Terdapat 2 variasi Mi Kari yang boleh didapati di Pulau Pinang iaitu versi Mi Kari dengan kuah kuning-oren dan versi Mi Kari kuah santan pucat yang juga dikenali sebagai Mi Kari putih. Kebiasaannya Mi Kari akan dicampur dengan beberapa bahan seperti kerang, udang segar, kulit babi dan tau fu pok bagi menaikkan lagi rasa kari tersebut. Namun, campuran bahan tersebut bergantung kepada cita rasa masing-masing.
Jika anda seorang penggemar kari, anda disarankan untuk berkunjung ke Pulau Pinang untuk merasai Mi Kari mereka. Pulau Pinang terkenal dengan rasa Mi Kari putihnya yang unik dan lazat. Di sini kami senaraikan 9 Mi Kari terbaik di Pulau Pinang.
Apakah Yang Membuatkan Mi Kari Istimewa?
Perkara yang paling penting dalam menjadikan Mi Kari tersebut istimewa ialah kuah karinya. Kebanyakan kita akan menghirup kuah kari terlebih dahulu sebelum mula menikmati mi. Oleh itu, secara amnya Mi Kari yang popular biasanya mempunyai kuah yang unik, berperisa dan lazat.
Selain itu, setiap tempat penjualan Mi Kari juga mempunyai keaslian, keunikan dan keistimewaannya tersendiri. Jadi tidak hairanlah jika anda mendapati Mi Kari dengan isi dan bahan yang berbeza. Dengan keunikan inilah, gerai-gerai tersebut mampu menarik perhatian pelanggan untuk membeli Mi Kari di gerai mereka.
9 Mi Kari Terbaik di Pulau Pinang 2023
1. Hot Bowl


Hot Bowl dikenali sebagai salah satu gerai yang menjual Mi Kari putih terbaik di Pulau Pinang. Di sini, kebanyakan pelanggan akan memesan Mi Kari putih dengan sepinggan ayam kukus. Secara tidak langsung, ia telah menjadi satu “tradisi” di Hot Bowl. Jika anda bukan penggemar ayam, anda tidak perlu bimbang kerana mereka juga menawarkan pelbagai pilihan Mi Kari dengan bahan yang berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 3:00 petang (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Alamat: 58, Jalan Rangoon, 10400 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB2. Bobo


Selain daripada kopi, Bobo Kopitiam juga terkenal dengan rasa Mi Karinya yang lazat. Mi Kari yang ditawarkan di sini agak unik, di mana anda boleh menentukan tahap kepedasan dan kepekatan kuah mengikut cita rasa anda. Semangkuk Mi Kari dan secawan kopi dari Bobo Kopitiam sudah pasti dapat menceriakan hari anda! Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke kedai ini.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 12:00 tengah hari (Sabtu – Khamis)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: G-23, Lengkok Nipah 2, Taman Lip Sin, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
3. Helen @ Muntri Cafe


Jika anda ingin menikmati Mi Kari dengan rasa asli di ruangan yang selesa dan berhawa dingin, maka Muntri Cafe ini pilihan terbaik untuk anda. Kafe ini terletak di George Town, Pulau Pinang. Kafe ini dikatakan sebagai salah satu tempat yang menawarkan Mi Kari putih yang terbaik. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan pelbagai menu yang terdiri daripada masakan tempatan.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 11:00 pagi, 12:00 tengah hari – 8:30 malam (Setiap Hari)
Alamat: 77, Muntri St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB4. Lorong Seratus Tahun


Lorong Seratus Tahun telah beroperasi selama lebih daripada 50 tahun sekali gus menjadikannya salah satu kedai tertua di George Town, Pulau Pinang. Jika anda menggemari rasa santan dan kuah kari yang pekat, anda sangat disyorkan untuk berkunjung ke kedai ini. Hal ini kerana, mereka menawarkan kuah kari yang pekat dan berkrim.
Waktu Operasi:
7:30 pagi – 2:30 petang (Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat)
Ditutup pada Khamis & Sabtu
Alamat: 4, Lorong Seratus Tahun, 10400 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB5. Chulia Street


Gerai ini merupakan antara gerai yang menawarkan Mi Kari terbaik. Ia terletak di Lebuh Carnarvon, George Town, Pulau Pinang. Gerai ini menerima pelbagai ulasan positif mengenai rasa Mi Karinya yang enak dan berbeza daripada Mi Kari biasa. Jika anda tinggal atau berkunjung ke George Town, Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati Mi Kari di gerai ini.
Waktu Operasi:
4:15 petang – 9:45 malam (Rabu – Sabtu)
Ditutup pada hari Isnin, Selasa dan Ahad
Alamat: 1C, Lebuh Carnarvon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
6. Old Green House


Old Green House merupakan sebuah restoran yang terletak di Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang. Ia bukan sahaja terkenal dengan rasa Mi Karinya yang lazat, malah ia juga terkenal dengan Mi Udang (juga dikenali sebagai Hokkien Mee). Mereka menawarkan pelbagai pilihan Mi Kari dengan bahan yang berbeza seperti udang, daging babi, kulit babi dan taugeh yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda.
Waktu Operasi:
3:00 petang – 11:45 malam (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: 223, Jalan Burma, 10050 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
7. Kuantan Road


Kuantan Road Curry Mee merupakan salah satu kedai yang menjual Mi Kari putih terbaik. Kesedapan Mi Kari putih Kuantan Road telah diiktiraf oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng. Selain itu, ia juga sentiasa dipaparkan di dalam akhbar tempatan, program tv dan laman sesawang. Secara tidak langsung, ia dapat mempengaruhi dan menyakinkan pengunjung untuk membeli di kedai ini.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 1:30 petang (Setiap Hari)
Alamat: 192, Jalan Burma, Kampung Syed, 10350 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
8. Air Itam Sister


Air Itam Sister Curry Mee terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang dan berdekatan dengan kuil Kek Lok Si. Air Itam Sister Curry Mee ini amat dikenali di kawasan Air Itam ekoran rasa Mi Karinya yang unik. Hal ini kerana, mereka masih mengekalkan cara memasak Mi Kari tradisional iaitu dengan menggunakan dapur arang. Bukan itu sahaja, mereka menggunakan sotong sebagai salah satu bahan asas pembuatan sos cili mereka.
Waktu Operasi:
7:30 pagi – 1:00 petang (Rabu – Isnin)
Ditutup pada hari Selasa
Alamat: 612 T, Jalan Air Itam, Pekan Ayer Itam, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB9. Tuai Pui


Tuai Pui menawarkan pelbagai pilihan Mi Kari dengan bahan yang berbeza seperti tau fu pok, daging babi dan kerang. Bukan itu sahaja, anda juga boleh meminta hempedu ayam dan kepak ayam. Gerai ini beroperasi seawal 8 pagi hingga 5 petang. Ia juga menawarkan pelbagai hidangan lazat pada harga yang berpatutan.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap Hari)
Alamat: 23, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.