Apabila menyebut tentang Putrajaya, anda pasti membayangkan tempat ini dipenuhi dengan bangunan kerajaan yang menakjubkan, taman-taman yang indah dan ruang kediaman yang mewah. Kebanyakan orang tidak mengiatkannya dengan makanan, melainkan hab pentadbiran yang berprestij dan kukuh. Namun begitu, tahukah anda Putrajaya merupakan salah satu tempat yang menawarkan pelbagai makanan yang lazat? Kebanyakan kedai atau restoran di Putrajaya menyediakan makanan tempatan dan antarabangsa yang istimewa untuk dicuba oleh anda.
Jika anda pernah meneroka Putrajaya, pastinya anda melihat terdapat pelbagai medan selera yang menawarkan pelbagai makanan yang lazat dan enak. Bahkan, anda boleh menemui masakan Cina, Melayu, India, Barat dan banyak lagi di medan selera Putrajaya. Untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan atau ahli keluarga, anda boleh mengajak mereka ke medan selera di sini untuk mencuba pelbagai masakan yang lazat. Jadi, berikut adalah 8 medan selera terbaik di Putrajaya.
Bagaimanakah Saya Boleh Menyemak Medan Selera Yang Disahkan Halal Di Putrajaya?
Anda boleh mencari senarai restoran secara online untuk mengenal pasti medan selera yang disahkan halal di Putrajaya. Selain itu, anda boleh mencari logo halal yang dipaparkan di medan selera atau bertanya kepada staf di gerai tersebut mengenai status halal mereka. Anda juga boleh merujuk pejabat pelancongan tempatan atau membaca panduan pelancongan khusus yang menampilkan pilihan makanan yang halal di Putrajaya.
Apakah Hidangan Tempatan Popular Yang Boleh Ditemui Di Medan Selera Putrajaya?
Di medan selera Putrajaya, anda boleh menemui pelbagai hidangan tempatan popular yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Antara hidangan yang mesti dicuba adalah Nasi Lemak, Satay, Roti Canai, Char Kway Teow, Laksa, Mee Goreng dan Rojak. Medan selera ini menawarkan peluang yang hebat kepada anda untuk mencuba sajian yang disediakan. Menerusi sajian ini, anda dapat merasai kepelbagaian budaya di Malaysia yang diterapkan ke dalam makanan yang dihidangkan. Oleh sebab itu, ramai pengunjung dan pelancong suka berkunjung ke medan selera untuk mengisi perut mereka.
8 Medan Selera Terbaik di Putrajaya 2025
1. Putrajaya Food Truck Hotspot@Presint 2


Alami suasana yang menarik di Putrajaya Food Truck Hotspot@Presint 2. Medan selera ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang enak. Antara makanan yang sering dipesan di sini adalah Nasi Kerabu dan Nasi Lemak. Jika anda inginkan masakan Barat, anda boleh mencuba burger dan kentang goreng yang rangup di sini.
Temui pelbagai hidangan masakan di FATTOUSH EXPRESS. Jika anda meminati masakan Arab, anda boleh pergi ke tingkat 2 kerana mereka menyajikan Kari Kambing, Nasi Ayam dan masakan Arab di tingkat tersebut. Anda juga boleh memesan minuman di sini dengan selesa. Sebelum pulang, pastikan anda mencuba Roti Gedabak yang terkenal di medan selera ini!Untuk menghilangkan dahaga pula, anda boleh memesan jus buah yang segar untuk digandingkan dengan makanan anda. Selain itu, anda dapat menyaksikan persembahan secara langsung di sini sambil menjamu selera. Memandangkan tempat letak kereta agak terhad, jadi anda perlu datang awal untuk mencari tempat letak kereta yang sesuai dan selamat.
Waktu Operasi: 5:00 petang – 12:00 tengah malam (Setiap hari)
Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Telefon: 017-443 328
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/putrajayafoodtruck/
2. FATTOUSH EXPRESS


Temui pelbagai hidangan masakan di FATTOUSH EXPRESS. Jika anda meminati masakan Arab, anda boleh pergi ke tingkat 2 kerana mereka menyajikan Kari Kambing, Nasi Ayam dan masakan Arab di tingkat tersebut. Anda juga boleh memesan minuman di sini dengan selesa. Sebelum pulang, pastikan anda mencuba Roti Gedabak yang terkenal di medan selera ini!
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Jalan P8C, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No Telefon: 03-8888 8888
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/fattoushexpress
3. Medan Selera Presint 9


