8 Meja Kopi Terbaik di Malaysia 2025

Kebiasaannya apabila disebut mengenai perabot ruang tamu, sudah pasti perabot seperti  sofa, lampu, televisyen, almari buku, tumbuhan ataupun patung hiasan yang sering terlintas di fikiran. Namun, ramai yang terlupa akan kepentingan meja kopi yang dapat melengkapkan rupa ruang tamu yang ideal. Meja kopi sangat praktikal dan dapat membantu dalam menaikkan seri rupa keseluruhan ruang tamu anda. 

Meja kopi didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada saiz yang besar hingga kecil. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam pelbagai reka bentuk yang boleh anda pilih! Berikut adalah 8 meja kopi terbaik di Malaysia pada tahun 2025 yang boleh anda dapatkan hari ini.

Bagaimana hendak memilih meja kopi yang sesuai untuk anda?

Semasa anda hendak memilih meja kopi yang terbaik, terdapat beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan, antaranya ialah jenis bahan yang digunakan serta gaya dan reka bentuk meja tersebut. 

  1. Bahan: 

Kebanyakan meja kopi diperbuat daripada kayu, kaca dan marmar. Jika anda sedang mencari meja kopi yang boleh digunakan dalam jangka masa yang lama, anda disyorkan untuk mendapatkan meja kopi yang diperbuat daripada kaca atau marmar. Hal ini kerana ia lebih tahan lama dan kalis air. 

  1. Gaya dan Reka Bentuk: 

Meja kopi selalunya didatangkan dalam bentuk bulat, bujur, segi empat sama dan segi empat tepat. Anda boleh memilih bentuk meja kopi bersesuaian dengan keluasan ruang tamu kediaman anda. Jika anda sedang mencari meja kopi bersaiz kecil, maka meja kopi berbentuk bulat adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Hal ini kerana, kebiasaannya meja kopi berbentuk bulat datang dalam saiz yang kecil.

8 Meja Kopi Terbaik di Malaysia 2023

1. Japanese Waterproof Premium Foldable Coffee Table

Japanese Waterproof Premium Foldable Coffee Table
Kredit gambar: Shopee

Meja kopi ini diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan permukaan kalis air berlamina yang membolehkannya digunakan untuk jangka masa yang lama. Anda juga boleh melipat meja ini untuk memudahkan ia disimpan apabila tidak digunakan sekali gus dapat menjimatkan ruang.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu
  • Saiz: 80 sm x 46 sm x 29 sm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Coklat, Putih

Kelebihan:

Boleh dilipat
Permukaan kalis air berlamina
Mudah dibersihkan
Kaki meja yang kukuh
Berkualiti tinggi

Harga: RM43

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. KitchenZ Coffee Table with Open Storage

KitchenZ Coffee Table with Open Storage
Kredit gambar: Shopee

Meja kopi ini mempunyai ruang simpanan terbuka di bahagian bawah meja yang boleh digunakan untuk meletakkan objek kecil seperti pokok hiasan, buku dan majalah. Bukan itu sahaja, kaki meja ini juga diperbuat daripada logam berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya tahan lama dan stabil. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu, Logam 
  • Saiz: 100 cm x 48 cm x 33 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Putih, Oak Asli, Coklat Gelap

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Ruang simpanan terbuka
Stabil
Permukaan besar

Harga: RM74.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. THE Coffee Table Nordic Modern Style

THE Coffee Table Nordic Modern Style
Kredit gambar: Shopee

Meja kopi ini didatangkan dengan gaya moden Nordic yang unik serta sesuai untuk rumah yang berkonsepkan futuristik. Ia juga didatangkan dengan 2 ruang penyimpanan iaitu ruang simpanan terbuka dan berlaci. Meja ini diperbuat daripada kayu gentian berkualiti tinggi yang membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lebih lama berbanding meja kopi kayu biasa.

