mayonis Terbaik di Malaysia 2025
1. Lady’s Choice Real Mayonnaise

Mayonis Sebenar Lady’s Choice padat dengan bahan-bahan berkualiti. Diperbuat daripada minyak yang sihat, campuran rempah yang kaya dan telur asli, mayonis ini sering menjadi kegilaan ramai. Mayonis Sebenar Lady’s Choice memastikan anda memberikan keluarga anda 100% kasih sayang sebenar yang menjadikan makanan harian istimewa.
Bahan-bahan: Minyak Kacang Soya, Telur, Gula, Cuka, Garam Beryood, Asid Sitrik, Mengandungi Pengawet yang Dibenarkan (E211), Jus Lemon, Perisa yang Dibenarkan (mengandungi Mustard), Gula Dimakan, Kalsium Disodium EDTA, Bahan Tambahan Makanan adalah dari Tumbuhan dan Asal Sintetik. Mungkin mengandungi kesan Bijirin yang mengandungi Gluten, Soya, Ikan, Susu dan Saderi
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 220 ml
Harga: RM 6.35
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Kimball Real Mayonnaise

Kimball Mayo dibuat khas daripada bahan-bahan berkualiti untuk memberikan rasa yang lazat dan berkrim. Ia serba boleh dan sesuai dihidangkan sebagai sos celup, sos salad atau resipi sos untuk burger, hot dog dan sandwic. Selain itu, mayonis ini juga sering digunakan oleh ramai suri rumah di seluruh Malaysia kerana ia berkualiti dan berpatutan.
Bahan-bahan: Minyak Kacang Soya, Gula, Telur, Garam, Mustard, Mengandungi Pengatur Keasidan, Pemekat dan Penstabil sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Mengandungi Bahan Perisa dan Pengawet yang dibenarkan. Mengandungi Telur dan Kacang Soya
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 470 ml
Harga: RM 8.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Kewpie Mayonnaise Japanese Style

Hanya menggunakan kuning telur, mayonis ini kaya dan lazat. Ia sangat sesuai untuk salad dan sushi. Kalau anda hendak tahu, ini adalah mayonis yang terkenal di Jepun. Mayonis Gaya Jepun ini sering menjadi pilihan suri rumah di sana. Selain itu, ia juga memberikan kualiti yang terbaik, sedap dan berpatutan.
Bahan-bahan: Minyak Kacang Soya, Telur, Air, Cuka, Garam, Gula, Mengandungi Monosodium Glutamat [E621] sebagai Penambah Perisa yang Dibenarkan, Serbuk Mustard, Gum Xanthan [E415], Kalsium Disodium EDTA [E385], Ekstrak Biji Sawi, Mengandungi Pemekat (Xanthan Gum), Penstabil (Kalsium Disodium EDTA) sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan. Mengandungi: Kacang soya, Telur
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 133 ml
Harga: RM 4.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Hellmann’s Real Mayonnaise

Mayonis Sebenar Hellmann adalah sempurna dalam sandwic dan salad. Ia sesuai dihidangkan sebagai sos celup atau sebagai topping kentang. Selain itu, mayonis ini juga sesuai digandingkan bersama salad dan hidangan sampingan. Mayonis ini asli, lebih tebal, ringan dan berperisa bawang putih yang didatangkan dengan pelbagai saiz pek. Mayonis ini merupakan pelengkap yang sempurna bagi masakan anda sekali gus memberikan kualiti yang terbaik untuk seisi keluarga.
Bahan-bahan: Minyak kacang soya, air, telur keseluruhan dan kuning telur, cuka, garam, gula, jus lemon, kalsium disodium edta (digunakan untuk melindungi kualiti), perisa semula jadi.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 200 g
Harga: RM 17.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Virginia Green Garden Classic Mayonnaise

Ceriakan hidangan anda dengan Virginia Green Garden Mayonnaise ini. Mayonis ini dibuat dengan sentuhan bawang putih, bersama bahan-bahan ringkas dan asli yang berkualiti seperti telur, minyak biji lobak, cuka dan bawang putih. Anda boleh rasai keenakan mayonis ini tatkala digandingkan bersama dengan makanan kegemaran anda. Dapatkan mayonis ini sekarang dan jadikannya produk ruji di pantri dapur anda!
Bahan-bahan: Air, Minyak Kacang Soya, Kanji Ubahsuai (E1442), Gula, Tomato, Kuning Telur Pasteur, Garam, Cuka, Potassium Sorbat (Pengawet)
Negara Pengeluar: UAE
Saiz: 237 g
Harga: RM 3.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Saji Mayonnaise