Medan Selera Presint 9 adalah medan selera yang bersih dan luas. Medan selera ini menawarkan pelbagai pilihan masakan tempatan yang lazat. Medan selera ini sering dikunjungi oleh penduduk sekitar dan para pelancong. Untuk mendapatkan makanan yang lazat, anda boleh bertanya kepada penduduk tempatan tentang makanan yang sering dipesan di medan selera ini. Mereka akan mengesyorkan beberapa makanan tempatan yang lazat untuk anda cuba seperti Nasi Lemak, Mee Rebus Wahid, Lontong, Kacang Pool Haji dan Mee Bandung. Selain itu, anda boleh melihat persembahan busker secara langsung semasa anda menjamu selera di sini.
Waktu Operasi: 7:30 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Presint 9, 62000 Putrajaya.
No Telefon: 019-809 0431
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
4. Putrajaya Food Truck Hotspot Presint 14


Nikmati pelbagai jenis masakan yang enak di Putrajaya Food Truck Hotspot Presint 14. Anda boleh menjamu selera pelbagai masakan yang anda idamkan seperti pizza dan masakan tradisional Malaysia. Medan selera ini dipenuhi dengan pelbagai trak makanan yang menjual makanan yang lazat dan harganya berpatutan. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk menikmati pengalaman menjamu selera yang memuaskan di sini sambil dihiburkan dengan alunan muzik yang merdu.
Waktu Operasi: 5:00 petang – 11:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Jalan P14l, Presint 14, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Telefon: 019-228 5680
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/FoodtruckPutrajayaP14/
5. Food Court Presint 11


Food Court Presint 11 menawarkan persekitaran yang bersih dan perkhidmatan pelanggan yang baik. Minuman dan hidangan terbaik boleh didapati di gerai 3, 6, 7, dan 8. Gerai-gerai ini menawarkan pelbagai masakan yang menyelerakan seperti Nasi Ayam Hainan, Roti John dan Apam Balik. Medan selera ini terletak berdekatan dengan sebuah kedai runcit dan taman permainan. Lokasi yang strategik ini menjadikannya tempat yang ideal untuk sebarang perjumpaan bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.
Waktu Operasi: 6:30 pagi – 10:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Presint 11, 62000 Putrajaya.
No. Telefon: 03-8887 7000
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
6. Penanggah Taman Warisan Pertanian


Penanggah Taman Warisan Pertanian menawarkan pelbagai pilihan makanan tengah hari seperti Laksa Ikan Sekoq, Nasi Kukus, Satay Hj. Samuri, Nasi Lauk Campur, Nasi Kandar, Yong Tau Foo dan Thai Tom Yam. Selain itu, anda boleh menikmati gerai makanan ringan seperti Takoyaki, Roti John Putrajaya, Apam Balik, Waffles, Kaya Ball dan minuman seperti jus buah-buahan, ABC, Cendol dan kopi di sini. Medan selera ini merupakan destinasi tempat makan tengah hari yang sempurna pada hari berkerja.
Waktu Operasi: 8:30 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Taman Warisan Pertanian Putrajaya, Presint 16, 62150 Putrajaya.
No. Telefon: 03-8887 7772
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/penanggahtwp/
7. Serunding Foodhall


Serunding Foodhall menyediakan tempat yang sangat baik untuk pelajar makan dan melepak. Medan selera ini menawarkan pelbagai hidangan, yakni dari Sushi sehinggalah kepada masakan Timur Tengah. Selain itu, anda juga boleh mencuba Laksa, makanan Barat, Tomyam, Yong Tau Fu, Mee Rebus dan Sate yang enak di sini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Nasi Daging yang menyelerakan! Hidangan ini menawarkan daging yang lembut dan penuh perisa. Anda dapat menjamu selera dengan selesa di sini kerana ruangan makan dilengkapi dengan penghawa dingin. Selain itu, kakitangan di sini juga memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Pusat Beli-belah Alamanda, No. G 47/48/49, Jalan Alamanda Presint 1, Wilayah Persekutuan, Presint 1, 62000, Putrajaya.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/FoodhallPutrajaya
Instagram: https://www.instagram.com/serundingfoodhall/
8. Food Junction @ IOI City Mall


Food Junction @ IOI City Mall menyajikan gabungan masakan tempatan dan antarabangsa yang enak. Beberapa hidangan popular yang sering dipesan di sini adalah Nasi Ayam, sajian Sizzling yang panas, set Teppanyaki dan masakan Barat. Medan selera ini menawarkan hidangan yang menggiurkan buat anda yang sedang membeli-belah barangan Raya.
Selain itu, ia sesuai dijadikan tempat buka puasa bersama rakan atau ahli keluarga semasa bulan Ramadan. Jika anda sedang mencari hidangan baru untuk dicuba, anda boleh memesan BBQ Ayam Madu yang lazat. Hidangan ini disajikan bersama nasi yang hangat. Anda pasti berpuas hati tatkala berbelanja di sini kerana harga makanan yang ditawarkan adalah berpatutan.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: L2-32 & 37, IOI City Mall, Putrajaya.
No. Telefon: 03-8957 7731
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.