Spesifikasi:

  • Bahan: Density Fiberboard (MDF) 
  • Saiz: 100 cm x 48 cm x 45 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Putih, Kayu, Kuning, Putih

Kelebihan:

Binaan berkualiti tinggi, tahan lama
Ruang simpanan terbuka
Laci untuk ruang simpanan tambahan

Harga: RM99.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. PRESTON Series Coffee Table

PRESTON Series Coffee Table
Kredit gambar: Shopee

Meja kopi ini didatangkan dengan ciri yang unik, di mana bahagian atasnya boleh diangkat untuk dijadikan sebagai meja bekerja. Ia didatangkan dengan 2 ruang simpanan yang boleh digunakan untuk meletakkan barangan seperti buku, alat kawalan jauh, tisu dan banyak lagi. Jika anda sedang mencari meja kopi yang dilengkapi dengan ruang simpanan yang besar, maka meja kopi ini pilihan terbaik untuk anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu
  • Saiz: 89.4 sm x 50 sm x 39.5 sm 
  • Berat: 20.96 kg 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hitam, Walnut, Putih, Oak Euro

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Ruang simpanan yang besar
Bahagian atas meja boleh diangkat

Harga: RM99.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. KitchenZ Simona Series Coffee Table

KitchenZ Simona Series Coffee Table
Kredit gambar: Shopee

Meja kopi berbentuk segi empat tepat ini didatangkan dengan 2 ruang simpanan berlaci yang besar bagi membolehkan anda meletakkan pelbagai barangan dengan kemas dan terusun. Reka bentuknya yang ringkas melengkapkan ruang dengan konsep minimalis serta membuatkan ruang anda kelihatan elegan dan kemas. Meja ini dipasarkan dengan satu warna sahaja iaitu putih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Papan, Kertas PU 
  • Saiz: 100 sm x 55 sm x 39 sm
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

2 ruang simpanan berlaci
Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Reka bentuk kemas dan ringkas

Harga: RM199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. AMBER Solid Wood Coffee Table

AMBER Solid Wood Coffee Table
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari meja kopi yang bersaiz kecil, maka AMBER Solid Wood Coffee Table ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. Meja ini didatangkan dengan lebar 80 cm sekali gus membolehkannya diletakkan di pelbagai ruangan rumah. Ia diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Bukan itu sahaja, meja ini juga dilengkapi dengan ruang simpanan terbuka di bahagian bawah meja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu 
  • Saiz: 80 cm x 45 cm x 41 cm 
  • Berat: 10 kg 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Amber White, Amber Maple, Judy Dirty Oak, Judy Wenge, Judy Oak, Judy Cherry

Kelebihan:

Tahan lama
Permukaan berlamina
Kalis air
Ruang simpanan terbuka di bawah meja

Harga: RM35.00 – RM 55.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. KitchenZ Noble Series Coffee Table

KitchenZ Noble Series Coffee Table
Kredit gambar: Shopee

Meja kopi ini didatangkan dengan reka bentuk moden yang bukan sahaja dapat menarik minat anda, malah ia juga dapat menyerlahkan lagi rupa ruang tamu anda. Meja ini didatangkan dengan kaki yang bersambung antara satu sama lain bagi memberikan kestabilan tambahan. Selain itu, ia juga menggunakan cat tahan haba dan kalis air bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu, Logam 
  • Saiz: 120 cm x 60 cm x 45 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Reka bentuk moden
Reka bentuk minimalis
Berkualiti tinggi, binaan tahan lama

Harga: RM199

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. NPC Multipurpose Modern Living Room Coffee Table

NPC Multipurpose Modern Living Room Coffee Table
Kredit gambar: Shopee

Meja ini mempunyai asas reka bentuk yang menarik dan lengkap berfungsi selain sesuai untuk sebarang persekitaran. Meja ini diperbuat daripada marmar berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Oleh itu, produk ini merupakan antara meja kopi yang harus anda pertimbangkan untuk dibeli. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Marble 
  • Saiz: 70 cm x 45 cm (besar), 50 cm x 40 cm (kecil) 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Kelabu, Marble

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Reka bentuk yang unik
Boleh diasingkan dan disambung

Harga: RM158

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close