Sajimayo dibuat khas daripada bahan-bahan berkualiti baik untuk mengekalkan rasa berkrim yang segar dan tekstur yang licin. Ia mempunyai ciri serba boleh yang boleh digunakan untuk memasak, dijadikan sebagai topping yang enak dan juga sos celup. Salad anda tidak lagi menjadi menbosankan jika anda menambah mayonis ini di dalamnya.
Bahan-bahan: Minyak Kacang Soya, Gula, Telur, Mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan, Garam, Asid Asetik, Rempah-rempah, Natrium Benzoat dan Disodium EDTA untuk melindungi rasa. Mengandungi: Kacang Soya dan Telur
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 430 ml
Harga: RM 8.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Longson Real Mayonnaise

Kaya dan berkrim dengan kandungan lemak tinggi, inilah mayonis yang sering dicari oleh suri rumah di Malaysia. Selain menjadi perasa dalam hidangan salad anda, mayonis ini juga boleh menjadi sos celup untuk sajian yang lain. Apa kata anda cuba Mayonis Sebenar Longson hari ini!
Bahan-bahan: Minyak Kacang Soya, Telur, Gula, Garam, Pengatur Keasidan (E260, E270, E330), Ekstrak Stevia, Serbuk Mustard, EDTA (E385). Mengandungi Bahan Perisa Makanan yang Dibenarkan, Penyamanan Makanan (E415) dan Mengandungi Pengawet Makanan yang Dibenarkan (E211)
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 470 ml
Harga: RM 11.25
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Ajinomoto Pure Select Mayonnaise

Mayonis ini berasa lembut, kaya dengan rasa masam yang rendah, segar dan juga berkualiti. Ia diperbuat daripada bahan berkualiti seperti telur, cuka dan minyak. Ia menggunakan cuka tulen yang khas, iaitu campuran cuka lembut dengan haba, cuka anggur putih, cuka beras perang dan cuka malt. Mayonis ini menggunakan minyak kanola berkualiti tinggi, minyak kacang soya dan minyak jagung.
Bahan-bahan: Minyak sayuran yang boleh dimakan (minyak lobak, minyak kacang soya, minyak jagung), telur, sirap, cuka yang dibancuh (cuka yang dibancuh, cuka anggur, cuka bijirin, cuka beras), garam, rempah ratus, jus/perasa limau pekat (asid amino). MAKLUMAT ALAHAN: Mengandungi Telur, kacang soya.
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 400 g
Harga: RM 16.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Heinz Seriously Good Squeezy Mayo

Tebal, berkrim dan licin, produk ini merupakan iringan yang bagus untuk banyak makanan. Tiada pewarna, perasa atau pemekat tiruan. Dibuat dengan 100% telur berkualiti tinggi dan EDTA juga sangat bagus. Selain itu, produk ini dibotolkan di dalam botol pemerah bersaiz keluarga yang hebat. Ia juga mudah digunakan dan mengelakkan tumpahan daripada berlaku.
Bahan-bahan: Minyak Rapeseed (68%), Air, Kuning Telur Bebas Pasteurisasi (5%), Cuka Roh, Gula, Kanji, Garam, Biji Mustard, Rempah-rempah, Antioksidan (Kalsium Disodium EDTA)
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 400 ml
Harga: RM 15.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. National Classic Mayo

National Classic Mayo dibuat dengan kebaikan telur sebenar, dan ia dipukul dengan sempurna. Inilah yang memberikan tekstur pekat dan berkrim kepada mayonis ini. Selain itu, ia juga menambah jumlah rasa dan kekayaan yang tepat kepada sandwic, burger dan roti gulung. Kalau anda tidak percaya dengan keenakkannya, apa kata anda mencubanya hari ini? Pasti anda tidak menyesal!
Bahan-bahan: Air, Pulpa Tomato, Gula, Bawang Putih, Cili Merah, Rempah Campur, Garam, Cuka, Penstabil (E466), Asid Sitrik (E330), Pengawet (E211), (E223).
Negara Pengeluar: Pakistan
Saiz: 200 g
Harga: RM 10.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.