Meja bedside yang juga dikenali sebagai meja sisi merupakan meja bersaiz kecil yang biasanya diletakkan di sebelah katil atau sofa. Lazimnya, meja bedside didatangkan dengan reka bentuk yang kecil dan dilengkapi dengan beberapa laci atau ruang penyimpanan. Ia sering digunakan untuk menyimpan barang peribadi seperti jam penggera, telefon bimbit, tisu dan botol air. Berikut adalah 8 meja bedside terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.
Apakah Tujuan Penggunaan Meja Bedside?
Tujuan utama mengapa anda perlu memiliki meja bedside adalah untuk memastikan barangan peribadi anda boleh diakses dengan mudah. Namun sebelum anda memilih atau membeli meja bedside, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti belanjawan, tujuan dan kualiti item.
1. Belanjawan
Meja bedside boleh menelan kos yang agak tinggi. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda supaya tidak membazir.
2. Tujuan
Anda perlu memilih meja bedside yang sesuai dengan tujuan penggunaannya. Sebagai contoh, jika anda ingin menjadikannya sebagai meja hiasan di bilik tidur, anda boleh mempertimbangkan meja yang mempunyai laci atau ruang penyimpanan yang banyak.
3. Kualiti item
Anda haruslah mempertimbangkan kualiti item sebelum membeli agar produk tersebut boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
8 Meja Bedside Terbaik di Malaysia 2023
1. 3 Shelves Modern Bedside Table

Meja ini sangat ideal untuk anda jika anda sedang mencari meja yang mempunyai pelbagai fungsi. Meja ini boleh digunakan sebagai meja kopi, meja bedside, atau meja hiasan. Selain itu, rekaannya yang mempunyai ruang penyimpanan di bahagian bawah boleh digunakan untuk meletakkan buku atau pokok hiasan. Bukan itu sahaja, ia juga tidak akan memakan ruang yang banyak ekoran saiznya yang kecil dan padat.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu
- Warna: Maple Cherry, Neutral, Warm White
- Dimensi: 30 cm x 30 cm x 40 cm
Kelebihan:
✅ Kukuh
✅ Mempunyai ruang penyimpanan yang luas
✅ Reka bentuk gaya moden
✅ Mampu milik
Harga: RM19.90 – RM22.90
*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian
2. Wooden 3-Legged Bedside Table

Meja ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan moden sekali gus membuatkan ruang anda kelihatan elegan dan kemas. Selain itu, ia juga diperbuat daripada bahan kalis habuk dan kalis air. Meja ini juga mempunyai kualiti yang tinggi selain dijual pada harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam 2 saiz yang berbeza untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu
- Warna: Putih
- Dimensi: 30 cm x 40 cm (Kecil), 40 cm x 50 cm (Besar)
Kelebihan:
✅ Reka bentuk moden
✅ Kukuh
✅ Mampu Milik
✅ Pelbagai fungsi
Harga: RM9.78 – RM33.67
*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian
3. Adjustable Bedside Table

Meja ini dilengkapi dengan kaki meja boleh laras yang membolehkan anda melaraskan ketinggian meja mengikut keselesaan anda. Bukan itu sahaja, meja ini turut didatangkan dengan roda bagi memudahkan anda untuk mengalihkannya ke mana sahaja. Meja ini didatangkan dengan 2 versi iaitu versi tanpa rak penyimpanan dan versi dengan rak penyimpanan.
Spesifikasi:
- Bahan: Papan Gentian, Keluli
- Jenis: Dengan Rak Buku, Tanpa Rak Buku
- Warna: Elegan, Hitam, Epal, Merah Jambu
- Dimensi: 60 cm x 40 cm
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Roda putaran 360 darjah
✅ Kukuh
✅ Diperbuat daripada papan MDF
Harga: RM34.65 – RM35.10
*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian
4. Fabric Storage With Bottom Basket Bedside Table

Jika anda inginkan meja dengan reka bentuk yang ringkas, kukuh, berkapasiti besar, dan moden, maka meja ini pilihan terbaik untuk anda. Meja ini diperbuat daripada keluli dan fabrik berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, meja ini dipasarkan dengan 2 pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli, Fabrik berkualiti tinggi
- Warna: Putih Berkrim, Hitam
- Dimensi: 45 cm x 45 cm x 60.5 cm
Kelebihan:
✅ Mudah dipasang
✅ Tahan lasak
✅ Pelbagai fungsi
Harga: RM59.89
*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian
5. Rectangle Bedside Table

Meja ini merupakan meja bedside yang digemari pengguna, ekoran reka bentuknya yang ringkas dan mudah untuk disesuaikan dengan pelbagai konsep rumah. Meja ini diperbuat daripada kayu dan plastik berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya tahan lasak dan kalis air.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu, Plastik
- Warna: Putih
- Dimensi: 40 cm x 26 cm x 41 cm
Kelebihan:
✅ Mudah untuk dipasang
✅ Kalis air
✅ Kemasan dan tekstur yang licin
✅ Mesra alam
Harga: RM18.90
*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian
6. Wooden Round End Bedside Table

Meja bedside ini diperbuat daripada komposit kayu-plastik serta mempunyai reka bentuk yang vintaj dan sesuai untuk rumah yang berkonsepkan tradisional. Meja ini dilengkapi dengan ruang penyimpanan pada bahagian bawah meja yang sesuai untuk anda menyimpan majalah dan buku. Ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Komposit kayu-plastik
- Warna: Putih
- Dimensi: 36 cm x 36 cm x 46 cm
Kelebihan:
✅ Mudah dipasang
✅ Reka bentuk vintaj
✅ Bersaiz kecil
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian
7. Removable Metal Round Tray Bedside Table

Meja ini mempunyai asas reka bentuk yang menarik dan lengkap berfungsi selain sesuai untuk sebarang persekitaran. Meja ini juga didatangkan dengan saiz standard yang membolehkannya diletakkan di pelbagai ruangan rumah. Selain itu, ia juga menggunakan cat tahan haba dan kalis air bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama.
Spesifikasi:
- Bahan: Logam
- Warna: Putih, Hitam, Hijau, Kuning, Merah Jambu, Biru
- Dimensi: 52 cm x 44 cm
Kelebihan:
✅ Mudah dipasang
✅ Bahagian atas boleh ditanggalkan
✅ Reka bentuk yang ringkas
Harga: RM38.50
*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian
8. Wooden Bedside Table With Drawer Storage Cabinet

Reka bentuknya yang ringkas dan moden sekali gus menjadikannya sesuai untuk digunakan di pelbagai lokasi termasuklah bilik tidur, ruang tamu, dan ruang belajar. Meja ini didatangkan dengan beberapa bahagian penyimpanan. Selain itu, meja ini dipasarkan dengan 2 pilihan warna pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu Asli
- Warna: Putih, Beige
- Dimensi: 33 cm x 26 cm x 40 cm
Kelebihan:
✅ Pelbagai fungsi
✅ Tahan lasak
✅ Mudah dipasang
Harga: RM38.90
*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.